Saturday, December 8, 2012

Saya Mahu Berjihad !!! | Layak ker??


Masa Palestin diserang baru-baru ini.... ramai yang aku dengar melaungkan semangat nak berjihad.... Ada yang kata nak pegi sana la kalau ada duit... ada yang kata nak turut join tentera depa la... Ada yang cakap nak pegi bunuh tentera Israel la... Wahh....semangat gitu.... Tapi...sekarang macam mana yer? Dah kurang ke semangat tu ? He he he...

Suruh boikot... masa time kene serang tu ramai yang menyahut seruan boikot... Tapi bila dah reda macam sekarang.... Berapa kerat yang masih sudi memboikot? Atau lebih tepat...mengikat nafsu sendiri? Kalau yang simple macam nie pun tak boleh nak konsisten... Anda tak layak nak sebut perkataan jihad pun... 

Kalau betul nak berjihad ke jalan Allah... Nak memerangi musuh Allah secara ikhlas dan istiqamah.... Buat la macam tentera Hamas...Briget Al-Qassam tu... Itu baru betul-betul berjihad... Sebab apa? Sebab depa berani angkat senjata? Sebab depa melawan tentera Israel? Bukan senang-senang macam tu bang.... Meh tengok syarat nak join briget depa....

  • Solat 5 waktu tak tinggal.. Subuh gajah tak main!
  • Solat sunat tahajjud diwajibkan atas mereka, solat sunat lain juga mereka jarang tinggalkan...kita??
  • Quran dihafal bersama hadis-hadis nabi... Bukan hafal lagu!
  • Amalan sunnah nabi dijadikan amalan kehidupan..Bukannya amalan omputeh menjadi pegangan..
  • Bersedia untuk mati syahid.
Korang layak ke?? Bukan aku nak cakap semangat korang nak berjihad tu salah...tapi nak bagitau... Sebelum angan-angan nak berjihad...silalah penuhi dulu tuntutan agama untuk diri sendiri.... Berjihad untuk diri sendiri je dulu.. Mampu ke tak... Kalau tak mampu...tak payah nak mimpi korang mampu berjihad lawan tentera Zionis zalim tu.... Aku rasa korang yang lari dulu...

Untuk pengetahuan korang semua... Musuh-musuh Islam amat takut jika semua umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar... Solat tak tinggal...berjemaah... quran selalu dilafazkan di bibir-bibir macam nyanyi lagu jer... Hadis selalu dijadikan topik bualan di kedai kopi... Amalan sunnah mendahului amalan adat-adat dan khurafat... Jika perkara ini berlaku... ISLAM KEMBALI BERSINAR DI BUMI... Lebih manis kalau ia bermula subur di Malaysia...kan?? 

Bagus kalau kita rasa semangat nak tolong berjuang... tapi nak berjuang..kene la cukupkan ilmu di dada dulu... Bak kata kawan aku selaku guru pencak silat... nak cabar musuh, ilmu kene ada dulu.. kalau ilmu sekangkang kera... sekali terajang musuh dah menang... Aku harap korang faham maksud aku...

Bila dirujuk dan bermuhasabah diri... Aku pun rasa aku tak layak buat masa nie... ye la...quran tau baca je..Maksud memang tak tahu... hadis berapa kerat je yang hafal... solat sunat memang jarang.. amalan sunnah kekadang buat kekadang tak.... Banyak lagi kekurangan diri yang masih perlu diperbetulkan... Ini jihad aku... Berjihad untuk membentuk diri yang lebih baik dari semalam! Korang bila lagi..:)

P/S: Boikot harap diteruskan yer... Perjuangan selama mana kita mampu..

2 comments:

Rozuan Ismail said...

kalau dilihat pada syaratnya, memang belom layak lagi dipanggil jihad. sama-sama perbaiki diri

Mohd Zakwan said...

muhasabah diri... banyak kekurangan ana :( tetapi masih tidak terlambat kerana Allah sentiasa memberi hidayah kepada org yg dikehendakinya :)

jemput singgah blog ZakwanZain [dot] com...

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785