Tuesday, May 31, 2011

Penat | Pening | Pitam

Penat oit.....penat giler hari nie..... sebab aku hari menguruskan bisnes yang baru dilancarkan dua minggu lepas...ha ha ha. Bisnes isteri aku....tapi jadi driver jer... Ulang alik ke sana ke mari sebab nak amik stok penjualan....Ops.....terlepas sudaaa....he he he.

Itu pasal penat...... pasal pening pulak.....aku tak pandai nak buat entri guna hanset Samsung Wave II aku..... Tajuk je menjadik....entrinyer tak boleh tulis! Sape tau ek......Aku tak tau nih....dah puas aku cuba tekan-tekan....tapi tak dapat gak.....Sape-sape yang tau....mintak tolong nih.... Ingat nak buat entri dari hanset jer nanti mase kat kampung.......haih....

Pitam ni...... sebab penat sangat dan pening kepala pasal nak buat entri dari hanset..... Biler dua tu bersatu.....rasa macam nak pitam dah nih..... Nasib baik sempat sampai umah....dan sempat tulis entri nih... He he he...... Ok lah.....nak berehat jap.....

Salleh Yaakob | Pisang Panas

Sape tak kenal Salleh Yaakob.... Seorang lelaki yang hebat....Hebat ape ek? he he he. Hebat sebab seorang pelawak veteran dan ada aura tersendiri....ramai yang suka akan lawak Salleh yaakob.... Oleh itu, aku postkan lagu tersohornya dulu-dulu........


PISANG PANAS

Resolusi
Impian
Pisang Panas, Pisang Panas

Si Anu berangan-angan nak jadi kaya kononnya
Pun menuntut ilmu niaga
Seputar alam di pasar haram
http://lirikami.blogspot.com

Cogankata idealisma
Panji budaya autopia
Semangat gah demi materialisma

Kepala runsing memutar modal
Sepanjang kail yang sejengkal (panas)
Baru untung sejuta
Tanah sekangkang kera
Pusaka Pak Tua pula menjadi catur dan mangsa
Idea serta skim gilanya

Tanpa usul periksa
Salahkan tuan
Tak sekolah
Tak belajar Ugama

Pisang Panas
Resolusi
Pisang panas
Impian

Bukan senang mahu senang
Tapi bukan susah mahu susah
Ada uwang hati senang
Hati senang adanya uwang

Kecik-kecik tak mahu kojol
Sudah besar kasi orang tonjol
Hidup mahu pakai uwang
Mati lagi kena pakai uwang (panas)

Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap salah
Tak cakap pun salah
Serba salah
Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk dan tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki

Dalam laut penuh jerung
Ikan bilis masih mampu harung
Ada otak boleh jadi towkeh
Jadi taukeh kalau ada otak
Nyamuk seberang sungai ternampak
Itu kan bohong dan merepek
Dunia dalam banyak cerita
Jangan buang dalam jamban

Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap pun salah
Tak cakap salah
Serba salah
Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk
Tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki

Jangan suka ambil mudah
Nanti kan tergadai maruah
Adat gelap lawannya terang-terang
Selepas terang mesti gelap-gelap

Harimau mati tinggalkan belang
Jangan kita tinggalkan hutang
Susahkan anak dan janda muda
Nak cari bapak
Nak cari suami

Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap pun salah
Tak cakap salah
Serba salah (memang pun)
Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk
Tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki
Kita kawan-kawan
Tak mahu lawan


Pisang Panas
Resolusi
Pisang panas
Impian

Steadylah beb…

Cubaan Post Entri Guna Samsung Wave II

Lawak Buah Da........

Cerita dari emel aku lagi.....ha ha ha. banyak giler kawan-kawan aku nie hantar cerita lawak....bagus untuk blog aku juger....he he he. Tapi takde sumber..... Sebab dier pun copy paste dari mane-mane kot.....Tak pelah.....cerita lawak je nih.....layan aje ok....Lawak buah derr (Sama dengan tajuk).....

Cerita ni bermula dengan tiga orang Mat Salleh telah ditangkap kerana mencuri. Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa buah kelapan, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Nak join klik SINI
Kenapa aku tak merokok....
  1. Sebab aku tak kaya, so aku tak nak membazir hisap rokok...
  2. Aku nak jaga kesihatan aku, kesihatan wife aku, dan semua ahli keluarga aku..Tak nak tanggung dosa sebab aku takut keluarga aku mati berpunca dari asap rokok aku....
  3. Aku sayangkan dunia....bukan akhirat jer.... Tak nak cemarkan alam sekitar... Dahla aku gune kereta... dah cemarkan alam sekitar dah...tak nak tambah dah....
  4. Sebab aku ni manusia....manusia tak makan asap.
  5. Sebab aku tak nak ditipu orang Yahudi... atau lebih tepat Israel. Depa tak hisap pun rokok, tapi depa jual. Saja nak bagi kita lemah....
  6. Sebab tak kenyang pun.... Baik aku makan buah-buahan.....Beli buah seringgit dalam satu plastik kecik....Lagi berkhasiat....
  7. Tak nak pening-pening pikir pasal halal haram merokok....  baik jangan terus...
  8. Aku nak jadi role model kat anak-anak aku..So, aku tak merokok dari awal.

Kisah Kentut Bukan Si Ujang

Cerita ni takde kene mengena dengan Ujang okeh....  Ujang dah jarang kentut sebab dah kahwin... he he he.. Ini kisah seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga berpuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.

P/S: Jangan kentut di tempat awam...Lagi-lagi dalam komuter!

Monday, May 30, 2011

Hubungan Blog Dan Kedai Runcit

Dalam entri nie....aku akan cuba terangakn isu-isu blog nie dalam erti kata Kedai Runcit... Apa yang korang buat....akan disamakan dengan pekedai membuat apa-apa di kedainya....

Blog... blog ni ibarat macam kedai runcit lah..... Korang bukak blog.....macam pekedai bukak kedai.... barang-barang dalam kedai tu ibarat benda yang ada dalam blog korang.... macam entri-entri..... hiasan blog.... dan lain-lain... Semuanya menunjukkan imej dan trademark kedai tu sendiri.... Macam mane korang susun...macam mane korang atur.....

Sign Kedai korang tu ibarat header blog..... Sign tak menarik....ada orang nak singgah tak? Katelah sign tu tak jelas.....blur-blur jer..... Agak-agak ada orang singgah tak? Keadaan kedai.... kene la tersusun kan... tak nak la bersepah sana sini kan.... Sama macam blog.... kene kemas dan tersusun aturannya...

Barang yang dijual....kenela elok....jangan yang expired dah...sama dengan entri.... kene up to date.... Dan kenela la kemas....ada ker pekedai letak barang ikut suka hati tak ikut susunan? Takde kan.... Barula ada pelanggan..... Lagi satu...kenela pelbagai barang....kalau duk jual roti sahaja...pelanggan yang makan roti je la yang datang.... Kene la jual beras...jual minyak....semua barang kan....Sama la dengan blog.... kene pelbagai baru ramai yang datang.....

Isu blog berat lebih kurang korang letak halangan kat depan muka pintu kedai.... Pegi letak kotak-kotak...letak macam-macam barang sampai laluan nak masuk tu tinggal sikit jer...muat-muat sorang je lalu... macam tu la hubungannya.... Isu jarang update....sama macam pekedai jarang bukak kedai.... Bukak jugak...tapi gune kaunter express jer...(ade ke ek) Pintu kedai ditutup....

Blogger.....sama macam pekedai... Kene jaga pelanggan.....kene jaga kedai....kene kreatif macam mane nak bagi kedai runcitnya dikunjungi ramai.... Harga murah ker (Strategi blog) ape ker...kene la pikir... Bukan main letak jer kan..... 

Ok....nampak tak? Harap-harap korang dapat memahami kronologi kedai runcit tu dan mengaitkan dengan blogging... Nak kedai laku dan dapat untung banyak.....kenela berusaha macam pekedai mengusahakan kedainya...... :)

Blog Berat | Sukatan Ikut Kilo ke Ikut Speed

Aku nak merapu nih....bersedia la okeh.... Pasal belog berat.... Aku rasa blogger lama dan femes dah banyak kali cuba bagi tips kat korang....kalau boleh ringankan blog...ringankan blog.... Tapi ada jugak yang buat deeeeeek ajer.... Tapi nak suruh kita folo blog dier kan?

Ok...... sebelum tu....blog berat ni maksudnyer bukannya seberat kereta atau seberat bas.....tapi keslowan speed nak bukak page korang tu..... Kejap keluar pop-up la... kejap tunggu keluar blink-blink.... Tunggu itu....tunggu ini...baru habis loading....habis hang komputer cabuk aku nih.... Itu maksudnya blog berat....

Ada jugak sebab virus...aku pun tak sure....virus ke malware.... tapi tu pun boleh memberatkan blog kita jugak.... Yang ni kebiasaan sebab dari link-link yang ada di blog kita tu...ada blog link yang ada malware....kita pun turut sama terkena.... 

Bagi yang buat blog tapi nak sendiri bace jer.....its ok. Nak buat berat sampai tahap kronik pun takper.... Tapi yang mana nak orang lain bukak baca dan nak suruh orang folo blog dier...Sila berfikiran terbuka.... Cuba fikir korang yang tengah bukak blog orang lain.....blog tu tersangatla lambat nak loading..... Pastu nak tekan folo....tertekan kat widget blink-blink tu.... nak komen pun tertekan kat widget floating tu..... Tak ke sakit hati kita dibuatnya......Niat murni nak folo dan komen...terus terpadam.... 

