Friday, December 15, 2017

Labu Kayu | Buah Maja | Khasiat dan Kegunaan

Buah Labu Kayu
Buah Labu Kayu, atau nama lainnya buah maja. Buah ini adalah buah yang banyak kegunaan dan khasiatnya. Cuma kita sahaja tak tahu. Orang Cina memang menggunakan buah ini untuk perubatan tradisional.

Buah ini boleh dibuat sebagai ubat kanser. Ramai yang mencari buah ini kerana khasiatnya ini. Kajian rasmi? Wallhualam tapi sudah ramai orang mencari dan bertanya kepada saya perihal buah labu kayu ini untuk kegunaan perubatan kanser. 

Khasiat lain, boleh membersihkan usus dalam perut. Ubat demam malaria, lemah tubuh badan, dan lain-lain. 

Cara makan: Rebus isi labu kayu tadi selama 1-2 jam. Kemudian minum air rebusan tadi. Rasa macam mana? Kalau ikut ayah aku, ada rasa "manis buah" gitu. Maknanya, tawar bagi orang yang suka manis, ada rasa sedikit manis bagi yang suka makan tawar.

Kegunaan lain:

Boleh buat ganti bola boling, boleh buat prank bola sepak, boleh buat helmet motosikal dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing.. he he. Gurau saje yer.. 

Yang saya tahu, memang boleh dibuat ubat. Mungkin boleh tanya orang cina, mereka sudah tahu pasal buah labu kayu ini.


Labu Kayu

No comments: