Friday, December 20, 2013

Perbandingan Ekonomi Perbelanjaan Di UK dan Malaysia

Semua kita dah tahu..Kenaikan segala jenis harga dan perbelanjaan semenjak dua tiga menjak nie... Gula naik lagi.. Minyak naik lagi.. Tol naik lagi.. Tariff bil pun naik.. Ramai yang dah terasa dengan kenaikan tu.. nampak sikit je kan.. tapi bila campor semua perbelanjaan tu.. cekik darah jugak... 

Yang terasa...biasalah..golongan sederhana la kan... yang dapat gaji 10000 sebulan tu memanglah tak terasa... tapi ramai ke golongan bergaji besar di Malaysia? Sape keje menganalisis peratusan majoriti gaji rakyat di Malaysia? Sila tampil dan berikan fakta tu.. Kalau ikutkan spekulasi..majoriti penduduk di Malaysia nie cuma bergaji lingkungan rm3000 sebulan kan?

Ok... Ada orang cakap..Rakyat Malaysia nie dah senang... setakat naik sikit-sikit tu pekedehal... Dan sesetengahnya pulak duk bandingkan dengan negara-negara miskin.. nak tunjuk kadar kebuluran kita nie masih kurang... kadar keikatan perutan kita nie masih di kadar yang tak membimbangkan orang-orang yang bergaji besar nie... Yang duk banding dengan negara mundur buat apa??? Nak ke kita kembali ke zaman kemunduran? Bila nak maju ke depan kalau asyik duk bandingkan dengan orang di belakang? Kan?

Ok..ada jugak banding dengan negara maju..UK contohnya... tapi duk convert harga ikut mata wang.. cakap sana walaupun murah di mata, tapi mahal di hati.. ye la.. 1pound tu sama dengan rm5.00 lebih kita... kira tetap mahal la kan walaupun singgit UK... Ermmm... logik separuh je.. sebab yang diconvert nya harga barangan SAHAJA.. gaji? haaaa....nampak permainan di situ..

Baik... cara nak bandingkan nie kenela betul... kalau banding sesuka hati...takkan jadinya... contohnya nak bandingkan epal dengan pisang... nak bandingkan kereta dengan bas... takkan sama! So..dalam ilmu sains kajian tempatan yang betul... setiap perbandingan kenelah dengan nilai yang betul...unit yang sama... dalam dunia penyelidikan ... selalu digunakan satu perbandingan yang diberi nama "non-dimensionless" atau ertikata ibundanya.. pemalar yang tadak unit...

Untuk perbandingan ekonomi antara UK dengan Malaysia nie... eloklah dibandingkan dengan kadar belanja per kadar pendapatan... baru sama... faham tak adik kakak cik abang cikebum cikebum sekalian? Bila dah di per kan dua unit yang sama...maka unit matawang itu terhapus...maka jadilah satu pemalar non-dimensionless... baru orang kata compared apple to apple...

Ok...contohnya pendapatan seseorang di UK sebanyak 1500pound... ni gaji orang-orang taraf kerani nih.. pound dgn RM same je bab gaji kerani..1500 jugak angka dia..yang beza sini dlm pound kat Malaysia negara yang aman dan sejahtera tu dalam RM...nampak sikit je kan... ok.. belanja di UK ni.. 50pound tu dah penuh troli di pasaraya beb... komfem penuh troli.. aku dulu macam tak percaye jugak.. hah... bila tuan badan sendiri duk sini... memang penuh! dengan ada bawang,gula,minyak masak, ayam, daging, ikan, sayur, butter,roti,semua lah... cukup dengan 50pound.. ok..tolak sewa rumah dalam 600pound.. bil-bil dalam 100sebulan..(ni pun dah kira membazir dah tu) .. kira-kira belanja bulanan dalam 1300 sebulan... nie pun dah mewah giler-giler la bab makan di UK.... tak perlu ikat perut langsung... makan penuh meja hari-hari.. penjimatan berkadar 10% je kot... so... kadar non-dimensionless dia.. 1300/1500 = ?? Hah..kire sendirik...

