Thursday, November 8, 2012

Piala AFF Suzuki 2012 | Team Malaysia Lemah ?


Dalam bulan November nie...satu lagi pertandingan berprestij Asia Tenggara bola sepak akan berlangsung... Piala AFF Suzuki 2012... Dan merisaukan ramai peminat tanah air kita...pasukan Malaysia atau Harimau Malaya tahun nie dikatakan lemah dan tak bermaya? Betul ke...

Ramai yang mencemuh permainan pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan baru-baru nie.... yang terbaru...kalah dengan skuad Thailand 0-2... Ape kes?? Asyik kalah je kan... Takkan dah lemah balik kot team Malaysia kita nie.....

Baik... kena ingat jugak apa kepentingan perlawanan persahabatan..... Dari pendapat aku... hebat pada game friendly tak mencerminkan yang kita hebat dan kuat...kalah game friendly pun tak menunjukkan lemah.... Sebab friendly game nie cuma nak biasakan pemain bermain dengan cara berpasukan dan mencuba taktik-taktik baru yang mungkin boleh diguna pakai pada perlawanan sebenar....

Ia cuma satu medan latihan dan medan menguji setiap pemain yang ada dalam pasukan...reserve mahupun first team.... Kalau tengok dari line-up pemain baru-baru nie...Datuk K.Rajagopal sengaja mencampur-adukkan pemain utama dan baru... Dan taktikal pun lain kalau korang perasan.... So... ia bukan kekuatan sebenar yang ada pada pasukan Harimau Malaya tahun 2012 nie...

Cuma yang membimbangkan.... nampak kurang kreativiti pemain nak membuka peluang jaringan... Itu nampak jelas... Kurangnya idea dan sentuhan lorongan bola yang menarik untuk penyerang menyudahkan jaringan.... Mungkin itu yang sekarang menjadi agenda utama dalam fikiran Datuk K.Rajagopal....How to solve the problem...

Dari segi pemain.... kita sememangnya kuat... pesaing utama dalam Piala AFF Suzuki 2012 nie.... kalau Datuk K.Rajagopal menurunkan kesebelasan utama... Memang kuat... Cuma mungkin apa yang dibimbangkan coach kita tu....pasal pemain back-up kita... Agak kurang meyakinkan.... Itu yang cuba dikorek dan dianalisis oleh beliau dalam game friendly sebelum nie.....Dia nak tengok.. apa kelebihan yang boleh digunakan dan apa kelemahan mereka.... Kalau memang game...tapi tak dapat tujuan utama...apa gunanya kan...

So....rilek dulu... kita serahkan kepada Datuk Raja dan team Harimau Malaya 2012 kita membuktikan kemampuan sebenar pada hari kejohanan nanti... Jangan nak kutuk je keje.... bagi support... bagi dorongan dan sokongan padu kepada pasukan negara kita.... Kalau depa jatuh...kita laungkan semangat..kalau depa perform...kita laungkan sorakan... Harimau Malaya boleh!!

No comments:

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785