Saturday, February 27, 2016

Pengalaman Melahirkan Anak di UK | Detik Kelahiran Khayla Luthfiyyah

Burung berkicauan.. Angin sepoi bahasa... Hari yang terang...tapi agak sejuk.. kerana sekarang di UK adalah awal musim bunga... Suhu dalam 10-11 Celcius.. Bunga Daffodil sedang mekar mewarnai bumi UK ini... Saya dan wife bersiap nak ke Hospital Bedford... Hari ini hari terakhir wife boleh overdue dari tarikh yang sepatutnya kene "induce"... 
Wife dah mintak overdue 10 hari... dan itulah tempoh maksimum yang doktor berikan... hari yang sepatutnya di "induce" adalah hari emak saya dan emak mertua datang ke bumi UK... Pertama kali menaiki international flight...pertama kali datang ke bumi UK... Dan pertama kali juga... keluar dari bumi Malaysia.... Maka atas faktor risau keadaan mak mak... dan juga wife masih tak terasa nak deliver lagi... Maka kami membuat keputusan untuk mintak overdue dan sekaligus mengambil mak mak di Heathrow Airport.... 
Setibanya kami di Hospital Bedford... wife menarik nafas panjang... senyum... tapi Allah sahaja yang tahu apa yang terbuku di dalam hatinya... Kami keluar dari kereta.. dan menuju ke pintu utama hospital.. Sempat lagi bergambar di hadapan pintu hospital sebagai kenangan... 
Kami terus menuju ke wad bersalin... mendaftarkan diri di Delivery Suite untuk di "induce"... Sempat melihat jam di dinding... menunjukkan jam 3.00 petang... Kami disuruh menunggu di dalam sebuah bilik.. Hampir setengah jam kami berborak dan bersembang... Saya sedar.. ketika itu, apa yang perlu saya buat adalah cuba menenangkan isteri dari kerisauan... Sembang mesra bercampur gelak ketawa... 
Banyak kerisauan seorang ibu dan orang yang nak bersalin... Kerisauan tentang anak sulung yang pertama kali ditinggalkan di rumah bersama nenek-neneknya.. Kerisauan berkenaan "induce" itu sendiri... Kerisauan masalah kompleksiti kelahiran kerana wife saya ada diabetes semasa mengandung (disebabkan inilah doktor menasihatkan untuk di “induce”) .. Kerisauan demi kerisauan yang pasti timbul dalam hati si isteri... 
Pukul 3.30 ptg... seorang jururawat datang dan menyuruh kami ke bilik wad persalinan.. Isteri saya baring di atas katil dan jururawat memulakan pemantauan ke atas isteri dan bayi dalam kandungan.... Doktor datang cek saiz bukaan... Dan sememangnya tidak ada tanda bukaan langsung... Malah jalan keluar masih belum ada... Dan ketika itulah, doktor memberi sedikit penerangan tentang "induce"...
Mengikut kata doktor.. proses "induce" akan dimulakan bermula jam 5.00 ptg.. Jangkaan proses kelahiran: Isteri saya akan mengalami kesakitan bermula selepas dimasukkan ubat... dan proses "contraction" akan menjadi sangat rapat... Jangkaan delivery... pagi besok! Jika masih belum deliver, akan di induce lagi.. Jika belum deliver selepas 3 hari.. Maka perlu di ceasar iaitu proses pembedahan...
Maka, berserahlah kami kepada yang Maha Esa.. Saya cuma mampu duduk menemani isteri di sisi... Jam 5.00 ptg, doktor memasukkan pil induce ke dalam serviks... Dan proses kesakitan dapat dilihat selepas hampir 15 minit dimasukkan pil tersebut... Proses contraction mula berlaku... 
Saya diajar oleh seorang sahabat.. untuk memberikan urutan lembut kepada isteri jika si isteri mengalami contraction... Saya pun buatlah apa yang termampu... Dari selang setengah jam kepada tidak sampai lima belas minit.... Dan selepas beberapa jam... isteri saya mengalami kesakitan contraction hanya hampir selang 2-3 minit sahaja... 
Doktor datang cek... dan saya terus bertanyakan soalan berkenaan hal itu...dan doktor menerangkan memang begitulah kesakitannya bila di induce... Sebab ia seakan dipaksa untuk berlakunya proses contraction, yang sepatutnya berlaku secara normal.. Doktor tanya isteri saya jika tidak mampu menahan sakit, doktor akan memberikan ubat "epidural".. Isteri saya enggan menerima ubat itu... Setiap jam doktor datang dan cek keadaan isteri... 
Jam 9.00 malam... isteri saya menyuruh bertanyakan khabar Izz, anak sulung kami yang berada di rumah... Saya pun menelefon emak saya.. selang beberapa minit saya pun matikan perbualan... terus memberitahu kepada isteri saya,”Semua OK, Izz seronok sedang main dengan emak kita..” Saya memberikan jawapan sambil senyum... Isteri berasa lega.. Tapi masih sakit menahan contraction yang semakin kerap dan lama.. Walhal keadaan sebaliknya di rumah... Izz menangis mencari kami... emak kami pun turut sama menangis, tidak sanggup melihat cucunya bersedih pilu menunggu kami pulang... Mintak ampun Ya Allah.. 
