Friday, March 1, 2013

Gerakan Free Mason di Malaysia | Siapa Dalangnya...


Ok.....aku terbaca di satu page di Facebook pasal Freemason di Malaysia.....Depa mengaitkan Freemason nie dengan satu-satu parti di mana mereka mengaitkan dengan lambang-lambang dan warna manifesto.... Wow.....boleh jadi isu yang panas nie kan... Sangat hebat mereka mengeksploitasikan lambang dan warna.... Aku pi la komen.....aku cakap....jangan memfitnah...sekadar bukti sama lambang dan kod warna.... Bagi aku semua manifesto boleh dikaitkan dengan lambang-lambang atau simbol Freemason tu.... Tak sampai seminit komen aku dipost... kene delete dah! Ha ha ha.... nampak sangat si pembuat tu sekadar memperjuangkan parti politik yang dia suka...sampai sanggup nak fitnah memfitnah.... Nama page bukan main warak dan islam.......haih.....Golongan nie la sebenarnya memburukkan Islam di mata kaum-kaum lain....

Aku komen jugak.... katalah parti yang satu lagi pun ada jugak orang samakan LOGO partinya tu sama dengan ciri-ciri logo Freemason... Uiiih....tak nak baca terus kot....DELETE on da spot...hehehe... Taksub sampai macam tu sekali... Itu yang aku terfikir dulu-dulu...dan jugak sekarang....yang sistem parti nie sama je dengan sistem kabilah masa zaman jahiliyah arab dulu.... Kan....:) Adakah kita nie sama je kalau dibandingkan dengan zaman jahiliyah tu?

Baik....tinggalkan dulu yang tu...sama-sama fikirkan.....Sebenarnya apa itu Freemason? Freemason nie seangkatan atau adik beradik dengan Illuminati... Satu gerakan bawah tanah yang menyokong dan menyembah ajaran syaitan laknatullah.. Salah satu nya ialah...ZIONIS....Agenda depa... nak memperjuangkan hak-hak yang dituntut oleh bos depa nie iaitu syaitan.... Apa dia? Ok.... segala apa yang dilarang Allah la kan senang citer.... Contohnya... tidak percaya kepada Allah yang satu... melakukan seks bebas... judi dan arak... tak tutup aurat dan sebagainya... Itu yang diperjuangkan mereka... Nak meruntuhkan kesatuan sesuatu umat dengan melemahkan iman dan kepercayaan dalam agama..... Tak kira apa agama sekalipun! Yess... Itulah agendanya..

Ok..... memang ada ke kat Malaysia nie? Yes... memang ada... Dan aku tak berani nak tuduh kepada mana-mana parti sebab aku takda bukti...Aku tak nak MEMFITNAH... so....Kenapa aku cakap memang ada? Ada pada setiap individu secara tak langsung dan secara langsung.... Apa maksudnya? Begini.....

Yang secara langsung nie.....golongan yang memang memuja dan menyembah si syaitan laknatullah nie dengan cara menjadi ahli rasmi Freemason... Freemason nie tak ambek si miskin atau seorang yang suka pegi masjid dan menyembah kepada Allah yang Esa nie... Depa ambek yang sejenis dengan depa je la kan... golongan yang kaya raya...ada kuasa...dan tidak beriman kepada Allah.... Sanggup buat apa sahaja demi kuasa memerintah... iaitu sanggup MENIPU...BERTINDAK ZALIM... Dan lain-lain..

Ini dipanggil golongan-golongan elit.... Aku yakin kat Malaysia nie ada... Cara nak tengok senang je.... Golongan elit nie adalah golongan yang mempunyai kuasa besar dalam sesuatu negara masing-masing... Di Malaysia nie...Sape yang mempunyai ramai pengaruh dan menunjukkan ciri-ciri seperti yang diterangkan di atas? Merekalah yang berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Freemason... Kalau tak nampak dekat dia...tengok isterinya... tengok kecenderungannya... Nak memperjuangkan islam ke tak... kalau asyik nak mengelat je....Ada la tu tak kena kat mana-mana.... Tu jer.... tak perlu nak mencanangkan fitnah secara membabi buta.. Tengok yang mana lebih disukainya... majlis agama ke..atau majlis sosial... Tengok, perhatikan, dan fikirkan....

