Monday, February 28, 2011

Sedutan di Rumah Amal Kasih Bestari

Sekarang aku berpeluang nak bercerita berkenaan program yang Kolej aku anjurkan aritu... Disebabkan gambar sudah ada....maka aku akan berkongsi dengan korang sumer. Pengisian semasa berada di sana sangatla menarik. Kedatangan kami ke Rumah Amal Kasih Bestari disambut dengan sederhana tetapi cukup terkesan di dalam hati. Budak-budak yang comel dan baik menjemput kitorang dan beramah mesra dengan mereka. Cukup terkesan....mengenangkan mereka ketiadaan ayah atau ibu... dan jugak tiada harta.

Bergambar Bersama Sebagai Kenangan..:)
Lepas Bermain Cari gula-gula Dalam Tepung
Melepak Menunggu Aktiviti Dijalankan.. Yang mane satu aku..he he
Main Bedil Botol..Sape la Yang Mengajor nih..haha
Belon air disediakan untuk permainan diorang..
Elele....malu-malu gitu budak-budak ni...
Yang aku paling tersentuh...sesetengah dari mereka tidak tahu apa itu ATOK. Cuba bayangkan..... mereka tidah penah tahu pasal atok mereka... Tidak tahu apa itu atok.....bukan tidak penah berjumpa...tapi tidak tahu langsung apa makna atok dalam kehidupan..... :'(

Tapi alhamdulillah...haritu sangat berpuas hati kerana dapat mengenali mereka.. Semoga budak-budak di sana dapat berjaya di dunia dan di akhirat....:)

Pelacur... Vlog.... Dan Dot Dot Dot

Wahaaaaaaaai blogger sekelian..... Berblog la kamu sebelum kamu diblogkan.... :D

Aku banyak baca blog orang semenjak dua tiga menjak nih... sebab aku nak membalas jejak blogger yang sudi bertandang ke blog aku.... Terima kasih sokongan korang... visitor aku dah kembali stabil....:) Cuma tak naik-naik jer..dah flet je graf dier..hahaha

Aku nak sentuh isu vlog ni..... vlog ni cuma interpretasi dari entry blog jugak sebenarnya...cuma di olah kepada bentuk video. Kenapa dijadikan isu?? Biarla apa pun depa nak buat.... ibarat itu la entri dier. Cuma jangan menghina atau mengutuk sesiapa....kalau nak buat gitu....bukan setakat vlog...blog pun tak boleh. Dah kata vlog kan.... bukan vforum atau vinfo. So...terima je la. Asal jangan memudaratkan kepada masyarakat sudah.

Ada orang kata pengisian kosong.... memang la kosong....tapi dari yang kosong itu pun ada jugak pengisian... Maksud aku korang pun dapat iktibar kan? So.....jangan la nak kecoh-kecoh.... Ibarat dulang paku serpih... mengata orang dia yang lebih! Aku cuma menggunakan sindiran lame jer nih.... sebab sume suke perkataan barat kan...aku lagi suke menyindir dalam bentuk sindiran melayu....lagi sopan santun gitu...:D Cintailah bahasa melayu..he he.

Pasal pelacur melacur blog pulak.....aku tak paham betoi la... ape kes la pulak ni..... kesian kepada sesiapa yang dituduh tu. Aku cuma nak ingatkan.....fitnah itu lebih teruk dari dosa membunuh saudara seagama tau! Mungkin ada cakap...bukan fitnah...itu fakta. Ok....definisi fakta ialah..... membentangkan sesuatu info dengan nas-nas yang boleh dipercayai dari rujukan yang boleh dipercayai. Dimanakah buktinya? Di manakah rujukannya? Sedangkan nak kata si sipulan berzina pun kene ada 4 saksi yang boleh dpercayai... Inikan puler nak cakap macam tu...

Aku bukan aper...sebagai sahabat blogger...walaupun aku ni baru...aku anggap blogger sekalian ni kawan juger...cuma tak bersua muka lagi jer... jangan la memburukkan sesama blogger....tak elok la gini. Kalau ada salah...berikan nasihat yang membina...kalau dia tak nak dengar....biar je la...itu kan blog dia. Jangan sampai menghina tahap kronik macam tu.... Bagi aku..yang menghina itu sebenarnya setaraf dengan hinaan tu. So, jangan la mengutuk dan menghina....nak bagi nasihat....tapis-tapis la ayat tu... jangan ikut emosi sangat.. Emosi ker............dengki.....?? Its up to you der...

Aku tak nak buat entri panjang-panjang...jadi setakat tu je la.... Selamat berblogging....selamat berkawan....dan selamat harijadi kepada sesape yang menyambut harijadi hari ni, semalam dan esok..he he he

SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA

Join segmen Bro Ben... nak join klik SINI.

Kesian kepada sesape yang kene hentam... Nasihat aku.... buang yang keruh, amik yang jernih. Ringan sama kita jinjing, berat sama-sama kita pikul. Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Ada faham??

Maksud aku.... segala apa yang dah diluahkan segelintir blogger...terima la sebagai teladan. Yang baik dijadikan amalan, yang buruk dijadikan sempadan. Tapi jangan patah semangat.....kerana blog korang, blog korang ler....tu isi hati dan luahan korang. Vlog cuma salah satucara nak berblog jugak kan. Cuma jangan penuhkan dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Jangan cepat melenting bila ditegur.... jangan kutuk-mengutuk.... kematangan akan lahir di blog korang sepanjang korang berblog. So, keep blogging! keep vlogging!! ^^ Jaga bahasa korang.... kerana mencerminkan diri juger. Mencerminkan bangsa kita juga. Kalau sekarang masih malu-malu nak bervlog... mungkin 2 3 vlog seterusnya....dah penuh dengan info yang bermanfaat....kan? Biase la awal-awal permulaan.....

Ok lah.... untuk sape-sape yang dah join contest aku.....check ler kat sini okeh! SINI-SINI

KATEK MAHU REVIEW BLOG!!

