Sunday, December 10, 2017

Produk Supermom | Menghilangkan Kotoran Degil Dengan Mudah

Produk Supermom - Semburan menghilangkan kotoran degil
Produk Supermom adalah produk yang sedang meningkat naik di pasaran Malaysia sekarang nie. Produk Muslim ini ada disiarkan di rancangan TV Al Hijrah B'frenz dan tersangat laris di seluruh negara. Produk ini juga pernah mendapat liputan di radio IKIM FM tau... Banyak kegunaan produk Supermom ini dan akan saya kupaskan satu persatu kelebihan produk ini.

Antara kegunaan utama produk ini adalah menghilangkan kesan kotoran degil di pakaian anda. Hanya sembur sret sret di kawasan kotoran, tunggu 5 minit dan masukkan ke dalam mesin basuh. Lepas habis membasuh, lihat la di kotoran yang sebelum nie degil tak nak hilang tu... Boleh hilang! Boleh hilang apabila menggunakan produk Supermom ini.

Tanpa rendaman, pakaian bersih selepas semburan

Brochure Supermom

Yang hebatnya... bukan hanya untuk pakaian... tapi untuk kegunaan yang lain seperti menghilangkan kotoran di tandas, di dapur, di lampu kereta, di rim kereta, malah mungkin dapat menghilangkan kotoran di hati anda! Ops... terover... he he.

Tapi memang betul boleh hilangkan kotoran lain selain pada pakaian. Boleh lihat gambar-gambar testimoni yang telah dicuba pada benda lain selain pakaian. Boleh kata, bukan sekadar Supermom nie, nie dah boleh dipanggil SuperFamily!! 

Rim kereta pun jadi macam baru bang!

Sembur di beg pun boleh!

Kotoran daki hilang - baju nampak baru!

Di periuk pun boleh!
Hah! Amacam? Hebat kan? Dah la produk bumiputera, bukan dari luar negara nie. Ini produk buatan Malaysia! Apa tunggu lagi? Harga berpatutan, kegunaan meluas dan berkesan. Memang betul apa yang di tagline kan founder produk supermom nie... SATU RUMAH, SATU SUPERMOM.
 
Boleh cuba dan senang sahaja untuk didapati di pasaran. Boleh contact dengan stokis yang telah meng"sponsor" entri post ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut iaitu tentang HARGA, DAN BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKANNYA iaitu:

No Wassap : 012-9282632 @ 013-986 1207
Email: sarinamadmin62@gmail.com

Sememangnya produk ini sudah terbukti keberkesanannya dan suci bersih dari unsur unsur oink oink yang selalu kita takutkan. Yang nie takde oink oink...produk supermom nie ada blink blink dan keching keching sahaja! Kerana anda boleh menjimatkan masa dan wang dengan pembelian produk nie. 

So, apa tunggu lagi? Contact la nombor stokis di atas... Nak beli produk supermom atau nak jadi agen jualan. Bukan saje pakaian dah cantik, kereta dah berkilat, duit pun dapat kalau jadi agen!

Kepuasan Terjamin!

Entri ini adalah STICKY POST di mana entri berbayar ini akan selalu berada di atas sekali dalam blog ini sehingga Dec 2017. Nak entri terbaru? Ada di bawah sticky post ini yer.... :) Berminat nak iklankan produk anda? Klik link ini (IKLAN DI BLOG)
 

Sunday, August 13, 2017

Bagaimana Ingin Berjaya Dalam Bisnes | Tips Ringkas

Berbisnes adalah satu langkah yang membolehkan anda menjadi kaya. Seorang usahawan menjadi kaya jika berjaya. Bagaimana ingin berjaya di dalam bisnes? Di sini saya kongsikan tips ringkas yang boleh dijadikan petua dan ringkasan untuk berjaya.

Ramai orang kita sekarang ingin berbisnes kerana keadaan ekonomi semakin gawat dan peluang pekerjaan makan gaji semakin banyak persaingan. Syarikat besar mula mengurangkan pekerja sekaligus membebankan pekerja yang masih ada kerana jumlah pekerja yang semakin kurang tetapi kerja tetap sama banyak. 

Tetapi ramai yang berbisnes tetapi mengalami keperitan pendapatan yang sama ketika bekerja makan gaji. Ramai usahawan nampak "kaya" hanya di luaran, tetapi realiti sangat berbeza. Hutang keliling pinggang, hidup tak keruan, bekerja 24 jam mengejar jualan, dan lain-lain. 

Bagaimana seseorang usahawan boleh berjaya? Ini adalah tips ringkas yang mungkin boleh dijadikan pedoman. 

JADI BUSINESSMAN, BUKAN SELF-EMPLOYED
Ramai orang kita menganggap, apabila dah jadi usahawan, kita sudah jadi CEO, dah jadi bos, dah jadi founder. Maka, segala keuntungan kita nak kaut, nak ambil sebagai pendapatan. INI SALAH! Seorang usahawan perlu pandai menguruskan bisnesnya supaya apabila kita tak boleh bekerja (sakit, ada urusan lain), bisnes tetap berjalan. Itu barulah berbisnes. 

Perlu pegang konsep ini: Fikirkan bagaimana nak kekalkan bisnes tetap berjalan walaupun kita bercuti. Itu baru betul. Langkah pertama: Bentuk satu pasukan, bukan berseorangan. Wujudkan satu carta organisasi pengurusan dalam bisnes. 

Sebagai contoh, Muslim Trade House cuba membentuk satu pasukan usahawan yang saling bantu membantu..saling bekerjasama untuk meningkatkan bisnes masing-masing. Konsep ini orang kita masih ramai yang tidak boleh terima. Sebab itu ramai yang masih menjual di kaki lima. Sedangkan yang faham konsep ini, walaupun asalnya dia penjual di kaki lima, dia boleh memiliki satu bangunan syarikat perniagaannya sendiri.

AMALKAN KONSEP MAKAN GAJI (PENSYARIKATAN)
Jadi usahawan, sebenarnya perlu pegang konsep yang sama semasa anda bekerja makan gaji juga. Konsep yang sama seperti orang yang bekerja dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Mengapa sama? Kerana hampir semua organisasi syarikat atau tempat anda bekerja sebenarnya berasaskan perniagaan juga. 

Apa yang berbeza? Anda bukan lagi orang bawahan, pekerja yang hanya menerima arahan dari pihak atasan. Tetapi sekarang, andalah yang memberi arahan dan memikirkan halatuju bisnes anda. Anda jadi bos! Tapi adakah bos tiada gaji?? ADA.

Berapa gaji yang anda nak letakkan? Sesuka hati ke? JANGAN! Itulah kebanyakan punca kejatuhan perniagaan orang kita. TIDAK AMANAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN. Aturkan pemberian gaji mengikut perkembangan bisnes. Peringkat awal, jangan lah sampai puluh ribu gajinya walaupun anda CEO... Berpada-padalah. Anda tentukan gaji anda sendiri, tetapi mengikut kiraan yang terbaik untuk syarikat anda.

Ingat, biarpun anda berniaga, berbisnes, anda tetap dapat gaji. Jadi bagaimana nak kaya? Hidupkan syarikat, banyakkan jualan, kurangkan kos, untungkan syarikat, barulah dapat memberikan bonus tahunan yang banyak. Barulah anda kaya.

SYARIKAT KAYA, ANDA BERJAYA
Ini satu konsep yang ramai tidak faham. Untuk berjaya dalam bisnes, apa yang paling penting adalah mengkayakan syarikat dahulu, bukan mengkayakan poket sendiri. Kenapa? Kerana apabila syarikat perniagaan anda sudah stabil, barulah anda dapat meluaskan lagi empayar perniagaan. 

Kalau anda kaya, syarikat terhuyung hayang, anda mungkin kaya sekarang. Tapi untuk akan datang belum tentu kerana syarikat tidak stabil. Silap silap syarikat tutup dan anda terpaksa mula dari bawah lagi. Simpanan mula berkurang. 

Tapi saya nak kaya cepat!!! Ramai yang berfikir macam nie. Nak kaya cepat, masuk skim cepat kayalah. He he he. Siapa kata berbisnes boleh cepat kaya. Kita kejar bisnes berjaya dahulu.. Kaya akan menyusul. 

PENGURUSAN KEWANGAN YANG MANTAP
Sesiapa yang boros, suka guna kereta mewah, suka berfoya-foya.. Anda mungkin berjaya dan akan hilang seperti kapas. Uruskan duit jualan atau duit syarikat sebaik-baiknya. Jangan gunakan untuk urusan peribadi. Duit syarikat adalah duit syarikat, bukan duit individu.

Setiap duit jualan atau duit yang masuk ke syarikat bukan 100% untuk kegunaan kita. Perlu diagihkan kepada beberapa perkara seperti: kos pengurusan syarikat, kos modal, kos overhead dan lain-lain. 

Perlu juga dimasukkan sekali kos yang masih belum berlaku, contoh kos penambahan pekerja, atau kos upgrade sistem. Kenapa? Untuk perkembangan syarikat. Inilah perbezaan usahawan yang mempunyai visi dan misi dengan usahawan yang hanya memandang untung dan kaya semata-mata.

Nak belajar tentang pengurusan kewangan? Boleh belajar asas dengan saya..he he.

JAGA PELANGGAN, JAGA PEKERJA, JAGA SYARIKAT
Ini satu lagi konsep ramai usahawan kita tak faham. Apabila dia dah dapat close sale, dia terus tinggal pelanggan tadi. Cari pelanggan baru nak dapatkan sale lagi. Pelanggan lama tidak dijaga dengan baik... Kesalahan yang sangat besar.

Anda CEO, Anda Founder. Jaga pekerja anda elok-elok. Anda berjaya bukan sebab anda seorang. Yang menggerakkan adalah pekerja anda. Jika mereka tak bergerak, sehebat mana pun produk anda, sehebat mana pun idea bisnes anda, anda tidak akan mampu pergi jauh. Hargai mereka.. Berikan sesuatu supaya mereka suka bekerja dengan anda.

Yang last, jaga nama syarikat. Sebab tu banyak syarikat suka amalkan 5S, amalkan konsep 10M, dan macam-macam lagi. Kerana apa? Untuk memberikan servis dan persekitaran syarikat yang baik dan membina. Syarikat ada etika dan undang-undang yang disukai pekerja. 

Walaupun anda CEO... Tolong patuhi etika syarikat anda sendiri. Walaupun anda CEO, anda founder, anda tidak boleh masuk ke stor simpanan anda sesuka hati. Kenapa? Etika bekerja. Faham ke tak faham? Kalau tak faham, belajar.


Ingin berjaya dalam bisnes, perlu amalkan konsep KAYAKAN SYARIKAT DAHULU, BARULAH ANDA BOLEH JADI KAYA DAN BERJAYA. Pegang konsep bermuamalat cara Islam, insya Allah perniagaan anda diberkati.

IKLAN STICKY POST :

NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA? 

GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA..... 

BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

Friday, June 16, 2017

Tips Bisnes | Teknik Pemberian Harga Yang Betul


Teknik Pemberian Harga
Seperti yang dijanjikan, saya akan memberitahu betapa pentingnya teknik pemberian harga yang betul bagi produk jualan kita kerana ia akan memberi kesan yang sangat banyak dari pelbagai segi kepada usahawan di luar sana. Tips pemberian harga ini jika salah letak je, jualan produk boleh menjadi sendu, atau pelanggan tak nak terima produk kita. 

Sebelum memberikan ketetapan harga produk jualan, setiap founder produk perlu study dulu market di luar sana. Jika dah ada pesaing, cek harga jualan dia berapa. Kenapa harganya setakat itu? Apakah bezanya produk kita dengan produk-produk di luar sana? Jika produk kita ada unsur-unsur added value, mahal sikit orang tak kisah cuma kita kena pandai bagitau orang kenapa ia lebih mahal berbanding produk lain. Tapi kalau kandungan sama tetapi kita punya produk lebih mahal... Maka bersendulah produk tu..

Lepas dah cek.... kita dah tahu range harga di pasaran... Kenapa dan mengapa... Sekarang berbalik kepada scratch book kepada produk kita. Berapa harga modal produk? Dari situ maka kita boleh bahagi-bahagikan ketetapan harga mengikut kaedah yang kita guna, antara offline atau online, dan kita kita tahu limitation price yang sepatutnya kita kena bagi kepada pelanggan.

Di sinilah RAMAI YANG TERSILAP LANGKAH. Founder cuba mengaut keuntungan yang lebih dan tidak membahagikan harga yang betul kepada orang lain. Contoh usahawan online: Selalunya hierarki peniaga online ialah :

FOUNDER > MASTER STOKIS > STOKIS > DROPSHIP > CUSTOMER 

Ada yang skip master stokis, terus kepada stokis.... Bergantung kepada strategi marketing dia la kan. Tapi dekat sinilah banyak yang tersilap. Harga yang master stokis dapat dari founder, dari master stokis kepada stokis, dan dari stokis kepada drophippers.

Salah bagi harga di sini, stokis rasa tak berbaloi nak jual produk itu, atau dropship rasa tak berbaloi nak jual produk tu. Apabila stokis dan dropship rasa malas dan tak berbaloi, maka terputuslah rangkaian jualan produk. Dropship senyap.. stokis lari ke produk lain. Silap-silap master stokis atau founder yang kena jual sendiri. Kerana apa? Kerana si founder tadi tersalah bagi harga.

Salah bagi di situ juga menyebabkan kaedah penjualan produk tidak boleh nak dipelbagaikan. Sesetengah produk apabila laku keras, ada yang nak jual secara kedai, kedai online seperti lazada, dan kadang-kadang nak bagi promosi... Salah ketetapan harga, semua nie menjadi masalah kerana salah tolak harga, stokis marah... Salah bagi harga, kedai-kedai tadi tak jadi ambil kerana margin sangat rendah, tak berbaloi. 

Apabila bisnes dah berkembang, perlu ada penambahan kos dari segi distributor barang... Beli van... tapi margin keuntungan dan tak boleh nak cover penambahan kos... Bisnes jadi statik, tak boleh nak berkembang... Lama-lama produk tak relevan mengikut zaman... Semuanya kerana pemberian harga.

Founder yang bijak, telah merancang perniagaan dengan membayangkan bisnesnya berkembang menjadi maju dan hebat. Segala perancangan ketetapan harga telah diplankan untuk perkembangan bisnesnya. Apabila ada ruang berkembang, tidak menjadi masalah untuknya menetapkan harga yang sama, tidak perlu menaikkan harga produk. 

Founder yang bijak, perlu pandai menjaga hati stokisnya dan selalu berhubung. Selalu memberi kata-kata semangat supaya stokis dapat membimbing dropshippers nya pulak. Ada dua cara asas:

1) Pemberian harga yang tidak berapa adil kepada stokis dan dropshippers tetapi selalu memberi FREE GIFT kepada mereka sebagai dorongan. (Ye lah, founder dah dapat banyak kan, apa salahnya berkongsi rezeki)

2) Pemberian harga yang effektif. Stokis dan dropshippers berpuas hati dan rasa sangat berbaloi dengan pendapatan mereka. Produk senang dijual dan untung besar. Hanya perlu memantau stokis-stokis dan berikan dorongan dan bantuan (bahan-bahan untuk diiklankan, fakta-fakta produk dll) kepada stokis dan dropshippers.

Jika ada yang SERIUS nak belajar teknik pemberian harga yang betul secara asas, boleh hubungi saya. Ada dua cara untuk anda di luar sana iaitu:

1) Sertai Kursus Asas Pembangunan Pasaran (KAPP) anjuran Muslim Trade House. Anda perlu ke HQ Muslim Trade House di Batang Kali. Akan diajar teknik asas pengedaran offline, teknik pembungkusan asas produk, teknik pemberian harga dan Pelan pembangunan pasaran melalui Muslim Trade House untuk membangunkan pasaran produk kita. Bayarannya RM930 sahaja. Kursus akan berlangsung setiap Selasa bermula jam 2.00 petang hingga 6.30 petang. Makanan dan bahan kursus disediakan.

2) Bagi yang bermasalah untuk ke Batang Kali, Saya boleh berikan personal coaching tentang teknik pemberian harga untuk sesape yang baru nak mulakan bisnesnya. Bagi yang dah menjual produknya, boleh revise balik harga jualan, atau ikut kaedah nombor satu tadi. Jangan risau, saya tak ambil mahal, kerana saya lebih kepada ingin membantu. Tapi saya pun nak cari makan kan.. Apa yang saya boleh ajar secara personal (one by one), ialah dari segi teknik pemberian harga dan pengurusan asas perniagaan. Bagaimana nak jadi usahawan, bukan bekerja sendiri. Harga: Atas perbincangan. Dan yang paling penting, saya akan ajar terus di pejabat anda.

Kenapa atas perbincangan? Kerana penetapan harga bergantung kepada asas ilmu yang ada founder itu sendiri. Ada sesetengah tu kosong dalam bab nie. Ada yang tahu cuma tak amal. Ada yang rasa macam tahu tapi bagi ikut suka dia mengikut rasa hati. Lokasi juga memainkan peranan. Jika jauh, saya akan masukkan kos travel ke sana dan mungkin kos penginapan. Keadaan berbeza-beza. Jadi, harga saya akan nilaikan mengikut keadaan. 

Nak dapatkan no contact saya, boleh klik ke ruang PENGIKLANAN

IKLAN STICKY POST :

NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA? 

GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA..... 

BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT



Thursday, June 15, 2017

REVIEW PRODUK POST : Produk NicoZu | Berhenti Merokok Dalam Masa 7 Hari !




Sesiapa yang rasa nak berhenti merokok dalam masa 7 hari, eloklah cuba produk NicoZu ini, Produk yang sangat berkesan untuk anda bebas dari merokok. Sayangilah isteri anda, sayangilah anak-anak anda, sayangilah suami tersayang anda dengan belanja sebotol nicozu supaya bebas dari rokok. 

Merokok sudah difatwakan HARAM kerana kesannya terhadap diri perokok dan juga orang sekitar... Kesan yang menghidu asap rokok lebih merbahaya daripada orang yang merokok. Apabila banyak kemudaratan daripada kebaikan, maka difatwakan haram. Tapi kenapa ramai yang masih merokok? Kerana ketagihan. NicoZu dapat mengatasi masalah ketagihan anda!

Produk Nicozu

Konsep ketagihan nie lah menjadi satu masalah besar nak berhenti merokok. Sama macam penagih dadah, penghisap candu, dan lain-lain. Kerana ketagihan, susah nak tinggal. Niat tu dah ada, ramai yang dah pasang niat nak berhenti merokok, tapi kerana ketagihan, tak boleh tinggal jugak. Jadi, produk NicoZu nie dapat mengatasi masalah ketagihan hanya dengan beberapa semburan di dalam mulut anda.

Hanya perlu ada dua perkara supaya dapat berhenti merokok iaitu:

1) Memang dah ada niat nak berhenti merokok
2) Kena ada support dari keluarga terdekat

Bab support tu lah produk Nicozu nie ambil bahagian. Produk NicoZu nie adalah berasaskan bahan organik, tiada campuran kimia merbahaya. Ekstrak semulajadi dari kayu manis dan cengkih... Dapat menghilangkan ketagihan anda untuk merokok dan juga mewangikan bau mulut anda! Faedah 2 dalam 1 yang sangat bermanfaat. Tiada masalah mulut berbau, dan ketagihan merokok pun hilang.