Ok....golongan yang tak langsung nie pulak....kita-kita la... yang takda contact dengan Freemason...tapi mempunyai kecenderungan menghala atau menyokong pihak depa.. Contohnya.... TAK NAK TUTUP AURAT... SUKA MEMFITNAH... SUKA MEMECAH BELAHKAN KESATUAN UMAT... Dan lain-lain... Tak perlu Freemason nak mendoktrinkan minda kita dah kalau kita sendiri yang dungu jadi macam depa tu.... sebab kita secara automatiknya dah jadi pencacai-pencacai depa nie.... Kalau ikut hierarki nyer...kita nie asas-asas struktur pemerintahan piramid depa... Yang kat bawah sekali...golongan penggerak yang dijadikan bahan gelak dan gurauan bodoh depa je...Yang tolong menggerakkan ajaran dan agenda depa TANPA DISURUH..... 

Nampak? Faham? Sesetengah tu kononnya nak memperjuangkan hak Islam dengan guna page bercirikan Islam...tapi pengisian hampeh.... status page asyik duk berpolitik je...kalau berdirikan Islam tanpa menyokong atau memberatkan diri kat mana-mana pihak ok ler....Nie nampak sangat sehingga kan sanggup menyebarkan benda yang tak pasti kepada pihak umum.....haih... Tipikal Malaysian... Suka bergaduh sesama sendiri dari bersatu memperjuangkan hak yang sepatutnya dituntut....

Senang citer... Freemason menyerang kepada individu... Individu yang mempunyai kuasa... Yang lemah imannya... yang sanggup membuat apa sahaja demi periuk nasik dia... bukan untuk kita nie... tapi untuk depa sendiri... Golongan yang mahu mengekalkan geng kaya supaya kekal kaya dan makin kaya... geng miskin supaya kekal miskin dan tetap miskin... Golongan yang menyokong dasar British - Pecah dan perintah... Golongan yang mahu melihat negara Malaysia nie kekal dengan keruntuhan akhlak yang semakin meruncing nie.... Golongan yang sangat suka mendengar statistik kelahiran anak zina seramai hampir setengah juta di Malaysia nie (yang tercatat, yang tak sempat catat yang dibuang tu belum kira ok...).... Golongan yang suka melihat anak-anak muda terloncat macam beruk di pub-pub dan disco tanpa setitik keimanan pun dalam hati... Golongan yang suka melihat anak-anak muda bergaul secara bebas berkepit sana-sini tanpa segan silu... Itulah yang diinginkan musuh Islam ini....

Ada aku cakap mana-mana parti? Tak...sebab aku takde bukti kukuh...dengar-dengar citer tu ada... tapi dari duk dengar khabar angin...baik kita sendiri yang menilai dengan apa yang sudah terjadi... Melihat sendiri ciri-ciri pemimpin setiap parti yang ada... menilai sendiri sejauh manakah kebenaran perjuangan depa... Kita ada akal dan fikiran... kita ada iman dan amal.... Gunakanlah untuk mendapatkan kebenaran dan kepastian... Kita dah ada internet.. sumber info dah banyak... yang mana suka menipu sana sini... yang suka memburuk-burukkan orang... suka menghasut.. suka menzalimi orang lain... Semua kita dapat tahu dah... Tepuk dada tanya iman masing-masing je... Betul ke kita nie sayangkan agama? Atau sekadar melepaskan batuk di tangga sambil menggaru-garu daki-daki yang sudah ada?

Insya Allah ....Allah akan bagi petunjuknya... Jangan taksub...jangan jadi buta... Jadilah seorang yang bijak... jadilah seorang yang berfikir secara ilmiah...yang berpandukan ajaran Al-Quran dan Sunnah... We are Malaysian... Dari sejarah kita tahu... kita pernah menjadi yang terbaik di dunia nie...Apa salahnya kalau kita menuju ke arah menjadi yang terbaik sekali lagi...Terbaik dari segi ekonomi, teknologi, akhlak dan sahsiah diri...;)

P/S: Entri pencerahan minda... sebarkan jika sayangkan negara kita... Jangan jadi macam anak patung...ikut sahaja apa yang disuruh tuan patung... Jadilah seorang manusia yang berguna...

