Saturday, March 2, 2013

Politik Di Malaysia | Siapa Yang Tidak Matang, Pengundi Atau Pemimpin


Semua benda sekarang memang tak boleh lari dengan isu politik.... Semua nak dikaitkan... Kekadang aku nie sebagai rakyat biasa...Pening dan terkedu bila dengar geng-geng politik nie duk tuduh menuduh berdasarkan isu-isu semasa... Semua duk tuduh ikut sedap mulut dan jari-jemari... Yang sana duk tuduh belah sini...yang sini pun tuduh sana... yang sinun duk tepuk-tepuk tangan jadi lalang... Siapakah si sinun? (Fikir-fikirkan)

Yang paling kuat duk tuduh menuduh nie....orang melayu.. Mintak maaf cakap.. memang itu realitinye... Duk bukak aib si sipulan...yang itu pun carik lubang si sipulan belah sana.... semuanya berusaha dengan gigih dan tekun mencari lubang-lubang yang ada supaya boleh dieksploitasikan dalam agenda tuduh menuduh depa nie... Apa salahnya kalau usaha gigih dan tekun tu disalurkan kepada usaha nak membantu golongan yang memerlukan.... Takde dana... guna la duit gaji yang memang tak habis tu... Berpuluh-puluh ribu sebulan... takkan tak boleh bagi dua tiga ratus kan....Bayar zakat pun jadilah...

Aku dah naik muak dan boring bila baca status-status FB orang yang gila politik nie.... Aku pun kekadang naik bingung dengan golongan ekstremis politik nie.... Status maki hamun dan tuduh menuduh tanpa usul periksa... Kenapa perlu sokong jugak walaupun tindakan segolongan ahli politik tu sekadar membaling batu ke dalam air... Dia baling batu... pastu dia tengok je air tu berkocak...membentuk ripple-ripple sehingga ke benteng.... Dia baling sekali je... Pastu korang la yang dungu duk berbalah sesama sendiri... Kata dah jadi bijak pandai... tapi bab politik...jadi pak turut sampai mati...haih..

Nampak sangat kita-kita nie yang sangat belum matang... Bukannya ahli politik... Kita nie yang belum matang.... Disebabkan kita yang tak matang nie... Dipergunakan sesuka hati... Macam domino effect... Sekali dia jentik... domino tu akan jatuh dengan sendiri nyer sampai ke hujung... Domino-domino itu adalah kita-kita nie la..... Betapa rendah harga diri kita nie kalau jadi pencacai politik....

Tak boleh ke kita berfikir sejenak.... Keluar je sesuatu isu....sila fikir dulu sebelum nak share dan mengeluarkan fatwa-fatwa dan status-status korang yang kononnya kudus dan suci tu.... Dalam sesuatu isu...pasti akan ada yang benar.. akan ada yang cuba mengeksploitasikan keadaan... pasti ada yang cuba mengambil kesempatan sebagai pihak ketiga... Yang melopong nya sapa? Kita-kita nie la....sebab dah la bergaduh tak tahu cerita hujung pangkal... Duk pertahankan benda yang kita pun tak tahu setakat mana kebenaran fakta yang kita dengar tu... Sampai nak maki hamun ikut sedap mulut (Boleh dosa free-free, kalau benda tu fitnah, lagi banyak dosanya).... Pastu kalau menang berbahas isu pun... Aku yakin akan jadi macam pepatah lama itu je... "Menang Sorak, Kampung Tergadai"

Tolongla.....kita-kita nie dah ramai yang belajar tinggi-tinggi...ramai yang lepasan universiti dah... Dah ramai yang bijak dan pandai dah kat Malaysia nie... Semuanya ada akal... Cuma satu je kurang... iman dan amal... Tu yang jadi gini... Cakap sodap le guna hadis la...guna ayat quran la... Tapi pengertian tak ke mana... Bila kena provok dengan yang satu lagi....keluar maki hamun..carut mencarut... Ada ke ayat Quran menghalalkan mencarut dan memaki sesuka hati??? Ada ke dalam Islam menyuruh kita menuduh sesuka hati tanpa fakta yang disahkan benar??? Ada ke dalam Quran dan hadis yang cakap boleh menyebarkan sesuatu berita walaupun berita itu tidak tahu benar atau tidak?? Ada tak????

Aku nak bagi satu lagi soalan.... Ada tak dalam Quran menyatakan yang sesuatu parti di Malaysia itu selalu benar dan tidak pernah buat salah??? Ada tak dalam Quran dan hadis menyatakan seseorang ahli politik itu sempurna dan tidak pernah buat salah dalam tindak-tanduk dan tutur katanya????? Ada tak??? Aku bertanya sebagai seorang orang Islam yang ikhlas kepada semua yang membaca entri nie...ada ke tak cik abang oi?? So..... KENAPA PERLU MEMPERTAHANKAN SESUATU SEKADAR MELIHAT BENDERA PARTI??? SILA TENGOK ISU DAN FAKTA... SILA TENGOK ASAS-ASAS KEBENARAN ISU ITU.... BUKAN TENGOK PARTI MANA YANG KELUARKAN USUL.... Aku yakin....akan ada lopong sana-sini...tak kira la mana-mana parti sekalipun...

Macam mana nak tahu benar ke tak? Sekadar tengok berita kat TV?? Tak..... banyak benda dah dipusing-pusingkan mengikut acuan depa... Baca surat khabar? Ermmm....sama kes macam TV jugak... So... macam mana? Semua benda dah kene pusing nie!! Kalau betul korang nak tahu kebenarannya.... Korang kenelah berusaha... usaha mencari maklumat kebenaran itu secara sendiri-sendiri.... Sebab banyak info dan fakta dalam TV dan akhbar dah dipesongkan mengikut acuan yang depa nak kita faham dan dengar.... 

Malas nak cari sendiri maklumat tu?? So tak payah nak gatal-gatal nak berbahas sampai ke maki hamun dan bertepuk meja.... Sebab tiada siapa yang tahu kebenarannya...hanya ahli politik itu sahaja yang tahu benar atau tidak isu yang ditimbulkan... Jangan kita turut sama terjebak dalam arus penipuan dan pengeksploitasian depa.... Sebab tujuan kebanyakan dari depa nie sama je... PANGKAT, NAMA DAN HARTA... Ada nama kita kat matlamat depa? He he...sorry to say la kan... Faham tak? Korang berjuanglah demi Tuhan yang Satu...bukan demi individu-individu...

Apa salahnya kalau korang duk semeja... sambil pekena air teh tarik ikat tepi dan nasi lemak telur mata... sambil berbincang isu tanpa meninggikan suara... pihak sini apa kata dia.. pihak sana apa kata dia... pihak sinun apa kata dia... pihak luar pulak apa kata dia... Last-last korang akan dapat rasa... yang cerita dan isu yang korang cuba pertahankan tu.... Ada banyak versinya...ada banyak lakon layarnya... Sekadar berkongsikan cerita.. dan ambil ia sebagai peringatan dan tauladan untuk semua yang duk semeja tu... Lepas habis berborak.. bersalam-salaman dan balik ke rumah masing-masing... Didiklah keluarga supaya tak jadi macam isu yang dibahaskan... Salah ke macam tu??

Dunia politik hanya orang yang berada di dalam dunia itu sahaja yang tahu apa sebenarnya agenda yang cuba dibuat... Kita sebagai penyokong kat bawah-bawah nie... Sepatutnya jangan taksub sangat... Macam aku pernah sebut dalam entri-entri sebelum ni... Nak pilih calon undi... korang tengok individu tu sendiri... Adakah dia nak bawak kebaikan...atau sekadar cakap tak serupa bikin... adakah dia nak bawak Islam...atau memang anti-islam... tengok perilakunya...tengok anak bininya.. tengok perangainya... Tak payah nak pikir isu-isu diluar dari kepompong individu itu.. Tengok orang itu...tengok calon itu... 

Adakah dia nie nak kutip sampah kat kaki sendiri pun susah...sampai orang sebelah yang kena tunduk tolong ambilkan... Adakah dia nie tak tutup aurat...tapi duk canang pasal agama... adakah si calon tu selalu cakap menipu... adakah si calon tu suka marah-marah walaupun perkara kecil... adakah si calon tu suka menabur janji dekat dengan pilihanraya sahaja...lepas dah menang selalu tidur je dalam dewan.... Itu semua korang mampu perhatikan... Tengok dan kaji... yang mana membawa kebaikan di kawasan korang sendiri... Aku rasa itu lagi penting....

So...kengkawan... maaf kalau ada salah susun bahasa... aku cuma menyampaikan apa yang aku fikirkan pasal isu politik negara nie... Nampak ketidakmatangan dan kecacatan kita sebagai pengundi... Kita yang memilih pemimpin....cacat si pemimpin sebab kita yang cacat...kita yang undi dia... So...kalau tak suka...undi la orang lain.. Asalkan kita semua berfikir dan matang membuat keputusan demi agama, bangsa dan negara....Aku rasa... kita akan memilih seorang calon secara sepakat dan muafakat...yang akan membawa negara ke jalan yang lebih maju ke depan... Semuanya bergantung pada kita..... Jadilah rakyat yang matang, bijak dan bersopan santun...

P/S: Kalau nak share, dipersilakan.... Kredit kan aje kepada aku - Bro Wacana...:)

3 comments:

Razil Tahir said...

SETUJU!
Tak faham macam mana boleh seseorang taksub or gila confident dengan seseorang.
Human factor kan, manusia memang tak sempurna dan able to fake things...
Tak faham.. tak faham...

Husna Humairah said...

SETUJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!

Masalah utama kerana mereka sendiri kurang sedar apa yang dimaksudkan dengan politik. Islam memang menggalakkan politik , tapi dengan cara yang jauh berbeza dan lebih baik berbanding orang sekarang! Kalau benar nak ikut cara Islam, buang sifat negatif seperti tuduh menuduh, fitnah sana sini, maki sana sini! STOP lah, macam tak matang. kata nak bangkit. bangkit patutnya menjadi lebih matang, bukan seperti anak kecil yang hanya tahu memekik melolong !

*maaf kasar :)

Anonymous said...

Sangat setuju.Sekarang kat media sosial penuh pasal politik.Even pasal bencana alam pun dieorang kaitkan dengan politik.Padahal takde kaitan.Naik muak tengok orang yang hardcore kat parti dieorang tu.Kita perlu sokong pemimpin yang benar2 layak bukan berdasarkan parti politik.

Ping your blog