Saiznya kecil, sesuai nak dibawa ke mana-mana dalam poket
Perasa Pudina yang mengharumkan bau mulut anda

Cara penggunaan: Hanya perlu sembur NicoZu di bawah lidah ketika rasa hendak merokok. Setiap kali rasa nak merokok, sembur nicoZu... Insya Allah lama-lama proses ketagihan merokok akan hilang dari semasa ke semasa, dan jika diambil secara berterusan, dapat berhenti terus dari merokok.

********************************************************************************
IKLAN STICKY POST :

NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA? 

GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA..... 

BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

********************************************************************************

Apa kebaikan apabila sudah berhenti merokok:

Bebas Kewangan: Rokok sekarang dah mahal. Kalau jenis habis sekotak sehari, atau sekotak dua hari... cuba kira secara mudah, Contoh pengiraan:  Sekotak rokok dalam dua hari bermakna dalam sebulan, 1 kotak x 30 hari/2 hari = 15 kotak sebulan. Kos sekotak berapa? Didarab dengan 15 kotak. Itulah kos sebulan perokok. Banyak tuu.... Kalau jumlah penjimatan selepas berhenti merokok tu, dikumpulkan sehingga 3-4 bulan, boleh topup dekat gelang emas isteri dah kan? Atau dah boleh tukar kepada rim kereta sport dah tu... 

Teladan Anak-anak: Sape mak ayah yang nak tengok anaknya merokok, angkat tangan? Takde kan? Jadi kenapa perlu kita sendiri merokok? Anak-anak belajar banyak dari mak ayah... 80% pembelajaran secara tak langsung dari mak ayahnya...Jika kita merokok, jangan marahkan si anak jika dia merokok juga satu hari nanti. Kalau kita sendiri tak merokok, insya Allah anak-anak pun tak nak merokok.

Hidup tanpa rokok, keluarga bahagia

Kesihatan Keluarga: Asap rokok sangat bahaya untuk kesihatan. Ramai orang kita sekarang mengalami masalah jantung, paru-paru kerana berpunca dari asap rokok. Kita nak ke anak-anak sakit disebabkan kita sendiri? Kita selalu minta doa supaya anak kita sihat walafiat kan? Tapi kalau kita sendiri menyebabkan anak tak sihat kerana asap rokok? Ibarat meminta belas kasihan Tuhan supaya sihatkan anak kita sambil kita sedang mencucuk anak kita dengan jarum beracun... Sorry to say.


Testimoni Nicozu:

Ramai yang dah menggunakan nicoZu dan berpuas hati. Boleh lihat sendiri antara testimoni pelanggan yang dah menggunakannya.. Ingat, perlu disertakan niat nak berhenti barulah menjadi.. Kalau tuan badan tu sendiri tak nak berhenti, sambil sembur nicoZu tu pun boleh hisap rokok! 




Kepada yang berminat, boleh contact saya sebagai stokis Selangor produk NicoZu:

EMAIL: ahsannurmubarak@gmail.com

AGENT MASIH DIPERLUKAN  !!

Yang duk jauh seperti Perak, Perlis, Johor, Kelantan atau pun Sabah Sarawak, pun boleh order dari saya. Jangan risau, saya boleh poskan.. :)

 P/S: Sesiapa berminat untuk saya review produknya, boleh terus emel saya atau wassap saya ke link ini: PENGIKLANAN

Sunday, June 11, 2017

Apa Elemen Perlu Ada Untuk Menjadi Usahawan Berjaya | Bakal Founder Produk

Usahawan Berjaya
Apabila status diri kita bertukar kepada FOUNDER PRODUK, ramai yang rasa mereka akan terus jadi kaya kan? Mereka hebat kan? Yes, founder produk memang hebat... kerana keberaniannya dan kecekalannya menghadapi segala rintangan dan dugaan yang bakal dihadapi untuk menjayakan produknya. Pelbagai strategi dilakukan untuk menjayakan misi, tetapi pernahkah anda terfikir apakah elemen yang perlu ada untuk menjadi usahawan berjaya

Straight to the point, banyak elemen yang perlu ada untuk jadi seorang founder produk yang berjaya. Saya tak nak sebut pasal hati yang cekal, sabar menghadapi dugaan, berusaha terus berusaha...itu elemen yang wajib ada pada seorang usahawan. Sekarang kita bincang pasal teknikal dan taktikal strategi....

Fakta menakutkan ialah: Ramai orang kita suka jadi founder produk, tetapi gagal di separuh jalan kerana tidak faham tentang elemen-elemen ini. Untuk pembelajaran asas, boleh baca dulu entri nie sampai habis. Kenapa gagal, di mana silapnya, apakah solutionnya? Bagi yang nak tahu, teruskan membaca...

ELEMEN MANAGEMENT (PENGURUSAN)


Ramai usahawan kita FAIL dalam bab nie. Kebanyakan orang kita jenis malas nak menguruskan perniagaan sendiri itu dengan lebih teratur dan tersusun. Banyak yang jenis semberono jer. Duit masuk dan keluar tak rekod. Apa yang ada kat tangan dikira untung. Spesis nie selalu kalau saya tanya," Berapa anggaran untung sehari?". Dia akan jawab sekali dengan jualan, bukan untung bersih. Lepas tu bangga dapat ribu riban...sedangkan kos habis pun ribu riban. Tak sedar. Rekod pelanggan takde. Rekod penggunaan iklan dan gaji staf pun ikut rembat. Semuanya memainkan peranan.

Ini adalah ASAS untuk menjadi founder produk berjaya. Gagal mengurus, anda seolah-olah merancang untuk gagal dalam perjuangan bisnes anda. Sebab itulah ramai yang sanggup bayar ke seminar itu ini, sebab kurangnya ilmu pengurusan bisnes. Yang dah belajar di universiti pun belum tentu dapat khatam bab nie. Jangan memain.

Elemen ini dipecahkan pula kepada beberapa sub-elemen iaitu bab PERAKAUNAN, bab PENGURUSAN DATA, PENGURUSAN KEWANGAN SYARIKAT, PENGURUSAN STOK dan lain-lain.. Dekat sinilah nanti akan ada laporan UNTUNG-RUGI (Profit and loss). Dekat sinilah berlaku berapa TARGET SALE yang kita nak untuk sebulan, setahun sepaya breakeven dengan kos gaji staf, kos kita nak run bisnes... Bukan lagi nak capai ROI (Return of Investment) yang kita dah laburkan. 

Dekat sini jugalah kita dapat atur PEMBERIAN HARGA produk kita sama ada OK ke tidak. Ada sesetengah daripada kita bagi harga yang mencekik orang bawah sebab dia nak untung lebih... Dari pandangan noob dia memang boleh untung banyak, tapi itulah yang menjerut bisnes dia jadi lingkup habis. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN STICKY POST :

NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA? 

GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA..... 

BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ELEMEN MARKETING

Ini satu hal. Kalau saya keluar bagi talk di seluruh negara baru-baru nie pasal "marketing", ramai yang taboo dan takut dengan word nie. Semua terus fikir MLM. Hadoi.... Marketing adalah NADI kepada bisnes. Manusia, tiada nadi, mati. Bisnes, tanpa marketing, bisnes lingkup. 

Apa itu marketing? Marketing nie definisi dia sangat luas. Dari cara kita berpakaian hinggalah penggunaan iklan. Cara kita bercakap, cara kita menyantuni pelanggan, cara kita memperkenalkan produk, semuanya itu marketing. 

Yang nie pun ramai orang kita gagal. Marketing ada yang percuma, ada yang murah dan ada yang menggunakan kos yang amat tinggi. Adakah apabila tinggi kos, menjamin laku keras sesuatu produk? TIDAK. Ada elemen lain lagi yang akan berkait rapat. 

Marketing pula ada pelbagai strategi... kebanyakan marketing adalah untuk meningkatkan awareness kepada pengguna di luar sana bahawa produk kita ada di pasaran. Bagaimana nak bersaing dengan produk yang dah ada di pasaran? Maka timbullah marketing strategi plan. 

Dalam marketing strategi plan nie lah ada unsur-unsur kreatif yang perlu ada pada founder produk. Berbalik kepada marketing, apa yang perlu anda buat? Banyakkan iklan produk... melalui TV, radio, Facebook, blog dan macam-macam, mengikut kemampuan kita sebagai owner produk. 

Contoh macam blog nie, ada buat review produk.. Itu juga salah satu marketing. Marketing yang tidak mahal dan untuk jangka masa panjang. Sebab apa? Sebab apabila blogger buat satu entri post pasal produknya, entri post tu akan melekat di carian Google.. dan akan berpanjangan sehingga blog tu sendiri di delete. Boleh dikatakan jarang orang delete blog dia.  Kalau nak free? Buat sendiri.

Nak tambahkan keberkesanan iklan? Itu yang kita kena study bab TARGET AUDIENS. Haaa...ambik kau... sape rasa macam banyak tak tahu, saya boleh bagi personal coaching. Sape yang dah tau, anda amalkan tak ilmu itu di dalam bisnes anda? Kalau tak, jangan salahkan orang lain. 

Dalam bab Marketing juga, ada sub-elemen lain iaitu DESIGN. Nak design apa? Design sticker, design logo kita di produk, design bunting, design poster, design gambar iklan, dan lain-lain. Itu juga marketing. Kalau produk kita hebat dari kandungan tapi gambar tak cantik, duduk sebelah produk yang kandungannya biasa-biasa, tapi gambarnya cun habis, ekspresi anda yang pertama nak beli yang mana?


ELEMEN SALE (JUALAN)
Selepas beriklan bagai, marketing sana marketing sini... Maka datanglah bakal customer yang orang bisnes selalu sebut PROSPEK. Adakah mereka terus datang dan beli? TIDAK SAMA SEKALI. Mereka akan approach kita, dan bertanya banyak soalan sebelum membeli.

Jadi, ini satu lagi elemen penting untuk berjaya iaitu elemen menukarkan prospek kepada pelanggan. Yang nie la yang selalu orang duk ajar "CLOSING". Yang nie pun ada seninya. Seni closing tahun 2010 tak sama dengan seni closing tahun 2017. Seni closing di kedai fizikal tak sama dengan seni closing dalam wassap. Kenapa? Kerana perubahan masyarakat. Perubahan zaman. Orang dulu banyak membeli di kedai fizikal, sekarang banyak membeli dari online. Orang dulu suka produk sihat, sekarang asal capai matlamat, semua ok. ContoOOooooh....

Salah closing, prospek lari. Salah closing, jualan tak jadi. Iklan dah habis beribu, tapi bila ada orang bertanya, tak melekat sorang pun. Ini semua akan berlaku nanti apabila kita melaluinya. 

*****************************************************************************

Cuba kita bayangkan kalau si founder produk nak buat semua tu sendiri... agak-agak boleh tak? Dan ramai orang kita suka buat sendiri. Dialah founder, dialah akauntan, dialah marketer, dialah saler... Dialah yang kacau adunan sabun, dialah yang nak pegi buat iklan, dialah yang nak pegi jual, dia jugak lah nak beli bahan asas nak buat sabun, dia jugak lah nak design kotak sabun... Lepas tu kata tak berjaya sebab jualan so-so ajer... Ye lah... tak boleh FOKUS kepada sesuatu benda. Itu kata kunci dia.

Ini adalah kebanyakan usahawan kita

Kenapa tak nak buat team? Kos meningkat? Sebab tu kena plan awal-awal. Cuba tengok usahawan yang dah berjaya, adakah mereka bergerak sendirian? Atau bergerak secara berkumpulan?  Salah satu contoh bentuk team yang cuba diketengahkan ialah Muslim Trade House.

Ada lagi elemen penting yang saya tidak ceritakan dalam entri nie..... Cuba teka elemen apa? Elemen itu perlu ada pada seorang founder produk yang nak berjaya. Kalau nak, komen di post entri nie dan share kan. He he.... 

Bagi sesape rasa nak belajar secara personal dengan saya tentang pengurusan bisnes secara asas, boleh hubungi saya. Saya ada buat personal coaching. Saya akan ajar lebih kepada pengurusan iaitu bagaimana nak kira kos yang betul, bagaimana nak kira untung rugi yang betul, bagaimana nak kembangkan bisnes melalui laporan tadi... Dan sedikit asas tentang marketing dan sale. Saya akan cuba bagi price yang terbaik.. Saya ajar asas sahaja... Untuk advance belum bersedia lagi. Jadi, jangan risau pasal harga, boleh berbincang.