Tapi kalau korang rasa ok jer dengan keadaan tu.....tak kisah la kan.... Korang memang seorang yang sangat sabar.... kategori ni boleh la duk berwirid lepas solat dalam setengah jam setiap hari.... Hah? Tak boleh? Boleh la kan....... Tahap kesabaran korang tu dah mencecah tahap ahli ulamak tu.... Aku memang tak tahan kalau bukak blog lambat giler loading..... Kalau cecah seminit tu ok lagi....kalau dah tiga minit tak habis loading lagi.....Butang pangkah la aku carik dulu....tak jumpa jugak....ataupun sebab bukak blog tu komputer aku hang.....aku delete terus satu window.....muahahaha....

So, nak buat hiasan di blog....sila pikir kat orang lain juger.... Kalau korang memang nak blog tu korang je baca... its ok....letak la widget apa-apa pun....tapi kalau memang niat nak orang lain baca.....sila membuat keputusan dengan berhemah.......Terima kasih~~ :)

DOA KU BUAT MEREKA

Nak join klik SINI
Bro Ben buat segmen lagi... kali ni segmen berkisar tentang pengajaran pasal orang tua kita.... Ok....untuk korang semua....aku bagi la satu citer aku masa aku duk matrik.....

Masa aku mula-mula menjejak kaki ke matrik....itu la first time aku kuar ke alam luar dari kampung aku... Aku sekolah di kampung sampai ke form 5.... Takde nyer pegi skolah asrama penuh atau asrama tak penuh... Dapat result ok jugak dalam SPM.... asal kita tetapkan matlamat, berjaya jugak kat mane-mane kan...:) 

Mula-mula duk matrik tu.....memang terkena kejutan budaya.... bukan homesick....tapi terasa bebas giler... sebab tau-tau la kan...duk umah dulu kalau ade ape-ape tak kene jer....ada orang larang... lagipun duk dalam kampung nie...duk mana-mana pun orang kenal aku..... jiran tetangga kuat lagi... So, takleh nak rasa bebas sangat la kan.... Kirenyer masa aku duk matrik tu....rasa aku ni dah takde orang perhati dah.... tersangat bebas la derr...

Maka berlaku la kejutan budaya dalam diri aku.... Maka aku banyak la kuar jalan-jalan dan berfoyer-foyer dengan kawan-kawan baru... pegi situ....pegi sini.... pelajaran tu dah jadi so-so dah.... Dapat result pertengahan semester......2.67 daripada 4.00. He hehe.... amik ko... Kawan-kawan aku....dapt 2.00 something jugak la... ada yang dapat 1.9++ .... Tapi tak cukup sedar lagi....sebab kawan-kawan cakap dapat 3.00 pun dah ok dah..... sikit je lagi tu kan....

Tapi Tuhan sayang kat aku kot... Ataupun berkat doa mak ayah kat kampung.... satu hari aku kene demam teruk... meracau aku dibuatnya.... Takleh pi mana-mana....duuuk je dalam bilik.... sekali masa aku tengah tido..aku bermimpi jumpa ayah aku.... Ayah aku marah giler kat aku der.... Siap kene maki hamun lagi.. Aku rasa menyesal giler time tu.. Masih dalam mimpi nih.. Suara ayah aku tu dah la macam petir kuatnya.... kalau realiti memang garang giler....dalam mimpi lagi garang la derr.... Sedar je dari mimpi.... aku muntah....uwekkk!!

Lepas tu.....aku rasa nyesal giler... aku ingat sumer janji-janji aku dulu masa mula-mula menjejak kaki ke matrik..... Aku ingat sumer detik-detik azam aku dulu masa datang sini.... Sejak hari tu...aku dah tak kene kejutan budaya dah....Kembali pada asal..... keluar tu keluar juger...tapi berpada-pada.... Asalkan result dan agama tak diabaikan.... Akhirnya aku dapat la result yang ok... dari 2.67 kepada......tak nak la bagitau... Sumer member aku tak sangka aku dapat result tu.... 

Dalam praktikum ( sama dengan kelas la kot) aku...ada 8 orang dapat highest pointer....7 dapat dikenal pasti....sorang lagi sumer tak tau.... sumer tak bajet aku yang dapat... Last-last tau jugak.....sumer terkejut macam aku ni tak sepatut dapat....yela kan...sekolah harian jer asal-usul aku nie..Bukan MARA, bukan SBP.....kan..kan.... Bangga? Tak langsung....ada la sikit-sikit....he he. Tapi yang lebih membanggakan aku... aku dapat tunaikan janji-janji aku kat mak ayah aku....:)

Pesan aku, sesape yang baru nak menjejakkan kaki ke alam matrik atau universiti.... Sila la prepare diri anda... Sebab 2/3 nyer akan terkena kejutan budaya.... Dari seorang yang rajin kepada malas...seorang yang baik kepada jahat.... bertudung kepada free hair....dan macam-macam lagi.... Bersedialah dari rohani dan jasmani korang.... Kuatkan azam dan ingat pesan mak ayah.... jangan terbabas!

Broadband Pilihan Bro Wacana

Aku pernah buat entri pasal broadband.....yang mana terbaik nak guna.... Entri tu korang boleh cek di SINI. Dan akhirnya aku dah pilih la yang mana aku nak guna untuk aku..... Dan ada reason-reason dier aku ambik yang nie.....

Aku buat keputusan untuk amik........ermm....sebelum tu aku bagitau dulu.... Broadband nie semuanya ada pro and cons dier....So, kene sesuai dengan apa yang korang perlukan.... Macam aku.....aku nak guna lebih broadband nie biler aku balik kampung... Kampung aku kat Kelantan..... Itu tujuan utama aku.... So, aku kene pilih yang ada coverage dekat kawasan kampung aku la dulu kan..... Itu sebab utama.....

Yang kedua... pasal bayaran.... kene cek dulu berapa bajet kita ade.... Pastu kene pastikan takde hidden charge... Kalo tak naye derr.... Daripada bajet....korang boleh la usha-usha yang maner korang mampu bayar... Dan speed broadband bergantung pada kemampuan korang....

Yang ketiga.... kegunaan sampingan.... aku nak jugak guna masa aku dekat Selangor nih... mungkin masa aku pegi shopping dengan wife ker....Atau keluar atas dasar keje kan.... Tapi broadband kalau kawasan bandar.....rasenyer takde masalah.... kawasan kampung je susah sikit....

Bile dah ok semua syarat awal tu.... boleh tengok pulak yang mana paling menguntungkan korang dengan bajet penggunaan korang..... kalau setakat bukak sekali dua sebulan....takkan nak beli pakej yang paling mahal kan.... Macam aku, duk di umah aku sekarang dah ade internet.... So, broadband cuma sampingan jer...

Dengan mempertimbangkan kesemuanya itu...maka aku pun memilih la broadband Celcom yang paling murah...he he he. Sebab utama. ada coverage dekat umah kat kampung aku.... Mula-mula nak amik DiGi....tapi tak de coverage.... So, Celcom la jawabnye.... Lagipun masa aku tanye korang....kebanyakan bagi jawapan Celcom.... Thanx yer kepada yang dah bagi pendapat.....:)

Salma Mentor 5 | Biodata

Dengan ini rasmi la bahawa Salma menjadi juara Mentor 5.... Oleh itu, aku bagi la sedikit biodata Salma ni kepada korang semua....... Tahniah Salma kerana menjuarai Mentor 5 ini....


Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Mentor : Erra Fazira
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Kerani

Blogger Pilihan : Bro Wacana
Hobi : Baca Blog Wacanaku
Impian : Jumpa Bro Wacana..

He he he....

Sape Letak Aku Di Bloglist, Aku Folo

Ok.....aku malam ni nak terjah blog korang jer..... Nak buat entri macam takde mood... badan penat kot hasil berjalan-jalan di Hari Belia dan tengok bola semalam.... Maknanya....sesi menerjah blog korang akan dilakukan sampai aku tertido depan pc...he he....

Tadi aku ada jumpa beberapa blog yang aku tak folo lagi tapi dia sudi letak blog aku di bloglist nyer.... Memang aku rasa berterima kasih kat blog-blog yang sudi meletakkan blog aku di bloglist nyer... Dengan itu, tanda aku berterima kasih.... aku akan folo blog-blog yang letak aku di bloglist nyer.... semoga aku dapat jugak update dari blog korang kan.....:)

Sesape yang dah letak blog aku ni di bloglist nyer......boleh la komen di sini bagitau "Aku dah letak".... yang mana baru nak letak pun ok jer..... Biler dah letak...komen la macam tadi.....insya Allah aku akan cuba folo kamu.... :)

Sunday, May 29, 2011

Manchester United Kena Lagi...

Demam final Champion League masih tak habis lagi kot..... Sesape yang minat Barcelona..masih lagi dalam keadaan hepi dan tersenyum gumbira la kan..... Fan Man Utd.....bersedih dan kecewa.. Rilek la.... Masuk final tu dikira ok la tu.....he he he

Tapi aku tak nak bincang pasal bola kat sini..... aku nak cakap pasal donut....ha ha ha... Apa kaitan donut dengan Barca dan Man Utd? Sile la tengok nih.....

Ada orang sent gambar nie dalam FB aku..

Saje-saje nak mengusik peminat Man Utd kat luar tuu.....giyahahaha..... Jangan marah aaar.....:)

Cadangan | Hari Belia Akan Datang

Ok.....aku ada cakap pasal Hari Belia 2011 di Putrajaya nie kurang diserapkan pasal keagamaan..... So, sekarang aku bagi la sedikit cadangan yang mungkin boleh diterapkan untuk Hari Belia akan datang.... Semoga dapat disampaikan....

Disebabkan karnival ni sangat la besar.... disediakan khemah surau untuk tempat solat.... memang dekat dengan Masjid Besi tu....tapi belah hujung satu lagi sangat jauh nak berjalan ke sana.... Sepatutnya disediakan surau khas di sana.... Tandas kan ada portable punyer.....apa salahnya buat surau satu khemah.... Kecik pun takper....janji ada... yang laki terbuka, yang pempuan tertutup... panas sikit pun ok...janji ada ruangan disediakan... Nak ambik air sembahyang, boleh dibuat saluran macam sinki basuh tangan... Takde alasan nak tinggalkan solat okeh!

Macam dekat Karnival Cheng Ho dulu.... surau dah disediakan....tapi tak cukup...tapi tak kisah.....sebab orang kat Kelantan tak segan nak solat dalam booth jagaan depa.... kan bagus gitu.... Tapi aku tak nampak orang kat Hari Belia semalam solat dalam khemah..... So, kena la sediakan khemah surau yang besar untuk depa...

Time maghrib...semalam time kat Masjid duk azan, di khemah-khemah masih lagi aktif memasang lagu kuat-kuat dan masih aktif berniaga..... Apa salahnya kalau buat macam pasar malam kat Kelantan....time maghrib, diarah tutup buat sementara waktu....Ada orang menjaga booth, cuma perniagaan dihentikan seketika.. Lepas dalam 15 minit... baru di on kan balik segala lampu dan aktiviti perniagaan.... menghormati waktu solat...... Kan molek tu.... Aku penah buat entri pasal tu di SINI.

Untuk konsert.....diasingkan lelaki dan pempuan.... Hah aper? Tak menarik? Tak Cool? Kene raba baru cool ke dik? Bukan diskriminasi.... tapi menjaga hak asasi wanita jugak...kalau tak, korang yang jadi mangsa rabaan dan sentuhan lelaki gatai... Apa salahnya duk asing-asing.... Tujuan utama nak tengok konsert kan?

Itu je la sedikit sebanyak cadangan aku nih...... Sebab dari pemerhatian aku semalam....ramai yang burn solatnya.... Mungkin jauh dari booth depa....Nak solat di pejabat bangunan berdekatan....sah-sah tutup nya...mana boleh masuk.... Nak solat di kaki lima....jarang orang berani buat....yang berani jer sanggup buat....kan...kan.... So..... Tu ler cadangan aku....

Bir Halal | Haram Sebenarnya

Sekarang duk kecoh-kecoh pasal bir halal nie.....Dikatakan bir nie dulu-dulunyer halal.... sekarang bile dah test....dikatakan pulak haram.... Ape susahnyer....tak payah la minum terus kan.... benda syubhah macam ni tak payah la kita nak bolehkan..... Ambik langkah berjaga-jaga terus..... Tapi dalam banyak-banyak berita....kenapa semuanya tak nak bagitau bir mana?

Aku ternanti-nanti mane la jenis bir tu...kot-kot la penah terminum kan.... Atau korang dah penah minum ke aper ker... Kenapa yer? Jadi aku letak la gambar bir tu di entri nie..... member aku cakap, bir tu adalah bir Barbican dan ISTAK. So, lepas nie....kepada umat Islam...jangan minum bir nie lagi.... Senang citer....:)



Maaf kalau salah...sebab aku cuba cari maklumat ni di google...dan inilah yang aku dapat..... Gambar tu aku dah backlink kan sumber asalnyer......

Nak promote kat sini pasal PENGIKLANAN di blog ni.... sape-sape yang berminat, boleh la ke SINI dan boleh dirunding lagi okeh.....:)

P/S: Minum je air kosong......lagi sihat..:)

Hari Belia | Gelagat Sana Sini

Okeh....aku dah janji kat entri INI yang aku nak citer pasal gelagat remaja kat hari belia di Putrajaya kan... Ni la citernyer.... Sebelum tu.... Nak promote kat sini pasal PENGIKLANAN di blog ni.... sape-sape yang berminat, boleh la ke SINI dan boleh dirunding lagi okeh.....:)

Semalam aku berjalan-jalan di Putrajaya sebab Hari Belia.... Dalam ramai-ramai orang nie....macam-macam la gelagat depa kan... Kebanyakan memang la daripada golongan belia.... Ada jugak yang bawak family... Tapi memang sesuai la bagi sesape yang suka jalan-jalan....sebab korang akan berjalan sampai lenguh kaki tu... 

Mula-mula aku citer yang light-light dulu.... Tengah duk jalan-jalan...aku tengok ada dua tiga kapel yang tengah merajuk...he he. Si pempuan kejar si lelaki yang buat muke blur jer... Ada yang tengah marah-marah...siap cakap kuat giler... Aku rasa duk Indonesia pun boleh dengar kot... agak-agak la kan...ha ha ha. Pastu ternampak pulak segerombolan budak-budak yang kononnya punk... Siap melaung-laung lagi....Laung ape tah... Rambut pacak ala-ala trojan.... Bajet ganas la tu.. Kalau suruh pegi perang di Palestin, depa yang lari dulu....komfem!

Citer di Masjid... Ramai jugak la yang datang solat....tapi kalau dibandingkan dengan jumlah ramai di karnival.. 1/500 je kot.... Tu pun ramai datang sebab tumpang mandi.... Dah macam jerebu dah dalam tandas masjid tu.... Bau dier.... memang hapak.... dah macam Dollah hapak dah...he he he. Lepas solat maghrib... Imam masjid bagi tazkirah..... menyentuh perkara yang sama dalam entri ni... Siap sindir-sindir lagi... tapi yang dengar....hanya yang dalam masjid je la kan... Kat luar tu..... duk berhibur dan berseronok tak ingatkan solat....

Lepas tu pegi dekat konsert tu.....Ooo mak kau.....ramai gilerz.... kalah orang dalam masjid tadi... Startnyer belum lagi.... Tapi ramai tu kalah yang orang dalam masjid sepanjang waktu maghrib tu... Risau jugak aku menengok nyer.... Sumer dah macam histeria biler keluarnya si SUPER JUNIOR tu... Haih....kalaula semua histeria sebab masuk waktu maghrib kan bagus.....he he he.... mendalam ek? 

Dalam duk dengar konsert tu..... Aku tengok la sumer teruja tengok artis yang depa minat nih.... Oo.. baru aku faham macam maner keadaan duk dalam crowd konsert ramai gini... Sebelum nie aku tengok jauh-jauh jer.... Baru mengerti kenapa kat Kelantan kene asingkan lelaki dan perempuan kalau ada apa-apa konsert...:)

Aku keluar awal...sebab tak minat....campor dengan panas.... Lagipun kaki aku dah lenguh semacam dah... Tak larat den oit... Tapi aku belajar banyak hari tu.... Tengok gelagat remaja sekarang.... Dan yang pasti...aku rase risau giler.... Cetek giler tahap agama depa semua... Aku cuba bandingkan dengan karnival Cheng Ho kat Kelantan dulu dengan karnival nie.... Banyak kekurangan dalam karnival besar nie... Kekurangan dari segi penjagaan agamanya....... Sambung pasni.....:)

Gelagat Belia di Putrajaya | Hari Belia

Semalam aku seharian di Putrajaya.... bermula dari pukul 5.30 petang sampaila ke pukul 11.30 malam....aku dan isteri berjalan-jalan di Putrajaya....nak tengok apa yang ada pada Hari Belia 2011 nih.... Dan sememangnyer...memang besar giler..... sampai lenguh-lenguh kaki aku dan isteri berjalan-jalan dari hujung ke hujung.....Tu pun ada yang tak sempat nak teroka.....huhuhu....

Memang puas hati la bagi sesape yang suka berjalan-jalan..... Besar lagi dari MAHA hari tu.... Aku datang berhajat nak tengok-tengok jer... Takde la nak shopping kan....tapi sempat jugak la shopping sikit....kebanyakan makanan dan minuman la.....dahaga oit kalau asyik berjalan jer.... Sempat la melahap pizza kecik dan sedikit kuih muih..... Yang lain...aku beli Celcom broadband paling murah...hihihi. Cukup la tu untuk aku teroka internet di kampung kan.....:)

Lepas tu meronda-ronda jap....masuk je maghrib...pegi sembahyang di Masjid Besi.....atau Masjid Sultan Mizan name propernyer....he he he. Dalam ramai-ramai yang datang tu kan.....sikit je yang singgah masjid.... Ermm.... pegi Masjid Putra kot......he he he...

Lepas selesai solat....sambung jalan-jalan..... sampai la pukul 10 malam....Sempat tengok kumpulan Super Junior buat persembahan secara LIVE.... Aku tak minat pun.... tapi saje je nak dengar secara live... Bersesak-sesak jugak la sebab nak duduk depan...dalam setengah jam...aku kuar dengan isteri aku.... Sebab tak minat kan....he he he... Dalam duk penat tu..singgah la ke gerai makan-makan jap.....Sempat makan Char Kuew Tiao dulu sebelum pulang....

Overall....memang besar dan happening....tapi agak berdukacita dengan gelagat belia-belia kita.... Nak tau apa yang aku nampak.....Ermmm....tunggu next entri... aku nak rehat jap.... tak cukup tido sebab tengok bola semalam...... Barca menang 3-1.....:)

Keputusan Man Utd Vs Barcelona | Final Champion League 2011

Berakhirnya Champion League untuk tahun 2011 dengan dimenangi oleh Barcelona dengan kemenangan 3-1. Kemenangan ini sangat bermakna buat Barcelona kerana inilah kemenangan kedua mereka mengalahkan Manchester United di perlawanan akhir UEFA Champion League dalam 3 tahun...

Jaringan pertama dijaringkan oleh pasukan Barcelona....Hasil dari hantaran menarik dari Xavi kepada Pedro.. Pedro terus menyumbatkan gol pertama perlawanan. Tapi Barcelona leading tak lama.... Rooney terus menyamakan kedudukan dengan gol yang menarik hasil dari hantaran Carrick... Tapi bagi aku Carrick offside  masa dapat hantaran dari Rooney.....Tapi referee tak nampak kot....

