Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Tuesday, February 6, 2018

Apa itu EIS | EIS Di Malaysia

Untuk tahun 2018, mula diperkenalkan dengan EIS. Apa itu EIS? Kenapa diperkenalkan dan apa tujuan dan faedah kepada pekerja? Baik... Dalam blog nie, akan diternagkan apakah sebenarnya EIS itu.

EIS bermaksud Employment Insurance Scheme atau Skim Insuran Pekerja. Satu skim kewangan yang diuruskan oleh Social Security Organisation (SOCSO). Skim ini diwujudkan untuk membantu pekerja yang diberhentikan supaya mereka dapat bantuan kewangan untuk kehidupan mereka sehingga 6 bulan.

Skim ini lebih kurang sama dengan Employees Provident Fund (EPF) di mana segala sumbangan akan dikumpulkan dalam dana terkumpul dan akan dilaburkan.

EIS bukan sahaja untuk pekerja yang diberhentikan tetapi juga untuk pekerja yang berhenti atas dasar diugut, dipaksa atau kerana gangguan seksual dan emosi.


BAGAIMANA EIS DIKIRA?

Potongan bagi EIS ada dua iaitu potongan majikan dan potongan pekerja, sama macam EPF. Kadar potongan ialah 0.2% dari majikan dan 0.2% dari gaji pekerja. Jumlah EIS bagi setiap pekerja ialah 0.4%.

Bukan semua boleh menuntut EIS nie. Ada syaratnya jugak. Pekerja yang tamat kontrak, dipecat kerana masalah disiplin, pencen, pasangan pekerja yang meninggal... itu semua tidak termaktub dalam EIS.

Minimum gaji yang akan dipotong EIS ialah RM300 sebulan.. Dan maksimum gaji ialah RM4000 sebulan. Sekiranya gaji anda melebihi RM4000 sebulan, EIS tetap akan memotong hanya dengan kadar RM4000 sebulan iaitu jumlah potongan 0.4% nya ialah RM16 sebulan. Yang ini berbeza sedikit dengan EPF.

EIS bermula pada 2018 tetapi hanya boleh digunakan bagi pekerja yang diberhentikan pada 2019 dan ke depan. Jadi, jangan kena pecat dalam tahun 2018!

EIS bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga dari segi latihan, pelbagai jenis elaun dan bantuan pencarian kerja baru. EIS boleh membantu meringkankan beban bagi yang kurang mampu tetapi tidak dapat menampung beban bagi pekerja yang bergaji tinggi kerana kiraan EIS hanya pada RM4000 sebulan. Elaun dan bantuan dari EIS tidak akan cukup untuk menampung beban mereka yang bergaji besar ini.

jika dlihat secara kasar, ada baiknya EIS diperkenalkan kerana peratusan pekerja swasta di Malaysia yang diberhentikan semakin tinggi.