Friday, June 9, 2017

Apa Fungsi Iklan | Kuasa Iklan Melariskan Jualan Produk


Ramai orang kita salah faham tentang iklan. Iklan hebat tidak semestinya jualan produk anda mencanak naik serta merta. Iklan yang bagus tidak menjaminkan kejayaan perniagaan anda. Iklan yang ohsem tidak menjanjikan bulan dan bintang. Tapi kenapa perlu iklan? 

Iklan sangat penting untuk strategi marketing pasaran produk kita. Sesetengah owner produk salah anggap tentang apa itu iklan dan kaitannya dengan peningkatan jualan produknya. Saya sebagai salah seorang speaker Seminar Perniagaan Muslim, sekarang akan berkongsi sedikit ilmu tentang apa itu sebenarnya iklan.

Iklan terbahagi kepada dua jenis iaitu iklan secara offline dan online. Iklan offline nie termasuk iklan di suratkhabar, billboard, hands out dan lain-lain. Tapi orang kita sekarang lebih popular dengan iklan online. 

Iklan online nie lah yang selalu korang dengar iaitu FB ads, Google ads, Insta ads, dekat blog (yg macam saya buat di blog ini), website, dan lain-lain. Tapi ramai yang salah anggap apabila mereka buat iklan. Yes, iklan yang hebat selalunya mendatangkan pulangan jualan yang hebat... Tapi TIDAK SEMESTINYA.

Apa itu iklan? Tujuan iklan ialah memperkenalkan produk kita kepada orang ramai. Orang ramai yang melihat iklan kita itu adalah bakal prospek kita. So, fungsi iklan sebenar ialah...mewar-warkan produk kita kepada bakal prospek dan memberitahu kepada mereka bahawa kita SUDAH ADA DI PASARAN dan PRODUK ITU WUJUD. Orang panggil AWARENESS.

Adakah bakal prospek itu akan tertarik dengan produk kita? Adakah mereka akan contact kita? Itu bergantung kepada banyak perkara iaitu copwriting, gambar, dan target audiens. Jika semua elemen itu kena, maka akan berlaku contact di antara bakal prospek dan anda. Maka berlaku la PM atau DM...

Adakah mereka akan menjadi pelanggan? Tiada jaminan. Yang menjadikan peratusan bakal prospek bertukar menjadi pelanggan bertambah ialah "closing" anda semasa berlaku contact antara mereka dengan anda. 

Sebab itu, bagi mereka yang betul-betul serius hendak berjaya dalam perniagaan produknya, mereka tidak berkira dengan platform IKLAN. Mereka akan memilih seberapa banyak platform iklan mengikut kemampuan owner produk tersebut. Ada satu lagi platform yang LEBIH POWERFUL bagi meningkatkan pasaran produk anda iaitu WoM.

Apa itu WoM? Nanti bersambung di lain entri... he he. So, kalau tak nak terlepas, follow blog nie, atau follow FB Page saya: Wacanaku.. 

P/S: Sekarang ada promosi pengiklanan di blog saya. Jika berminat, PM saya di FB page...:)

Realiti Kehidupan Seorang Marhaen

Hidup ibarat sekuntum bunga

Bila seseorang berlaku kesempitan wang... kerja takde atau kerja xcukup bajet... Bukan boros, tapi memang xcukup. Orang lain boleh beli baju 5-6 pasang sebulan.... Yg si marhaen nak beli sehelai setahun pun kene puasa sunat terpaksa 1-2 bulan. Tu pun boleh beli dekat pasar malam atau pasar karat jer... Atau mungkin tetap xboleh beli apa-apa... Sekdar cukup makan dan minum lebih kurang untuk elak dari kebuluran.

Jika bujang, mungkin kurang sedikit tekanan.. Jika dah berkeluarga... Tanggungjawab sekeliling terlampau banyak... Mak ayah di kampung... keluarga mertua... Kita sebagai anak dan menantu.... nak tak nak kena hulur jugak kan... 

Anak bini pun nak makan... Bila anak mintak nak tu nak ini... kene beli juga..kalau tak menangis sehari suntuk... Bayar bil-bil... rumah sewa... loan kereta... loan motorsikal...Bayar yuran sekolah.. Perubatan.... Banyak kos kehidupan kena tanggung... Berusaha? Dah lebih dari usaha... Sampai terseksa kesihatan si empunya badan. Hati tisu? Tak kuat? Silap-silap yang banyak cakap tu kalau berada dalam situasi si marhaen, mungkin terus bunuh diri barangkali (Astaghfirullah) ... Cakap senang, sekadar lidah bergerak.. Yang merasa perlu tanggung bebanan emosi perasaan dan sakit badan.

Nak salahkan nasib? Bukan jenis mengadu domba... Jika nak menyalahkan, baik balik rumah duduk tengok rancangan drama tv melayu.. Lebih banyak pendoktrinan aduan domba menyalahkan nasib mengeluh kasih... Realiti tak sama seperti drama TV... mereka berlakon. Hari ini menangis, esok berjoget di kelab.

Di mana silap? Tiada silap... Semuanya ujian dunia... Ada yang berjaya, ada yang tidak. Ada yang kaya, ada yang tidak. Berjaya tidak semesti bahagia, Kaya tidak semesti hidup tenang... Miskin tidak semesti susah... Gagal tidak semesti pengakhiran dunia... Kene faham tu.

Si marhaen? Teruskan kehidupan walaupun susah dan payah.... Asalkan bahagia bersama keluarga... Makan ikan goreng dikerat dua... Berkongsi bersama anak dan isteri... Itu tetap rezeki dariNya... Asalkan Halal, bukan datang dari yg haram. Makan lobster tapi hasil dari yg haram... Apa guna. Baik makan kangkung dari longkang belakang rumah... Lagi bersih.

Ok, berhenti sejenak....tarik nafas dalam-dalam.... Dan cuba bayangkan itu adalah kita... Realiti ini ramai yg terlepas pandang... Selalu duk pandang stereotaip orang yang gaji cukup makan kemudian boros berbelanja... Tapi cuba kita alih pandangan kurang enak kita... pandang golongan nie...
Cuba bayang.... ujian si marhaen amatlah berat... Ditambah pulak ujian dari orang sekeliling... syarikat tak bayar gaji... Atau bayar gaji lambat... Segala kemudahan ditarik... Betapa seksanya si marhaen nak cari pendapatan tambahan semata-mata NAK HIDUP!

