Monday, January 2, 2012

Video Full Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Dan Zizan Raja Lawak

Ok..... Sebelum nie aku dah bagi entri dan video pasal Ustaz main gitar dengan Zizan di SINI (link) dan sambutan tahun baru dengan Asma Al-Husna di SINI (link)... Kali nie aku bagi pulak video full soal jawab antara Zizan dengan Ustaz Azhar Idrus....... Antara soalan-soalan nyer ialah: 

Soalan 1:
Apakah hukum countdown newyear

Soalan 2:
Apakah hukum main bunga api

Soalan 3:
Langgar lampu merah dibolehkan?

Soalan 4:
Betulkah alat muzik itu najis?

Soalan 5:
Kalu suara isteri xsedap..kena nyanyi hiburkan suami jugak ke?

Soalan 6:
Pendapat Ustaz mengenai hiburan?

Soalan 7:
Orang perempuan xwajib pakai tudung

Soalan 8:
Batalkah solat jika anak kecil naik atas riba ketika sedang tahiyat awal?

Soalan 9:
Bakpe Ustaz ngn Zizan tak masuk Raja Lawak

Soalan 10:
Hukum tengok cerita hantu?

Soalan 11:
Nak derma RM10..tp termasuk RM50. Boleh minta balik tak duit tersebut?

Soalan 12:
Kenapa wanita suka berbelanja?


Walaupun agak lama sikit...tapi apa salahnya meluangkan masa melayan video macam nie sekali sekala... Layan lagu korea lama-lama boleh...takkan layan video soal jawab macam nie sekali sekala tak boleh kan...:)

P/S: Pasti korang tak rasa boring....layan la yer...dan jangan segan kalau nak share...:)

Sunday, January 1, 2012

Sambutan Tahun Baru Paling Hebat | Asma Al-Husna

Aku dah post entri pasal sedikit sedutan ceramah Ustaz Azhar Idrus bersama Zizan Raja Lawak di SINI (link) .. Kali nie aku nak tunjukkan kepada semua pembaca blog Wacanaku nie video pasal nyanyian Asma Al-Husna sempena menyambut tahun baru 2012 di Dataran Shah Alam....


Untuk pengetahuan semua... majlis nie dihadiri seramai 80,000 orang !! Ramai tuu.... Alhamdulillah... ramai lagi yang sayangkan agama... Ramai lagi yang lembut jiwanya dan mencintai agama.... Semoga lebih ramai lagi yang mendalami agama dan meramaikan majlis ilmu dan majlis yang molek macam nie....

Selain Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak....ada ramai lagi selebriti yang hadir pada majlis nie... Antaranya ialah Shah Kamikaze, Shahir AF, Imam Muda Ashraff, Akil Hayy dan Ustaz Syed Norhisham... Semoga lepas nie lagi ramai artis-artis atau selebriti yang sudi hadir memeriahkan aktiviti yang menyejukkan dan menteteramkan jiwa macam nie.....:)

P/S: Pemimpin negara pun apa salahnya datang sokong sekali kan....:)

Zizan dan Ustaz Azhar Idrus Main Gitar Di Malam Countdown 2012 | Hukum Countdown

Rugi aku tak pegi Shah Alam semalam... Tak tau la pulak yang kat Shah Alam ada sambutan Countdown ala Islam di Shah Alam..... Siap ada ceramah agama... dan disunatkan bawak sejadah lagi... Dan yang paling menarik nyer....ada Zizan weh! Nie baru betul... artis menyokong majlis ilmu....

Dan yang paling aku rasa paling sportingnyer... Pasal slot Zizan dengan Ustaz Azhar Idrus.... Aku rasa ramai yang berair mata mendengar celoteh santai dua jejaka yang berlainan profession nie... Sorang seorang ustaz dan seorang pelawak... Dan yang paling bes nyer.... tengok depa main gitar nie....




Amek kaw! ha ha ha.... Sape kate Islam melarang semua aktiviti sosial... Islam tak melarang asalkan tidak ke arah maksiat.... Ada pulak yang kata jangan sambut countdown....tak boleh....berdosa! Haiyyo... nie dengar kata ustaz.... 


Haa.... itulah hukum pasal sambut countdown tu.... Dan yang paling bes...Zizan pun dah mula jadi penceramah...ha ha ha.... Zizan kata...." Babi ada hok halal.... tamboh Q.... babi Q.... [barbique].. " Senyap terus ustaz.... ha ha ha ha...

Semoga kita mendengar dan menghadiri majlis-majlis ilmu macam nie.... Jangan asyik nak kritik jer...jangan asyik nak jaga periuk nasik jer.... Kadang-kadang kena dengar jugak kata-kata orang ada ilmu macam nie... Barulah buat hujah dan bagitau kat orang lain.... bukannya pikir sendiri jer tanpa ilmu.... SESAT NANTI! 

P/S: Cara sambutan tu yang jadi haram... Countdown bukan satu perayaan... Semalam dikatakan sambutan dibuat dengan nyanyian Asma Al-Husna...:)