Sunday, June 5, 2011

Lawak | Malas Ke Sekolah

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Said masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah. Siap ada baldi berisikan air untuk cara alternatif kalau Said ni susah nak bangun......

Ibu: Said...Said...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Said:
Alah mak... Said tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Bertuah punyer anak....Baik... Said.... berikan emak dua sebab mengapa Said tidak mahu ke sekolah.

Said:
Semua murid-murid tidak suka kat Said. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Said!

Ibu:
Itu bukan alasan bagi Said untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! Sebelum mak simbah dengan air nih...

Said: Baiklah, sekarang emak pula berikan Said dua sebab mengapa Said mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Said, dengar baik-baik, pertama... Said dah berumur lima puluh tahun. Yang kedua... Said PENGETUA SEKOLAH!!!



P/S: GA tengah berjalan lagi....dan aku akan tambah lagi hadiahnya.. dapat lagi orang nak sponsor... Seutas jam tangan untuk lelaki...:) sesape nak join, klik SINI.

13 comments:

mas saari said...

hahahahahahaha...lawak! penat gelak..

inna_risna said...

cehhh,mula2 tu inna ingatkan said tu pelajar sekolah...hehe!

Anonymous said...

hehe lawak ni dah selalu bce..bce byk kali pun still gelak ngee

suha said...

hahaha kelakar tol (^_^)
adeih ade ke pngetua cenggitu?hehe

Shasha Mohamed said...

hmmm... ;)

zarul farhana said...

laaa...

xira.b said...

brilliant! ingatkan lawak biasa je. haha *thumbs up!*

ps: harap ada lawak part 2 etc :)

Unknown said...

hahaahahahaa..
pengetua anak mak!!!! :)

Jujurara said...

hahaha...pengetua yang pemalas..

aizamia3 said...

pengetua yang stress nak hadap cikgu dan anak muridnya kat sekolah..

Ceiler Mun said...

hahaha.. nak kena babab pengetua ni agaknya..

Muhamad Dinie said...

hahahaaha..da tue pn mak kene kjut lg rupenye..

msredcheesecake said...

Tu cikgu besat sekolah mana tu?tanak anta anak kat sekolah dia....hheeee