Showing posts with label pengenalan. Show all posts
Showing posts with label pengenalan. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Wacana Pengenalan Blogger #3

Entri Pilihan dalam list ini:

Blog aku bertemakan warna pink+purple sebab gabungan warna ni nampak sangat sweet. Aku bukan peminat tegar warna pink, tp nampak cantik kalau buat template untuk blog. Aku start buat blog masa disember 2010. Sekarang dah 5 bulan blog aku wujud. aku buat blog sebab aku nak cerita macam-macam kat sini. entry aku kebanyakan pasal hidup aku sehari-harian. Ada jugak aku bagi info sikit-sikit untuk pembaca.

Nak tau lebih lanjut...klik ni---> http://bit.ly/jMBkTF
Blogger-blogger lain yang sudi memperkenalkan diri.... Terjah la mereka....
  1. http://bit.ly/lPdjm1
  2. http://bit.ly/mxzN0K
  3. http://bit.ly/kttQym
  4. http://bit.ly/kQsSEW
  5. http://bit.ly/lTSse0
  6. http://bit.ly/m6zwXI
  7. http://bit.ly/lpRu10
  8. http://bit.ly/iscGaE
  9. http://bit.ly/jMBkTF
  10. http://bit.ly/lfuV5i
 Selamat berkenalan bloggers! :)

Wacana Pengenalan Blogger Baru Telah Tamat!!

Daaaaaaaan tamat la sudah Wacana pengenalan aku nih.... Tujuan nya hanya lah untuk memberi peluang kepada blogger baru atau lama untuk memperkenalkan blog nya kepada blogger lain...Kemungkinan akan dapat follower baru dan jugak pembaca setia....mane la tau kan... Aku dulu selalu join benda-benda gini..... dan dari segmen-segmen begini....korang dapat la mempromote blog korang kepada pembaca....

Aku dah keluarkan sebahagian peserta di SINI dan di SINUN. Lepas ni aku akan senaraikan lagi yang selebihnya.... Setiap entri senarai itu...aku akan selitkan satu entri dari korang sumer...kira macam entri pilihan la... Dah dua blog aku pilih entri nyer.... Tinjau la yer....nak update nih.....:)

Kalau korang perasan.... link yang aku letak tu berlainan sikit dengan link asal... Bukan kene virus ke aper... tu aku saje buat jadi gitu...sebab nak bagi suspen dan taknak korang tau sapekah depa tu.... nak tau....kene la terjah dulu...he he he. Selamat berblogwalking dan membace latar belakang blog depa semua....

Friday, May 6, 2011

Bro Wacana Ajak Berkenalan Dengan Blogger Baru

Okeh.... kali ini aku nak buat satu lagi wacana....yang boleh dikatakan sesi berkenalan dengan semua blogger...lebih tepat....kepada sesapa yang membaca blog korang nanti.... Aku bagi contoh....senang citer aku sendiri la kan...

Aaku adalah Pembawa Wacana... Atau lebih mesra dipanggil Bro Wacana. Blog aku bernama Wacanaku. Kenapa Wacanaku? Sebab aku suka akan bahasa lama...bahasa yang puitis dan berlapik... sesuai dengan ciri-ciri melayu yang ada dalam darah daging aku nih... wacana ni banyak digunakan dulu-dulu...tetapi sekarang ni semakin dilupai oleh generasi muda....Lagipun maksud wacana dalam kamus dewan sangat sesuai dengan apa yang ingin aku sampaikan di dalam blog ni.... Dan jugak inilah identiti aku...WACANA.

Blog ni dilahirkan pada 2009...tetapi tak aktif... aku mula aktif pada bulan Disember 2010 sampaila sekarang... Sebelum aktif....blog aku ni hanya ada 10 follower jer... dan beberapa entri... tetapi setelah aku dapat semangat nak berblog... idea pun datang bagaikan hujan mencurah-curah...Maka terbentuk la segala entri-entri aku.... Dalam blog ni ada cerita-cerita (Hikayat Kedai Kopi dan Cerpen) ada lawak... ada kelas bahasa....dan macam-macam.... pelbagai.... Kebanyakan adalah asli dari aku... Kalau ada copy tu.......aku akan backlink kan... Wajib tu....

Itu la serba ringkas pasal blog aku..... Okeh..... sekarang....giliran korang pulak berpeluang untuk menaikkan blog korang di mata pembaca.... Khas untuk blogger baru.....yang lama nak join pun boleh juger...;)
  1. Buat satu entri bertajuk "Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana"
  2. Letak header rabak aku tuh dan link kan ke entri nih
  3. Terangkan pasal diri anda dan blog anda seperti aku dah buat tu.... Buat sebaik mungkin...biar pembaca tertarik nak memfolo anda.....
  4. Sudah siap.....bagi link entri korang ke komen entri ni.....
Senang je kan..... lagi ramai lagi baik.... kita berkenalan sesama blogger dan membentuk satu gagasan yang kukuh dan utuh.... Bloggers! Keep blogging.....and be strong okeh! Aku nantikan entri-entri korang.... Kalau ada yang menarik hati....akan aku naikkan jadi entri pilihan di bawah tajuk Wacana Pilihan... :)

Tarikh tutup penyertaan... 12.30 pagi...HARI AHAD