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-1. Apabila separuh masa kedua disambung... kedua-dua pasukan saling menyerang.... dan Barcelona terus menerus menunjukkan kelebihan passing nyer yang memang memukau... Dan Messi mula menunjukkan sengatnya dengan menambah jaringan di minit ke-53 dengan cubaan menarik.......

Ketinggalan 1-2, Man Utd cuba menyerang tetapi superioriti dari Barcelona memang tak dapat ditandingi.. David Villa menambah jaringan di minit ke 69 dengan cubaan plessing yang sangat cantik.... Dengan ketinggalan 1-3, Man Utd semakin terdesak... Kemasukan Nani takde membawa apa-apa kesan dalam perlawanan ini..

Dan wisel penamat dibunyikan......Barcelona memang hebat! Passing style yang patut ditiru oleh mana-mana pasukan yang nak guna cara permainan yang sama.....Superb finale!!!

Kawan | Sahabat | Musuh Dalam Selimut

Dalam hidup nie....komfem hidup kita dipenuhi kawan-kawan kan..... Tak kisah la kawan sekolah ker...kawan sekelas ker...kawan sepasukan ker.....kawan setaman ker... janji kawan.... Tapi dalam ramai-ramai tu... komfem semua tak sama.... Ada yang baik...ada yang menyampah... Perangai diorang berbeza-beza.... Ni ler jenis-jenis yang aku dah jumpa dan mungkin akan jumpa suatu hari nanti...

Kawan Bermuka-muka
Ni ramai giler.....lagi-lagi kalau di alam bekerja nih.... Depan kita lain, belakang kita lain... Kalau tak tau ok lagi kan....kalau dah tau..memang sakit hati.... Depan kita memang baik giler... siap usap-usap bahu lagi..... belakang.....pergh... Kutuk sana...kutuk sini.... Sampai habis orang lain anggap kita ni buruk..... yang ni sangat bahaya... sangat bahaya..... Dan ramai jugak aku dah jumpa..... rase nak bagi penampor pun ade...tapi sabar jela kan...

Kawan Ambil kesempatan
Ni biasanya berlaku kalau kita ada kelebihan.... Tak kisah la kelebihan apa....kelebihan dalam pelajaran ker....kelebihan sebab populariti ker.....macam-macam la kan... Biasenyer.... orang macam ni akan ramai kawan....tapi ramai yang jenis yang nie... Biler kita dah takde pape.....mula la sorang-sorang tinggalkan kita....berjauhan dengan kita..... Kita bersusah payah sanggup datang ke majlis depa.... Sampai time majlis kita... sakit sikit pun dah takleh pegi dah... Bukan nak balasan... tapi nampak sangat la respon kat situ....Ermmm....yang ni ramai jugak la dah jumpa.... buat bodo jer...:)

Kawan Masa Senang jer
Ni lebih kurang dengan yang atas.... Time senang je ada kat sebelah.....siap sanggup buat kopi lagi untuk kita.... ditakdirkan....korang ada krisis.....susah la kejap kan... sumer tetibe hilang....ape kes?? Yang ni la kebanyakan kawan sekarang.... Time susah....mula la banyak alasan..... Habis sebut nama mak mertua la...adik ipar la.... sepupu sepipit la... Kawan macam ni jugak la yang selalu lupa jasa-jasa kita.. Apa yang depa ingat...periuk nasik sendiri jer....

Kawan Dunia
Haaaa.....ni memang ramai giler... ni takde la tak baik macam kat atas tuu.... yang ni memang ramai yang baik giler dengan kita.... Sampai ada kes pape....depa datang tolong.... Tapi bile diajak beribadah jer...Seribu satu alasan die bagi...... Ermm..... Setakat kawan di dunia je la kan... kalau dia tak kisah dengan kita ok lagi.... takut-takut diajaknye join dengan depa.... Hanya pikir duniawi jer.... rosak jugak derr..... 

Kawan Akhirat
Ni bunyi macam baik je kan.... suruh kita beribadah...suka ajak kita ke surau atau masjid.... Tapi kebanyakan jenis nie tak suka kita buat aktiviti harian macam orang lain.... Bukan semua okeh.... kebanyakan.... Macam nak tengok cerita omputeh.... "Takleh...berdosa!". Nak pegi jalan-jalan di shopping mall...."Takleh..sia-sia!". Agak-agak.....aku rasa jenis nie yang paling ramai tak tahan kot.....huhu.

Kawan Sejati
Ermmm.....ade lagi ker? Mungkin ada......tapi sangat susah la kan.... dengan keadaan dunia sekarang... Ramai yang nak pijak memijak.... Ramai yang ada kepentingan peribadi tersendiri..... Ramai yang kalau boleh nak naik cepat dalam apa-apa pekerjaan.... Semuanya ada persaingan..... Cuba bayangkan..... agak-agak ada tak lagi kawan sejati seperti Abu Bakar As- Siddiq.... Susah kan? :)

Dari list aku tu....mungkin ada lagi jenis lain yang aku tak list.... Tapi nak cari kawan yang betul-betul baik....sangat susah.... Kebanyakannya......bukan kebanyakan....takde yang sempurna dalam dunia nih.... Sebab kita sendiri pun tak sempurna okeh! Kita sendiri pun tak tau jatuh ke kategori maner.... Tapi yang terbaik ialah.... Berbuat baik je sehabis boleh.... kita sendiri jadi kawan yang baik dulu...sebelum mengharapkan orang lain jadi baik kat kita... Kalau dapat kawan dunia atau kawan akhirat tu....bagi aku dah cukup baik dah.... Nak cari kawan yang setaraf sahabat dunia dan akhirat nie..... memang sorang dalam berjuta-juta kot.... :)

Saturday, May 28, 2011

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

Blog Pilihan Malaysia

Blog ni dalam kategori Blog Personal Suami Pilihan kot....sebab aku kan dah kahwin...he he he. Blog aku ni blog santai jer.... kadang-kadang ade jugak entri yang berat...tapi kekadang jer... Kebanyakan entri yang berbentuk santai.... Info tu tetap ader dalam kesantaian tu...

Sebenarnya nak join Blog Lawak Pilihan.. tapi blog aku ni ader jugak yang entri yang takde lawak langsung.... so....rasanya lebih sesuai masuk kategori blog suami pilihan kot..... Korang boleh try godek-godek entri lame aku dalam blog archive tu.... ade dekat sidebar.... Ada entri lawak... ada entri infomarsi.....ada pasal isu semasa.... berbagai la kan.... takde genre tetap... 

Kalau susah sangat nak carik entri yang diminati di blog archive...korang boleh la jugak jenguk-jenguk di Label kat bawah..... ataupun link-link di bawah entri tu..... Dalam banyak-banyak tu pasti ada yang korang suka.....:)

Tu je kot..... semoga korang sudi membaca blog picisan aku nih... Mungkin tak lama lagi akan ditukar kepada dot com kot....  :)

Bila Lelaki Menangis


Lelaki ni susah nak menangis.....Maksud aku lelaki tulen ler.....bukan yang aww-aww tu... yang tu memang senang nak nangis.... Bagi lelaki....air mata tu sangat la berharga.... setitik air mata tu sama mahalnyer dengan segunung kasih sayang.... Tapi biler lelaki menangis.... Pergh....... nak tau kenapa dan apa yang akan buat si lelaki menangis.....baca nie...

Bila Habuk Masuk Mata
Ni memang kerap kali berlaku.... air mata paksaan....ha ha ha. Dah habuk masuk mata.... mata kita ni sangat la kompleks...Dia buang sendiri habuk tu dengan menangis.... Tapi ni pun selalu dijadikan alasan bagi lelaki...hihihi


Bila Potong Bawang
Ni pun selalu dijadikan alasan... kalau yang jadi chef macam Mat Gebu tu boleh la kan.... kalau nak bagi alasan nie...tapi tengah drive...tak dapek la cek.....jauh bebeno larinyer....


Bila Sangat mengantuk
Ni kerap kali berlaku jugek... Mata yang sangat mengantuk tapi ditahan-tahan sebab nak teman isteri atau gurlfren pegi shopping.... kalau tengok si lelaki mata berair jer.... Suruh la depa nie tido jap.... berdengkur tak ingat dunia ler lepas tu.... he he he.

Bila Teruja Giler
Ni kebiasaan berlaku untuk atlet-atlet sukan la....Depa nak sangat menang kan....sekali dapat apa yang depa nak.... memang menangis..... Menangis kegembiraan.... he he

Bila Tengok Hindustan/Drama Korea/Anime
he he he....ni spesis sensitif nih.... Tengok adegan sedih-sedih...mula la berkaca mata tu kan.... tapi pantang ditegur! Kalau ditegur.....komfem tak jadik nak feeling..... ego tinggi la derr...ha ha ha... Biarkan je depa menghayati.....hihi

Bila Dapat Berbaik Semula Dengan Isteri
Lepas gaduh-gaduh.....si lelaki nie susah nak mengalah..... biasenyer buat dek jer....tapi kalau dah dapat berbaik semula....kadang-kadang ada jugak yang menangis.....sebabnya.... itu yang depa nanti-nantikan!! Berbaik dengan isteri tersayang..... Air mata tu menitis sebab bersyukur... Sayang bini oit.....he he

Apa-apa pun....aku nak bagitau kat sini..... lelaki susah nak menangis.... Tapi lelaki yang berani menurunkan ego nyer sahaja yang akan menangis depan korang..... Kalau tak percaya.....cuba la perhati.... lelaki yang tinggi egonyer takkan menangis sesuka hati... Adegan sedih pun depa gelak jer der... tak nak menangis punyer pasal..... Tapi hati lelaki sebenarnya lembut... cuma ego jer yang menghalang.... Kalau ada pempuan yang sama dengan lelaki bab-bab menangis nih.... maknanya.....ego korang lagi la tinggi....:)

Manchester United vs Barcelona | Analisis Bro Wacana


Malam ni akan berentap dua pasukan gergasi dunia iaitu Man Utd melawan Barcelona untuk berebut Piala Juara-juara Eropah ( Champion League) bagi tahun 2011. Perlawanan final akan diadakan di stadium Wembley... Aku akan bagi sedikit analisis dan ramalan keputusan akhir sebelum perlawanan untuk korang bagi menghangatkan suasana...

