Showing posts with label fouziah gous. Show all posts
Showing posts with label fouziah gous. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Sinopsis Drama Tahajjud Cinta | Slot Zehra

Selepas citer Nur Kasih...Aku rasa citer ni la yang akan pecah TV kot..... nak kata pecah wayang...tak berapa kene lagi kan...Lain la kalau nanti ditayangkan dalam bentuk filem... Citer ni bertajuk Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima... Drama ni akan ditayangkan di slot Zehra di TV3.


Drama ni 13 episod jer... Tapi kalau dilihat dekat sinopsis dier...memang gempak jugak la... Pelakon-pelakon dier ialah Fazura (Comelnyer bertudung), Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa.

Comel Jer..Kan Baik Kalau Kekal Imej Nie..:)

Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila. Drama terbitan syarikat produksi Rumah Karya Citra ini akan mula ditayangkan pada 8 Julai depan pada setiap Jumaat pukul 9 malam dalam slot Zehra di TV3.

Aku bagi la sinopsis sikit... Citer ni pasal percintaan yang lahir dari persahabatan.... dalam waktu yang sama... Pembelaan hak wanita jugak ditimbulkan... Dan jugak berkenaan seorang manusia yang menyalahgunakan agama kerana nak memenuhi nafsunya... Si heroin (Fazura) cuba menyelamatkan keadaan..Dapatkah dier selamatkan mangsa? Siapakah mangsa tu? Adakah dirinya sendiri? Jeng Jeng Jeng.....

Inilah sedutan yang aku dapat dari YOUTUBE....