Di Malaysia... Gaji kerani katelah RM1700... lebihkan sikit... cuba tolak belanja... bil-bil brape? belanja dapur brape? blanje sewa rumah brape? agak-agak total brape? aku bagila estimation... dalam..... 1300??? Hihi... mesti ramai cakap ... SIKITNYA!!!!! Ke lebih ikut kiraan tuan empunya badan... haaa.... kat situ baru tahu belanja kita mahal atau pun tidak...

Nak tahu mahal ke tidak... kalau kiraan tu korang dapat lebih kecil dari kosong...maka korang takde la masalah sangat... kalau kiraan tu menunjukkan hampir sangat dengan kosong atau lebih...contohnya dapat 1.4... maknanya kadar belanja melebihi kadar pendapatan... maka YOU ARE IN MONEY TROUBLE... Dekat UK serius duit 1500pound tu dah cukup... siap ada kete..umah sewa..belanja makan tak payah nak ikat perut.. dah kira happy living dah.. kalau gaji lebih dari tu.. memang lagi bes la... Sebab apa? sebab kadar belanja per kadar pendapatan depa sangatlah rendah... Memang la dari segi matawang depa ni mahal kalau ditukarkan ke RM.. tapi harga barangan depa jauh lebih murah berbanding harga barangan kita kalau dibandingkan dengan pendapatan purata penduduk di Malaysia... faham?

Kalau betul la nak samakan matawang... sebab ada jenis yang tak puas hati dan tak faham-faham cakap nak compare kenelah guna tukaran wang kan... ok baik... gaji purata di UK 1500 dah boleh survive..gaji kerani... so.. kalau betul nak convert.. sila bagi gaji kerani di Malaysia sebanyak 1500 x RM5.00++ bersamaan RM8000+- kita!!! tu kalau convert secara terus... so.. ada ker kerani di Malaysia mencecah RM8000 sebulan? nampak dah?

Sebab tu lah dikatakan mahal... harga barangan tidak selari dengan pendapatn kebanyakan... bukan nak membantah membabi buta tuli pekak dan bisu..tapi kesian la kat warga marhaen nie... Golongan kaya takpe.. sebab depa dah banyak duit... golongan marhaen yang baru nak membukak tapak kehidupan? Yang baru nak berumahtangga.. yang datang bekerja bermula dengan sekangkang kera sebab family kat kampung takde duit? Yang berhutang dengan PTPTN.. yang baru nak beli kete dan rumah?? Silalah renung dan tolonglah mereka...

Barangan yang naik kebanyakannya majoriti yang guna... miskin dan kaya semua nak guna.. kalau yang naik tu barangan orang kaya only...aku ok jer... sebab tak kacau perbelanjaan orang miskin nie... contohnya naikkan harga kereta mewah.. naikkan arak yang haram tu... naikkan harga tiket konsert antarabangsa yang menjurus kemaksiatan tu... naikkan harga sewa hotel 6 bintang... haaa...barula tak kacau golongan marhaen...ni naik gula...minyak...letrik...lepas ni GST pulak... kenapa marhaen yang kena?? Kalau yer pon nak dinaikkan...dah tak boleh dielakkan lagi..kalau tak naik boleh hancur MALAYSIA nie.. sampai tahap dah TAKDE JALAN LAIN nak selamatkan MALAYSIA nie..Aku cadangkan dibuat satu kaedah membantu mereka yang berpendapatan sederhana nie... bantuan menyeluruh supaya yang terasa kenaikan cuma golongan kaya melampau tu haa..... contohnya dibuat kad diskaun khas untuk golongan berpendapatan rm2000-rm3000 ke bawah.. contoh je ni ok...contoh... kan ok jugak... kad diskaun tu boleh kurangkan harga tol atau dikecualikan tol... kad tu boleh mengurangkan harga minyak.. semacam kad subsidi khas bagi golongan yang tak berkemampuan... tu baru rakyat didahulukan... Diberikan win-win situation punye kaedah nak selamatkan ekonomi..bukannya sebab nak jaga periuk nasik sendiri...golongan yang sederhana nie yang tanggung derita..