Jam 10.00 malam... Isteri saya masih menahan sakit contraction... Dan sakitnya itu sampaikan isteri saya tak mampu nak bercakap.. Saya cuma mampu membacakan selawat, zikir, surah yassin dan doa memudahkan proses bersalin... Yang menengok pun rasa tak sanggup, apatah lagi yang menanggung... Sambil sambil memberikan urutan lembut dan kekadang hanya mampu memegang tangan isteri, tanda masih berada di sisi.. Aku terfikir...Ya Allah...sakitnya proses melahirkan seorang manusia di bumi-Mu ini... Rasa ketidaksanggupan itu menyebabkan saya doakan jika kesakitan yang ditanggung isteri saya itu boleh dikurangkan dengan cara memberikannya kepada saya separuh... Silakanlah Ya Allah... Kesian melihat isteri menahan sakit... 
Saya sempat solat maghrib dan isyak di hospital... Walaupun ini adalah hospital di UK, tapi tetap ada surau... Sempat memanjatkan doa di sepanjang sujud terakhir setiap solat... "Ampunkanlah dosa isteriku.. permudahkan proses bersalinnya... Kurangkan lah kesakitannya".. Hanya itu yang mampu didoakan berulang-ulang bila hati kita sendiri berasa sebak ketika berdoa...  
Oleh kerana isteri saya dah tak tahan sangat...doktor memberikan ubat paracetemol atas permintaan isteri... Doktor menyarankan epidural... tapi isteri masih enggan menerima epidural... Kuat sungguh semangat isteriku ini... Isteri saya membuat permintaan untuk berada di dalam bath tub untuk mengurangkan kesakitan... Doktor izinkan dan segera membuat persiapan... Mengisi air suam dan menyediakan baju persalinan...
Isteri saya mengadu.."Bang, sakitnya induce nie.. Sakit dia lain macam.. Seolah-olah takde stop langsung dan macam tak kesudahan..boleh ke bertahan sampai pagi besok?" Saya hanya mampu memberikan kata-kata semangat... Hati sebak hanya Allah yang tahu...Sebab kita tidak mampu tolong apa yang diminta si isteri... Rasa kerdilnya diri sebagai seorang hamba..
Isteri agak tenang bila berendam di dalam air suam... Tapi masih dapat dilihat sakit masih ada... Saya pun turut sama berasa sedikit tenang... Selawat dan zikir masih diucapkan di dalam hati.. doa masih diteruskan... Jam 10.45 mlm... tiba-tiba isteri saya mengalami water broke.. Cepat-cepat saya memanggil doktor dengan menarik tali kecemasan yang disediakan di dalam bilik mandi itu...
Doktor datang dan keluarkan isteri saya dari bath tub... dan terus ke bilik wad bersalin... Doktor cek kata dah ada bukaan 8 cm (kalau tak silap).. dan dah nampak kepala bayi... Doktor sangat tenang...bercakap lembut dan menasihati isteri saya supaya duduk mengikut keselesaan.. Bila rasa nak push....push... Itu je pesanan dia... Tak kalut dan bising... Sempat senyum dan menenangkan saya... "Dont' worry daddy... Your baby will come out soon.. " Sempat menawarkan air kepada isteri... Bertanya kepada saya nak ambil video kelahiran ke tak... Sangat tenang... Ya Allah... bezanya dengan kelahiran anak sulung kami di Malaysia... 
11.20 pm... Akhirnya lahirlah anak kedua saya....Perempuan... Doktor mengizinkan saya untuk mengiqamahkan anak saya... Doktor meletakkan anak yang baru lahir itu di atas dada isteri saya... "The first contact, it's important... It's bonding relation with your mummy, my dear" Itulah lebih kurang ungkapan doktor semasa meletakkan anak di atas isteri saya.. Doktor juga memberikan penghormatan kepada saya sebagai seorang ayah untuk memotong tali pusat anak yang masih bersambung dengan ibunya... Selesai proses itu.. doktor sempat bertanya kepada kami... jika inginkan coffee dan sandwich .. Memahami kepenatan sepanjang berada di dalam wad.... Betapa bagusnya layanan mereka.. 
Selepas selesai mengeluarkan placenta dari isteri saya, maka kami dipindahkan ke wad biasa.. Saya pun pulang ke rumah untuk menyelesaikan drama di rumah pula.. dan kembali ke hospital bersama Izz, dan emak kami pada esok paginya... 
Ya Allah.... ku panjatkan syukur kepada-Mu kerana dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Khayla Luthfiyyah.... Dipermudahkan proses bersalin ini.... Kami pun turut sama terkejut kerana bayi lahir hanya selepas tempoh 6-7 jam dari bermulanya induce... Pagi besoknya... doktor yang memberikan penerangan dan meramalkan kelahiran esok pagi itu.. datang melawat kami dan turut sama terkejut.... Sebab apa yang dia cakapkan, sebenarnya adalah ramalan yang mungkin paling cepat... Kebanyakan mengambil masa lebih lama dari itu jika di induce dengan tiada langsung tanda bukaan seperti yang dialami isteri saya.... Syukur padaMu ya Allah.... Syukur padaMu ya Allah... 
Selamat hari lahir yang pertama Khayla Luthfiyyah... Semoga menjadi seorang anak yang solehah dan mendapat keberkatan dari Allah... Khas untuk bacaan Khayla semasa besar nanti, juga sebagai ingatan mesra terima kasih dari saya untuk isteri... dan sebagai satu kisah perkongsian buat semua bakal ibu dan ayah... Papa sayang kamu... :)


No comments:

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785