Friday, April 5, 2013

Politik Di Malaysia | Ke mana Halatuju Kita?


Parlimen sudah dibubar...Pilihanraya ke-13 akan menyusul 27 April 2013 ini.... Semua jentera penggerak parti-parti sedang giat mengatur strategi nak mempromosikan diri.... Bendera-bendera sudah mula dipacak sana sini... Dah macam orang dulu kala duk pasang pelita je kan... Meriahnya PRU ke-13 ini... Tapi dalam duk meriah meriah cam nie... Ada la satu puak yang ekstremis...yang menghuru-harakan keadaan....

Aku malas nak komen semua jenis golongan nie....banyak kot nak komen... Kalau dikomen semua jenis ekstremis nie.... mungkin entri nie cecah beratus-ratus meter panjangnyer kan...hu hu.. So...aku pilih la satu je golongan yang aku rasa sangat tepat dibincangkan dalam blog... Iaitu golongan fanatik parti dalam laman sosial....

Semenjak parlimen dibubar....makin banyak orang duk SHARE dan LIKE gambar-gambar pemimpin politik yang diedit nie..... Tak kira la kan parti yang mana....Semuanya sama je... DS Najib macam ni macam tu macam macam la..... TG Nik Aziz macam ni macam tu macam macam la... DS Anwar macam tu macam nie macam macam la.... Semua jadi bahan gelak..semua jadi bahan mengumpat....semua jadi bahan nak memuaskan nafsu menyebarkan berita yang tah betul ke tak... 

Ok.... aku sebagai seorang muslim... Nak tanya kepada yang duk SHARE dan LIKE benda-benda gini.... Adakah ISLAM ajar kita membuka pekung seseorang tak kira betul ataupun salah?? Adakah ISLAM mengajar kita menyebar fitnah...mengeLIKE dan mengeSHARE FITNAH atau TUDUHAN TANPA BUKTI?? Cuba tanya balik diri tu.... Adakah korang pernah terserempak...bersalam...dan berkenalan secara lebih dekat dengan mereka? Atau korang cuma mendengar dari mulut orang ??(yang busuk ada...yang tak gosok gigi ada..yang menipu ada...yang cakap tak serupa bikin ada...dan lain-lain)

Pupuk sifat TIDAK kepada Fitnah

Aku selalu pesan kat diri aku sendiri.... Apa yang disebarkan dalam mana-mana bentuk media.... laman sosial ke...surat khabar ke...laporan berita TV ke... Kekadang kebenaran tu tak seperti yang dilaporkan... Kekadang cerita hanya dibuat-buat disebabkan berlainan fahaman politik...berlainan keinginan..dan ketidak puashatian disebabkan ada unsur-unsur dengki mendengki dan busuk hati....Adakalanya hanya untuk publisiti murahan semata-mata!

Sebelum korang SHARE dan LIKE mana-mana DAKWAAN atau TUDUHAN tu... cuba tanya... Korang kenal secara total ke pemimpin parti tu? Apa yang pernah beliau buat kat korang secara mata ke mata dan hati ke hati? Pernah ke korang berjumpa dengan beliau dan bercakap berkongsi idea dan buah fikiran? Tak pernah? Setakat tengok dari TV je?? Setakat tengok poster je? Setakat dengar dari laporan media je? Kalau itu level pengenalan korang terhadap depa.... JANGAN GATAL-GATAL nak sebarkan apa-apa berita buruk pasal mereka.... Sebab KITA MUNGKIN MENYEBARKAN FITNAH SEMATA-MATA... Tahu kan level dosa MEMFITNAH nie kan.... Antara level paling teruk dalam mana-mana jenis DOSA... Nauzubillah....

Pesanan aku.... KALAU BOLEH dan kalau diizinkan... Sila jumpa mereka itu secara depan-depan.. Kalau diizinkan...jumpa dan bercakap secara depan-depan... Perhatikan kehidupannya secara lebih dekat dari MATA KITA SENDIRI... Dari SUBUH hingga ke MALAM... Apa yang dibuatnya... Macam mana kehidupannya.... Ke arah kemaksiatan atau keimanan...ke arah kemungkaran atau kebaikan... Ke arah kezaliman atau keikhlasan.... CUBA TENGOK SENDIRI.... Cukup ler duk dengar dari mulot orang.... Cukup la kengkawan... Tengok dan Lihat dengan mata korang sendiri.... Kemudian fikirkanlah yang mana satu kebenaran yang mana satu penipuan...

