Wednesday, February 17, 2016

Kenapa Wanita Melayu Dikatakan Suka Lelaki Warga Asing Berbanding Lelaki Melayu

Topik panas... hangat dan terbakar.... Dikatakan ramai wanita melayu nie lebih suka kepada lelaki warga asing berbanding lelaki melayu.... Lelaki warga asing nie termasuk orang putih dan kaya la kan... kalau tak termasuk... rasanya kurang la sikit peratusan "suka" tu kot.. Dan jugak termasuk warga Bangladesh, warga Nepal dan sebagainya.... Ok.. kenapa lebih suka?

Mengikut kajian atas angin bersama wartawan angan-angan kosong... Dikatakan wanita melayu suka lelaki warga asing kerana mereka lebih romantik, lebih 'caring' dan lebih hensem... Dikatakan juga kerana lelaki melayu nie 'panas baran', 'tak romantik', dan tak 'caring' seperti lelaki warga asing.... Betul ke? Sama-sama kita bincang... 

Sekali tengok... senang nyer wanita-wanita memberi komen mengikut pembahagian "lelaki melayu' dan 'lelaki warga asing'... Alahai.... Kalau lelaki yang bagi 'wanita melayu' dan 'wanita warga asing'.. agak-agak diorang suka tak? Seorang lelaki bagi komen, tak suka wanita melayu dan lebih suka wanita warga asing kerana mereka lebih cantik, lagi putih, dan romantik...dan mereka lebih suka menjaga suami dan anak-anak di rumah berbanding wanita melayu yang lebih suka keluar rumah dan bekerja kononnya nak sara keluarga walhal nak lari dari jadi suri rumah sebab nampak tak hebat di mata masyarakat...apa agak-agak rasa wanita melayu sekalian...hehe. Point pertama.. takyah la cakap gitu... Sama jer.. So, baik korang bincang "Wanita melayu lebih suka lelaki yang macam mana?".. Elok sikit... :)

Bagi aku... biarlah kalau itu pendapat mereka..Pendapat individu masing-masing.. setiap pendapat yang diberi selalunya bergantung kepada mentaliti seseorang individu tersebut.. Dari jawapannya, kita tahu dia nie macam mana... Mungkin segelintir jer yang berpendapat begitu... Aku percaya ada juga wanita melayu yang tidak menyokong apa yang diorang kata..  Mungkin pendapat yang diberi itu berpunca dari pengalaman hidup sendiri, atau dari buah mulut bicara gosip tak berilmiah dari FB, Wasap, Twitter dan sebagainya... Atau dari pengaruh luar yang telah didoktrinkan sejak dari kecil melalui media massa seperti TV, Internet dan sebagainya... 

Pemikiran masyarakat kita sekarang lebih kepada inginkan lelaki yang kelihatan seperti Shah Rukh Khan (warga Bangladesh banyak iras dia kan).. Nak macam Tom Cruise (orang putih).. Nak macam Christopher Tatum (Badan taf) Nak macam sapa lagi..... Lepas tu disajikan tayangan harian dengan rancangan drama materialistik yang menunjukkan kesenangan dan kebahagiaan jika dapat bersama dengan lelaki yang romantik dan caring..lagi senang jika lelaki itu kaya raya.. dapat beli bunga ros setiap hari, dapat bagi hadiah cincin dan gelang dari emas 24 karat... tak pun dari pandora pun jadi dah.... Cuba fikir sat... kalau di radio, dipasang hari-hari lagu yang sama.. agak-agak korang hafal tak lagu tu? melekat tak dalam otak kita? Sama la macam drama juga...

Secara jujurnya... Memang begitulah yang akan menjadi pemikiran dan kesukaan wanita untuk dijadikan pasangan hidup.... Tapi realitinya macam mana? Apakah realiti sebenar kehidupan berpasangan atau lebih tepat...alam rumahtangga...Cuba fikir sat... Fikir dengan jujur tanpa menuding jari kat sape sape... 

Hidup di alam perkahwinan...dari berdua kepada bertiga (dapat anak yer..bukan dapat madu).. dari bertiga kepada berempat... dan seterusnya... apa sebenarnya yang paling penting... Yang paling penting... Adakah lelaki romantik? Adakah lelaki kaya? Adakah lelaki hensem? 

Di sini, sudah nampak mentaliti masyarakat kita... ke mana arahnya... kerana secara jujurnya... sepatutnya wanita melayu yang memberikan jawapan seperti di atas itu... kena fikir balik dan berbincang dengan orang yang sudah ada pengalaman dalam ilmu berumahtangga.... Apa yang paling penting... Mungkin mereka itu..akan memberikan jawapan berlainan selepas mereka kahwin 5-9 tahun... Pengalaman mengajar kita menjadi seorang manusia...

Mungkin pandangan mereka atas dasar pengalaman kawan-kawan yang sedang berkapel... tapi kene ingat... perangai masa kapel adalah sangat berbeza selepas kahwin... Kapel la beribu tahun pun.... tetap berbeza selepas kahwin... so senang citer.. takyah kapel..

Bagi saya, ini yang patut menjadi point penting bagi wanita melayu yang ingin membuat keputusan siapakah lelaki yang patut dijadikan pasangan hidupnya... Yang patut mereka lebih suka... Pilihlah mengikut empat cara asas ini: AGAMA, KETURUNAN, HARTA dan PARAS RUPA.. Perhatikan susunannya... Yang paling penting ialah agama.... Jika lelaki itu beragama... Jaga solat, jaga sumber pendapatan.. seorang yang jaga amal makruf nahi mungkar... Insya Allah hidup korang akan terbela...

Lelaki yang boleh menjadi imam keluarga, boleh menjadi sumber inspirasi dan motivasi.. Lelaki yang membimbing kita ke arah jalan yang diredhai.. Lelaki yang sanggup bersama korang ketika susah dan senang... Cuba tanya ayah dan mak kita.. cuba tanya mereka yang bahagia sampai ke tua... apa sebenarnya rahsia kebahagiaan mereka.... Kebanyakannya pasti akan menjawab.. Bertoleransilah antara kamu.. Saling tolong menolong..Dan sama-samalah mencari keredhaan dalam agama...

Keturunan...boleh tahu sifat dan tabiatnya... boleh tahu tentang sejarah kesihatan dan sebagainya (Boleh ke korang tahu keturunan lelaki warga asing sedalam dalamnya? Ada yang sudah berkahwin di negara asalnya dan berkahwin di sini atas dasar ingin mendapatkan warganegara) Harta... lebih kepada kesenangan dunia... dan untuk kesenangan keluarga di dunia.. paras rupa, bergantung pada korang..nak bersama selama mana kita hidup... nak pandang wajahnya sampai kita tua dan mati... Perlu diingat... keturunan, harta dan paras rupa tidak boleh dipakai jika hilang point yang utama iaitu AGAMA... 

Sedikit penerangan hidup berumahtangga... tak selama-lamanya romantik akan membawa kebahagiaan... tak berkekalan sifat caring jika kita sendiri tak caring.. tak kekal hensem lelaki seperti mana cantiknya wanita...akan berkedut dan tua suatu hari nanti... Jangan dikejar pandangan luaran dan dunia... kebahagiaan dan kesejahteraan hidup bergantung pada toleransi antara pasangan... Jika lelaki romantik, caring, dan hensem dicari... jangan lupa mungkin lelaki itu juga mencari wanita cantik, romantik dan caring... Alangkah bahagia jika kedua-dua mencari agama dahulu sebelum mencari yang lain? 

So, point di sini... pilihlah lelaki yang hebat agamanya.... Tak kira lelaki melayu atau lelaki warga asing (Ada juga yang datang itu huffaz quran...maka beruntung la sesiapa yang dapat huffaz quran ini).. Insya Allah bahagia hidup seorang wanita itu... walaupun mungkin hanya hidup di desa...walaupun hidup sederhana... sekadar ala kadar... tapi bahagia yang dicari itu yang utama... Betulkan minda kita.. betulkan niat kita.. Tingkatkan iman dan amal kita.. Jadi seorang yang baik.. insya Allah akan dapat pasangan yang baik-baik juga...Jodoh itu di tangan Tuhan.. Tapi kita yang berusaha dan kitalah yang memilih jalan hidup..Jalan dipilih bergantung kepada iman.. Selepas berusaha dan memilih.. kita bertawakal :)

No comments: