Di suatu bandar yang penuh dengan cahaya lampu lip lap lip lap... Ada sekumpulan perompak bersiri yang hebat lagi macho... Erk.... tah la macho ke tak... Sebab depa nie pakai topeng... Topeng pulak beli kat pasar malam je kot... Nak tau kenela tanya diorang sendiri nanti yer..... Wokeh...sambung citer... Pada malam Jumaat... Diorang merancang satu rompakan besar-besaran ala-ala citer Ocean 11 gitu... Diorang nak rompak bank yang bernama Junebank! [Bukan Maybank okay...]
Maka merompak la diorang malam tu... Segala plan berjalan lancar bak air mengalir di dalam longkang Kajang... Sekali sekala tersekat sebab ada sampah dan rumput rampai... Kesimpulannya.... tak la lancar sangat! So... nak dijadikan cerita.... Pak guard bank sempat tekan loceng kecemasan! Maka kelam kabut la si perompak sekalian....
Tapi plan merompak masih diteruskan.... Semua yang ada diugut akan ditembak kalau cuba bangun dari tempat asal... Kecuali yang nak terberak atau terkencing... Diizinkan sekejap menunaikan hajat sambil pintu terbuka.... Eiii....yekkk! Pervert! Puii.... Puii..... Alamak.... mengarut lagi! Okay.....sambung citer balik.....
Tengah diorang cuba nak bukak pintu besi... Maka datang la segerombolan polis...mengepung bank tu... Dan macam biasa la kan.... keluar la dialog stereotaip...."Sila menyerah diri jika anda mahu selamat..." Dan macam biasanya perompak-perompak nie takkan menyerah punyer..... Ala.... stenderd la kan.... Tak brutal la kalau menyerah diri....
Lepas puas dipujuk... maka pihak polis cuba menyelinap masuk ke dalam bank.... Depa merancang ingin masuk melalui cara MI.... Apakah cara MI..?? MI tu singkatan bagi movie Mission Impossible.... he he he... Oleh sebab si polis nie dah terpengaruh dengan movie jugak.... Maka nak ler dicuba di dunia realiti.... Nak masuk ikut saluran dari atas bangunan guna tali!! Pergh..... layan je ok....huhu
Maka dicuba la bagi yang berani dan die hard fan bagi citer MI tu.... Dalam sepuluh polis yang cuba masuk... 3 jer yang berjaya.... 7 masuk spital besar HUKM.... Erk..... Don't try this at home ok.. Movie tak sama dengan realiti.... yang berjaya hanya yang kurus keding jer.... yang terlebih makan fast food...semuanya stuck dekat saluran! tak pun mati kelemasan dalam tu sebab sendat sangat.....kesian..........
Yang tiga orang polis nie pun cuba mengesan perompak-perompak tadi....kali nie cuba bayangkan citer Die Hard pulak... Tak kisah la yang mana... janji Die Hard.... Bila dah terjumpa dengan geng-geng perompak tu... Tembak menembak berlaku.... Siap baling-baling bom lagi.... Maka matilah konco-konco perompak.... yang tinggal cuma bos dier jer.... bos dia nie korang bayangkan macam Joker dalam citer Batman.... baru nampak brutal kan....
Sekali polis buat berjaya mengepung ketua prompak nie.... Dan semua mengacu pistol kontot depa ke arah dia... yang bersenjatakan senapang patah... Bukan senapang yang patah ok!! Senapang tu namanya senapang patah.... Sekali polis tu bagi amaran...
"Jangan bergerak! Kalau bergerak kami tembak!"
dan si ketua perompak nie terpaksala menyerah diri.... Di kala nak meletakkan senapangnya dan mengangkat tangan tanda menyerah......
"BANG!!!! BANG!!!"
Seorang polis telah menembak ketua perompak tu di kaki....
"Penipu punyer polis.... aku dah nak serah diri....asal tembak bangang??" kata ketua perompak nie...
"Entahnyer....asal ko tembak der?" Tanya ketua unit polis....
"Errr.....sebab dia bergerak....saya tembak la chief.... " jawab polis nerd tu...
SEKIAN
P/S: Rekaan semata-mata.... Kredit to Bro Wacana...hahaha
3 comments:
Assalamualaikum PW
boleh buat drama niiii
Wassalam
walaupun barai jalan cerita , tapi kelakar . nice :)
klimaks da ok, the end of story lawak la jugok :)
Post a Comment