Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Dulu Gangnam, Sekarang Demam Adele Sebab Shila Amzah

Gangnam Style...satu style yang sangat popular sekarang... Tapi aku harap gaya nie tak menular sangat di kalangan kita nie.... Cukup la dengan Malaysian style... Sebab Malaysia kan Truly Asia... So...tak yah nak ubah style.... Ini style kita.... kan? Tapi sekarang ada demam baru pulak....demam Adele... Ni gara-gara Shila Amzah memang Asian Wave 2012 la nie...

Untuk pengetahuan yang masih tak tahu....Shila Amzah dah menang pertandingan Asian Wave 2012 yang diadakan di China baru-baru nie.... Dan salah satu lagu yang dipersembahkan semasa pertandingan....ialah lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Adele - Set Fire to The Rain...

Sejak Shila Amzah menang...lagu nie dah jadi popular gila-gila kot... Semua persembahan yang aku join mesti ada nyanyi lagu nie.... Radio pun sama...Haih.. Tapi memang best lagu nie... Dan Shila Amzah nyanyi pun best gak.... Dan lagi cantiknya...Shila Amzah buat persembahan dengan bertudung...Memang menunjukkan this is Malaysian Style.. Sape kate artis tutup aurat tak boleh pegi jauh! (Sebab tu aku buat entri nie)...Cer dengar dan tengok....


Kalo nak tau lagu asal....Nie dia.... Lebih kurang la kan....Ke lebih baik? huhu...


Shila Amzah persembahkan lagu nie masa peringkat saringan (kot..tak pasti).... Masa final...dia buat persembahan lagu lain...Dan salah satu lagu yang dipersembahkan adalah dalam bahasa Mandarin...Memang terbaik....

Aku sokong ajer sesape artis yang menunjukkan fesyen sopan dan menunjukkan style Malaysia nie... Kalo yang jenis celop...jenis yang dah takde identiti Malaysia...Sori to say la kan.... Aku tak sokong punyer... Popular ke tak popular.... Gua tak layan... Gua layan yang ada identiti Malaysia je... Kata negara Islam kan... Please show the Islam Way (At least pada fesyen kita)... No celop-celop....No Gangnam... :)

P/S: Semoga lebih ramai artis berjaya bukan saje di dunia...tapi di akhirat..:)

Sunday, August 5, 2012

Shila Amzah Bertudung | Biodata Shila Amzah


Semenjak dua tiga menjak nie kan.....ramai pulak aku terdengar yang artis wanita kat Malaysia menukar imej depa dengan bertudung.... Yang terbaru aku duk dengar sok sek sok sek.... si Shila Amzah... Kalau korang nak tengok camner imej bertudung yang dikatakan tu....Nie haa...


Oleh kerana si Shila Amzah nie dikhabarkan ingin mneukar imejnya kepada imej bertudung.... Maka aku sediakan la sedikit sebanyak biodata Shila Amzah....

BIODATA SHILA AMZAH

Nama Sebenar: Nur Shahila Binti Amir Amzah (ND Lala)

Nama Komersial: Shila Amzah

Tarikh Lahir: 13 Ogos 1990

Umur: 22 Tahun pada Tahun 2012

Asal: Kuala Lumpur, Malaysia

Alat Muzik Diminati : Gitar & Key Board

Youtube Account:   Shilalas  

Pencapaian: Naib Juara One In A Million (OAIM) musim ke-2

Album: Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)

Blog Kesukaan : Wacanaku (syok sendiri sikit...hehe)


Wokeh......benar ke tak dia sekarang akan bertudung.... aku tak tahu....Tapi bagi aku... hanya satu je ucapan aku kalau benar la Shila Amzah nie sudah bertudung.......

ALHAMDULILLAH....SEMOGA HIDUP SHILA PENUH DENGAN KEBERKATAN..AMINN

Aku buat entri nie pun sebagai satu doa khas untuk Shila kalau-kalaulah dia baru terdetik nak bertudung.... Mana la tau kan... Kalau tak benar pun citer nie....Kot-kot lepas baca entri nie dia bertudung... Pergh.. Memang tak sia-sia aku bukak blog nie.....:)

P/S: Memberi galakan untuk perubahan positif amatlah digalakkan dalam Islam...