Golongan BOS BOS yang kaya takpe la.... Golongan yang memang cukup makan...pun ok.. Mereka tidak akan faham...walau di mulut cakap "SAYA FAHAM KEADAAN ANDA"... Kefahaman mereka hanya berada di peringkat permukaan air sedangkan realiti seorang marhaen... Sedalam lautan pasifik yg gelap tak nampak dilihat dgn mata kasar.... 

Jika direnungkan... Siapa yang kuat? Siapa yg sabar? Siapa yg berhati kental? Bukankah si marhaen tadi? Jadi, siapa kita nak menepuk dada kata kita berjiwa kental sedangkan ujian digigit semut pun dah disuruh masuk hospital, Diminta layanan VIP oleh doktor pakar? 

Sempena bulan puasa nie..... Fikirkan dan renungkan...

Friday, March 17, 2017

Apa Itu Muslim Trade House


MUSLIM TRADE HOUSE (MTH) adalah satu logo kepunyaan SYNQ RESOURCES (M) SDN BHD yang melambangkan 100% Muslim... Jika ada apa-apa produk yang mempunyai logo MTH ini, ia menunjukkan produk itu adalah hak kepunyaan 100% produk muslim.

Perlu ingat, logo MTH ini tidak sama dengan logo HALAL JAKIM. Muslim Trade House tidak mengeluarkan SIJIL HALAL seperti yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM, ia cuma mengesahkan produk atau servis itu adalah 100% hak milik orang muslim kerana ada juga produk non-muslim yang dapat sijil halal dari JAKIM. Jadi, tiada pertembungan di antara JAKIM dan MTH malah bekerjasama bagi menaikkan martabat isu HALAL di negara kita.

Pendek kata, semua produk muslim boleh berdaftar di bawah MUSLIM TRADE HOUSE (MTH) ini iaitu:

- Produk Kecantikan
- Produk Makanan
- Produk Kesihatan
- Produk pakaian
- Servis perkhidmatan
- Dan lain-lain

Dengan syarat, syarikat yang mengeluarkan produk atau menguruskan sesuatu perkhidmatan adalah 100% muslim. Kenapa pihak MTH menitik beratkan hak milik 100% muslim? Jawapannya akan diberitahu secara detail di dalam:

SEMINAR PERNIAGAAN MUSLIM (SPM)

yang akan dianjurkan di kawasan berdekatan ANDA. Dan seminar ini juga akan memberikan penerangan asas tentang apa yang Muslim Trade House sedang lakukan untuk membantu golongan:

- USAHAWAN,
- BAKAL USAHAWAN dan
- Golongan yang ingin TAMBAH PENDAPATAN.


Segalanya adalah untuk misi utama Muslim Trade House iaitu: SELAMATKAN EKONOMI MUSLIM !
Pihak Muslim Trade House cuba membantu semua golongan dari semua peringkat, iaitu dari penganggur hinggalah kepada golongan usahawan muslim yang sudah berjaya tetapi masih ingin mengembangkan lagi bisnesnya.

Apa kepentingan dan tujuan pihak MTH dengan mengeluarkan logo MTH ini untuk produk-produk muslim?

- Untuk membezakan antara produk muslim di pasaran dengan produk non-muslim (supaya tidak ada lagi kes pengguna tertipu)

- Meningkatkan pasaran produk muslim yang kebanyakan hanya secara kecil-kecilan
- Dapat berada di bawah satu BUMBUNG dan sama-sama menolong antara satu sama lain dalam pemasaran produk
- Pihak MTH ingin memberikan penambahan ILMU tentang PERNIAGAAN kepada semaua usahawan muslim supaya lebih berjaya dan sukses.
- Menggalakkan masyarakat muslim di negara ini supaya lebih BERANI menceburkan diri dalam DUNIA PERNIAGAAN.

Kepada yang ingin tahu lebih lanjut tentang MUSLIM TRADE HOUSE, boleh layari ke website MTH:


ATAU ke fanpage FB MTH iaitu:


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai MUSLIM TRADE HOUSE, boleh wassap terus kepada:

EN. AHSAN (ASSISTANT PROJECT MANAGER MTH)
011- 1697 4697

 En. Ahsan akan direct kan permintaan ANDA kepada MANAGER-MANAGER terdekat di kawasan ANDA untuk proses penyertaan atau ingin menghadiri seminar terdekat.

Selamatkan Ekonomi Muslim

JOM! Kita sama-sama bersatu dan menyokong usaha murni Muslim Trade House ini untuk SELAMATKAN EKONOMI MUSLIM di negara ini, sekaligus membantu menyeimbangkan ekonomi negara kita yang semakin merudum dan merosot akibat perubahan ekonomi dunia... JIKA KITA SENDIRI TIDAK MAHU BERUBAH, JANGAN BERMIMPI UNTUK MENGUBAH EKONOMI KITA SENDIRI. 

Friday, January 20, 2017

PANAS: Babi Di Badan Kita


Babi! Babi! Babi! Bukan aku nak menyumpah korang... tapi ada seekor haiwan yang sangat popular di dunia ini iaitu BABI... Haiwan nie popular bukan sahaja di mulut korang... tetapi juga popular di badan korang... ada yang melekat di badan, ada yang melekat di muka... ada juga dah masuk perut dan menjadi tinja-tinja di dalam mangkuk tandas yang juga kemungkinan melekat sisa-sisa babi.... 

Astaghfirullah.... kenapa nie kan? asyik sebut babi je dari tadi.... Aku boleh je nak sebut khinzir...boleh je nak sebut (Peppa) Pig... Boleh je nak sebut ba aliff ba ya.... tapi tak syok la kawan..... tak rasa feeeel..... Kene sebut perkataan asas gak.... BABI. Baru tertusuk di hati sanubari kita nie....

Babi ada di mana-mana..... di dalam hutan mahupun di dalam pinggan.... Hampir kesemua produk yang ada di sekeliling kita nie.... ada unsur babi. Kalau korang cek di bahan produk... memang la dia tak tulis... 

Ingredients: Sellulose, BABI, bla bla bla bla... 

Memang la tak tulis secara terang macam tu.... kalau tak kita pun tak nak beli kan?? Betul tak? Jadi nama BABI tu ditukar mengikut bahagian atau produk akhir dia.... Contohnya PORK, LARD, PORCINE, GELATIN (kebanyakan dari babi), COLLAGEN (Pun banyak dari babi) dan lain-lain...