3 comments:

Pearl Kaz said...

oh.. sangat mendalam entri ni.. minta dijauhkan kite semua terlibat dlm sebarang kemaksiatan..
anyway, sy pernah ternampak ada satu kereta jiran kwn sy. ada sticker kt cermin "member of freemason" ke ape ntah.. lupe plak. dgn logo mcm pengukur tu. ehehehe.

Anonymous said...

Blog nie hang bsaq sket....biaq rmai geng muda mudi nie taw freemason nie natang apa....aku skong kt blakang.

Anonymous said...

Freemason..berkait dgn sejarah dahulu..sejarah perjanjian inggerish belanda..sejarah perang salib..sejarah pembunuhan khalifah dan terancang..sejarah menghapuskan kerajaan othmaniah dan sumber2 hasil negara othmaniah di rantau nusantara...sejarah penubuhan comman law...sejarah penubuhan nato dn pbb..sejarah teknologi senjata api..sejarah sains dan teknologi dan perubatan..sejarah pembahagian wilayah2 dan ujudkan passport..penghapusan kuasa2 raja2 di seluruh dunia dan kebanyakan sudah banyak yg lenyap dari muka bumi..yg ada pun x berkuasa..sejarah penubuhan parti politik dan juga cara ekonomi...yg paling besar dan ketara adalah di negara kita sendiri dimana kesan freemason sgt mendalam..hasil emas,timah,kemasukan bangsa asing,kekayaan melimpah...nak cerita pun panjang..takut2 admin sendiri mmg freemason dan berniat nak mengorek rahsia insan yg mampu menggegarkan kuasa dajjal dan menyebabkan kemarahan dajjal sehingga dajjal itu akan muncul di khalayak ramai..kemunculan dajjjal yg pertama dirinya akan mengaku sebagai nabi,dan mampu melakukan pelbagai perkara yg hampir sama dgn mukjizat nabi isa a.s, sedangkan tiada lagi nabi selepas nabi muhammad saw, malah nabi tidak akan membunuh manusia, apa yg dilakukan oleh dajjal itu hanyalah sihir semata2.. Selepas itu pula dajal tersebut akan mengaku dirinya allah, sedangkan allah itu tidak buta dan cacat,barulah dengan keizinan allah akan mempamirkan wajah asal dajjal yg sediakala cacat mata buta sebelah dan berambut kerinting..tetapi masih ramai dan tetap manusia itu mempercayai dirinya itu allah..subahanllah...mmg dajjal sudah lama bebas..belajarlah dgn ulama,berguru,blajar sejarah islam dan tamadun dunia,belajar sains dan teknologi, berdoa agar dibukakan mata pacaindera yg dpat memberi petunjuk dan jalan..ingat pesan baginda saw kpd abu bakar dan para sahabat yg berkait cerita tamin addari,,,kerana itu org barat pada zaman dahulu berlumba lumba menjajah pulau ke pulau..negara ke negara kerana apa? Kerana org barat tahu hadis dan isi kandungan alquran utk mencari kelemahan org islam..dalam hadis ada menyebut dajjal dan dajjal dikurung dan dirantai di sebuah pulau..selama 1400 tahun yg berlalu..pada zaman era pelayaran british yg berjaya..maka kuasa british pun semakin kuat disebabkan sokongan dajjal dari belakang yg mengajar pelbagai cabang ilmu dan disokong dgn kuasa2 politik,undang2, akta,cara hidup yg berpandukan dajjal almasih....hamba insan yg lemah tidak pernah gentar kepada mu wahai dajjal dan sekutu mu yg penuh melata hala dlm dunia ini, walaupun sekutu mu itu hidup bersembunyi di setiap parti politik,kerajaan,ngo,swata,badan amal,badan pembangkang, allah tetap melindungi hamba ini agar memastikan kamu dan sekutu mu itu pasti tidak terlepas oleh santapan nabi isa dan tenteranya yg allah maha kuasa...

Ping your blog