Showing posts with label Liverpool. Show all posts
Showing posts with label Liverpool. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Bila Bro Wacana Tak Sabar Nak Jadi Papa....

Dalam 3 bulan lagi... Kalau ikut tarikh yang diberikan pihak doktor...Aku akan timang anak pertama pada bulan Februari tahun depan... Tarikh pun comel jer.... 12-02-2012. Tapi tak semestinyer tarikh tu kan... Kira kene bersedia sebulan lebih awal la kot... Tapi aku dah tak sabar dah nie!! He he he.....

Haritu keluar pegi shopping mall.... Setiap kedai jual barang baby aku dan wife masuk...Beli nyer takde la sangat...Tapi survey harga barang.... Ada yang dah dibeli...ada yang planning nak beli...ada jugak nak beli tapi fulus tak cukup...he he... Duit gaji sekarang ni...kumpul untuk si baby jer.. Tuan empunya badan tak merasa pun sekarang nie..

Dalam duk survey tu...akhirnya aku terjumpa satu romper baby yang dicari-cari aku selama nie... Rompers Arsenal !! Ha ha ha....Bakal anak aku nie bakal anak lelaki... So sesuai sangat la dengan sukan bola sepak kan...Dan aku pulak minat si kelab Arsenal... Tak kisah la Arsenal kalah ke...menang ker... Possesion football atau Tiki Taka Football tetap di hati.... Janji jangan kene enam bijik di tempat sendiri sudaaa.....ha ha ha...


Haaa..... Tu ler romper arsenal yang aku dah beli.... "Me and Daddy Support Arsenal". Tu ler tag line baju nie...hihihi.. Khas untuk anak aku yang bakal lahir nie.... Jangan disokong kelab lain sudaa....memang bising la rumah aku nanti...Poning ler mummy nyer nanti tengok kerenah anak dan ayah...ha ha ha

Excited giler bila dapat tau baju rompers Arsenal nie dah sampai ke rumah...Opss... terkantoi beli online jer..he he he. Ok...ok....survey di kedai...baju nie agak mahal... Dalam harga RM29~35 sehelai... Tapi aku dapat dari online... RM20 je sehelai... Tambah posting dalam RM6 je... Haaa.....Murah la kan...Kain dier lembut.. sejuk....

Sesape nak jugak rompers macam nie.... tak kisah la Arsenal ker...Manchester United ke...Chelsea ke...Liverpool ker... Boleh cuba bertanya dekat Si Kecil Mummy yer... Dekat situ ada jual romper cenggini... Cuma tak tau bila dia nak upload gambar nie... Tapi kalau nak...tanya je... Boleh dapat dengan harga RM20 sehelai... Tambah posting RM6... Boleh nego lagi... Rompers untuk 3-6month, 6-9month, dan 9-12month... :)

P/S: Aku pun dapat dari Si Kecil Mummy jer.... hihihi

Saturday, July 16, 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Liverpool | Analisa Perlawanan | 16 Julai 2011

Hari ini, 16 Julai 2011 iaitu pada pukul 5.45 petang waktu malaysia....akan berlangsung satu lagi perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Liverpool di Stadium Bukit Jalil. Skuad Malaysia yang sebelum ni tumpas di tangan Arsenal 4-0 akan cuba bangkit dari keputusan itu dan akan menghadapi satu lagi pasukan kelab gergasi dunia iaitu Liverpool...


Aku akan cuba update analisa perlawanan dari semasa ke semasa dengan ulasan yang mungkin boleh menyebabkan korang dapat la sedikit gambaran tentang game ini....

Permainan dimulakan dengan penuh debaran....Malaysia bermain dengan lebih baik pada perlawanan nie... Liverpool nampak pincang dengan ketiadaan pemain utamanya iaitu Luiz Suarez dan Steven Gerrard.. Permainan rancak dan Liverpool mendahului Malaysia dengan gol hasil dari sepakan penalti pada minit ke-21.. Jaringan dihasilkan oleh Charlie Adam...walaupun penalti tu kelihatan tidak sepatut diberi...

Malaysia cuba menambah sengat di jentera serangan dan usaha dilipat gandakan... Akhirnya mereka berjaya dapat gol penyamaan dengan sepakan percuma yang cantik dari Safiq Rahim pada minit ke-43.. Selepas gol tu..Malaysia seolah-olah sudah jadi team lain...Harimau sudah terjaga dari tidurnya... Permainan separuh masa pertama ditamatkan dengan kesudahan Malaysia 1- Liverpool 1... Go Malaysia Go!

Separuh masa kedua dimulakan dengan penuh rancak...Malaysia seolah-olah mendapat semangat baru untuk menambah gol.... Liverpool menukarkan beberapa pemain danmemasukkan nama-nama besar seperti Dirt Kuyt, Maxi Rodriguez, Aquilani, dan Ngog... Tapi hasil dari kesilapan pertahanan.....David Ngog dapat gol pendahuluan....Khairul Fahmi tak dapat buat apa-apa.... Duk dalam dua tiga minit... kesilapan pertahanan lagi menyebabkan David Ngog menambah jaringan dengan penuh bergaya...

Dalam pertahanan Malaysia masih dalam kucar-kacir.... Maxi Rodriguez menambah sengsara Malaysia selepas berjaya menyambar masuk gol keempat Liverpool... Aku dah stat kecewa dah nie... Tapi kemasukan Safee Sali merubah keadaan....sesuai dengan status namanya...

Safee Sali berjaya mendapatkan gol untuk malaysia dengan gol yangmenarik pada minit ke 79.... Dan selepas itu... Malaysia berjaya lagi menmabah gol dengan Safee Sali lagi pada minit ke-82... Malaysia kembali bangkit!

Tapi...... Liverpool menunjukkan taring nye yang sebenar dengan hasil jaringan Dirt Kuyt dan Maxi lagi.... Keputusan penuh..... 


MALAYSIA 3 - LIVERPOOL 6

Walaupun begitu...tahniah buat Malaysia kerana berjaya menjaringkan 3 gol!! Aku dah cukup bangga dengan rekod itu.... Malaysia menunjukkan permainan yang baik dan menarik!! Aku terharu bai...T_T Tapi...Datuk K. Rajagopal perlu memikirkan pasal pertahanan yang sangat rapuh... Walaupun pasukan yang ditentang ialah Liverpool....Tapi tak sepatutnya sebanyak itu.... Sememangnya pertahanan kita perlu dicongak kembali.... Masih banyak yang perlu dipelajari...

Dan jugak..Malaysia perlu mencari striker semantap Safee Sali lagi... perlu mencari pemain sehebat Safee Sali... Kerana dalam game high level macam nie... aku tengok ramai pemain kita tenggelam... Yang nampak boleh bermain di level nie...Safiq Rahim... Safee Sali...Amirul hadi... dan Gunalan... yang lain masih lemas dan perlu dipertingkatkan.....

P/S: Maaf lambat update sebab internet rumah tetibe takde!!! Hampeh.....