Wednesday, April 10, 2013

Tarikh Penting Pilihan Raya 2013 (PRU 13)

Maka, dengan ini disahkan bahawa tarikh hari mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ialah jatuh pada..... Haaa.....tengok keratan surat khabar nie... Tarikh penting untuk pilihan raya umum 2013..


Jatuh pada....5 Mei 2013.. Maka berduyun-duyun lah yang akan balik kampung masa tu... Tapi sila cek dulu yer di mana nama anda..di kawasan manakah nama anda diletakkan... Macam kawan aku... kampungnyer di Kota Bharu...tapi kene mengundi daerah Machang... Dia pun pening...haha. Tu ok lagi kalau dalam negeri yang sama... Kalau berlainan negeri macam mane? Tak mengundi la kan...he he he...

Selamat mengundi yer semua... Tarikh penamaan calon juga ditunggu-tunggu nie... Kawasan aku dah dengar-dengar dah...sorang bekas Pengetua sekolah... sorang lagi calon lama... Tapi dengar citer macam tak buat keje... haih... Tapi kita kena ingat..khabar angin jangan dibuat hujah atau sebab yer.. Selidik la sendiri kebenarannya...:)

Cuma satu aku duk selalu pesan.... Pesanan aku ada aku letak link nyer di bawah nie... Sila baca sebelum pi mengundi... Jadilah PENGUNDI YANG BIJAK! 




Baca yer... Jangan risau...entri aku hanya sekadar pembuka mata dan minda supaya korang berfikir... Jangan suka mengumpat,mengeji sesiapa, atau menghina hanya kerana ada cerita atau fitnah yang dibuat...Jangan kita menilai sesuatu dari pandangan katak di bawah tempurung... jadilah seperti burung terbang di langit... Pandangan dari pandangan lebih luas terbentang tanpa halangan dan rintangan.... Baru nampak keindahan dan kecantikan sesuatu... Undilah untuk kesejahteraan Malaysia..:)


1 comment:

atuk said...

Assalamualaikum PW

Insyaallah...mengundi berdasarkan Al Quran dan Hadis