Tuesday, January 29, 2013

[Hikayat Kedai Kopi] Kisah Motivasi Diri 1 - Lemah Tapi Kuat


Seorang brader bernama Harun... Nak jadi seorang tentera... Tapi apakan daya... badannya lemah... nak angkat seguni beras pun terkencing... Nak tumbuk punching bag...Punching bag yang tumbuk dia... Macam mana punching bag tumbok dia...Jangan tanya.... LISTEN! he he...Ops...lari jalan citer dah... Ok..sambung..

Harun nie pendek je... Dah la pendek... badan lemah pulak tu... Ada hati nak jadi army.. Tapi dia nak jugak... Bukan sebab keras kepala... Kalau hantuk kat buah kelapa masih lagi sakit... Tapi keinginan diri untuk berbakti pada nusa bangsa... Dia masih mahu join army....

Kapten army terkentut tahan gelak bila Harun datang nak register diri dia dalam army.... Nak sekeh kepala...takut pengsan tang tang tu jugek... Selepas dibisik oleh kawannya yang turut sama terkentut tahan gelak... Maka dibagi juga Harun masuk army... Nak bagi kesedaran kat Harun...yang dirinya langsung tak layak masuk army......

Maka.... bermula la al-kisah sang lembik terkial-kial membawa diri dengan latihan ketenteraan yang kejam dan bengis tu.... Training dua hari...demam tiga hari... berendam sehari....demam lagi tiga hari... Macam tu ler si Harun dengan demamnya yang kebahnya dah macam chipsmore.... Kejap kebah kejap demam... Tak tahan dengan latihan yang berat tu....

Si Kapten tadi selalu datang kat Harun...selalu tanya masih mahu teruskan ke tak... Tapi Harun tetap mahu meneruskan latihan...walhal terbungkang di katil wad sakit je koje dia....he he.. Nak dijadikan cerita.... Ada serangan Gerila pemberontak di tempat latihan tu.... Ini bukan Golila lo... ini Gelila... Bukan Geli... tapi Gelila... Serang hendap punya stailo.... 

Disebabkan serangan mengejut... ramai yang terkorban... dan ramai yang tertangkap... Ye ler... duk goyang kaki dalam keamanan...mana nak prepare serangan cam nie... Duk main Dota dan Angry bird je keje... huhu... Maka tertewan la markas nie ditangan pemberontak.... Harun pula... masih lena di katil... Alangkah menipu jalan citer nie... Chop!! LISTEN!... 

Harun sebenarnya diselamatkan oleh saki baki tentera yang masih selamat... bersembunyi di bawah tanah... Menunggu nak serang balik... Tapi depa nak atur strategi dulu.... Tengah-tengah duk berbincang...dan bergaduh sesama sendiri tu... tetiba Harun menyampuk.... Dan memberi idea yang bernas... Strategi yang bagi geng tentera tu..bernas dan brilliant... Si Kapten tu pun kagum dengan taktikal Harun.... Maka dipersetujui oleh semua pihak...Maka bermulalah serangan balas pihak tentera...

Pada malam 27 Jamadil Akhir, tentera menyerang balik pihak pemberontak menggunakan strategi taktikal Harun... Menjadi dan sangat berkesan... Maka ditawan la pemberontak itu... Tahanan juga berjaya diselamatkan... Si Kapten kagum dengan kebijaksanaan si Harun mengatur strategi peperangan.... 

Maka bermula hari itu... Si Harun tidak lagi join latihan berat tentera... tetapi dah dinaikkan pangkat menjadi pakar strategi ketenteraan di bawah rejimen Kapten... Kiranya menjadi penasihat Kapten tu... Walaupun lemah, lembik dan pendek... Tetapi denga kesungguhan keazaman dan kebijaksanaan yang ada pada Harun... Dia dapat juga join army... Dapat pangkat lagi... 

SEKIAN

Cerita rekaan semata-mata...Mana-mana yang nak copy atau nak sebarkan... Sila letak under copyright blog nie....

No comments: