Ibu: Said...Said...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Said: Alah mak... Said tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Bertuah punyer anak....Baik... Said.... berikan emak dua sebab mengapa Said tidak mahu ke sekolah.
Said: Semua murid-murid tidak suka kat Said. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Said!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Said untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! Sebelum mak simbah dengan air nih...
Said: Baiklah, sekarang emak pula berikan Said dua sebab mengapa Said mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Said, dengar baik-baik, pertama... Said dah berumur lima puluh tahun. Yang kedua... Said PENGETUA SEKOLAH!!!
P/S: GA tengah berjalan lagi....dan aku akan tambah lagi hadiahnya.. dapat lagi orang nak sponsor... Seutas jam tangan untuk lelaki...:) sesape nak join, klik SINI.