Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Petua Elak Saman Polis Terbaik Untuk Penunggang Motorsikal

Hiasan jer..
Sape yang tak penah kene saman dengan polis? Sila la naik laju-laju di jalan sekarang juger!! Biar kene speed trap... he he he... Tak pun tak payah pakai seat belt... Tak pun tak pakai topi keledar bagi penunggang motorsikal... Tapi ada satu petua nak elak saman polis khas untuk penunggang motorsikal yang tak pakai helmet...

Cara nie aku pun tak penah buat lagi... Tapi nampaknya hasil gurauan seorang ustaz.. ada jugak yang berani buat betul-betul! Dan yang paling best... Tak kene saman beb!!! Caranya.... bila korang ditahan polis sebab tak pakai helmet... Sila azan kuat-kuat!! Tak percaya?? Cer bace nie....

Siap jawab balik tuu..haha
Haa.... sape cakap polis nie jahil.... Polis ada jugak yang beriman... Dengar azan terus tak jadi nak bagi saman.... Hati cair der!! :p. Nampak sangat polis yang terlibat tu seorang yang cintakan Islam...huhuhu. Tapi kalau kene saman jugak tu... Komfem korang azan tak betul! Jangan salahkan polis tu...ha ha ha...

Kalau korang ada kemusykilan pasal agama.... Boleh la bertanya di wall facebook ustaz nie... Namanya Ustaz Azhar Idrus... NO POLITICS okay! Tanya isu agama yang korang musykil jer... Jangan malu bertanya... Kejar la ilmu untuk amalan diri....bukan nak meninggi diri...:)

P/S: Nak tanya pasal petua elak saman pun boleh....ha ha ha... Ops.. jangan SPAM yer...

Wednesday, December 28, 2011

Lawak : Polis dan Perompak Bersiri


Di suatu bandar yang penuh dengan cahaya lampu lip lap lip lap...  Ada sekumpulan perompak bersiri yang hebat lagi macho... Erk.... tah la macho ke tak... Sebab depa nie pakai topeng... Topeng pulak beli kat pasar malam je kot... Nak tau kenela tanya diorang sendiri nanti yer..... Wokeh...sambung citer... Pada malam Jumaat... Diorang merancang satu rompakan besar-besaran ala-ala citer Ocean 11 gitu... Diorang nak rompak bank yang bernama Junebank! [Bukan Maybank okay...]

Maka merompak la diorang malam tu... Segala plan berjalan lancar bak air mengalir di dalam longkang Kajang... Sekali sekala tersekat sebab ada sampah dan rumput rampai... Kesimpulannya.... tak la lancar sangat! So... nak dijadikan cerita.... Pak guard bank sempat tekan loceng kecemasan! Maka kelam kabut la si perompak sekalian....

Tapi plan merompak masih diteruskan.... Semua yang ada diugut akan ditembak kalau cuba bangun dari tempat asal... Kecuali yang nak terberak atau terkencing... Diizinkan sekejap menunaikan hajat sambil pintu terbuka.... Eiii....yekkk! Pervert! Puii.... Puii..... Alamak.... mengarut lagi! Okay.....sambung citer balik..... 

Tengah diorang cuba nak bukak pintu besi... Maka datang la segerombolan polis...mengepung bank tu... Dan macam biasa la kan.... keluar la dialog stereotaip...."Sila menyerah diri jika anda mahu selamat..." Dan macam biasanya perompak-perompak nie takkan menyerah punyer..... Ala.... stenderd la kan.... Tak brutal la kalau menyerah diri....

Lepas puas dipujuk... maka pihak polis cuba menyelinap masuk ke dalam bank.... Depa merancang ingin masuk melalui cara MI.... Apakah cara MI..?? MI tu singkatan bagi movie Mission Impossible.... he he he... Oleh sebab si polis nie dah terpengaruh dengan movie jugak.... Maka nak ler dicuba di dunia realiti.... Nak masuk ikut saluran dari atas bangunan guna tali!! Pergh..... layan je ok....huhu


Maka dicuba la bagi yang berani dan die hard fan bagi citer MI tu.... Dalam sepuluh polis yang cuba masuk... 3 jer yang berjaya.... 7 masuk spital besar HUKM.... Erk..... Don't try this at home ok.. Movie tak sama dengan realiti.... yang berjaya hanya yang kurus keding jer.... yang terlebih makan fast food...semuanya stuck dekat saluran! tak pun mati kelemasan dalam tu sebab sendat sangat.....kesian..........

Yang tiga orang polis nie pun cuba mengesan perompak-perompak tadi....kali nie cuba bayangkan citer Die Hard pulak... Tak kisah la yang mana... janji Die Hard.... Bila dah terjumpa dengan geng-geng perompak tu... Tembak menembak berlaku.... Siap baling-baling bom lagi.... Maka matilah konco-konco perompak.... yang tinggal cuma bos dier jer.... bos dia nie korang bayangkan macam Joker dalam citer Batman.... baru nampak brutal kan.... 


Sekali polis buat berjaya mengepung ketua prompak nie.... Dan semua mengacu pistol kontot depa ke arah dia... yang bersenjatakan senapang patah... Bukan senapang yang patah ok!! Senapang tu namanya senapang patah.... Sekali polis tu bagi amaran...

"Jangan bergerak! Kalau bergerak kami tembak!"

dan si ketua perompak nie terpaksala menyerah diri.... Di kala nak meletakkan senapangnya dan mengangkat tangan tanda menyerah...... 

"BANG!!!! BANG!!!" 

Seorang polis telah menembak ketua perompak tu di kaki....

"Penipu punyer polis.... aku dah nak serah diri....asal tembak bangang??" kata ketua perompak nie...

"Entahnyer....asal ko tembak der?" Tanya ketua unit polis....

"Errr.....sebab dia bergerak....saya tembak la chief.... " jawab polis nerd tu...

SEKIAN

P/S: Rekaan semata-mata.... Kredit to Bro Wacana...hahaha

Sunday, June 19, 2011

Pak Pandir Dengan Kelambu

Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Asal ko tido bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk...

Jom Join GA.....klik SINI...