Ha ha hai semuaa....!! Kali nie Chef Bro Wacana akan menyediakan satu resepi istimewa khas untuk sesape yang tak nak bagi lauk yang terlebih dibazirkan...he he... Ini jugak sesuai untuk dibuat juadah berbuka puasa atau bersahur kerana ada banyak khasiatnya.... Resepi kali ni ialah nasi goreng ala bajet...
Bahan-bahan : (Untuk 2 orang)
Nasi yang dah masak
Ikan (yang direbus atau lebihan singgang)
2 Bawang merah
3 bawang putih
Beberapa kacang peas
budu
sos tiram
Cara menyediakan:
- Tumbuk bawang merah , bawang putih sekali dengan ikan yang dah dicarik-carik isinyer... Ikan tu pada asalnya lebihan singgang semalam yang disimpan di dalam peti sejuk... hehe
- Masukkan bahan yang ditumbuk itu di dalam kuali panas yang ada sedikit minyak untuk ditumis...
- Tengah duk tumis tu...masukkan sos tiram...sedikit garam dan gula dan jugak sos tomato...masukkan sedikit air
- Masukkan budu sebagai pengganti ajinomoto...hehehe
- Kalau tak yakin kesedapannya...boleh test rasa dulu time nie...adjust la mengikut citarasa anda.... Selepas berpuas hati...masukkan nasi
- Dan yang last....masukkan kacang peas yang dah dipotong halus...
- Siap dan boleh dihidang bersama keropok atau timun.....