Ada yang guna kod-kod.... Ingat tak pernah keluar isu kod E471...E472.. dan sebagainya... Contoh E471 dan E472... itu dari sumber TULANG BABI... Contoh kod-kod lain yang bersumberkan BABI adalah seperti di bawah: 


Cuba cek di produk-produk anda.... Makanan, kecantikan, bahan cucian, berus, dan sebagainya.... Aah..lecehnya la nak cek satu-satu... Hati-hati... jika kita cakap macam tu... itu maknanya dalam diri tidak ada iman... Hati-hati kawan.... hati-hati.... Halal itu penting kerana melibatkan iman... Dari makanan halal akan membentuk tubuh badan kita yang bersih, dari kita yang bersih lahirlah anak yang bersih... Jika dalam diri kita sudah ada makanan HARAM... ada BABI... ada kekotoran... Nauzubillah....

Oleh itu, kita sebagai umat ISLAM perlu menangani masalah ini... Bagaimana nak mengenal pasti dan menghindari dari diri kita termakan makanan atau menggunakan produk harian kita yang ada unsur yang tidak halal.... 

Cara yang paling senang, kita belilah produk buatan muslim kan? Seorang muslim akan membuat sesuatu produk bukan sahaja halal bahkan disertakan dengan iman dan takwa... Peratusan untuk seorang muslim menggunakan barangan TIDAK HALAL di dalam produknya bergantung kepada iman dan takwa dia sendiri.... Walaupun produk muslim itu masih belum ada LOGO HALAL JAKIM kerana prosedurnya yang ketat, tapi jika kita pasti itu produk muslim...kita beli kan?? Contohnya... keropok lekor di kampung... Mana ada logo Halal JAKIM tapi kita beli sebab kita tahu yang membuat itu muslim... kan? Haaa... macam tu la maksudnya...

Sebab itulah maka wujudnya MUSLIM TRADE HOUSE (MTH).... Pihak MTH akan mengumpulkan produk-produk muslim di seluruh Malaysia, untuk dipasarkan ke seluruh negara. Segala produk muslim yang menyertai kami akan mendapat logo kami iaitu logo MTH dan dari logo itulah pelanggan akan dapat mengenal pasti produk itu adalah produk muslim.. Perlu ingat di sini... Pihak MTH tidak mengeluarkan Sijil HALAL...tapi mengeluarkan logo yang menunjukkan produk itu adalah PRODUK MUSLIM... 100% MUSLIM.


Pihak MTH bergerak memberi penerangan kepada masyarakat melalui beberapa cara. Salah satu yang sedang aktif bergerak ialah melalui SEMINAR PERNIAGAAN MUSLIM (SPM). Seminar akan berlangsung di beberapa lokasi di dalam negara dan peserta seminar hanya perlu membayar sebanyak RM10 sahaja untuk biayaan dewan dan sedekah kepada Maahad Tahfiz.

Untuk mendapatkan informasi lanjut tentang Muslim Trade House (MTH) atau seminar, korang boleh menghubungi EN. AHSAN (011-1697 4697).

LAWAK BABI: HIKAYAT KEDAI KOPI - AKU TAK MAKAN BABI LAA...

Monday, January 2, 2017

Kawan atau Sahabat

Ada sesetengah dari kita nie ada ramai kawan.... ramai sampai tak terkira... kalau dalam FB tu...sampai penuh limit jumlah kawan...siap bukak akaun kedua dan ketiga lagi sebab ramai sangat.... Hebatnya orang tu kan sebab ramai orang nak berkawan dengan dia.... Tapi...adakah kawan yang ramai itu sahabat?....

Ramai kawan tak semesti bahagia... tak semestinya senang... tapi ramai sahabat pasti hidup kita tenang... Apa maksudnya nie? Apa yang aku merepek kerepek mengarut dan mencarut nie? Perkara nie, bila kita alami dengan sendiri...ita akan faham... Faham bukan setakat di bibir... tapi tertusuk dalam dalam hati dan sanubari....Kita akan jadikan sebagai teladan dan tauladan dalam hidup kita....:)

Kawan..... time kita senang, datang macam semut.... Kita ibarat gula... tak perlu nak panggil hoi sana hoi sini....mereka datang dengan sendiri.... Cakap penuh puji sampai kekadang lupakan Tuhan Maha Terpuji... Cakap penuh mesra dan gembira bagaikan hidup tiada masalah... 

Tapi bila datang kesusahan dalam hidup kita.... tetiba kita akan rasa sunyi... kawan beribu riban tu tetiba hilang macam tu saje.... Hilang tak kelihatan bagaikan batu dilempar ke gaung dari puncak gunung... Sepi..... kita tegur dan sapa tapi semua macam tak kenal kita... Senyum seketika hanya nak menjaga hati kita kononnya.... Kita yang dalam kesusahn pun rasa segan nak meminta tolong... kerana dari awal sudah menarik muka dan telinga... Kalau mereka boleh ghaib seketika, rasanya mereka akan gunakan kuasa ghaib tu nak mengelak dari kita... Itulah kawan yang beribu umpama buih sabun yang ditiup... Sekejap sahaja pecah di udara...

Tetapi sahabat lain pula ceritanya... tak sempat kita nak bercerita, hanya melihat dari kesugulan wajah sudah sibuk mereka bertanya mengapa dan kenapa... mencari solusi tanpa mengira masa dan ketika... Memberi sokongan moral dan mental walau diri sendiri tidak terurus.. Tapi kerana memahami kita dalam kesusahan, diikhtiarkan juga walaupun sekadar memberi secawan kopi..penenang diri ketika gundah gulana....

Dari kawan beribu, sahabat hanya sepuluh... dari segerombolan, sahabat hanya dua tiga kerat... Tidak rugi jika kawan yang sedikit... tetapi amat rugi jika sahabat tidak ada langsung dalam friendlist kita yang sakit... 

Bila ujian susah datang melanda, baru kita tahu siapa kawan siapa sahabat.... Kawan datang bila kita hebat... sahabat datang bila kita merempat... Kawan hilang ketika kita merempat, sahabat kekal rapat bila kita kembali hebat... Susah senang tiada ertinya bagi sahabat yang akrab... mereka bersama kita kerana kita, bukan kerana kesenangan dan populariti...

Sahabat adalah nikmat.... Sahabat boleh jadi ahli keluarga... Tapi ahli keluarga tidak semestinya menjadi sahabat... Ramai orang sekeliling sekadar kawan... Golongan lawan buruknya apetah lagi... Mereka datang dan pergi menumpang kesenangan, tapi tidak akan bersama berjuang mengharungi kesusahan.... Hanya sahabat sahaja yang akan mengharunginya... Ibarat Saidina Abu Bakar.. Contoh sahabat sejati....