Kedua-dua kelab ada kelebihan..... Kelebihan Man Utd ialah team work dier.... Pasukan ni sudah berkurangan dari segi kemahiran individu selepas keluarnya Christiano Ronaldo....Tapi sebenarnya dengan takdenye si mamat tu.... Semangat berpasukan team ni makin kuat.... Barcelona pulak....kemahiran depa ialah passing style.... Pasukan ni memang sama macam Arsenal punyer style...Tapi depa ni lebih mantap dan hebat... passing movement depa ni memang terbaik di dunia buat masa sekarang.... 

Itu dari segi kekuatan team.... bagi taktikal puler.... Sudah pasti Man Utd aku target....depa akan main Quick Counter....sebab memang itu taktik Sir Alex Ferguson kalau lawan team attacking style macam Barcelona nih.... Dengan adanya Wayne Rooney... dan jugak Chicharito (Hernandez) tu... Barcelona terpaksa berhati-hati sikit.... sebab depa kene defend dari dalam dan luar kotak... Rooney dengan shotnyer... Hernandez dengan skill movemnet dier dalam kotak penalti....

Barcelona....macam biaselah... attacking football dengan passing yang memukau..... Dengan adanya Lionel Messi yang bukan setakat ada kemahiran individu, malah terer dan kreatif dalam mencipta peluang... Tapi malam ni komfem akan dijaga ketat... Antara Carrick atau Fletcher yang jaga....Kalau tak pun... Anderson... Mesti depa bagi yang keras sikit sebab tak nak bagi Messi menari-nari.... Tapi ada lagi yang perlu dijaga.... Andres Iniesta..... Lebih kurang sama dengan Messi...cuma dribbling dier jer kurang.... So, dua ni akan switch off dan on...Kalau Messi diikat, Iniesta la yang akan bersinar....

Bab finishing style....bagi je dekat David Villa... memang superb... Nemanja Vidic memang penat la malam nie... Lagi sorang, Pedro.... ni pun tengah meningkat naik... Skillfull macam Iniesta... sharp shooter macam David Villa...cuma strength je kurang lagi....ala-ala player Arsenal la kot...he he he. 

Bagi aku, malam ni memang sengit.... Man Utd akan carik gol melalui set pieces....Barcelona dengan short pass depa....Atau mungkin malam ni Barcelona puler yang gune Counter Attack... Aku teka malam nie.... Barcelona menang 2-1.... Kalau salah pun tak kisah....he he he.

Maharaja Lawak Minggu 9 | Ranking Bro Wacana

Fuuhh.....hampir terputus urat perut aku tergelak dengan video terbaru depa nih.... Dengan ketiadaan Amir..(Ha ha ha) Memang tak potong mood aku nak gelak dah..... Sekarang ni aku bagi ikut ranking dari aku untuk korang......

1- JAMBU


2- JOZAN


3- SEPAH


4- R2


5- NABIL


6- BALAS


Itu ranking aku.....kalau ade sesape yang tak setuju..... Bagi la sebab yer... aku susun mengikut ketegangan perut aku selepas tengok video depa jer.... :)

Friday, May 27, 2011

Himpunan Sejuta Belia 2011 | Tentatif Acara | 27 Mei - 29 Mei 2011

Di Putrajaya, sekarang ada himpunan sejuta belia.....Kalau tak silap hari ni jugak ada Jom Heboh di Putrajaya... Hari ni start.....Sesape yang ada masa terluang dan kelapangan, sila la datang ke Putrajaya nie... Banyak acara dan benda menarik menanti korang semua.... Hari Belia diadakan di Presint 2....atau lebih tepatnya...tapak lapang untuk Bazar Ramadhan tu.....
Aku mungkin pegi jugak kot.....hari Sabtu aku pegi sana.... esok la tu.... Kalau ada yang pegi jugak, boleh la bereunion kat sana pulak.... Sambil menghiburkan diri di sana..... Ni aku sediakan tentatif acara untuk korang semua.... Sila la tengok.....:)

Teka-Teki Dulu-dulu

Aku kumpulkan teka-teki yang agak bangang jugak la.....Tapi bes la sekadar nak main-main.... Cek cek cek it out......huhuhu

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Apekah dia??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak-banyak kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. giyahahaha!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul la!! Hahahaha

Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..! [Sape pikir benda lain, sila basuh otak anda..haha]

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam....hahahaha

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: Lilin masa sambut HEPI BEFDAY

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. Tak kisah la kaler hitam ke aper...hehehe

Teka-teki: Dalam banyak-banyak kera, kera ape yang pandai menaip?
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah sembahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK SEMBAHYANG IMAM TU?
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan....aduhai! He he

Jangan tanya aku....aku kumpulkan untuk korang jer.....hahahaha.

18 SX | Ibu Hamil dan Lelaki Hamil?

Seorang lelaki yang badannya gemuk naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba-tibe die berasa ada yang menghimpitnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak mengandung ek?

Ibu Hamil :
Takdelah! Buncit je nih....Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).

Lelaki Gemuk : Dalam tu ada baby ek?

Ibu Hamil :
Ya lah! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun mengandung ke?

Lelaki Gemuk :
Ya! Ha ha ha....Kasar soalan tu kak...
.
Ibu Hamil : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die tanya lagi), Dalam tu ada baby ker?

Lelaki Gemuk :
Amboi soalan... balas nampak... Bukan baby ni kak..tapi anak gajah! Hahahaa!! (Puas hati!]

Ibu Hamil : (Terkejut, lalu ketawa juga) Ha ha ha ha....(Terhenti jap...sambung ketawa lagi sampai
menangis).. Ha ha ha....haaaaaahahahaha

Lelaki Gemuk :(Pelik dengan gelagat ibu hamil tu...) Kenapa ketawa sampai takde kesopanan tu kak oit... Segan pulak rasanya....

Ibu Hamil : Anak gajah rupenyer.....he he.... patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjukkan seluar lelaki yang lupa dikancing)

Lelaki Gemuk: (Dengan muka selamba yang dah bertukar jadi merah menyala...menarik zipnya laju-laju... tapi....TIba-tiba si lelaki ni menjerit)
ATOOOOOOOIIIIIII!!!!!!!!! TERKEPIT!!!!

Ibu Hamil: Haaaaaahahahaha... Padan Muka!! Ha ha ha ha...... Fuuuh fuuuuh..... Kontrol... kontrol... silap-silap boleh lahir anak aku nih.... fuuuuuuuh..... Hehehehehe hahahahaa

Orang dalam train.....satu gerabak tergelak......hahahaha

Moral: Jaga budi bahasa derr....

Jenis-jenis Rambut


Rambut manusia ni macam-macam..... ada banyak jenis..... Jadi aku kelaskan mengikut jenis-jenis rambut... Ini bukan tilik menilik.....tapi dari pemerhatian orang tua-tua dulu tentang hubungan jenis rambut dansifat orang tu sendiri.... Sebagai pedoman tetapi jangan percaya bulat-bulat....percaya leper-leper jer...he he

1) RAMBUT LURUS
Bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan. Rebonding tarak kire okeh.....

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
Kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
Bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah. Atau memang dah dari keturunan Negro kot.....he he...Mintak ampun..

4) RAMBUT IKAL MAYANG
Bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
Bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh. Ermm....mungkin selalu guna syampoo....iye jugak tu....

6) RAMBUT SIKIT
Bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil. Atau dah banyak yang dah gugur...huhuhu

7) RAMBUT PERANG
Kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah. Celup pewarna tak kire!!

8) RAMBUT TEBAL
Bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
Sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. Dikatakan bijak juger kerana kebiasaan orang nerd nih jarang jaga penampilan diri....jarang sikat rambut.....sebab tu kusut kot....hihihi

10) RAMBUT BERUBAN
Kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri. Atau dah tua.....he he

11)TIADA RAMBUT
Ermmm...dengan kata lain.....botak..... Atau dogol...huhu

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
Kalau itu la kalernyer.....maknenyer anda adalah dari spesis rambutan...hehehehehe

13) RAMBUT SEJEMPUT KAT DEPAN
Itu jambul!! dah! dah! aku dah mula dah nih.....

HARAM NIKAH GADIS SATU KAMPUNG

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara kesemua ulama', JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 24 Mei 2011:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LELAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Pihak wartawan telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut. Aku pun turut ada di situ sebab aku pun tak pus hati....

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah sasau ke apo haaa?!

P/S: Dapat citer ni dari dalam emel aku......Sumber asal aku tak tau....huhuhu

Thursday, May 26, 2011

Cerita Malam Jumaat


Cerita ni aku aku tak ingat dari mana aku dengar....tapi aku nak share dengan korang... Oleh kerana malam ni malam Jumaat.....Sambil rehat-rehat di malam hari....apa salahnya membaca cerita ringan dari aku nie... Semoga bersantai dan bergelak bersama yer....:)

Citer nyer begini....

Malam itu malam Jumaat. Bashir ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Bashir pada Tipah, isterinya yang sedang menyusukan anak bongsu mereka.

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Bashir, sambil ke bilik air mengambil wudhuk...Setelah mendapat kan songkoknya, kitab Al-Quran dan meminum seteguk air sejuk....Bashir bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya...

"BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM"

" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Bashir mendengar suara Tipah yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangka masa yang begitu singkat.

Apa lagi, Bashir pun terus meneruskan bacaan Al-Qurannya, " SODAQALLAHUL'AZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat...... he he he....

Moral: Jangan ganggu orang yang dah berumahtangga di malam Jumaat...:)

Seks Di Pejabat


Di satu syarikat jepun.... pekerjanya diwajibkan memakai uniform khas ketika di pejabat.... Pada satu malam....guard pejabat, Pak Ali meronda mengikut syif.... Tiba-tiba dia ternampak kelibat orang di dalam pejabat yang tak berlampu......

Pak Ali : Hoi!! Buat apa tu!! Astaghfirullahal 'azim.....

Halim : Errr.....saya tak buat-buat pun... Kami cuma berbincang.....me..me...mesyuarat tergempar...

Halimah: Betul enchek.....kami bermesyuarat jer ni.... ada projek...

Pak Ali: Mesyuarat apa dalam gelap.....Ya Allah....telanjang! Korang dah buat salah ni!!

Halim: Kami tak buat apa-apa  enchik... Kami tak buat seks...kami..kami...

Pak Ali: Bukan sebab tu! Kamu dah menyalahi undang-undang syarikat!! Menyalahi etika!! Kamu salah sebab tak pakai uniform!!

Halimah: Erkk.......biar betol pakcik nih bang.......


Halim: Nak mengaku salah ke tak nih....kompius....kompius....

Moral......Korang pikir la sendiri....he he he

Hasil Kajian Bro Wacana | Nak Entri Banyak Komen

Dalam dua tiga hari nie... aku pelbagaikan jenis entri aku.... dari copy paste berita....hingga lah gosip artis.... Dari Sukan....hingga la pasal keagamaan.... sumer aku try...dan cara marketing entri yang sama....aku tak main SEO okeh.... jadi takde penglibatan SEO daalm hasil kajian...cuma dari pembaca tegar blog aku.... Dan hasilnya adalah....

Entri Tips Berblogging
Entri ni la paling banyak aku dapat respon dari pembaca blog aku.... Dan sememangnya sangat tinggi traffic aku kalau aku buat entri macam ni..... Aku tak promote pun tinggi jugak trafficnyer.... 

Entri Gosip Artis
Ni pun tinggi gak....tapi komen hanya di peringkat sederhana.... traffic naik.. Maknanya ramai yang bukak nak tau tapi malas nak drop komen... Mungkin ada yang tak setuju ke aper ker....kan....:)

Entri Segmen (Wacana)
Yang ni tengok topik.....kalau senang....ramai yang datang. Kalau topik tu melibatkan benda yang berat (kene pikir sikit) komfem kurang yang join... Adoi yai...macam mane nak buat entri berinformasi nie kalau pikir sikit pun dah tak nak.....huhuhu

Entri Lawak
Yang ni pun ramai orang suka.... aku buat lawak simple pun ramai jugak datang komen.... maknanya kebanyakan pembaca blog aku ni nak release kan tension kot....So...aku akan kekalkan...;)

Entri Cerita santai
Ni pun ramai gak datang....dan memang ni pun entri utama dalam blog nie....cuma sejak akhir-akhir nie je aku kurangkan sebab nak buat kajian nie..... Yang ni pun tengok topik...topik hangat je ramai yang datang komen.... he he he.

Entri Informasi
Ermmm........ramai yang datang tapi sikit je drop komen.... mungkin bace separuh jalan je kot....atau tak tau nak komen aper...sebab kalau ader yang komen...mesti die ada jugak info pasal tu.... Paling sikit dikomen kot....

Entri Keagamaan
Errrrr..........Paling sikit traffic! Komen boleh tahan..... tapi yang ni la bagus untuk korang kan.... tapi kalau ada unsur-unsur agama jer....komfem traffic menjunam...ha ha ha.... 

Hasil dari kajian aku nie.......menunjukkan bahawa jenis entri tu memberi kesan mendalam kepada blog kita.... Baik dari segi traffic ataupun jumlah komen... Tapi yang paling mendukacitakan aku.....pasal entri agama.... Aku ade banyak kali buat entri pasal tu...ada yang ringan-ringan...ada yang agak berat... kalau ringan-ringan...ok lagi.....tersalah berat sikit jer... drop terus traffic dalam beberapa jam...Bila tukar entri lain... naik balik....ha ha ha...

Aku tak tau la kenapa jadi gini....mungkin sebab semua dah tau kot.....atau tak berminat pasal agama nih... Atau mungkin kena otai-otai buat kot baru ramai komen....hehehe..

Ilmuwan Islam? Ada Ker?

Pelajar-pelajar di seluruh dunia termasuk negara Malaysia selalu dihidang dengan nama-nama ilmuwan barat seperti Isaac Newton(1642 - 1727), Stephen Hawking, dan ramai lagi. Aku dulu pun di zaman sekolah... selalu diberitahu nama-nama seperti itu. Setiap nama-nama yang disebut ada sejarah hidupnya. Rancangan dokumentari dunia seperti National Geographic dan History Channel selalu menayangkan sejarah hidup ilmuwan-ilmuwan ini. Sehinggakan kebanyakan penduduk dunia mengagung-agungkan ilmuwan barat ini. Banyak kisah tentang mereka sehinggakan ramai tidak terfikir, dari mana mereka dapat ilmu itu? Siapa yang mendidik mereka? Dari mana mereka dapat bahan bacaan untuk mereka belajar semua itu?

Sekarang aku masuk ke topik sebenar. Cuba korang sebutkan hanya 5 ilmuwan-ilmuwan islam dan bidang mereka masing-masing yang telah menjadi perintis dalam perkembangan ilmu di dunia. Aku rasa ramai yang terkial-kial mencari jawapan tersebut. 

Sebenarnya, kebanyakan ilmuwan islam inilah yang menjadi cikgu dan pembimbing kebanyakan ilmuwan barat. Buku-buku mereka diterjemah dan dikaji oleh dunia barat sehinggakan penduduk dunia sekarang kebanyakan menganggap dunia barat lah yang mula-mula meneroka alam ilmu pengetahuan yang serba luas ini. Sedangkan sudah lama dunia islam meneroka alam ini dengan mengkaji kitab Al-Quran dan Sunnah Nabi. Kita tidak kaji sejarah sebenar. Jika dikaji secara mendalam, kita akan dapat kenal pasti bahawa banyak sejarah-sejarah yang kita tahu sekarang jauh terpesong dari yang sebenar.

Sebagai umat islam, kita disarankan untuk mengkaji sejarah, bukan percaya bulat-bulat apa orang barat kata. Macam sekarang, dunia barat tidak pernah mengagung-agungkan ilmuwan islam. Amat jarang kita lihat mereka mengupas cerita dari A sampai Z berkenaan ilmuwan islam.

Cuma, akhir-akhir ini, ada segelintir pihak yang telah sedar tentang hal ini. Mereka mengkaji kitab-kitab ilmu dunia islam yang telah lama cuba disorokkan ramai pihak dan menyedari bahawa kebanyakan ilmu yang ada sekarang sebenarnya sudah dikaji ilmuwan islam dulu. Tapi yang menyedihkan, bukan orang islam yang cuba menyelongkar kebenaran itu, tetapi orang barat juga. Ke mana kita?? Masih lalai dan malas sehinggakan sudah ramai yang berani mempersoalkan tentang agama sendiri. Sampai ada yang sanggup tukar jantina....sampai ada yang dah tak rase segan bersekedudukan dengan boypren atau girlfren... 

Ermm.....ni yang aku rasa nak buat Wacana lagi nih... Wacana pasal tokoh ilmuwan islam yang korang minat.... Ataupun Wacana Satu Ilmuwan Satu Blogger....Tapi aku takut sikit je nak join sebab kebanyakan tak kenal pun depa nih.... macam mane ek.... List ilmuwan Islam aku dah bagi kat SINI. Hmmm.....

Nama-nama Ilmuwan Islam

Al-Kindi (796 - 873 M)



Falsafah Arab terkemuka, dikenal juga sebagai pakar matematik, logik, fisika, astronomi, dan muzik. Beliau menulis buku dalam berbagai bidang kajian.

Abu Bakar Al-Razi [Razhes] (864 - 923 M)
Ahli fisika dan falsafah Arab terkemuka. Dikenal bijak juga sebagai ahli kimia, musil, astronomi, dan sastera (khususnya puisi). Beliau telah menulis leibh dari 200 kitab, dan yang paling terkenal adalah Al-Hawi (The Comprehensive) dan sebuah buku tentang cacar dan campak.

Ibnu Sina [Avecinne] (980 - 1037 M)



Saya rasa mungkin inilah salah seorang nama yang mungkin anda selalu dengar. Ahli falsafah dan ahli fisika yang sangat genius. Beliau telah menulis lebih dari 100 buku tentang falsafah adn kedoktoran. Yang paling terkenal adalah Al-Qanun (Hukum) di bidang kedoktoran dan Al-Syifa' (Kesembuhan) di bidang falsafah.


Abu Nashr Al-Farabi [Alfarabi] (878 - 950 M)




Falsafah muslim terkemuka, sekaligus pakar logik, matematik, dan muzik. Beliau mencuba mengahwinkan antara syariat islam dan falsafah yunani. Beliau juga menulis lebih dari 100 judul buku.

Abu Al-Raihan Al-Bairuni (973 - 1048 M)

Sejarawan, ahli matematik, astronomi, geografi, fisika, dan farmasi. Beliau adalah saintis terkemuka yang pertama kali menemukan bahawa bumi berputar pada paksinya. Beliau menulis lebih dari 120 buku.

Abu Hanifah Al-Dainawari (w. 895 M)

Falsafah sekaligus chronicler, Botanist, dan jurutera.