Aku join sebab takde sape nak review blog ku ni....sadis tol...hahaha. Sape senasib dengan aku... klik je SINI.

Aku join menandakan aku bukan otai..... :D Aku cuma blogger baru nak menapak jer... [humble giler ayat nih..]

Blog aku ni ada macam-macam.... tapi lebih kepada santai ala-ala bersantai di kedai kopi..sambil minum kopi bersama rakan-rakan.... ibarat macam tu la... so...topik boleh bermacam-macam ragam... macam orang bercerita di kedai kopi...:) Ada gosip...ada fakta... ada melawak.... tapi aku akan cuba selitkan info kepada korang sume...

Katek! Selamat berkawan juger....:D

Facebook Bertukar Wajah

Malam ni dengan bertemankan air milo segelas dan beberapa minuman produk dari Nestle.. maka aku akan mengenyangkan perutku dulu sebelum tido....

Ada satu citer...citer pasal kawan aku....Dia ni orang Selangor. Kawan aku sorang ni pening nak daftar facebook.... dia tak pandai omputeh.... so aku tolong la translate kan untuk dia... Tapi dia tak faham gak..... Macam ni la lebih kurang aku tolong kawan aku...


Agak-agak korang tau tak kenapa dia tak faham ek....he he he.

P/S: Iklan untuk seisi Keluarga... SINI

FESTIK 2011...Mengecewakan...

Ermmm....terkedu...terkesima aku dibuatnya......Bukan kerana keputusan pertandingan....tetapi persembahan pada malam itu cukup mengecewakan.

Kolej aku walaupun tewas.....tapi usaha korang tetap patut dicontohi... Yang aku hangin satu badan bila tengok persembahan malam ni..... Ok....overall markah untuk malam Anugerah FESTIK 2011.... 1 daripada 10!!

Nak tau kenape aku bagi sikit....bukan sebab juri...bukan sebab kalah... tapi persembahan selingan... Melampau.... tak bes.... tak sesuai dengan nama siswa siswi UPM dan sangat mengarut.

Maaf la kalau ada yang marah dengan komen aku... tapi dari sudut pandangan aku sebagai seorang muslim dan jugak seorang pegawai....... persembahan pada malam itu sangat tidak sesuai dengan adat melayu dan seorang mahasiswa universiti.  Lebih-lebih lagi dari sudut pandangan seorang muslim.

Aku tujukan khas kepada persembahan tiga perempuan yang sangat tidak beretika dan tidak bermoral. Aksi seksi yang melampau dan jugak pakaian yang dikenakan tidak menghormati kedatangan VIP pada malam itu..... Aku tau VIP pun tak suka dengan persembahan itu...tapi atas dasar tidak mahu merosakkan flow majlis.....maka terpaksa bersabar hingga ke penghujung.

Ucapan pemberi anugerah juga agak tidak patut jika dihalusi... Bukan pengacara utama...tetapi pemberi hadiah...dialog yang digunakan seolah-olah mempermainkan agama islam dan merendahkan martabat seorang muslim. Sedangkan yang berucap pada masa tu dua-dua muslim! Apa nak jadi ni??

Aku bukan salahkan pihak tertinggi...aku tau ini adalah salah individu dan jugak pengarah program ni. So, kepada individu yang terlibat.... sedarlah... tindakan korang pada malam itu sangat tidak berpatutan ditonjolkan kepada mahasiswa. Tarian yang amat tidak sesuai.... pemakaian yang sungguh tidak sesuai untuk dipakai seorang yang mengaku muslim...dan jugak tutur bicara yang sangat tidak kena dituturkan di khalayak ramai... Jika korang membaca entri ni...sedarlah dan tolong jangan ulang perkara yang sama... Kerana apa yang korang buat...akan mencerminkan UPM secara amnya kepada seluruh masyarakat di dunia ni.

P/S: Aksi terlupa nak tutup zip pun ada.....tapi bagi aku..yang tu lawak! hahahaha

Sunday, February 27, 2011

1sT-GiVe AwaY ConTesT Dari WacanaKu

Ini Sticky Post...Entry Terbaru Berada di bawah entry melekat ni..



Salam kepada kawan-kawan blogger sekalian... Oleh kerana aku telah dapat 1000 lebih follower... ingin aku buat aku punyer 1st Giveaway Contest untuk korang..... Senang jer....

  1. Mesti ade blog sendiri dan jugak akaun facebook...hehehe
  2. Korang kene jadi follower aku , follow Nenizazi [sponsor hadiah] dan jugak like fanpage facebook Wacanaku.... Senang nanti korang nak tau update.
  3. Buatkan satu entri bertajuk "1st-GiVeaWaY ConTesT From PembaWa WacaNa" , letakkan banner di atas dalam entri dan link kan ke entry ni...
  4. Tag 3 orang dan pastikan diorang tau..
  5. Letakkan link entry korang dekat komen entri ni..
Seorang pemenang akan dipilih menggunakan random.org... Hadiah boleh tahan.. Berguna la untuk korang nanti.. Nak tau apekah hadiah itu... mintak doa banyak-banyak biar dapat jadi pemenang..:D

Tarikh tutup contest
1 Mac 2011

Untuk permulaan...aku tag kepada 5 blogger yang tengah mencipta nama di arena blogging nih..

Peringatan Contest Wacanaku

Diam tak diam...update tak update.... esok adalah hari terakhir untuk contest aku.. Sesiapa yang belum join... sempat lagi join sehingga ke esok hari.... kemasukan akan ditutup selepas pukul 12 tgh mlm esok.

Hadiahnya memang cute dan tak kecik... kalau sape yang dapat tu..tak rugi la. banyak kegunaan dier...:)

Apa lagi...join saje contest ni..tak rugi ape-ape pun kalau join kan...ade nasib mungkin korang menang.

Sape-sape yang belum join boleh la ke SINI.

Entri Mengarut Ben Ashaari..

Aku nak mengarut jap sebelum tido.... Aku tak puas hati sebab Man Utd menang la pulak semalam... Jadi bertambah la keinginan aku untuk mengarut.....

