Friday, July 27, 2012

Muslim Dibunuh Sana Sini | Zaman Dajjal Semakin Terserlah


Sedar tak sedar.... sambil masyarakat Islam di Malaysia sedang asyik mencari-cari baju raya (walaupun baru je start puasa)....Sedang leka tidur lena lepas subuh dan waktu tengah hari.... Sedang asyik tengok TV rancangan hiburan sana sini.....Sedang rancak berborak pasal politik situ sini.... Di waktu yang sama....ramai umat Islam di dunia sedang dibunuh dan dipijak......Bukan sahaja di Palestin....Tapi di Syria...Dan yang paling dekat dengan kita....di Rohingya, Myanmar !!

Aku pelik.....kenapa pihak media massa negara kita tak hebahkan perkara nie?? Ramai yang tak tau... yang tau nyer..... Sukan Olimpik sedang berlangsung di London... EURO 2012 baru habis.... Rancangan hiburan... Persembahan konsert sana sini.... Gosip para artis.......berita-berita angin pasal ahli politik..... Tapi kenapa tidak atau sedikit sahaja diberitahu pasal umat Islam di Rohingya, Myanmar ?? 

Untuk pengetahuan semua yang duk baca blog nie yang hanya duk di level selipar jepun je nie kalau nak banding dengan media massa kita tu..... Muslim di Rohingya sedang menderita.....sedang melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai.... ada yang lari ke Bangladesh...... ada jugak yang cuba lari ke negara lain.... Ada jugak hidup secara sembunyi di hutan-hutan...gua-gua... mana-mana sahaja asalkan boleh menyelamatkan diri dari rejim askar Myanmar... Semata-mata nak teruskan kehidupan!

Ramai yang dah mati....ditembak secara membabi buta tanpa mengira melawan atau melarikan diri.... Ada yang ditembak masa sembahyang... ada yang dipukul sampai lumat... hancur muka dan seluruh tulangnya.... ada yang dibakar hidup-hidup.... ada yang dirogol... diseksa...dijadikan hamba abdi sebelum dibunuh.... 

Mana perginya umat Islam negara lain? Ke sebab yang mati tu orang Myanmar, tak nak ambek kisah?? Bukan orang Myanmar yang mati tu....MUSLIM !! Sedara seagama kita !! Tapi kenapa tak rase apa-apa? Sebab kebanyakan dari kita nie dah dirasuk dengan minda si laknat Dajjal.... Hah? Apa kaitan? Memang ada kaitan!! Sebab Dajjal ajar korang sayangkan bangsa...sayangkan negara...sayangkan harta..sayangkan parti....sayangkan hiburan...SAYANGKAN DUNIA... mana perginya agama? Sedangkan sayangkan agama yang lebih utama....

Muslim di Rohingya banyak yang dah mati..... dah melebihi 10 000 orang secara kasar..... Masjid-masjid banyak yang dah dibakar... rumah-rumah mereka juga turut dibakar.... Apa tindakan dari kita? Hanya mengangguk dan jawab, "Oh....I See....(OIC)"... Cam tu je ker?? Mana habis yang kononnya nak membela Islam tu....mana perginya aktivis-aktivis yang kononnya memperjuangkan Islam tu.... Mana perginya media massa yang selalu mencanangkan "Selalu memberikan berita benar dan isu semasa" tu?? Bukan ke nie isu semasa dan berita yang benar??

Niat aku buat entri nie satu jer... supaya kita sedar yang di Rohingya, Myanmar....sedang berlaku pergolakan yang amat teruk melibatkan muslim... Cuba fikirkan.... Kita di sini masih mampu bersahur dan berbuka di rumah dengan tenang dan aman.... Bagaimana mereka di Rohingya meyambut bulan Ramadhan ni? Sempat ke mereka bersahur? Ada makanan ker untuk mereka berbuka puasa? Atau........ terpaksa berlapar dahaga berhari-hari ?

Bukan sahaja di Myanmar....di Syria pun turut bergolak.... Mungkin di sana banyak media yang memberi berita...Mungkin sebab ada pelajar Malaysia yang duk kat sana.... Tapi perlu ke mengira bulu sendiri macam tu baru nak bagi berita? Bukan ke muslim tu juga satu keutamaan juga? Adakah kita sudah tidak sensitif lagi? Adakah kita tidak menganggap golongan muslim di negara lain sebagai saudara? Di mana level penghayatan agama kita ? Setakat di peringkat bangsa je ker? Atau di peringkat parti-parti politik.....atau di peringkat diri sendiri sahaja?? Atau.......... sebelum nie cuma berlakon sahaja untuk mendapatkan publisiti? Tepuk dada tanya iman....