Monday, April 30, 2012

[PANAS BERAPI!!] Fakta [Auta?] Tentang Muslim di Malaysia

bukan aku punyer gambar....
Dalam berpuluh-puluh tahun diriku ini melayari kehidupan ini...Maka banyak lah songeh-songeh atau asam garam halus yang di tempuhi... Apa aku mengarut nie?? Ni mesti terikut-ikut drama ni kan.... Kuatnya pengaruh TV nih.... he he he... Ada maksud tersirat di situ.... Okeh.... Aku nak citer la kat korang sumer pasal fakta [auta?] tentang muslim di Malaysia nie... Orang arab selalu puji...kata muslim di Malaysia bagus.. berilmu tinggi... Ikon muslim seluruh dunia...kononnya ler... Tapi nie la fakta [auta?] yang sebenarnya... untuk muslim dan muslimah di Malaysia... Malas nak taip muslimah...panjang sikit berbanding muslim....kire umum la yer perkataan "muslim" kat bawah tu yer..he he he
  • Kebanyakan muslim di Malaysia mendapat straight A's untuk result PMR dan SPM nya... tapi berapa kerat jer yang boleh diberi gred A untuk amali solatnya.... Mesti ada fail di mana-mana... Try test tengok !!
  • Kebanyakan pelajar muslim di Malaysia hebat bertutur dalam bahasa inggeris.... Pergh...cair kot... Tapi berapa kerat jer yang boleh membaca Quran dengan lancar.... tergagap-gagap macam orang kena sampuk ajer... bagi surah Al-Kauthar pun setengah jam baru habis....
  • Kebanyakan muslim di Malaysia berjaya hingga ke peringkat Universiti... sampai ke Master dan PhD pun ada.... Tapi berapa ramai jer yang boleh jawab bila ditanya pasal doa keluar tandas.... Basic tu bai.... fardhu ain sekolah rendah.... he he he
  • Kebanyakan muslim di Malaysia mengaku dirinya Islam.... Tapi berapa kerat jer yang buat apa yang disuruhnya....tutup aurat...hormat jiran tetangga... tak tinggal solat... Apa... ingat Islam nie macam kad IC jer ek?
  • Kebanyakan muslim di Malaysia hebat berhujah tentang politik...tetapi hanya berapa kerat jer yang betul-betul faham akan politik...Kebanyakannya... suka-suka jer....folo yang berkepentingan...
  • Kebanyakan muslim di Malaysia suka jadikan agama sebagai hujah bila tersepit dalam sesuatu situasi... tapi berapa kerat jer yang amalkan ajaran agama ketika senang lenang...
  • Kebanyakan muslim di Malaysia hebat menghafal lagu... bahasa Korea pun boleh hafal!!  Tapi berapa kerat jer yang menghafal surah-surah dalam Quran... Surah Al-Baqarah memang terkentut la korang nak hafal kan...
  • Kebanyakan muslim di Malaysia suka menegur sapa sahabat taulannya... Hey la... Wasssap la... Hoi la... Tapi berapa kerat je yang menegur dengan didahulukan ucapan salam.... Assalamualaikum.. yang bermaksud SEJAHTERA LAH KE ATAS KAMU.... kan elok sangat tu....
  • Kebanyakan muslim di Malaysia memang ikut sunnah Nabi makan dengan tangan kanan.... Tapi berapa jer yang baca bismillah dulu sebelum makan.... baca doa makan lagi bagus....Hormat sikit rezeki tu....sape yang bagi..
  • Kebanyakan muslim di Malaysia sukakan keamanan dan keharmonian... Tapi ramai dari mereka suka mengumpat, bergosip, dan mencarut sesuka hati..sedangkan perbuatan tu tidak menuju ke arah keamanan dan keharmonian....
  • Kebanyakan muslim di Malaysia tidak miss solat Jumaat dan solat hari raya.... Tapi berapa kerat je yang tak miss lima solat utama seharian tu... Sanggup tinggal solat semata-mata nak hadir ke meeting atau berdating.....
  • Kebanyakan muslim di Malaysia menyokong zina itu haram... tapi ramai jugak yang belum kahwin keluar berpelukan dengan "gewe"nya atau girlfrennya.... Malah marah bila orang tegur ketika tengah syok berdating....hipokrit ek...
  • Kebanyakan muslim di Malaysia berpuasa di bulan Ramadhan... Tapi berapa kerat je yang betul-betul berpuasa seperti puasa penglihatan [tak tengok aurat orang lain], puasa pendengaran [tak dengar lagu-lagu melalaikan], puasa percakapan [tak mengumpat, mencaci, mencarut, memaki hamun]....Kebanyakan puasa sekadar berlapar perut jer... Silap-silap ada "gastrik"...
  • Kebanyakan muslim di Malaysia sanggup berhimpit-himpit untuk tengok konsert... Tapi berapa jer yang sanggup berhimpit ketika solat berjemaah di Masjid...
  • Kebanyakan muslim di Malaysia nie sanggup keluarkan belanja sampai berhutang demi ipad, rumah mewah, kereta besar... tapi berapa je sanggup keluarkan belanja untuk bayar zakat-zakatnya... Adaaaa jer alasan...
  • Kebanyakan muslim di Malaysia kejarkan jenama baju mahal, tudung cantik yang marvellous... kasut tumit tinggi...nak menunjuk punya pasal..Tapi berapa jer yang kejarkan jumlah halafan surahnya... hafalan doanya...amal ibadatnya...sebab takleh nak menunjuk ek....
  • Kebanyakan muslim di Malaysia sokong Islam itu agama yang benar... tapi berapa kerat jer yang menyokong hukum-hukum suruhan agama islam tu... Apa... Islam tu benar... hukumnya tak benar? Pelik sungguh.... Hok aloh...
Hah...... itulah fakta [auta?] tentang muslim di Malaysia..... Memang kalau tanya secara face to face.... depa nie dengan menepuk dadanya....akan mengaku Islam adalah agamanya.... Tapi............ tepuk dada ajer buat apa abang dan akak oi.... 

Contoh paling senang..... nak buat kek... nak buat kek kena la ada ramuan dan cara-caranya kan.... Tak ikut segala ramuan dan cara-cara tu...memang tak jadi....Bila orang lain tanya korang... Korang mengaku yang korang nie pembuat kek yang handal.... maka bila disuruhnya buat sebijik kek.... Korang pun campur la minyak tar jalan... campur nasi basi... ambik pasir... pastu blend sampai patah mata pisau blend... Pastu goreng dalam kuali!! Itu ler contoh paling senang orang yang mengaku Islam...tapi tak amalkan ajaran Islam.... Ada paham?? 

P/S: Semoga ada yang membaca entri tak senonoh nie...terbuka pintu hatinya kembali ke jalan yang benar... Sebar-sebarkan....

Wednesday, September 7, 2011

Fakta Penting Perubahan Pelajar Baru Ke Universiti

Akhirnya aku dah selamat pulang ke Selangor.... Semalam baru sampai... sebagai permulaan tanda nak aktif balik..... ni la entri sempena budak-budak baru masuk universiti....semoga menjadi iktibar....Fakta penting perubahan pelajar baru bila dah masuk U... 

FAKTA NEGATIF:
  • Banyak pelajar bertudung berubah ke tidak bertudung masa di universiti... Mak bapak tak tau sebab bila balik ke kampung...imej bertudung kembali digunakan.... 
  • Ramai kapel start berputik masa di alam universiti.... Kapel saje ok lagi....tapi kebanyakan menuju ke arah kemaksiatan.... Check-in hotel sana sini.. Sebab utama: Terpengaruh kehidupan barat kot.....
  • Anak luar nikah jugak banyak terjadi kepada pelajar universiti.... Penyebaran berita dikurangkan demi menjaga maruah si mangsa... Penyelesaian: Sila jaga diri anda...bukan salah universiti
  • Ramai pelajar mula tinggal solat subuh semasa di universiti... Akibat berjaga malam....subuh habis tertinggal.... 
  • Perkataan mencarut semakin menjadi perkara biasa dalam percakapan...... Pengaruh kawan sekolej... 
  • CD lucah makin menjadi kegemaran.... tak kira lelaki atau perempuan... Mungkin terbawak-bawak dari alam persekolahan kot...
  • Kebanyakan ilmu agama pelajar berkurangan  kerana semakin diabaikan...yang dikejar hanyalah ilmu dalam silibus pengajian..
FAKTA POSITIF
  • Sesetengah pelajar mula  meningkatkan soft skill nyer... Lebih-lebih lagi dari segi pembentangan kertas kerja dan leadership skill.....
  • Pertuturan bahasa inggeris meningkat..Daya pemahaman pun meningkat...
  • Belajar berdikari dalam mencari penyelesaian masalah hidup.... 
  • Bagi yang aktif, dapat memanfaatkan kelebihan sebagai pelajar dengan menjoinkan diri dalam aktiviti kelab atau persatuan dengan benefit yang lebih..
  • Menambah kawan dan mematangkan diri...
Itu la sebahagian fakta-fakta menarik yang boleh dijadikan rujukan dan panduan buat semua pelajar universiti.... Fakta ni aku kupas berdasarkan pengalaman dan pemerhatian..... Kenapa banyak yang negatif? Erm...itula maknanya ramai yang takleh nak menyesuaikan diri di alam universiti.... Ramai yang terkandas dari segi pembentukan rohani dan keutuhan iman walaupun semuanya berjaya grad!! 

Sila jadikan fakta positif sebagai target korang bila nak grad.... dan cuba elakkan fakta negatif tu.... sebab aku tak nak nama korang terpahat di dalam list orang-orang yang GAGAL adapt untuk kehidupan baru di universiti... Rosak akhlak korang... rosak la generasi masa depan.... Dan negara pun akan semakin menuju ke arah kebinasaan...Sila aware benda nie...

P/S: Nak selesaikan masalah rasuah, sogokan, anak luar nikah.... semuanya berpunca dari awal.. DIRI ANDA SENDIRI

Friday, August 26, 2011

Fakta Pasal Lagu Raya

Lagu raya nie sememangnya bawak mood nak balik kampung kan..... lagu pulak ala-ala sedih dan pilu gitu... Kene pulak suara penyanyi feveret...pergh....menggetarkan jiwa betul! Tapi bagi aku lagu sekarang dah kurang dia punyer soul.... Ni la sedikit sebanyak fakta yang aku rasa pasal lagu raya....
  • Lagu raya sekarang dah semakin mengarut dan hilang rasa uniknya
  • Lagu raya sekarang lebih utamakan kuantiti....bukan kualiti
  • Lagu raya sekarang banyak yang remake lagu-lagu lama.... Tapi masalahnya makin tak best
  • Lagu raya sekarang dah takde soul HARI RAYA tu sendiri..dah macam lagu biasa-biasa jer...
  • Penyanyi tu sendiri tak menghayati lagu yang depa bawak... Nyanyi ikut suka hati jer.. 
  • lagu raya sekarang lebih ke arah enjoy dan bersifat kepartian... Takde unsur kenikmatan berhari raya dan unsur kesedaran....
Agak-agak korang.... betul ker apa yang aku rasa nie...sebab aku kalau dengar lagu baru nie....Rasa macam tak bes....tak de feel raya tu..... He he he...

Wednesday, June 1, 2011

Cicak Tokek | Pokke | Gecko


Cicak Tokek ni sangat popular sekarang.... Nama lainnya adalah Pokke dalam bahasa Kelantan dan gecko dalam bahasa standard nyer... Bukan Pokko...itu haiwan lain....nie Pokke... Populariti mengalahkan semua artis-artis di benua Afrika....he he he. Nak kata kat Malaysia....takut ada yang kecik hati kan... Maka aku letak la kat benua Afrika....takde orang nak marah.....ha ha ha.

Cicak tokek ni popular sebab khasiatnya.... Dikatakan cicak ni dapat dijual sehingga puluhan ribu ringgit! Aku haritu penah terjumpa cicak jenis nie kat kampung... Masa tu tak tau lagi harga jualan dier....So, aku buat tak tau jela kan... Lepas tu baru tau....menyesal pulak rasanya tak tangkap....huhuhu.

Fakta baru yang aku dapat dalam dunia perubatan ialah cicak tokek ni mengandungi satu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik...Fakta ini muncul seperti pada kejadian hempedu beruang yang ternyata juga mengandungi zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih di tahap ujikaji tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat mengelakkan pertumbuhan kanser/metastasis sel kanser, melawan HIV dan H1N1 viral. Aku harap fakta yang aku dapat dari emel ni betul la kan.... Dapat memajukan sistem perubatan kita jugak.... Doktor-doktor......sila jalankan kerja anda....ha ha ha.

Thursday, May 19, 2011

RON 95 Akan Naik?? | Bandingan Harga Minyak Dunia

Aku ada terdengar pasal harga minyak petrol RON 95 akan naik tak lama lagi.... cuma tak tau berapa sen akan naik (Singgit ker?). Adoi.....sume nak naik kan..... RON 97 tu dah la dekat empat kali naik harga..... RON 95 pun nak naik jugak ker.... Kerana kenaikan harga minyak dunia ker? ok lah... aku bagi sedikit bandingan harga minyak dunia.....

Info ni aku dapat dekat salah sorang status member aku dalam facebook.... dia nie ada informasi direct dari luar... mungkin kerana dia study di negara luar kot.... atau pun ada pakcik makcik dier keje di syarikat minyak di luar negara..... Ini lah sedikit sebanyak bandingan harga minyak yang aku dapat dari kawan aku nih.....

Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
...Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia. 

Kalau inilah kenyataan sebenar tentang harga minyak dunia kita.....agak-agak kenapa yer harga minyak negara kita asyik naik jer? Aku tak tau sangat la pasal konspirasi minyak nih..... sape-sape yang lantang bersuara....boleh la bagi pendapat di komen aku nih..... Nak jugak dengar pendapat kome semua...:)

Tuesday, May 17, 2011

Perkataan Carut Paling Popular Di Malaysia | 18 PL

Manusia sekarang memang suka mencarut.... tak kira tua dan muda.... remaja atau dewasa....kanak-kanak atau baby..(ader ker baby mencarut?). Mencarut nie tak elok untuk kesihatan dan jugak perkembangan otak korang.... tapi aku nak listkan perkataan mencarut yang paling popular di Malaysia moden nie....
Kanak-kanak....sila jangan baca....(Lagi la nak baca kan....)

Fuck - Ni memang perkataan paling popular remaja sekarang.... tah dari mana datangnya gejala meng "F" nie... Maksud asal perkataan nie ialah lebih kurang dengan romen... tapi kenapa digunakan untuk mencarut? Aku ada sebabnya.... tapi tak citer di sini.. Next entry..huhu

Shit - Lagi perkataan orang puteh... kuatnya pengaruh orang puteh kan..... Kata dah tak dijajah.... tapi semua perkataan mencarut habis korang tiru... apa salahnya translate ke bahasa ibunda.... sebut je la TAHI.... ke tak bes.... nak dalam orang putih jugak... bunyi macam hebat ker? Tak hebat pun.... baik korang sebut benda lain.... 

WTF - Ni lagi la.... kenapa la semua nak tiru orang puteh bab-bab mencarut... tak boleh ker ada identiti sendiri sikit.... Aku pernah terdengar perkataan ni dari budak darjah 3! Di mana budi bahasa budak-budak sekarang..... 

Babi - Takde haiwan lain ker korang nak sebut oi..... sebut la lembu ker.... gajah ker.... ni yang haram jugak nak dijadikan pencarutan korang... Ni antara word yang paling popular jugak nih... Jangan terkejut kalau korang terdengar dari mulut budak sekolah darjah 1.... 

Sial - Ni dulu sangat popular....tapi sekarang dah makin kurang...sebab zaman moden nie lebih popular guna "F" dan "S"... Pengaruh TV yang berleluasa di kalangan golongan muda sekarang... Haih..

Itu la sedikit sebanyak perkataan mencarut yang selalu digunakan...ada lagi... tapi aku malas nak listkan... Kenapa mencarut? Marah? Tak puas hati? Untuk pengetahuan korang.... segala pencarutan nie tak membantu dalam meredakan kemarahan atau masalah.....Makin menambah ade la..... Untuk blogger sekalian... 

Cuba amalkan menyebut astaghfirullahal'azim.... Bunyi macam alim jer.... tak...itu kebiasaan bagi muslim kebanyakan.... kalau alim.... setiap kali api kemarahan ada di hati kita.... disunatkan mengambil wudhuk dan solat sunat.... tu baru alim....:) Berubah demi kebaikan diri adalah digalakkan dalam Islam... Tapi kebanyakan manusia ni tak sukakan perubahan....walaupun ke arah kebaikan... Tepuk dada tanye diri.... :)

Monday, May 16, 2011

Hubungan Adolf Hitler Dengan Islam

Dulu aku pernah bagi persoalan berkenaan Adolf Hitler dengan islam kan..... Kali ni aku dah jumpa artikel tu.... dan aku nak share dengan korang berkenaan kisah sebenar di sebalik apa yang cuba diselindungkan oleh media barat. Ni adalah salah satu kesan propaganda barat terhadap apa-apa berita atau kisah.... Sekali depa (media barat) cakap A... maka semua orang akan percaya yang A tu lah kebenaran....padahal tidak benar.... Ingat.... Kita ni senang ditipu.... Ikutilah kisah yang menjadi rahsia di sebalik Adolf Hitler....
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si Hitler ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam. 

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...







Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.
Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat. Bukan sahaja pasal Hitler.....tetapi banyak lagi yang kita tak tahu akan kebenaran.... Kisah sejarah negara kita.... Kisah Neil Amstrong.... Kisah sejarah Mesir purba..... Banyak lagi yang kene check balik...;)

Thanx to :
SUMBER http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=10813270

 P/S: Wacana Guru Berjasa sedang berlangsung.....Khas untuk bagi ucapan kepada cikgu tersayang korang...  sampai tengah malam nie....klik SINI