Tapi..lepas bace entry Bro Ben yang INI.... aku sedar akan satu perkara...kene ada info...hehehe . Terpakse la kembali kepada info yang berguna...takde mood nak mengarut dah. Jadi...untuktengah hari yang panas melampau ni..... aku nak berkongsi korang pasal tidur..

Tidur baik untuk kesihatan....kene cukup tempoh jam dier....tapi....walaupun cukup tempoh....tak same kalau tido pagi dengan tido malam.... Doktor kata kene cukup 6 jam sekurang-kurangnya kan.... tapi kalau korang tido 6 jam waktu lepas subuh...tetap tak sihat!

Waktu tido yang sebenar ialah dari pukul 9.00 malam hingga 3.00 pagi... Gile ke Pembawa Wacana ni??? Hehehe...memang itu ler waktu yang sebenarnya.... Sebabnya ialah bangun pukul 3.00 pagi tu untuk qiamullail... berterusan sehingga subuh... dan tak tido lepas subuh tu.... tido kembali adalah pada waktu zohor...sebelum masuk waktu zohor...tengah hari la senang citer..itu ler yang sebenanrnya..... Tapi ade ke yang boleh buat?

Itu cara sebenar...aku bagitau jer.... nak tak nak atas korang jugak kan... Aku sendiri pun tak terbuat.... cuma aku sekarang mengamalkan jangan tidor lepas asar...sebab tidor lepas asar boleh jadikan diri kita bengap dan giler! Ini betul-betul....tak tipu!

Lawak Pagi...

Di pagi hari ni.....sungguh molek kalau dapat mulakan hari dengan senyuman... jangan duk moyok jer kan.. Ceriakan hari anda tu... Jadi aku sediakan lawak pagi yang tak la lawak sangat... tapi saje nak kongsi dengan korang ni.... Citer ni pasal Orang Bisu Jumpa Microfon..

Tomok: Aku ada teka-teki untuk ko....

Gadaffi: Ape bende? Susah ke senang? Kalau susah aku tak nak jawab..

Tomok: Senang jer... Perkataan apekah yang akan pertama kali disebut bile orang bisu yang tetibe boleh bercakap pegang microfon?

Gadaffi: Ermm... Yea!!!

Tomok: Salah!

Gadaffi: Aku dah boleh bercakap!!!

Tomok: Teett!! Salah juge...

Gadaffi: Habis tu??

Tomok: Jawapannya ialah..... "Testing...1...2....3..."

Gadaffi: *tuuuuuuutttt*!! Apa kaitan orang bisu woi!

Tomok: Saje....hahahahhaha

Moral: orang bisu dan orang biase same jer.. cuma Tuhan tarik satu nikmat dia di dunia ni..iaitu nikmat berkata-kata... Syukurila nikmat yang ada....:)

Jangan Buang Sampah!!

Aku nak tanya pendapat korang....Kenaper kita tak boleh buang sampah merata-rata? 

Kenapa??

Adakah kerana sampah itu busuk??

Bagaimana pula dengan sampah yang tak busuk seperti plastik dan kertas??

Sebab kotor???

Korang nak tau jawapan dari Google??

Ini jawapan yang aku jumper...


Jangan marah kepada pembuang sampah merata-rata yer... Ini bukan aku yang cakap... Pakcik google yang cakap...he he he

~PEACE~

Gambar Teater Di Auditorium..

Ingat lagi tak teater yang aku bagitau kat korang sumer di entri lepas? Tak hingat?? Sape tak ingat atau tak bace lagi... boleh la pegi SINI..

Sekarang ni...aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar yang diambil oleh kawan aku dengan kamera DSLR nyer.... memang terbaik.... tapi terpakse dikecilkan resolusinye kerana nak ringankan sikit....  Teater ni dilangsungkan di auditorium....memang hebat kan? Dah macam Bintang RTM dah kan? Ataupun Konsert Akademi Fantasia dah.... he he he

Tapi bukan di auditorium negara...yang dekat angkasapuri tu.... tapi di Auditorium Fakulti Kejuruteraan UPM..he he he. Ok lah... ini la gambar-gambar sedutan dari babak-babak teater itu... malam esok akan diadakan Malam Anugerah FESTIK di Panggung Percubaan UPM....Aku akan hadir ke sana!

Time Ni Dia Tengah Pening..





Sedikit Muzikal Drama...


Jumpa Kekasih Hati..Dalam Khayalan..

Buntu Membuat Keputusan

Hampir Membuat Keputusan Nak Bunuh Diri ke Tak..
Sedutan Awal...

Dengan Heroinnya...

Itu ler sedikit gambar-gambar yang dapat ditangkap semasa lakonan dibuat.... yang pentingnya.. mesej dari teater ni ialah... jangan memikirkan sangat benda-benda yang tak mampu manusia seperti kita fikirkan... benda-benda ghaib yang hanya Allah sahaja yang tahu....Kalau tak... kita akan keliru.....Keliru dengan hasutan syaitan dan nafsu jiwa manusia yang sememangnya tak mampu dijinakkan selain agama....:)

Saturday, February 26, 2011

Bulan Mac..March.... Memang Bertuah...

