Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Kalau Dah Putus Cinta


Ermmm.... cinta.... Love.... Mohabbat..... acecece...yang part hindustan tu yang aku rasa aku sendiri nak tergelak...hehe.. Mesti ramai dari kalangan pembaca entri ni sedang hangat bercinta kan... Orang kata..cinta tu buta...cinta tu indah.... Cinta tu sesuatu yang sepatutnya dihargai.... Tapi kalau dah putus?

Mula la ramai yang nak terjun bangunan....terjun dari bumbung rumah.... mula la nak gantung diri sorang-sorang... Mula la nak makan pil tidur banyak-banyak.... Ape ke jadahnyer sumer tu?? Nyawa yang Tuhan bagi tu lebih murah ke dari secebis cinta yang korang hilang kejap tu? Sungguh singkat pemikiran orang yang takde ilmu agama nih....

Kalau dah putus.... ada dua penyelesaiannya..... Pertama... MOVE ON... Lupakan dia...Tak payah nak pikir pelik-pelik.... tak payah nak komplikated... sampai nak jumpa bomoh dan dukun yang kebanyakannya nak kikis duit jer... Senang citer.....Mulakan hidup baru.... Teruskan hidup tanpa cinta yang hilang tu.... Bukannya dia sorang je kat dunia nie.... Kumbang bukan sekor... Bunga bukan sekuntum... Apa nak susah?

Kedua.... Kalau dah putus.... SAMBUNG la balik! Ni kalau korang rasa masih boleh dibincangkan atau hubungan tu masih boleh diperbaiki.... Sebab apa boleh jadi putus tu.....korang kaji balik... Korang yang silap ker..... si pasangan yang silap.... Biasanya kalau pasangan yang dah berkahwin akan selalu ambik jalan penyelesaian yang ini....

Hanya dua tu jer caranya..... Takde jalan ketiga... Susah nak lupakan? Susah nak mulakan hidup baru? Itu tandanya korang masih belum matang... Takut nak hadapi kenyataan.... Ingat.... cinta yang paling suci ialah cintakan Tuhan yang Esa.... bukannya cinta kepada makhluk.... Korang perlu jelas pasal benda nie.... Korang perlu betul-betul memahami Rukun Iman! Percaya kepada Tuhan.... Percaya kepada Qada' dan Qadar... ANDA SUDAH LUPA KER?

Wednesday, July 6, 2011

Biodata Fazura | Tahajjud Cinta

Sebagai intro untuk drama Tahajjud Cinta nie..Aku dah bagi la sikit SINOPSIS di entri yang INI... Korang boleh la jenguk-jenguk.... Kali ni aku nak utamakan wataknya puler.... Watak Utama citer nie ialah yang dilakonkan oleh Fazura... Fazura dalam citer ni bertudung rapi... Sangat sesuai dengannya.... Dengan itu...aku sediakan sedikit biodata dier di sini...


Nama: Nur Fazura Sharifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1983
Tempat Lahir: Pekan, Pahang
Adik Beradik: 4 (anak ketiga)
Pekerjaan: model iklan, pelakon filem dan drama

Lakonan dan Kerjaya:
Filem: Bicara Hati (2004), Qaisy dan Laila (2005), Senario XX (2005), Gol & Gincu (2005), Kayangan (2007), Selamat Pagi Cinta (2008).

Drama: Gol & Gincu I, Gol & Gincu II, Diari Datin, Kasih Suci,Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta 4, Tikar Buruk, Rendang Untuk Mertua, Ezora, Kitab Cinta dan Tahajjud Cinta

Pengacara: VJ di MTV Asia, VJ di salah sebuah rancangan ESPN

Blog Faveret: WACANAKU (Ini rumors jer....he he)


Tapi....dalam banyak-banyak watak yang die bawak...aku rasa aku paling suka watak yang dalam drama terbaru nie.... Sebab sangat molek dan sesuai untuk dibawak terus ke realiti hidup dier.... Aku doakan agar dier kekal dengan imej tu....Aminn...:)

Saturday, May 7, 2011

Cinta, Kekasih, Tunang dan Kahwin

Seronok tak bercinta nih? Aku rasa ramai yang cakap seronok....ramai jugak yang cakap menyakitkan tapi gembira.... Macam-macam la jawapan korang kan.... Kali ni....Bro Wacana nak ajak berbincang pasal cintan mintan nih.....bukan mee cintan tuh.... Cintan yang datang dari hati nih... Yang takde hati perut...jangan kacau kitorang nak bincang....he he

Cinta ada banyak peringkat.... peringkat kekasih....peringkat tunang...peringkat dah kahwin.... Peringkat kekasih ni la ramai yang suka kan.....Paling romantik dan paling syok.... Yelah....tengah gatal nak mencuba macam maner rasa cinta tu kan.... Tapi.....part ni la paling bahaya.... Bahaya sebab kemungkinan besar akan buat dosa.... 

Peringkat tunang.... apa beza tunang dengan kapel? Takde!! Takde beza pun...cuma korang dah cop dah yang ni aku punyer...nak pegang...nak sentuh.... TAK BOLEH! Hukum haram masih lagi wujud. Peringkat ni paling banyak dugaan.... Dugaan sebab berdarah manis.... dugaan konflik jiwa dan perasaan.. dan lain-lain. Dugaan konflik jiwa tu sebab korang nak convert dari kapel kepada kahwin... Biasenyer....konflik ni berlaku kalau pasangan tu masih lagi tak yakin dengan pasangannya.....

Peringkat ketiga...peringkat dah kahwin....cinta time ni takde masalah nak buat apa pun... Bukan setakat dah boleh pegang dah boleh sentuh...... Malah pegang dengan kasih sayang tu dapat lagi pahala..... Betapa nikmatnya kahwin.... buat apa-apa pun..dapaaat je pahala.... Ehem-ehem...jangan duk berimaginasi pelik-pelik yer...he he he

Tapi....dalam bercinta.....ada musuhnya..... Musuhnya ialah....cemburu, dan curang..... Aku nak hurai kan kesemuanya.....tapi dah panjang nih.... tunggu je la next entri okeh...... Aku akan kaitkan dengan entri aku yagn lepas dan entri dari seorang blogger lain......tunggu............

P/S: Wacana Pengenalan Blogger Bersama Bro Wacana sedang berjalan....Jomm join reramai di SINI