Ada orang kata.... zaman Dajjal ialah zaman di mana umat Islam didera dan dibunuh sesuka hati tanpa diusik sesape pun..... Nah..... Bukan ke mereka sedang dibunuh tanpa liputan dan tanpa belas kasihan? Sama juga di Syria...sama juga yang pernah berlaku di negara-negara lain termasuk jiran kita, Thailand. Bukan ke tu dah menunjukkan kita sekarang berada di zaman Dajjal Laknatullah? Mungkin ada yang kata, kat Malaysia aman jer... kita ok jer..... Yupp....memang ok...tapi kita pun dah diserang! Secara dalaman sememangnya kita sendiri sedang nazak!!  Atau lebih tepat.....KITA LEBIH NAZAK BERBANDING YANG LAIN!!

Berapa ramai umat Islam di negara Malaysia nie tak tutup aurat? Berapa ramai umat Islam di negara kita nie berzina? Berapa ramai yang minum arak dan main judi? Berapa ramai yang selalu tinggal solat dengan sengaja? Berapa ramai yang memang TAK SUKA dilaksanakan hukum HUDUD? Berapa ramai yang buta Quran dan hadis? Tak cukup lagi jawapan aku nie?

Contoh yang paling dekat.... bagi yang mengaku dirinya beriman....cuba tanya diri sendiri.... berapa kuat kah iman di dada masing-masing? Adakah sehebat para sahabat Nabi? Adakah sehebat sahabat kepada sahabat Nabi? Adakah sehebat sahabat kepada sahabat kepada sahabat Nabi? TIDAK.....kebanyakan iman geng-geng kita nie hanya seciput je dari depa..... Kalau SALAH apa yang aku bagitau nie.. Sudah tentu lepas korang tau umat Islam di Rohingya dibunuh macam nie....Serta merta kita semua pergi BERJIHAD di sana.... Tanpa nak pikir pasal kerja...pasal duit...pasal passport...pasal hidup susah...dan segala macam ALASAN yang cuba diada-adakan... Dan nak tunjuknya iman kita lebih teruk dari itu....Korang langsung tak nak ambek tau pasal mereka!! Ibarat orang sedang rogol dan bunuh adik kita sendiri....Korang cuma tengok sambil makan pop corn....Pastu cuma cakap, "KESIAN......".  ITU LER TARAF IMAN KITA!! TARAF HAMPIR GILA!

Untuk dapatkan info lebih pasal pembunuhan di Rohingya....boleh cuba Google kan...taip ler Myanmar Rohingya Holocaust....atau ethnic cleansing at Rohingya.... banyak maklumat berkenaan mereka... Please..... Sempena bulan Ramadhan nie....sama-sama la pakat berubah... Mengubah konsep pemahaman "SAUDARA" dalam minda masing-masing.... Yang disyorkan Islam bukan saudara sebangsa....saudara sealiran politik....atau saudara senegeri..... Tapi SAUDARA SEAGAMA.... Bukan setakat 1Malaysia.... Tapi konsep satu yang lebih kukuh dan mantap...SATU TUHAN.....Hulur-hulurkan la bantuan kepada mereka di sana.... Gunakan apa yang korang ada.....Pengaruh..... Harta.... Jawatan...dan sebagainya untuk mereka... Aku cuma ada blog buruk nie jer..... So dengan blog nie aku berjuang...diiringi dengan doa selepas terawih dan witir.... Sesungguhnya aku mengaku...iman di dada masih belum cukup mantap untuk didabik-dabikkan.....

P/S: Sesungguhnya kita semua sedang "DIROGOL" dan "DIANJING-ANJINGKAN" puak-puak Dajjal tanpa disedari.... Malu la wei!

6 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

masyallah !

Rai said...

jangan sampai Allah turunkan bala bencana di Malaysia pulak sbb terlalu mementingkan hiburan dan pentingkan diri sendiri.. tak kira yang beriman dan tak beriman.. semua akan kena..kerana peranan orang yg beriman adalah menghalang maksiat dan kemungkaran..

IBU GEBU said...

sangat sedih bila mengenangkan nasib saudara kita

bertambah risau mengenangkan nasib anak2 kita pula dimasa akan datang, masihkah aman seperti sekarang atau sebaliknya

Edy Fee said...

manusia ni pembunuh = dajjal

Raudzah Zahari said...

Dajal sebenarnya sudah wujud dan ia begitu hampir dengan kita..semoga kita semua di lidungi daripadanya.,.

siti said...

kata negara islam, tapi konsert merata-rata. program keislaman cuma ada masa bulan ramadan, tapi bab hiburan boleh kata sepanjang masa ada.subhanallah!

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785