Dalam beberapa hari lagi....akan tiba la bulan Mac yang sangat istimewa ni.... Nak tau sebab ape istimewa sangat-sangat.....sebab bulan ni ada 3 peristiwa bersejarah yang korang tak tau tapi aku tau!! hahaha..:D

Pertamanya.....sebab aku lahir bulan Mac!! He he he.... Aku nak hadiah besar jer...yang kecik-kecik... sila bagi kat PA aku..ceh! :D. Maner ader.....Aku tak kisah pun... tapi family aku selalu ingat hari jadi aku.. walaupun takde hadiah diberikan...tapi ingat tu pun dah cukup.....:)

Yang keduanya...isteri aku pun bulan 3!! Hahahaha.... sama bulan la kene raikan ni... he he. Tapi aku lagi tua setahun dan 18hari..... Sempat lagi la nak buat persediaan untuk wife aku...dengan syarat aku diraikan dulu...hahahaha.....kejam tak? :D


Yang ketiga....insya Allah aku akan bersanding pada bulan Mac gak....memang betul-betul full la agenda bulan Mac dalam diari hidup aku..... memang kena simpan banyak bajet untuk bulan tiga ni.... semua diraikan pada bulan yang sama serentak!!! Tu ler aku cakap cukup istimewa bulan Mac ni...:D


Sebagai perkongsian...aku kongsikan sedikit info yang aku amik dari internet nih....aku pun dah lupa amik kat  mane....Ni aku copy dari folder dalam komputer aku jer...yang Dr. Fadhilah Kamsah kot... Layan je la kan....he he

o Berpesonaliti menarik dan menawan.
o Mudah didampingi.
o Sangat pemalu dan pemendam rasa.
o Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
o Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
o Suka pada kedamaian.
o Sangat peka pada orang lain.
o Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
o Tidak cepat marah dan sangat amanah.
o Tahu membalas dan mengenang budi.
o Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
o Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
o Suka berangan-angan.
o Suka melancong.
o Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
o Kelam kabut dalam memilih pasangan.
o Suka dengan hiasan rumahtangga.
o Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
o Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
o Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

Agak Lucah La.....

Sesape yang agak-agak berasa umurnya tak berape cukup...jangan la bace entri ni..tapi kalau dah terbukak tuu...bace je la ek.... Takpe....takde sape tau pon..he he he


Pagi ni aku terpaksa ke Kg. Melayu Subang....untuk membuat perkara "lucah" ..he he he. Laju je sesetengah kawan-kawan kita ni bila dengar perkataan lucah ni ek.... Aku pegi sane sebagai wakil pegawai program pelajar Kolej 10 ke Rumah Amal Kasih Bestari.

Kami ke sana untuk memberi sedikit hasil sumbangan hasil dari kutipan semasa Futsal Open haritu dan jugak edaran tabung derma kepada semua penghuni Kolej 10. Inilah sedikit usaha untuk menyedarkan pelajar supaya jangan ingat semua hidup mewah.... ada jugak yang hidup tidak berapa senang....Maka kami cuba memupuk sifat kesedaran kepada pelajar kolej..


Di samping itu...dapat jugak kami merapatkan lagi hubungan sesama saudara seagama dan jugak menolong semampu yang mungkin kepada golongan yang perlukan bantuan. Name program ni diberi nama KEMBARA KEBAJIKAN PUTRA....

Siap ada aktiviti sukaneka lagi dengan penghuni rumah amal.... memang bagus dan terbaik.... Aku harap nanti...ada jugak team bloggers yang buat kerja amal macam ni... bukan setakat bergathering dan berkenalan...tetapi menolong golongan yang memerlukan seperti ini sambil menginsafi diri sendiri..... Kepada Otai-otai bloggers....Ni cadangan ikhlas dari aku, Pembawa Wacana.

Tak perlu formal pun... bergathering...jumpe dengan mane-mane rumah kebajikan..hulurkan bantuan....beramah mesra bersama penghuni rumah amal... kemudian makan-makan bersama... simple kan? Ok tak Bro Ben?

Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011

Sebelum tido...aku join bloglist lagi....kali ni blog Anastasyea pulak... sape nak join klik SINI. Aku pun rasa nak buat bloglist la....:)

Friday, February 25, 2011

Kemalangan Di Sungai Besi HIghway..

Aku tadi pegi Kuala Lumpur bersama isteri..... pergi nak beli barang persandingan dan jugak menemani mak mertua merangkap ummi isteri aku.. Singgah ler di beberapa kedai di kawasan Chow Kit.. Tapi yang banyak shopping bukan kitorang...tapi kakak isteri aku...hahahaha

Masa on the way balik ke UPM....sebelum masuk susur keluar ke UPM, Aku tengok ada kemalangan di highway Sungai Besi.... Lori sahaja kot..tak pasti.... tapi yang menjadi pelik sampai aku buat entri sebab lori tu terpaksa diangkat menggunakan kren!! Masa aku lalu tu...lori tu tengah terapung di awangan....Ramai yang berhenti tengok sebab pelik la kan.....lori terapung! Hehehe... Jem jalan dari arah bertentangan...nasib baik arah aku punyer ok.....

Mungkin accident masa hujan lebat tadi kot..... Nasihat kat aku dan korang sumer...berhati-hati di jalan raya... Kalau mengantuk....berhenti ler kejap.... Kalau aku...pasang lagu kuat-kuat kemudian terhangguk-hangguk sorang-sorang..hahaha. Tapi sekarang tak dah...ada orang jaga kat sebelah..he he

VIP Datang Hari Ni....

Malam ni aku agak kesibukan sikit..... tak sempat update segmen-segmen aku... Hanya sempat update entri pantas cenggini jer.... Aku hari ni menjemput VIP Kehormat dari Kelantan.... Lebih dari pengarah movie-movie yang aku dah berlakon setakat ni... Orang yang aku sangat hormati.... Sape kah VIP tu?


Orangnya ialah.... emak isteriku.... mak mertua la senang citer....

Aku panggil Ummi.... same macam aku panggil mak aku...ummi gak. Bile dah panggilan same ni... susah gak kadang-kadang... Bile berbincang dengan wife tu..... selalu kene bagi spesifik ummi yang mane... hehe. Aku nanti nak buat makan kecil-kecilan di umah kat sini...nak ajak kedua-dua ummi nih.... Time tu la aku terfikir gak... kalau la aku menjerit, "Ummi.....". Agak-agak dua-dua menyahut kot...:D :D

Bagi aku.... ummi kita ni adalah VIP yang patut dilayan melebihi VIP lain dalam hidup kita... bukan setakat mak la...ayah pun same... sebab......kita ada seorang mak dan seorang ayah jer.... Tiada gantinya dalam hidup kita... So, jage la mereka ok... Aku nak sambung jadi usher untuk VIP aku nih...

Segmen Terbaru di Wacanaku

Ilham ni datang dan pergi..... Semuanya akan ada datang dan pergi..... Tapi takde kaitan untuk kehidupan dan kematian pun..he he. Aku masa bawak moto tadi...lepas pulang dari solat jumaat di Masjid UPM tu.... aku terfikir akan segmen yang mungkinakan aku buat di blog aku... He he...Ni kire entri perkenalan la ni...campor dengan tak nak bagi aku luper....hahaha.

Macam yang korang tau.... kat blog ni dah ada Hikayat Kedai Kopi... Kelas Bahasa.... Suka-Suki Wacana.... Coretan Si Empunya Blog... Tahukah Korang..... Kuih Wacanaku dan lain-lain lagi.... Semuanya ada cara pengulasan dan celotehannya..... Jadi sekarang aku nak tambah lagi..sebab idea makin bercambah dari hari ke hari...:D

Segmen pertama yang terbaru... Kisah Silam Wacana... Ni kire aku akan citer kepada korang cerite-cerite aku pada zaman sekolah la kan.... banyak benda menarik aku akan kongsi dengan korang sumer... jangan risau... takde kutuk mengutuk nyer dalam blog ni....:D

Segmen kedua ni...dah diterbitkan...tapi secara tak rasmi lagi... iaitu Gosip Wacanaku.... Segmen ni khas untuk cerite-cerite artis tempatan yang memang sesetengahnya hanya ada di blog aku... kira eksklusif la ni... hehehe. Yang minat pasal artis.....layan la segmen ni ek..

Segmen ketiga ialah Sukan Wacana.... Aku ni suka kan sukan sebenarnya.... jadi apa-apa perkara dalam sukan negara kita atau negara luar..akan aku masukkan dalam segmen ni.... Dah ade dah sebelum sikit-sikit... tapi tu secara tak formal lagi... sebab aku masih lagi mencari identiti segmen pada mase tu.... sekarang dah jumpe dah... hahaha.

Kalau ada idea dari korang pun aku sudi mendengarnya.... apa lagi aku patut tambah untuk korang... aku ni suka berceloteh..... berceloteh secara berfikir tetapi cuba mengurangkan formaliti nyer... nak buat sesantai yang mungkin.... Ok?

Kisah Mamat Khalid Dan Aku..

Daripada main-main dengan mengikuti segmen Bro Ben semalam... aku tetiba dapat panggilan dari seorang pengarah terkenal... Korang nak tau tak sape pengarah tu?

Jeng Jeng Jeng.....


Bukan David Teoh.....


Afdlin Shauki? Die pun bukan.....


Yusof Haslam? Pun bukan.....

Nak tau tak sape? Memang terkejut emberuk ala-ala James Brook la kan... 

Orangnya ialah......

Jeng Jeng Jeng.....


Jeng lagi..


Jenglot pun boleh.....


Jeng lagi dan lagi.....


Anak kepada Khalid..........


Jeng lagi........


Namenyer ialah............

MAMAT KHALID!!!!!


Bukan Mamat Khalid yang pengarah terkenal tu..... tapi budak Kolej 10 yang muka sebijik macam Mamat Khalid... hehehe.... Pengarah Program aktiviti pelajar jer....hak hak....

Jangan marah aaaa......=)

Penat Seorang Pelakon..

Aku sangat penat....apabila dipanggil berlakon ke sana ke mari... Nak tengok hasil lakonan aku?

Tengok cerite-cerite aku ni...

Kisah Di Warong Wacanaku.........watak antagonis sebagai PW

Tragedi Kampung Petai...............watak sebagai AYAH.

Esok Hari Minggu ...............watak Mat Rempit jadi Bobo

Si Penjahat Pulang Ke Pangkal Jalan.......watak antagonis name PW

Cikgu Sengal.....................watak HERO sebagai murid sekolah, Asey


Citer Versi Terengganu...........watak antagonis sebagai wacananyah

Peperangan Di Sebalik Selimut......watak antagonis sebagai Kapten Ahsey .....ala-ala Valkyrie gitu..he he

Cinta DI Turkmenistan...........watak HERO kot..hehe. Sebagai Iman

Superhero Di Kedai Kopi............ watak HERO lagi..hahaha. [Akhirnya...] Name watak Pembawa Wacana

Ni je la sempat aku ingat...kalau ade lagi....tolong bagitau ek....takut terlepas pandang... Tapi kan.... kenape banyak ambik aku jadi watak antagonis ek??? Huhuhuhu... Kira ok la...tunggu payment je nih dari direktor-direktor tadi...hehe. Boleh ganti Nasir Bilal Khan la ni kan....heee

Gua Nak Join Bloglist Cekodok

Si Cekodok ingin buat bloglist... maka aku join la kan..macam biase la.... sape nak join klik la kat SANE..

Aku nak join bloglist Cekodok sebab aku suka makan Cekodok..hahaha. Pendapat aku tentang blog dier.... hmmmm...... hmmmmmmmm....... Susah la nak bagitau..... Amat mendalam menusuk kalbu nih... Korang tengok je la sendiri... yang pastinyer... seorang blogger yang boleh meningkat jauh....

Nak join bloglist khas... tapi macam dah lambat jerk... takpe la...bagi je la bloglist biase.... Kalau si Cekodok berkenan dengan entry aku...boleh jer dia nak re-entry balik.... :) Nak berkawan je ni.... :D

Dan aku ni seorang lelaki! Yeah!

SAYA NAK JOIN SEMPOI BLOGLIST NADIA

Aku join bloglist lagi..ha hahaha... Aku join ni sebab nak mengeratkan tali silaturrahim dengan blogger yang lain terutama cik Nadia la kan.... :)

Pandangan aku tentang blog cik Nadia.... Memang terbaik la kot... aku rase aku tak layak nak mengkomen blog lagi senior dari aku..he he he.

Nickname : Pembawa Wacana
URL : http://wacanaku2009.blogspot.com

Sape nak join jugak....klik SINI

Thursday, February 24, 2011

TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !!

