Tuesday, June 25, 2013

Fakta (Auta??) Jerebu Yang Tidak Diheboh-hebohkan


Jerebu.... Satu fenomena di mana wujudnya partikel-partikel kecil yang mikro saiznya terapung-apung di udara. Adanya partikel-partikel ini mungkin kerana semulajadi atau lebih popular kerana perbuatan manusia sendiri.... Bila partikel-partikel nie banyak sangat di udara... Ia akan dikatakan berkeadaan berjerebu.... Itu fakta... Tapi ada yang fakta yang cuba diselindungkan oleh ramai pihak... Antaranya ialah...

  • Jerebu nie semacam asap... Tak salah kalau nampak macam asap fogging kan... So... nyamuk sangat bencikan jerebu... Sebab jerebu...nyamuk makin banyak cuba mengambil kesempatan menetap di rumah sedara sedari sambil mencuri peluang nak hisap darah korang.... Darah yer... bukan dara...
  • Ramai marahkan jerebu... Tak suka jerebu.. sesak nafas... terpaksa sedut asap... Tapi tahukah anda... partikel jerebu sememangnya lebih kurang je dengan asap rokok? Malah lebih selamat untuk disedut berbanding asap rokok... Dah boleh jimat disitu bagi perokok... Tak payah dah merokok...sedut je jerebu...erkkk...
  • Sememangnya jerebu sebenarnya berasal dari satu tempat.... Tidak tahu kenapa dan bagaimana asal-usulnya berpunca dari situ... Dengar khabar dari Pak Pandir, jerebu berasal dari daerah Jelebu... Tetttt...
  • IPU digunakan sebagai pengukur tahap jerebu.... Sesungguhnya IPU berbeza daripada UPU atau OKU... Dan sangat berbeza berbanding IBU... Sayang IBU saya..hehe
  • Jerebu boleh menyebabkan sakit tekak dan asma.... Tapi tidak boleh menyebabkan sakit perut atau gastrik... 
  • Kerap bersin dan badan gatal-gatal adalah salah satu tanda-tanda anda alah dengan jerebu... Tapi bukannya cirit-birit atau gatal nak mengorat anak dara di taman-taman permainan.... 
  • Jerebu disukai budak-budak sekolah kerana dapat cuti tetapi tidak disukai orang-orang dewasa kerana terpaksa menjaga anak-anak yang tak pegi sekolah di ofis masing-masing...
Okeh...cukup ler aku mengarut dan membebel hampir ke laot... Saje je nie.. sambil layan bola Kelantan lawan Pahang... Macam nak update blog je rasa... hehehe.... PEACE YO! 

P/S: Jerebu membahayakan kesihatan, elakkan aktiviti outdoor yang banyak..

No comments:

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785