Friday, June 16, 2017

Tips Bisnes | Teknik Pemberian Harga Yang Betul


Teknik Pemberian Harga
Seperti yang dijanjikan, saya akan memberitahu betapa pentingnya teknik pemberian harga yang betul bagi produk jualan kita kerana ia akan memberi kesan yang sangat banyak dari pelbagai segi kepada usahawan di luar sana. Tips pemberian harga ini jika salah letak je, jualan produk boleh menjadi sendu, atau pelanggan tak nak terima produk kita. 

Sebelum memberikan ketetapan harga produk jualan, setiap founder produk perlu study dulu market di luar sana. Jika dah ada pesaing, cek harga jualan dia berapa. Kenapa harganya setakat itu? Apakah bezanya produk kita dengan produk-produk di luar sana? Jika produk kita ada unsur-unsur added value, mahal sikit orang tak kisah cuma kita kena pandai bagitau orang kenapa ia lebih mahal berbanding produk lain. Tapi kalau kandungan sama tetapi kita punya produk lebih mahal... Maka bersendulah produk tu..

Lepas dah cek.... kita dah tahu range harga di pasaran... Kenapa dan mengapa... Sekarang berbalik kepada scratch book kepada produk kita. Berapa harga modal produk? Dari situ maka kita boleh bahagi-bahagikan ketetapan harga mengikut kaedah yang kita guna, antara offline atau online, dan kita kita tahu limitation price yang sepatutnya kita kena bagi kepada pelanggan.

Di sinilah RAMAI YANG TERSILAP LANGKAH. Founder cuba mengaut keuntungan yang lebih dan tidak membahagikan harga yang betul kepada orang lain. Contoh usahawan online: Selalunya hierarki peniaga online ialah :

FOUNDER > MASTER STOKIS > STOKIS > DROPSHIP > CUSTOMER 

Ada yang skip master stokis, terus kepada stokis.... Bergantung kepada strategi marketing dia la kan. Tapi dekat sinilah banyak yang tersilap. Harga yang master stokis dapat dari founder, dari master stokis kepada stokis, dan dari stokis kepada drophippers.

Salah bagi harga di sini, stokis rasa tak berbaloi nak jual produk itu, atau dropship rasa tak berbaloi nak jual produk tu. Apabila stokis dan dropship rasa malas dan tak berbaloi, maka terputuslah rangkaian jualan produk. Dropship senyap.. stokis lari ke produk lain. Silap-silap master stokis atau founder yang kena jual sendiri. Kerana apa? Kerana si founder tadi tersalah bagi harga.

Salah bagi di situ juga menyebabkan kaedah penjualan produk tidak boleh nak dipelbagaikan. Sesetengah produk apabila laku keras, ada yang nak jual secara kedai, kedai online seperti lazada, dan kadang-kadang nak bagi promosi... Salah ketetapan harga, semua nie menjadi masalah kerana salah tolak harga, stokis marah... Salah bagi harga, kedai-kedai tadi tak jadi ambil kerana margin sangat rendah, tak berbaloi. 

Apabila bisnes dah berkembang, perlu ada penambahan kos dari segi distributor barang... Beli van... tapi margin keuntungan dan tak boleh nak cover penambahan kos... Bisnes jadi statik, tak boleh nak berkembang... Lama-lama produk tak relevan mengikut zaman... Semuanya kerana pemberian harga.

Founder yang bijak, telah merancang perniagaan dengan membayangkan bisnesnya berkembang menjadi maju dan hebat. Segala perancangan ketetapan harga telah diplankan untuk perkembangan bisnesnya. Apabila ada ruang berkembang, tidak menjadi masalah untuknya menetapkan harga yang sama, tidak perlu menaikkan harga produk. 

Founder yang bijak, perlu pandai menjaga hati stokisnya dan selalu berhubung. Selalu memberi kata-kata semangat supaya stokis dapat membimbing dropshippers nya pulak. Ada dua cara asas:

1) Pemberian harga yang tidak berapa adil kepada stokis dan dropshippers tetapi selalu memberi FREE GIFT kepada mereka sebagai dorongan. (Ye lah, founder dah dapat banyak kan, apa salahnya berkongsi rezeki)

2) Pemberian harga yang effektif. Stokis dan dropshippers berpuas hati dan rasa sangat berbaloi dengan pendapatan mereka. Produk senang dijual dan untung besar. Hanya perlu memantau stokis-stokis dan berikan dorongan dan bantuan (bahan-bahan untuk diiklankan, fakta-fakta produk dll) kepada stokis dan dropshippers.

Jika ada yang SERIUS nak belajar teknik pemberian harga yang betul secara asas, boleh hubungi saya. Ada dua cara untuk anda di luar sana iaitu:

1) Sertai Kursus Asas Pembangunan Pasaran (KAPP) anjuran Muslim Trade House. Anda perlu ke HQ Muslim Trade House di Batang Kali. Akan diajar teknik asas pengedaran offline, teknik pembungkusan asas produk, teknik pemberian harga dan Pelan pembangunan pasaran melalui Muslim Trade House untuk membangunkan pasaran produk kita. Bayarannya RM930 sahaja. Kursus akan berlangsung setiap Selasa bermula jam 2.00 petang hingga 6.30 petang. Makanan dan bahan kursus disediakan.

2) Bagi yang bermasalah untuk ke Batang Kali, Saya boleh berikan personal coaching tentang teknik pemberian harga untuk sesape yang baru nak mulakan bisnesnya. Bagi yang dah menjual produknya, boleh revise balik harga jualan, atau ikut kaedah nombor satu tadi. Jangan risau, saya tak ambil mahal, kerana saya lebih kepada ingin membantu. Tapi saya pun nak cari makan kan.. Apa yang saya boleh ajar secara personal (one by one), ialah dari segi teknik pemberian harga dan pengurusan asas perniagaan. Bagaimana nak jadi usahawan, bukan bekerja sendiri. Harga: Atas perbincangan. Dan yang paling penting, saya akan ajar terus di pejabat anda.

Kenapa atas perbincangan? Kerana penetapan harga bergantung kepada asas ilmu yang ada founder itu sendiri. Ada sesetengah tu kosong dalam bab nie. Ada yang tahu cuma tak amal. Ada yang rasa macam tahu tapi bagi ikut suka dia mengikut rasa hati. Lokasi juga memainkan peranan. Jika jauh, saya akan masukkan kos travel ke sana dan mungkin kos penginapan. Keadaan berbeza-beza. Jadi, harga saya akan nilaikan mengikut keadaan. 

Nak dapatkan no contact saya, boleh klik ke ruang PENGIKLANAN

IKLAN STICKY POST :

NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA? 

GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA..... 

BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT



No comments: