Friday, November 18, 2016

Dunia Akhir Zaman | Ramalan Semakin Menjadi Kenyataan

Sekarang kita berbalik kepada isu dunia akhir zaman... di mana banyak hadis-hadis nabi menceritakan keadaan akhir zaman yang akan kita hadapi nanti... Daripada perkembangan dunia semasa... Daripada corak kehidupan kita... kita akan cuba cantumkan satu persatu bagaimana halatuju dunia kita sekarang ini.... Yang penting... apa yang diceritakan dalam hadis, semakin menunjukkan kebenaran.... Semakin menjadi kenyataan.

Aku bukan pakar hadis... Kalau nak tahu pasal hadis, boleh lah ke masjid untuk mendengar sendiri dari ustaz-ustaz bertauliah dan yakin dengan sanad-sanadnya... Atau yang malas pergi masjid... boleh la cuba sertai majlis-majlis ilmu.... atau bukak youtube... masuk la ke zon kuliah ke.. Abu Khadijah Channel ke... boleh dengar dari ustaz sendiri apa yang sudah dan bakal berlaku...

Bagi yang rasa tak nak pegi ke tempat tu... haa... bacalah blog nie.. Sebagai permulaan... aku nak citer pasal Donald Trump. Donald Trump nie bukanlah adik beradik Donald Duck atau McDonald... Walaupun agenda mereka ada berkait rapat.... tapi sah bukan adik beradik.. Donald Trump terkenal dengan business nye... Tetapi sesape yang ikut kempen politiknya sebelum menjadi Presiden US aritu... Dia membawa pendekatan yang sangat ekstrem.. Bencikan Islam.. Bencikan orang yang bukan berkulit putih.. dan sebagainya.. Dan dia menang! Menang dengan jayanya... Memang ada yang membantah (itu lumrah).. tetapi pokok pangkalnya...Dia menang! Maknanya rakyat Amerika sendiri menyokong agendanya... Scary~~~~

Dikatakan si Hillary menang dalam undian populariti...tetapi kalah mengikut kawasan yang ditetapkan.. Kalau kita... macam hasil undian seluruh rakyat menang...tapi kalah mengikut kawasan Parlimen... Macam pernah dengar kan? Macam pernah berlaku kan? Sistem mereka... lakonan semata... 

Perkembangan di Asia Barat... Di Syria, Palestin... di Iraq.. di Yaman... Ikutilah perkembangan dari sana... kerana di situlah paksi perubahan dan tanda akhir zaman yang akan banyak muncul... Peperangan demi peperangan berlaku di sana... Aku menantikan apakah dasar yang akan dibuat oleh si Donald Trump nanti untuk peperangan di Asia Barat itu... Dalam salah satu ucapannya pernah berkata, dia akan kembalikan Jerusalem sebagai tampuk pemerintahan Yahudi.. Terang dan jelas.. 

Baik.... kita pergi kepada keadaan cuaca dunia.... Jika dilihat dengan lebih luas... Perkembangan cuaca dunia sekarang semakin ekstrem... Kemarau panjang di banyak negara termasuk Pakistan, India, Vietnam... Kebanyakan sungai kering kontang.... Dan sesetengah negara lain mengalami yang sebaliknya... Tsunami dan banjir.... Melimpah ruah airnya... tetapi membantu ke tak? tidak... Ia seakan ujian bala menimpa... Dan perubahan cuaca dunia bukan kerana secara tiba-tiba tetapi kerana dikawal oleh sesetengah pihak... Seperti kemarau di Vietnam, ada berkait rapat dengan pembinaan empangan baru di China... Sama juga di Pakistan dan India... Tsunami.... juga ada yang menceritakan kerana akibat dari kekejaman manusia menggunakan teknologi HAARP.. iaitu secara panjangnya ialah High Frequency Active Auroral Research Programme. Bagaimana cuaca di Malaysia?

Dah habis dengan cuaca... kita fokus ke arah pandangan masyarakat dunia... Sekarang dunia didoktrinkan mindanya untuk membenci ISIS... Islamic State... Kenapa dinamakan ISLAMIC STATE.. Bukan ISLAMIC GROUP ke... ISLAMIC REGIME ke.... Tapi digunakan ISLAMIC STATE.... Nampak tak permainan di situ... Ramai yang bencikan ISIS kerana kekejamannya... semua sumber dari media mana? Media barat... Nak masuk sendiri ke sana lapor berita... tak bagi masuk dan tak dibenarkan... Media control.... Bagaimana media massa di negara kita?

Ok... kita ke negara sendiri la pulak...asyik kalau citer pasal dunia akhir zaman..kita cerita dunia kan... kita ke negara sendiri... Malaysia.. Dalam salah satu contoh perkembangan akhir zaman.. akan ada ramai orang Islam yang akan sokong golongan yang menyokong Dajjal... Baik... Sokongan kepada puak Dajjal ada berbagai konsep dan jenis.... Antaranya ialah menyokong sistem Dajjal.. menyokong bisnes dan ekonomi Dajjal... menyokong fahaman dan cara hidup Dajjal... dan lain-lain... 

Dalam banyak contoh yang aku bagi.. semuanya diamalkan oleh masyarakat kita... SEMUANYA... Menyokong sistem dajjal.... Semua jenis sistem... sistem pendidikan..sistem ekonomi... sistem pemerintahan negara... semuanya berlandaskan ajaran barat... Sistem riba diamalkan.. sistem hierarki walaupun yang atas tak buat keje pon... (dalam kerajaan)..  Sistem parti politik... semuanya adalah ajaran mereka... Sampaikan umat Islam terdiri dari beberapa parti politik... dan golongan parti hanya akan tolong menolong jika sama parti.. APA NIE?? Bukan ke ini sudah termasuk dakyah orang barat masa penjajahan dulu iaitu DIVIDE AND CONQUER? Fahami dan hayati....

