Friday, June 9, 2017

Realiti Kehidupan Seorang Marhaen

Hidup ibarat sekuntum bunga

Bila seseorang berlaku kesempitan wang... kerja takde atau kerja xcukup bajet... Bukan boros, tapi memang xcukup. Orang lain boleh beli baju 5-6 pasang sebulan.... Yg si marhaen nak beli sehelai setahun pun kene puasa sunat terpaksa 1-2 bulan. Tu pun boleh beli dekat pasar malam atau pasar karat jer... Atau mungkin tetap xboleh beli apa-apa... Sekdar cukup makan dan minum lebih kurang untuk elak dari kebuluran.

Jika bujang, mungkin kurang sedikit tekanan.. Jika dah berkeluarga... Tanggungjawab sekeliling terlampau banyak... Mak ayah di kampung... keluarga mertua... Kita sebagai anak dan menantu.... nak tak nak kena hulur jugak kan... 

Anak bini pun nak makan... Bila anak mintak nak tu nak ini... kene beli juga..kalau tak menangis sehari suntuk... Bayar bil-bil... rumah sewa... loan kereta... loan motorsikal...Bayar yuran sekolah.. Perubatan.... Banyak kos kehidupan kena tanggung... Berusaha? Dah lebih dari usaha... Sampai terseksa kesihatan si empunya badan. Hati tisu? Tak kuat? Silap-silap yang banyak cakap tu kalau berada dalam situasi si marhaen, mungkin terus bunuh diri barangkali (Astaghfirullah) ... Cakap senang, sekadar lidah bergerak.. Yang merasa perlu tanggung bebanan emosi perasaan dan sakit badan.

Nak salahkan nasib? Bukan jenis mengadu domba... Jika nak menyalahkan, baik balik rumah duduk tengok rancangan drama tv melayu.. Lebih banyak pendoktrinan aduan domba menyalahkan nasib mengeluh kasih... Realiti tak sama seperti drama TV... mereka berlakon. Hari ini menangis, esok berjoget di kelab.

Di mana silap? Tiada silap... Semuanya ujian dunia... Ada yang berjaya, ada yang tidak. Ada yang kaya, ada yang tidak. Berjaya tidak semesti bahagia, Kaya tidak semesti hidup tenang... Miskin tidak semesti susah... Gagal tidak semesti pengakhiran dunia... Kene faham tu.

Si marhaen? Teruskan kehidupan walaupun susah dan payah.... Asalkan bahagia bersama keluarga... Makan ikan goreng dikerat dua... Berkongsi bersama anak dan isteri... Itu tetap rezeki dariNya... Asalkan Halal, bukan datang dari yg haram. Makan lobster tapi hasil dari yg haram... Apa guna. Baik makan kangkung dari longkang belakang rumah... Lagi bersih.

Ok, berhenti sejenak....tarik nafas dalam-dalam.... Dan cuba bayangkan itu adalah kita... Realiti ini ramai yg terlepas pandang... Selalu duk pandang stereotaip orang yang gaji cukup makan kemudian boros berbelanja... Tapi cuba kita alih pandangan kurang enak kita... pandang golongan nie...
Cuba bayang.... ujian si marhaen amatlah berat... Ditambah pulak ujian dari orang sekeliling... syarikat tak bayar gaji... Atau bayar gaji lambat... Segala kemudahan ditarik... Betapa seksanya si marhaen nak cari pendapatan tambahan semata-mata NAK HIDUP!

Golongan BOS BOS yang kaya takpe la.... Golongan yang memang cukup makan...pun ok.. Mereka tidak akan faham...walau di mulut cakap "SAYA FAHAM KEADAAN ANDA"... Kefahaman mereka hanya berada di peringkat permukaan air sedangkan realiti seorang marhaen... Sedalam lautan pasifik yg gelap tak nampak dilihat dgn mata kasar.... 

Jika direnungkan... Siapa yang kuat? Siapa yg sabar? Siapa yg berhati kental? Bukankah si marhaen tadi? Jadi, siapa kita nak menepuk dada kata kita berjiwa kental sedangkan ujian digigit semut pun dah disuruh masuk hospital, Diminta layanan VIP oleh doktor pakar? 

Sempena bulan puasa nie..... Fikirkan dan renungkan...

No comments:

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785