Al-Zamakhshari (1075 1144 M)
Salah seorang pakar terkemuka di bidang bahasa, tatabahasa Arab, dan tafsir. Beliau menulis lebih dari 10 buku, dan yang paling terkenal adalah Tafsir Al-Kasysyaf.


Ibnu Bajah [Ibn Bajja] (w. 1138M)

Falsafah Arab terkemuka yang menjelaskan buku-buku Aristotles. Beliau dikenal juga sebagai pakar kedoktoran, astronomi, dan muzik.

Ibnu Thufail (1100 - 1185 M)

Intelektual ensiklopedis Andalusia yang juga seorang falsafah, ahli astronomi, dan sasterawan (penyair). Karyanya yang paling terkenal adalah Kisah Hayy bin Yaqzhan yang menjadi ladang usahanya untuk mengahwinkan antara falsafah dan syariat.


Ibnu Rusyd [Averroes] (1126 - 1198 M)

Falsafah Arab Andalusia terkemuka, juga pakar hukum, sastera, kedoktoran, dan astronomi. Beliau juga terkenal sebagai pakar yang mencuba mengahwinkan falsafah dan syariat.


Ibnu Zahr (w. 1162 M)

Ahli fizik Arab yang mencuba membangunkan terpai perubatan moden. Beliau menulis sejumlah buku kedoktoran yang menjadi rujukan utama sehingga akhir abad 17 M.


Ibnu Khalkan (1211 - 1282 M)

Sejarawan dan biographer Arab. Beliau menyusun rujukan yang paling terkenal, iaitu Wafiyat Al-A'yan wa Anba' Al-Zaman.


Abu Mansur Al-Tsa'alibi (961 - 1038 M)

Sasterawan era Abbasiyah, sekaligus pakar bahasa dan sejarawan. Beliau menulis buku tentang kebudayaan, sejarah, dan bahasa, dan yang paling terkanl adalah Yatimat Al-Dahr fi Syu'ara' Ahl Al-'Ashr

Dan ramai lagi seperti Ibnu Abi Ushaibi'ah atau Rasyiduddin (w. 616 H), Abu Ash-Shillat Al-Andalusi (w. 529 H), Ibnu Madha' Al-Qurtubi, dan lain-lain. Jika dikumpul semua kisah-kisah ilmuwan islam ini dalam bentuk movie, pasti lebih panjang dari siri televisyen bersiri seperti Heroes, Prison Break, Smallville dan sebagainya.

Jika diperhatikan, kebanyakan dan tidak salah jika dikatakan semua ilmuwan islam dulu adalah ahli falsafah. Mengapa? Ini kerana mereka mendapat ilmu dari kitab Allah iaitu Al-Quran. Mereka kaji kitab. mereka cuba memahami Al-Quran dengan tafsir sambil mempelajari bahasa dan tatabahasa Al-Quran, kemudian membetulkan pemahamannya dengan logik, mengenal hukum-hukumnya dengan ilmu fiqh dan mendeduksinya dengan perangkat ushul fiqh. Ini kerana Al-Quran merupakan sumber pengetahuan tentang segala bentuk kehidupan dan fenomena alam. Di Dalamnya terkandung kaedah-kaedah sistematik yang mengatur peri kehidupan individu dan masyarakat. Di sini akunak bagi sedikit sebanyak contoh-contoh ayat Al-Quran yang mungkin menjadi titik tolak bermulanya kajian-kajian mereka.

Maksud-maksud Firman Allah :

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir(berdampingan); yang ini tawar dan yang lain masin lagi pahit dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al-Furqan: 53)

"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat adn di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui." ( Al-An'am: 97)

"Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah telah menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui." (Yunus: 5)

"Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang melata di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki: Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (An-Nur: 45)

Banyak lagi yang boleh dikaji dan diteliti melalui Al-Quran, cuma kitalah yang perlu memulakan balik apa yang telah dimulakan oleh ilmuwan islam dulu. Kita perlu sedar, kita sudah ada satu kitab (Al-Quran) yang amat luas ilmunya. Tetapi, kita di dalam kerugian dan alpa kerana kita tidak tidak mengkajinya. Hasilnya, kita sekarang 70 tahun terkebelakang dari segi ilmu pengetahuan terutama sains dan teknologi berbanding negara barat. Sama-sama kita renungkan.

Kembar Ben Ashaari | Pembuktian

Ramai yang tertanya-tanya siapakah kembar Ben Ashaari... Mungkin ada yang dah tau....Tapi tak tau sebab kenapa..... Jadi di entri ni aku akan reveal kenapa dan siapakah si kembar itu....

Akulah kembar Ben Ashaari.... Tak percaya? Laaaa......betul la..... Tak tipu la.... tipu sikit-sikit jer.... Tapi betul....aku lah kembar yang diperkatakan tu..... Tak caye jugak? Ok.....aku bagi bukti...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~
~~~~~~
~~~~
~~
~
~~
~~~
~~~~~~
~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tengok.....aku tak tipu kan? Gaya berdiri pun dah sama..... he he he...

Punca sebenar pasal kembar nie sebab pasal cara penulisan entri... aku pun tak perasan sebelum nie... tapi selepas dibagitau kawan blogger yang lain....akhirnya aku akui juger dengan terpaksa...he he he.

Aku pernah kupas persamaan tu di entri INI dan INI. Korang boleh tengok kalau rasa curious dan tertanya-tanya....hihi. Kali ni aku bagi bukti gambor pulak....ha ha ha....

Persediaan Yang Perlu Dibuat Kalau Nak Kahwin

Dalam keghairahan bercinta tu.... sangat cantik kalau berakhir dengan perkahwinan... Segala perkara haram dihalalkan dalam alam perkahwinan.... Kalau sebelum ni takleh nak buat itu buat ini....Lepas kahwin dah boleh... Tapi....nak kahwin ni kene ade persediaan rapi.... Antara perkara yang korang perlu lakukan sebelum kahwin...

Kursus Kahwin - Ni wajib hadir bagi semua pasangan.... bayaran dia kalau tak silap RM80 hinggit kot... So...bersiap sedia la dengan bajet tu.... Dalam kursus nie...akan diajar cara-cara nak akad nikah.... apa yang perlu ada dalam dada dulu sebelum melangkah ke alam baru tu.... Berbagai godaan dan dugaan yang bakal menimpa...Depa nak korang bersedia betul-betul dulu.... Tapi ada juger yang tak jadi kahwin lepas amik kursus... Sebab baru tau besarnye tanggungjawab suami isteri nie....:)

Barangan hantaran - Ni ikut perbincangan... kalau pasangan bersetuju dengan jumlah 7 par....tujuh la kene sediakan.....kalau sembilan....sembilan la.... bajet dier...ikut kemampuan....bukan ikut kawan okeh.... Sebab sekarang nie hantaran semua nak mahal-mahal jer....silap-silap cecah RM7000 untuk semua hantaran... Purata RM1000 untuk satu hantaran....Pergh......kering poket beb....

Pelamin & Hiasan Bilik Tidur - Ni pun dah macam kewajipan dah.... walaupun ni adat....tapi macam wajib dah bagi masyarakat kita.... Kalau kat Kelantan, biasanya belah pempuan jer....kalau kat tempat lain....dua-dua ada pelamin... Biasenyer sekali dengan baju pengantin... Bajet pelamin sekarang... lebih kurang RM1500 ke atas... Kira RM1500 tu paling cikai la.... So, kene sediakan lebih....nak normal....dalam RM2500 ke atas...sebab takut ada hidden charges...ha ha ha

Fotografi dan Videografi - Bajet untuk dua-dua nie....kalau nak paling murah.... rasenyer dalam RM1000 untuk kedua-dua....tapi susah la kot.... Baik sediakan dalam RM1500 ke atas..... Ni penting untuk kenangan korang lepas dah beranak pinak nanti.... Kalau tak nak pun takper.... Kalau ade adik beradik yang pandai guna kamera DSLR tu....suruh je dier.....:)

Hidangan Makan-makan - Yang ni kedua-dua mempelai..... Belah pempuan ader...belah lelaki ader... Belah pempuan biasanya dapat balik modal makanan tu dari tetamu.... tapi kebiasaan lelaki buat kesyukuran.... bezanya.....kesyukuran tak amik duit....amik hadiah jer.... So, kalau sebelum ni ade yang buat kesyukuran tetapi amik duit tanpa penolakan langsung dari tuan rumah....Tak jadi la ksyukuran tu.... he he he. Oh... bajet dier.... sediakan bajet RM9 per kepala....Ikut suka hati korang la nak ajak berapa orang.... Dan seidkan jugak sewa khemah dan meja kerusi....yang sewa dewan tu tambah lagi la jawabnyer.....So, Prepare your money! Hihihi

Doorgift dan Kad - Yang ni nampak jer sikit....tapi kos mahal gak kalau nak ajak ramai orang.... Katelah doorgift tu dalam RM1.50 satu. Kalau nak bagi seribu orang? Kad pulak.....seribu jugak nak buat.....kos kad RM0.60 satu.... So......sediakan duit lagi.....:)

Ada lagi yang tak berapa penting yang mungkin korang nak sediakan.... seperti DJ.... kek kahwin... Bunga telur.... Baju-baju keluarga pengantin... dan macam-macam lagi.....Kalau nak kahwin...sediakan bajet tu awal-awal....Jangan nak duk berpoya-poya dan berjoli jer.... :)

Kalau ada yang sponsor.....senang la korang kan.... tak merasa susah payah nak berkahwin nie..... Tapi tu la bajet-bajet atau persediaan yang korang kene tempuhi..... Jangan luper....duit hantaran kepada si isteri....dimintaknya sebelas ribu... si isteri dapat duit jer kan.... Kesian si lelaki..... 

Oh yer.... semakin murah cost perkahwinan....semakin berkat perkahwinan itu..... Ajak makan kenduri pun... sebaik-baiknya dua kali jer.... sekali belah lelaki, sekali belah pempuan.... kalau ada yang lebih dari dua kali...dianggap pembaziran.... Sebab tujuan utama dibuat majlis kenduri tu.....untuk mengumumkan kepada kawan-kawan yang korang dah kahwin....dan tanda bersyukur... tu jer.... Pasal hadiah.....duit hulur.....tak wajib...Cuma dihulur jugak atas dasar ingin membantu keluarga pengantin..... Kalau dah kaya.....tak payah bagi pun takpe kan....he he he he..:)

Wednesday, May 25, 2011

Gila Seks Punya Pasal | Budak Hampir Jadi Mangsa

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.

Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.


“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Pembekuan Pengambilan, Pengisian Jawatan dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri

Aku mendapat berita yang semua pengambilan dan pengisian jawatan dibekukan dan semua jawatan kosong di semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri dimansuhkan. Aku dapat berita ini dari salinan surat di facebook kawan aku...

Surat yang bertarikh 20 Mei 2011 itu juga menyatakan juger bahawa jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat atau jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik adalah dikecualikan. Keputusan ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat (Lean Civil Service)

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Mei 2011. Keputusan pemansuhan jawatan kosong ini akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.

Maka, kepada yang memohon untuk bekerja di sektor awam.....Terpaksa lah hold dulu..... Kalau ikutkan keputusan ini..... segala pengambilan akan dibekukan mungkin sehingga pembubaran kabinet kot..... Aku tak pasti keputusan ini ada kaitan jugak atau tak dengan pengambilan staf kontrak.... Sekadar berkongsi maklumat....:)

ARSENAL VS MALAYSIA | 13 JULAI

Iklan Berbayar: Sesape nak Beli Doorgift Kahwin, Baju Perempuan, Jubah dan Sebagainya dengan harga yang MURAH.... Boleh le Klik SINI dan SINI

Arsenal FC, atau lebih dikenali sebagai The Gunners akan datang ke Malaysia pada 13 Julai 2011 ni untuk menentang skuad Harimau Malaya iaitu skuad Malaysia..... Skuad Arsenal memang tak asing lagi di seluruh dunia ni... Sebuah pasukan yang ada stail tersendiri.....

Terlebih dahulu....aku nak ucapkan teriam kasih kepada blogger yang sudi berkongsi pendapat berkenaan pasal entri INI. Aku rasa aku dah tau nak amik yang mana..... Tapi nampak macam kesemuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.... bergantung dekat kita sendiri.....

Okeh...sambung... he he. Tadi interprem jap... Skuad Arsenal ni memang terkenal dengan skuad pembimbing remaja...ha ha ha. Banyak bakat dibeli dan dididik menjadi pemain handalan.... Kalau ada remaja yang nak belajar dan menimba ilmu dalam bola sepak...pegi la ke kelab Arsenal... Tengok skuad depa pun dah tau...semua muda-muda jer...

Bab-bab tak dapat piala tu....aku tau sebabnya.... ada la sebab-sebab yang aku dah analisis..... nantikan entri selepas ni...he he he. Tapi nama-nama seperti Cesc Fabregas, Robin Van Persie, Marroune Chamakh, Samir Nasri, Andrei Arshavin, Gael Clichy dan sebagainya akan tampil bermain dengan Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha, dan lain-lain.... Aku tak sabar nak tengok depa menimba pengalaman sebenar berdepan dengan player terkenal dunia ni....
Bukan setakat menghiburkan penonton...tapi aku nak depa nie dapat ambik sebanyak mungkin pengalaman dan kemahiran skuad Arsenal tu untuk diri depa sendiri.... Skuad Arsenal ni tekenal dengan permainan short passing nyer..... Amat sesuai dipraktikkan oleh skuad macam negara kita nie.... Sebab dari segi fizikal, kita tak mampu nak lawan skuad dari negara barat atau benua lain.. Inilah kemahiran yang patut diterapkan dalam permainan skuad kita.....

So, aku nak sangat tengok Khairul Fahmi menepis percubaan Robin Van Persie, Fabregas, Bendtner macam dalam citer Shaolin Soccer tu...he he he. Jangan sampai terkoyak baju sudaaa....:D Aku nak tengok Nor Shahrul Idlan Talaha menggelecek si Thomas Vermaelen atau Laurent Koncielny tu....Tunjukkan kemahiran korang tanpa rasa takut dan segan....mana tau si Arsene Wenger nak ambik sorang dua pemain Malaysia kan.... Tak dapat Arsenal pun.... Man Utd pun jadila.....:)

P/S: Arsenal perlukan Goalkeeper baru.....Khairul Fahmi! Inilah peluang anda....he he

Broadband Mana Yang Terbaik | Maxis | Celcom | DiGi

Iklan Berbayar: Sesape nak Beli Doorgift Kahwin, Baju Perempuan, Jubah dan Sebagainya dengan harga yang MURAH.... Boleh le Klik SINI dan SINI

Aku tengah duk pikir..... mana yang terbaik untuk aku guna nie... Aku berhajat nak beli broadband jugak nih.... Sebab bile aku balik ke kampung halaman di Kelantan... Umah kat kampung takde internet.... So, aku perlukan broadband.... Sebab nak buat keje aku nih (update blog kot..hehe)

Aku dah usha-usha serba sedikit..... Aku dah pegi Maxis Center....tanyer-tanyer..... tapi macam tak menarik....asyik ade caj tambahan jer.... Nampak macam takde kan...tapi kalau dah habis dier punyer limit... Kene tambah duit.......Tapi yang besnyer.....ada coverage dekat kampung aku...

Celcom pulak....aku tak usha lagi... Tapi bile tanyer kebanyakan blogger....semua duk suruh aku tukar broadband Celcom... Betul ke bagus nie? Aku takut ada caj tambahan macam Maxis jer... Sebab dah penah kene pasal line telefon nih.... Tibe-tibe bil naik giler-giler....Sampai naik giler hanset aku jap.... huhuhu

DiGi.....aku dah usha....menarik dan memang terbaik dari segi bayaran...takde tambahan kos (dia kata la). Kalau dah habis limit pun....masih boleh guna lagi.... tapi speed internet je dikurangkan separuh.... Kira ok la kan dari duk tambah bayaran.... Tapi yang tak besnyer....coverage kat kampung aku pulak takde.... Macam mane nih.....

Kawan-kawan blogger......ada cadangan tak? Tujuan utama aku nak beli ni pun sebab nak gunakan di kampung jer.... Kalau boleh nak yang jenis top up jer... senang sikit kan...Tapi kalau dah beli broadband pun....ok jugak...aku pegi mane-mane pun boleh guna jer..... nak tau pengalaman korang la pulak.. maner yang terbaik.....

Tips Tidur Nyenyak Untuk Blogger

Ini sambungan dari entri INI. Yang tu untuk umum....yang ni untuk blogger puler.... Blogger ni lain sikit...Masalah takleh tidur nyenyak ni dah macam menjadi sindrom dah.....Tapi bukan sindrom down....Cara-caranya....

Jauhkan PC anda dengan tempat tidur
Letak la PC tu jauh sikit dari tempat tidur..... Kalau tak....rasa macam nak ON 24jam je PC tu.... Sila letak jauh-jauh...dan pastikan bilik tidur anda berkunci....takut PC tu datang masuk bilik..he he he

Sila Shut Down PC tu...
Terketaq-ketaq tangan tu nak shut down kan PC... Tekan je butang POWER kat keyboard tu.... kalau takde butang tu.... Matikan suis utama terus.... jangan la menangis....esok ada lagi....Oololololo.....he he he

Jangan Bawak Lappy Ke Dalam Bilik
Jangan gatai duk bawak lappy masuk bilik korang.... Tak jadi tidur gamaknyer.... Jauhkan radiasi lappy dari diri korang....Pastikan takde gangguan semasa nak tidur....  Letak lappy dalam almari....kunci siap dengan SOLEX lagi...dan simpan kunci tu....ngehehehe

Baring Jangan Mengadap Lappy
Kalau jenis rumah yang tak de bilik.... atau jenis duk dalam bilik jer macam asrama tu....jangan baring mengadap PC atau lappy anda.... Lappy ni selalu memanggil-manggil supaya membukaknye.... Jangan tergoda dengan panggilan lappy....Caranyer....baring tak mengadap lappy....Kalau tiba-tiba lappy datang usik korang tu....Ermm....bace je la ayat kursi....hihihi

Jangan Tidur Di Depan PC, Sila Tidur Di Atas Katil
Jangan tidur sambil duduk.....tidur la di atas katil yang empuk.... Sakit tengkuk nanti.... Kalau yer pun korang nak PC dodoikan....pasang je lagu... pastu tidur la di tempat asal....terbungkang la sampai pagi....

Tidur Jangan Peluk Lappy....Peluk la Bantal
Lappy tu keras.....tak sedap nak peluk....dah la berat.... Tukar la dengan bantal.... empuk dan ringan.... gebu dan lembut..... Cubala kalau tak percaya....hahaha (ade ker ek?)

Ok lah......semuanya berkenaan PC atau lappy kan....biasa la.....blogger... Tak lari dengan PC atau lappy nyer.... PC la BFF dier..... he he he.... Kalau tak percaya.....Cuba korang usik PC atau lappy depa nie... Komfem mengamuk..... lagi-lagi time nak buat entri..... Silap-silap benjol kepala kena baling dengan mug berisikan kopi Long Jek Tongkat Ali.....:D

Iklan Berbayar: Sesape nak Beli Doorgift, Baju Perempuan, Jubah dan Sebagainya.... Boleh le Klik SINI.