Tengoklah dari pandangan burung, bukan dari dalam tempurung

Ada orang kata...mereka nie berlakon BAIK je....berselindung di sebalik pakaian atau apa-apa peristiwa... Ermm....Maknanya luaran tu langsung tak penting la kan...luaran nie langsung tak boleh pakai la kan... Bagi aku luaran ni penting juga....tapi bukan yang UTAMA... Tapi dari luaran mencerminkan dalaman kita sebenarnya dek kata Ustazah Prof Muhaya dari Astro OASIS tu..... 

Contohnya...ada dua calon PRU-13 nie dari golongan muslimah di tempat yang sama.... Mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.... perkara utama untuk memilih pemimpin ialah... TINGGI ILMU AGAMANYA.... Macam mana nak ukur ketinggian ilmunya... Dari lisannya...dari perbuatannya....dari PAKAIANNYA.... Cuba fikir logik la kan....Pernah tak jumpa seorang USTAZAH... yang TIDAK MENUTUP AURATNYA?? Dari situ....kita mengukur dari pakaiannya... Kerana dari amalan dan ilmunya...dia tahu yang menutup aurat juga adalah KEWAJIPAN dalam agamanya..... So... faham maksud aku? 

Memang kita tak tahu apa yang diselindung...Memang kita takkan dapat tahu kesemuanya.... Cuma kita boleh berusaha dengan cara yang betul... Bukan duk dengar berita-berita kosong tanpa bukti-bukti yang nyata yang sahih kebenarannya... Apa kata kalau korang yang kuat berpolitik nie... Doakan dan aminkan doa ini... Semoga kita mendapat calon pemimpin yang berwibawa dari segi agama dan berpengetahuan luas...

YA ALLAH YA TUHAN KAMI
KURNIAKAN KAMI SEORANG PEMIMPIN YANG KUAT IMANNYA, SEORANG YANG AMANAH, SEORANG YANG BERJUANG DEMI JALAN-MU YA ALLAH, SEORANG YANG CINTAKAN QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W, SEORANG PEMIMPIN YANG IKHLAS HANYA UNTUK JALAN-MU YA ALLAH, BERILAH KAMI DORONGAN DAN KEKUATAN UNTUK BERDIRI BERSAMA-SAMA DENGANNYA DALAM PERJUANGAN MENENTANG KEFAKIRAN, TIPU DAYA DAN KEMUNGKARAN MUSUH KAMI YA ALLAH

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,
KURNIAKAN HIDAYAH DAN NIKMAT KEIMANAN KEPADA KAMI... ELAKKAN KAMI DARI TERGOLONG MANUSIA YANG BUTA, PEKAK DAN BISU, DARI KEBENARAN ISLAM DAN FITNAH DAJJAL YA ALLAH... BIARLAH KAMI TERMASUK DALAM GOLONGAN PEJUANG AGAMA-MU YA ALLAH...

Kongsikan doa lebih baik...jauh lebih baik dari duk kongsi berita tah benar ke tidak tu... Ajaklah kengkawan korang tu mencari kebenaran dan tunjukkan kecantikan agama islam tu sendiri.... Mane la tahu... orang bukan islam tetiba dapat merasa keindahan islam dan tertarik dengannya.... Kalau asyik duk berbalah dan bergaduh pasal isu politik.... memang takde sape yang nak la kot...yang lagi malu..isu tu sendiri dibuat-buat... kena tipu bodoh-bodoh cam tu je... Sape yang malu? orang islam wei..sebab kita tunjuk contoh yang tak baik.... 

Untuk PRU-13 ini.... jom kita mengubah diri kita... Undi untuk perjuangan agama kita... untuk masa depan kita... STOP memilih calon-calon yang menunjukkan ke arah munafik dan kemungkaran... Aku tak cakap warna apa..aku tak cakap bendera mana... sebab itu cuma tiket untuk depa masuk calon... Pilihlah calon yang berwibawa... AGAMA dan ILMU DUNIAWInya.... Pastikan anak-anak kite membesar dari pucuk pimpinan ke arah kesejahteraan dan keamanan secara islamik....

1 comment:

Blogsyarih said...

Kita sebagai umat islam mestilah mempunyai akidah dan fahaman yang baik dengan mendalami ilmu-ilmu agama dengan guru-guru yang banyak berkongsi ilmu di Masjid melalui pentafsiran kitab-kitab yang ulung. Kemudian kita letaklah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Mufti ditempat utama. Oleh itu ambil lah itu sebagai prinsip pegangan dan janganlah sesekali terpengaruh dengan dakyah yang cuba disampaikan oleh orang lain selain dari apa yang menjadi rujukan kita kerana ia akan memalingkan kita kemudian hari nanti ...wallahualam..