Hari ni adalah hari guru untuk semua cikgu-cikgu di seluruh malaysia.... Kepada semua yang bergelar guru... Aku dengan ini secara formalnya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru..... tak kira la apa subjek yang diajar....sejarah ker.... matematik ker.....semua guru....semoga kalian kekal mencurahkan bakti dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa mendidik golongan muda di negara kita menjadi manusia yang berguna.....
Hari guru ni adalah satu hari yang sangat bersejarah sebenarnya.... ramai yang tidak mengetahui asal-usul hari guru nie.... jadi dalam entri nie....aku akan mengupas sedikit sebanyak pasal sejarah hari guru.... Kenapa tarikh 16 Mei yang dipilih.... biasenya ramai yang cuba menyungkil tarikh hari special macam ni kan.... Kali ni aku nak menyungkil pasal hari guru...... Mane la tau...ada di sebalik kan....he he he
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Jadi.....hari guru ni bebas dari ajaran agama pagan atau anasir luar okeh.... Ok jer sambut hari guru.... masa ni la nak meraikan guru kita dan gembirakan guru-guru kita dengan membuat aktiviti bersama pelajar-pelajar.... Jangan lupakan cikgu kita yang banyak berjasa... kalau boleh.... cuba berbakti kembali kepada sekolah kita... mengikut kemampuan kita semua......:)