Watak-watak di bawah bukan menggunakan nama sebenar... Kalau nak tau sape... klik la dekat watak tersebut.. Ini lakonan sahaja...bukan betul....ibarat kata...ini tipu-tip saja...:)

Cite ni di warong kedai kopi Wacanaku.... Pak Samad sedang goreng pisang untuk hidangan pelanggannya... TIBA-TIBA.....datang seorang lelaki dan perempuan... dengan memakai pakaian sungguh encem dan segak... si pempuan pula sangat sopan dan trendy.... tutup aurat gitu.... name mereka... Sudin dan Saudah, hero dan heroin citer ni...

Kelihatan jauh di belakang ayah dan mak mereka... Said dan Siti..  Kedatangan hero dan heroin kita di warong ni sebab ada kes kecurian di warong Wacanaku... Kes kecurian dan juger penculikan..... Disyaki 5 orang yang membuat kerja ni.... Name mereka ialah Ben, Ujang, PW, Iqbal, dan Naz... Kepale depa ni adalah Ben... Mereka telah menculik anak patung Saudah dan mencuri botol kicap warong Wacanaku....

Sudin: Lepaskan patung Doraemon itu!! Kesian Saudah nangis-nangis....

Ben: Aaaahh!! Aku nak buat bantal peluk...rakan-rakanku pun nak buat bantal peluk gak.. Terutama sekali PW dan Ujang...

Saudah: Kalau korang tak nak bagi...saya terpakse menyerang dulu... [Tangan gerak-gerak macam Usop dalam Hantu Kak Limah]

PW: Silekan ler... Kitorang dah redi nih..

Maka berlakula pergelutan... pergelutan yang dimaksudkan ialah..siapa dapat buat vlog terhebat... Pak Samad pun join gak.. he he. Selepas lama bergelut.. maka pemenang diumumkan....

Pemenangnya ialah..... Sudin!!! [Hero...bagi la menang]. Maka terpakse la Ben dan konco-konconya menyerahkan kembali patung Doraemon tu... dan botol kicap [botol sahaja] yang telah digunakan sepenuhnya untuk cicah buah mangga yang dipetik di sekitar Putrajaya...

Maka pulangla Sudin dan Saudah tadi dengan gembira... Pak Said dan Makcik Siti pun turut sama balik... depa risau benda lain sebenarnya...sebab Sudin dan Saudah tak kawin lagi..

Ben, Ujang, PW, Iqbal dan Naz duduk kecewa.. dan kekenyangan...kerana kalah dalam pergelutan...dan dapat habiskan sebotol kicap tadi dengan sekilo buah mangga..... Akhirnya mereka berebut ke tandas...sebab mengalami cirit-birit... Berlaku lagi pergelutan di depan pintu tandas awam depan warong Wacanaku...

Sekian~~ :D

Dah Keluar Dalam Surat Khabar..

Ingat lagi tak pasal futsal open yang aku sangat bizi haritu... Aku ada cakap akan keluar paper kan...akan keluar dalam tv kan...

Haaa....ni la bukti pertama... Ni untuk Berita Harian.... Minggu depan akan keluar dalam Utusan pulak.. Dalam bulan 3 ni akan ada rancangan RTM pasal Futsal ni...yang kat tv tu aku ada..he he


Sebab dia interview aku... memang control macho la masa tu... Ok la... Baca la dulu petikan akhbar dalam Berita Harian ni dulu ek... Minggu depan aku buat entri pasal ni lagi sebab keluar Utusan pulak... Kosmo pun ada...tapi tak pasti. Yang pasti Tribunal Putra memang ada! Hahahaha.

SAYA NAK ! SAYA NAK !

Segmen terbaru Bro Ben.. Director Hikayat Kedai Kopi nak berlakon jugak nih... he he he.

Sapa nak join..klik je SINI

TAHUKAH KORANG - Khasiat Budu Mengalahkan Ultraman

Siapa sangka....budu sebenarnya banyak khasiatnya... Tajuk memang tak leh blah kan..he he tapi sila jangan blah... bace dulu kalau nak tau khasiat budu ni....

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser......

Nak lagi? Kalau nak lagi...sila la ke SINI. Sebab aku baca ni dari blog ni jugak....:)

Wednesday, February 23, 2011

Hikayat Kedai Kopi Ep. 8 - Interview Mencari Kerja [Lakonan Ben dan Ujang]

Warong Pak Samad iaitu Warong Wacanaku bersiaran lagi... Kali ni ada kisah 2 pemuda yang sedang mencari kerja di kota...pulang ke kampung sementara untuk menunggu panggilan dari tempat mereka pergi interview tadi... Mereka ialah Ben dan Ujang...hahaha [Memang aku rase nak taruk nama depa je sekarang..]

Ben : Haa....Jang, Ko tak citer lagi kat aku pasal job interview ko tadi. Ce citer..Ce citer...

Ujang: Rilek lu bro... kite pekena air dulu... Pak Samad! Bagi air kosong dua! Suam-suam ek... baru bes! Nak sudu 2!

Ben: Aik...air kosong jer? Biar betol ko ni... Bapak save giler..

Ujang: Bukan aper... aku ada bawak kopi dari CNI nih....Kopi tongkat ali... aku belanja bro sekali... mahal nih sesachet...


Ben: Ok2.....citer la pasal interview tu tadi....Penat aku teman ko nih... Aku ada pengembaraan vlog di Putrajaya jap lagi.

Ujang: Gini.... kire dipendekkan citer la ni ek.. citer terus di interview... ada 3 orang panel. Sorang ni macam Datuk dah... sorang ni gadis cantik cam Heliza.... sorang lagi macho macam Pembawa Wacana. Yang datuk tu suruh aku duduk....jarak aku dengan depa dalam 5 meter. Segan aku dibuatnya...

Ben: Ooo....pastu...teruskan...teruskan...

Ujang: Yang datuk tu tanya la aku pasal apa aku tau pasal syarikat tu... aku dah study dah semalam.. aku jawab la dengan bangganya... pastu dia tanya lagi pasal teknologi terkini...aku jawab jugak dengan lajunya... macam enjin V-TEC dah. Sampai ternganga si datuk tuh...


Ben: Pergh... dahsyaaaaat!!! Lagi..lagi...

Ujang: Sampai la giliran Heliza tu.. die tanya aku dah kawin ke belum! Aku jawab la dah bertunang.. sedih je die aku tengok.. Pastu die terus tanya pasal bab kawin... terkejut aku! Ni betul ke interview keje ni.. tapi aku baru lepas pegi kursus kawin aritu...memang sume dalam ingatan la...

Ben: Ni aku jeles nih.. Heliza tanye gitu ek? Lagi...lagi...

Ujang: Sampai la sorang lagi nih.. muke sebijik macam Pembawa Wacana... ala-ala Chinese set sikit. Aku dah lege dah ni dapat jawab dari dua orang panel sebelumnya... tapi yang ni terkantoi daa... memang terkedu lidah aku...

Ben: Ape dier tanyer? name menteri-menteri ker? Ke tanye pasal akademik?

Ujang: Tak....die tanya 3 soalan.... soalan pertama..... die suruh aku bagi 5 jenis surah dari muqaddam kecuali surah lazim.... soalan kedua.... die suruh aku bagi doa untuk mintak keampunan kedua ibu bapa kita... dan yang ketiga.... makna bacaan duduk antara dua sujud...

Ben: Hahahahaha....... [gelak terguling-guling]

Ujang: [Minum air kopi tongkat alinya tanpa memandang kiri kanan]

Hehehe.....ni hasil dari babak lakonan filem terbaru Bro Ben dan Ujang... trailer dier boleh tengok kat SINI

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Satu lagi mangsa bloglist aku...hahaha. Mr. Meuz namenyer... Kalau aku tak silap la.. Dia nak gambar jugak...maka aku bagi gambar yang sama...

Wokeh... Sape nak join...klik la SINI.

Saya Join Bloglist Falia Shazana

Antena aku masih mencari sesape yang nak buat bloglist.... dan akhirnya aku terjumpa blog si Falia ni.. he he. Ape lagi... aku join jer la kan...

Dia nak aku bagi gambar segiempat sama... jadi aku bagi la gambar ni...

Ni gambar profile fb aku dulu-dulu.. he he.

Ok...pasal Miss Falia ni... aku terbace profile die...die ni student UPM.. molek la tu... dekat sangat la dengan aku nih.. he he. Tu jer la dulu... hehehe... sape nak join...klik SINI

Badan Sasa Macam Bro Ben..

Sape tak kenal Ben Ashaari, sila tekan huruf a banyak-banyak kat komen entri ni..... sape kenal...tekan ooooo..... he he he. Sape kenal memang sume tau kan macam mane badan bro Ben... ketul-ketul..


Buat satay memang banyak cucuk la boleh buat kan...:D Sori bro....gurau jer ni.. Tapi ada sorang ni telah menarik perhatian aku...badan dier lebih kurang sama dengan bro Ben.... Dia telah membuat kemunculan kembali ke arena kemasyhurannya dulu... Siapakah dia???

Kita pakat tengok vlog ni..[hahaha...nak vlog jugak... walaupun aku amik dari youtube jer nih..]


Itu die.....The Rock!!! Dia telah kembali ke pangkal jalan..eh...eh... kembali ke arena gustinya.. Aku suka dengan mamat nih...masa dia ada dulu..memang aku minat tengok wrestling nih.. Sebab dia pandai berlakon dan lawak..hahaha. Pastu dia keluar..sebab nak fokuskan berlakon di Hollywood kot.. Dan sekarang dia telah kembali!

Maknanya aku akan tengok wrestling balik la kot pasni.... ada sorang lagi yang aku suka tengok....Stone Cold Steve Austin. Dua ni memang hebat dalam arena gustinya... Dan dua-dua dah jadi pelakon movie di Hollywood.

P/S: Sori Bro Ben...gambar tak mintak permisi...he he he

Kedekut ker...Berjimat??


Ramai yang salah sangka dengan istilah ni.... Kedekut atau berjimat... Sampai ada yang menyalahgunakan perkataan ni untuk menyindir orang lain atau berbelanja sampai ke tahap membazir... Ada yang menyalahgunakan perkataan kedekut untuk menyalahkan orang yang pandai berjimat.... Ada yang menyalahgunakan perkataan kedekut untuk alasan dier untuk membazir... Ada jugak yang menyalahgunakan perkataan berjimat untuk menutupi sifat kedekutnya.....

Apa itu kedekut??? Apa itu berjimat??? Kena la faham konteks perkataan dan maksud dier yang sebenar... bagi aku..kedekut ialah korang susah nak berbelanja untuk perkara yang sepatutnya korang kene berbelanja. Contohnya.... macam korang dah ada duit... korang perlukan komputer untuk melakukan kerja seharian... tapi korang still lagi pinjam komputer tu.... atau sanggup melewatkan kerja itu semata-mata sebab tak nak beli komputer.. Nampak??

Berjimat ni pulak.... korang ada duit... atau takde duit.. tapi korang beli apa yang perlu sahaja...dan tak beli perkara yang tak perlu... Contoh.... macam situasi nak beli komputer tadi... komputer tu dibeli juga... tapi sekadar keperluan kerja itu sahaja. Kalau la kerja dier hanya melibatkan persuratan... Maknanya beli komputer atas dasar spesifikasi persuratan je la.. tak payah la nak beli sub-woofer ker... nak beli graffic card bertaraf antarabangsa ker...kan? Lain la kalau memang dier nak gune untuk main game..he he

Ramai orang salah faham pasal ni... selalunya yang berjimat itu dituduh kedekut. Contoh paling senang nak nampak ialah hanset atau gadget harian. Selalunya ramai yang nak folo trend harian sekarang...Orang pakai Blackberry...sume nak Blackberry... Orang pakai iphone 4...sume nak iphone 4... memang ni la trend student U sekarang....folo trend....Cek duit poket dulu la wei! Jangan sebab ada kredit kad...ko nak gunakan sampai ke tahap limit dier... jangan sebab korang dapat biasiswa nak belanja lebih! Yang dapat PTPTN tu sedar la..yang korang tu berhutang..kene bayar balik! Berbelanja mengikut kemampuan je...