Menyokong bisnes dan ekonomi... Cuba korang lihat dan tengok apa yang korang beli dan pakai... Keluaran sape? Rokok.. ada tak di kotak rokok tu kata "Rokok Patuh Syariah".. Ada tak? Pakaian... makanan.... segala benda yang kita guna dan pakai.... adakah dari keluaran dari muslim atau menjana ekonomi orang islam? Atau...memberi keuntungan mepada mereka? Menyalurkan duit untuk membeli senjata api yang membedil dan membunuh rakyat Palestin dan Umat islam seluruhnya?? Setidak-tidaknya pun.. duit kita menjana kekayaan ekonomi mereka sehinggakan kita dilenyek dan ditindas dalam negara sendiri... Sedar tak kita bahawa jika mereka membuat sekatan ekonomi terhadap kita, kita akan MATI KERING DALAM NEGARA SENDIRI?? Jangan hanyut dengan drama sinetron cerekarama Suamiku Encik Hanyut dan Isteriku Cik Angau...

Menyokong fahaman dan cara hidup Dajjal.... Ni paling banyak kat negara kita... yang paling atas..yang guna bomoh dan sihir... Tak payah cakap kat aku solat tak tinggal.. aku pegi haji 14 kali... tapi kalau percaya kepada bomoh dan sihir.... KOSONG. Sebab korang mensyirikkan Allah... Yang kelas bawah sikit... jenis ikut cara kehidupan Dajjal.. Berhibur sampai lewat malam... minum arak.. berjudi... tu nyata sangat kan... Tak buat kan.. siap baca entri nie sambil geleng-geleng kepala tuu..

Yang tak nyata sikit... Yang jenis perangai sombong, angkuh... tak hormat orang tua.. suka mengumpat.. mulut laser.. suka cakap benda tak elok... tu semua tu... sebenarnya ciri-ciri pengikut Dajjal... Tak payah la cakap "Aku...kalau Dajjal keluar, aku akan lawan dia!".. Kalau sifat dalam diri tu dah ada unsur-unsur sifat keDajjalan tu... korang akan terpengaruh dan akan ikut Dajjal...Contoh paling kecik dan dekat macam nie lah... Cuba tanya jujur dalam diri masing-masing... Di rumah anda.. dalam 24 jam sehari... Dari pagi nak bekerja sehingga balik tidur pada waktu malam... Berapa saat anda luangkan masa untuk baca Quran? Atau untuk mendalami ilmu agama.. Jika takde langsung... maknanya anda sudah berlagak sombong, angkuh, tak sedar diri dan berlagak dengan Allah sedangkan Dia yang memberikan rezeki kepada kamu..menghidupkan kamu dari pagi sampai ke malam.. 

"Ehhh....aku dah solat 5 waktu tak tinggal kot". Ok...bagus..Alhamdulillah.... Dah bagus tu... Cuma kalau kita bekerja... nak naik pangkat... adakah mencukupi dengan membuat kerja-kerja biasa sahaja? Atau kita perlu buat ekstra untuk menaikkan pangkat kita (Darjat).. Dan selepas dah naik pangkat, adakah kerja kita masih lagi key in data depan komputer sahaja? Konsep yang sama.... Cuma kita yang tak nampak... Nampak yang dapat duit je... Dapat pahala tak nampak... Quran dapat membentuk jiwa kita.. Hindari dari sifat-sifat di atas... Cuba praktikkan.. Tak reti baca.. pegi kelas... Duit kan dah banyak keje dari pagi sampai malam... Takkan takleh spend sikit untuk kebaikan diri... Spend untuk fesyen diri boleh plak..he he...

Baik....start dari kisah Donald Trump sampailah ke perkembangan dalam negara kita... agak-agak dunia ke arah keamanan ke...ke arah kedajjalan.... Ekstremist dijadikan pemimpin... Cuaca semakin dahsyat... Iman kita semakin nipis... Pengetahuan agama kita berada di tapak kaki walaupun pengetahuan dunia kita setinggi gunung... Agak-agak dajjal akan keluar ke tak untuk jadi 'The False Messiah" atau dengan kata lainnya menjadi "Penyelamat Dunia" konon-kononnya.. 

Aku bagi satu contoh ringkas kat korang.... Katelah kita ditimpa bala yang dahsyat... kene tsunami.. lepas tu tinggal sehelai sepinggang.. duit takde sebab habis buat belanja itu ini.. ekonomi kita kan dah teruk... Barang mahal...Nak bagi anak isteri makan apa? Datangla bantuan dari US (contoh ok)... hulurkan makanan dan minuman.. lepas tu US tolong negara kita pulihkan keadaan... Korang terhutang budi tak? Orang berniaga aku nak tanya... bila orang tolong kita dapat untung... dia nak komisyen tak? Mesti nak kan... Sama la macam konsep tolong dari US nanti (Kejujuran tolong kerana Allah agak-agak ade tak dari Donald Trump?)... Kita bila dah pulih..sambung bergaduh balik kan berebut harta sendiri.. Maka jadilah... Menang sorak kampung tergadai... 

P/S: Ingin menambah pendapatan sambil belajar menjadi USAHAWAN? Ingin TINGKATKAN EKONOMI KITA SENDIRI SAMBIL MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI MUSLIM??
Jom ke link ini------> SEMINAR PERNIAGAAN MUSLIM

No comments:

Ping your blog