Ataupun menaikkan gaji mereka yang berpendapatan rendah nie... yang dah cecah berpuluh ribu sebulan tak perlu naik pun takpe..dikurangkan jugak adalah lebih baik... ye la.. CEO sampai hampir cecah seratus ribu.. gila aper... gaji RM40000 tu pun dah kira melampau banyak...  kurangkan jurang kemiskinan... biar semua senang..bukannya menindas.. Apa kata gaji cuma dalam range rm3500-rm20000 je semua jenis kerja... kecikkan jurang... tengok apa kata mereka yang kaya-kaya... Amokan serigaja jadian terus barangkali..he he.. Persoalan yang timbul...mana kata-kata rakyat didahulukan yang dicanang-canang?

Aku bukannya nak komplen suka-suka... tapi dari pemerhatian dan hujah.. aku pun seorang rakyat biasa... sokong bukan ikut bendera parti.. cuma berdiri sebagai rakyat biasa, seorang yang berfikir kalau boleh ke arah nak jadi  seorang muslim yang sejati...bukan nak hina...bukan nak caci.. tapi ternampak la jugak kesan buruk dengan cara kenaikan sekarang... Kenapa geng yang tak berduit nie jugak yang jadi mangsa? Ramai-ramai duk dalam parlimen...yang kononnya sanggup berhujan panas sekali dengan rakyat..sanggup mencemarkan kaki masuk gali longkang sekali dengan rakyat.. hanya boleh bagi solution naikkan barangan senang-senang macm tu jer?? Hmm.. something to ponder about.. Something tak betul la kan... 

Yes segala benda kene dapat persetujuan 2 per 3 dalam Parlimen baru boleh buat... bantah pun kene seramai tu baru valid bantahan... so.. maknanya 2 per 3 dalam parlimen setuju kenaikan? Sape yang setuju dan sape yang tak setuju...? Please guys... please.. cuba fikirkan dari akar umbi... bukan secetek harga naik jer.. tapi di mana punca sebenar berlaku perkara macam nie... sila letak tepi pasal parti sat.. duduk bincang...fikirkan sama-sama.. dan cari penyelesaian..yes sekarang masih aman (aman kan?) ..takkan nak tunggu mayat bergelimpangan baru nak sedar? sudah terhantuk baru terngadah??  Harap jelas di hati..bukan di mata.. sebab mata senang ditipu.

P/S: Aku rasa..pepatah menang sorak kampung tergadai sangatla tepat untuk negara kita yang tercinta... OOohh...Malaysia masih aman... :)

2 comments:

CIKPUANTATIE said...

kat UK pun barang naik juga. sebagai contoh, harga tiket train, british gas and lln. cuma tak sampai je kat Malaysia. diorang siap buat demo lagi. sana pun teruk jugak economy dia. hari tu masa duduk sana, everyday keluar kat paper.. pasal economy diorang. i think mana-mana. tak boleh disamakan dengan malaysia. malaysia ni mendadak sangat naik. tu nampak buruk sangat tu... tak fikir rakyat...

Zainal Abidin said...

klu bab2 barang naik harga nih kekadang klu tak terlalu mendadak ok ler gak.....

tapi yang paling aku sakit hati...pasal saman trafik....aritu kena saman bulan 6...rm100...tup2 arini check dalam myeg dah naik harga saman tuh jadi rm300.....nih dah macam lintah darat....

yang peliknya apa tujuan kerajaan buat rules camtu....klu lambat bayar harga saman naik....

kerajaan "lintah darat" malaysia skang nih dah kemaruk sgt ker nak menketedarah duit rakyat...????

adakah dengan buat rules camtu kerajaan cuba nak mengajar rakyat supaya bayar saman..???

bagi aku itu satu undang2 bodoh...bab2 saman nih nak tanak rakyat tetap akan bayar sebab klu tak bayar saman takleh hidup roadtax....

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785