Benda yang dah ade...jangan dibeli lagi..lain la kalau dah rosak...atau dah nak rosak. Itu caranya berjimat. Beli tengok la benda tu berguna ke tak... Kalau sekadar nak menunjuk-nunjuk... dapat dosa ade la! Be wise ok! Not be a fool! Lain la kalau korang ada duit setinggi gunung kinabalu tu.. Tapi tak elok jugak membazir..baik bagi kat fakir miskin...ramai lagi kat Malaysia ni yang still makan nasik kosong dengan kicap yang dah expired sahaja.. Korang je tak tahu... Sedar la nikmat yang Tuhan dah bagi tu..


Pandai-pandai la mendefinisikan balik perkataan berjimat tu..jangan samakan dengan kedekut. Jauh bebeno bezanya.... Bagi aku... sape yang berat bayar zakat adalah seorang yang kedekut! Sape yang susah nak derma kat masjid adalah seorang yang kedekut!! Mungkin ada yang kata selalu dah derma.... berapa?? Korang boleh belanja kawan makan Pizza Hut atau McDonald...takkan tak boleh bagi kat masjid dengan jumlah yang sama kan? Bagi pulak dengan ikhlas! Bukan sebab lepas bace entri ni rase tercabar lak... Renung-renungkan la...jangan nak tuduh orang yang berjimat tu kedekut!

Ben Ashaari vs Ujang...

Sekarang aku pun nak bukak segmen la kan..hahahha. Segmen aku ni khas untuk Bro Ben dan Ujang jer... Siapa menang dapat Heliza...hehehe.

Takde lah...melawak jer....aku suke tengok depa berdua ni.. dah macam abang dengan adik dah... ujang dah macam jumpa abang kandung yang dah terpisah lame dah... Macam terjumpa di alam blog ni seperti dah masuk dalam rancangan jejak kasih dah.. he he he.

Tapi hubungan intim mereka diuji dengan kehadiran si Heliza nih... Dua-dua "minat" si Heliza.... hahaha. Aku nak join boleh tak bro ben dan ujang? Suke tengok depa bergaduh suke-suke untuk dapatkan Heliza di alam mimpi masing-masing...

Bukan aper.... aku paham depa tu saje je mencetuskan kontroversi gurauan....tu sekadar gurauan di alam blog jer.. Takde ape-ape pun... Tapi tak sangka si Ujang ni dah jadi femes amos dah... Teruskan la Jang... Tapi aku tak puas hati satu ler ngan ko... asal tak ajak aku pegi gathering blogger? Huhuhu.... Vlog pun ko tak ajak...

Tak kisah la....time tu pun aku bizi jugak.... sekarang pun masih bizi... Futsal dah lepas.... Dikir Barat la pulak... aku punyer master dah tah ke mana...huuuhu.. Tapi aku tekad nak go back on the track balik! Yeah!

AKU NAK MASUK BLOGLIST ATOK!

Tak tau sempat ke tak...tapi aku cuba join jugak... Sape nak boleh klik SINI

Sejauh Mana Persahabatan Antara Blogger

Aku join segmen Bro Framestone ni bukan aper...sebab segmen dier nak kredit kat sahabat kita, si Kyerull yang mengalami kemalangan dan sekarang berada di HKL. Sape nak join klik SINI

Persahabatan antara blogger ada macam-macam.... ada yang bersahabat sebab nak traffic jer.... ada sebab nak populariti.... ada jugak sebab nak cari kawan....

Aku prefer nak cari kawan.... sebab kawan adalah segala-galanya...maksud aku melebihi dari traffic...melebihi dari duit... Lagipun bila dah jadi kawan yang sebenar...kompem automatik dapat traffic dan duit untuk blog kan?

Ok lah....aku terpaksa buat entri pendek jer...mata dah layu ni..mengantuk.... Nak pegi tido dah...

Tuesday, February 22, 2011

Pedang Pusakaku...

Aku hari ni telah dapat satu benda yang akan menukar seluruh sejarah hidup aku... Rupanya aku ada juga benda yang misteri....

Aku telah mendapat sebilah pedang pusaka.... Rupanya aku ada pusaka dari turun temurun... ini lah dia pedang itu....


Sangat tajam pedang ni... boleh la buat hiris limua nipis kan..hahahahaha. Ni la hadiah dari kak masmurni untuk aku sebab aku la orang bertuah yang menjadi orang bertuah membukak page nyer yang ke 40000....huhu. amat jauh lagi dengan aku punyer page...


Ok la.... ada meeting pulak dah... pastu ada training dikir barat lagi. Agak-agak sempat tak nak basuh budak ni dalam masa 3 hari?? Huuuu~~~

Bukan Bunuh Diri...

Dekat UPM ada pasal pelajar bunuh diri ker? Tak lah.... jangan cepat sangat membuat kesimpulan... ni pasal persembahan teater jer..he he he.

Aku baru selesai menonton teater persembahan dari peserta kolej aku... Kolej Sepuluh yang bergabung dengan kolej Kesebelas. Teater mereka bertajuk Bukan Bunuh Diri. Lakonan diorang memang terbaik... memang boleh pergi jauh dalam arena persembahan teater. Aku tak sangka pelajar kolej ni dapat mempersembahkan persembahan bermutu seperti ni.


Untuk pengetahuan semua....Kolej Sepuluh dan Sebelas adalah antara kolej di UPM yang memang tidak asing lagi menghasilkan bakat muda yang boleh diketengahkan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Selalu memenangi pertandingan persembahan teater di dalam atau luar UPM. Aku memenag memberi tabik spring kat depa... memang bagus!

Aku harap mereka menang lagi untuk tahun ni.... apa-apa pun..persembahan korang memang terbaik!!!