Hidayah.... Satu nikmat yang diberikan Allah kepada insan terpilih sahaja.... Hidayah yang aku nak bincang nie bukannya hidayah nama orang okay... Bukan Nur Hidayah....Bukan juger Hidayatul... Takde kaitan dengan nama-nama orang...tapi ni adalah hidayah yang dikurniakan Tuhan kepada segolongan manusia menyebabkan dirinya insaf dan berbalik kepada ajaran Islam yang asal....
![]() |
| Wardina dan Irma Hasmie |
Macam mana orang tu tau yang dia tu dapat hidayah? Haa...Allah bagi banyak cara kat hamba-Nya.... Tak semestinya sama.... Ada yang kene berusaha....ada jugak secara tiba-tiba... Mungkin kerana keikhlasan hati individu tu sendiri ingin berubah...Cuma detiknya belum tiba... Bila dah dapat hidayah...barula terus bertaubat dan menghambakan diri kepada Allah seikhlas-ikhlasnya....
Ada sesetengah dari kita dapat hidayah bila membuat umrah atau haji... Dapat hidayah direct dari tanah suci... Ada jugak kawan kita tu....dapat hidayah dari mimpi... Bermimpikan neraka dan syurga... bermimpikan seksaan alam kubur... dan lain-lain.... Ada jugak mendapat hidayah selepas menjadi sukarelawan menolong anak-anak yatim atau mangsa bencana....
Tapi.... hidayah nie hanya untuk golongan yang sudi berubah jer.... Bukan berubah dari baik ke buruk okay! Kalau gitu baik tak payah nak berubah.... Maksud berubah nie.... Berubah ke arah yang lebih baik.... Dari tak tutup aurat...kepada menutup aurat... Dari duk pegi clubbing...kepada pegi masjid atau surau.... Dari buta baca quran... kepada dah stat blajar Muqaddam.... Ok la tu....
Kepada kawan-kawan dia pulak... Jangan la discourage dia atau duk menganjing dia!... Kalau korang discourage dia yang cuba berubah ke arah yang lebih baik tu... Korang akan tergolong dalam golongan SETAN dan IBLIS secara otomatik!! So....jangan nak gatal-gatal nak tarik balik depa yang cuba berubah ke arah jalan yang sesat... Bagi la semangat.... Kalau korang tak nak berubah... Lantak korang ler! Tapi jangan cuba buat depa putus asa... Jangan menambah dosa-dosa yang dah bertimbun korang duk pikul tu..
Jangan risau...aku tak kata orang yang baik tu syumul...takde dosa...depa komfem ade jugak... Cuma takde la nak tambah dosa tu dengan menghina atau mengejek golongan yang nak berubah ke arah Islam nie... Bagi la support.... Korang pun dapat pahala free-free... :).
So.... kalau nak dapat hidayah jugak.... Korang kenela mintak dengan Allah.... Sekurang-kurangnya...cuba la hayati kehidupan di sekitar korang... Jangan duk melalak melolong macam orang gila jer...Cuba la selami keadaan orang di sekeliling tu... Dari peminta sedekah...anak yatim... orang miskin.. pakcik makcik di kampung... budak tahfiz... hinggala ke golongan kaya.... Cuba perhatikan dan silala berfikir... Insya Allah...korang akan tergolong dalam golongan yang menerima hidayah..:)
P/S: Jangan takut Nak Berubah Ke Arah Kebaikan...:)
