Monday, November 26, 2012

Ulasan Ringkas Malaysia vs Singapura | Piala AFF Suzuki 2012


Malaysia diundi bersama pasukan Singapura, Indonesia dan Laos dalam kempen Piala AFF Suzuki 2012 nie... Dan perlawanan pertama, menentang Singapura...Keputusan....sangat mengecewakan...kalah 0-3 di tangan negara jiran tu.... Kenapa??

Datuk K. Rajagopal duk salahkan GK Apek... Betul ke salah dia? Untuk gol kedua...memang salah dia... Boleh cakap silly mistake la dalam bahasa penjajah... Tapi overall...Apek ok jer... Tapi bagi aku yang paling teruk adalah bahagian tengah....

Tengah langsung tak hidup... Di mana hilangnya Amar Rohidan (??) yang dibangga-bangga Datuk Raja kita tu? Hilang posisi weh.... Aku geram jugak...sebab ramai lagi pemain tengah yang lebih berkaliber berbanding Amar Rohidan nie... 

Masa friendly Malaysia takde menang kan... Kira ok la masa tu masih lagi ber eksperimen... Aku tak salahkan Datuk Raja kalah di friendly...Tapi sepatutnya lepas buat beberapa eksperimen... Dah nampak dah yang si Amar Rohidan tu hilang sentuhan buat masa sekarang..... Tapi kenapa dia termasuk dalam pasukan Harimau Malaya? Dan lagi teruk....First Eleven negara masa lawan Singapura?? Pening weh..pening....

Nampak sangat kita tidak cukup kreatif dalam mengatur serangan... Enjin masuk air.. mana nak jalan... Safiq Rahim pulak out of form jugak.... Mana perginya Piya..antara midfield terbaik kat Malaysia buat masa sekarang? Nazmi Faiz pulak kenapa tak dipanggil? Bukan bias kat Kelantan...tapi pelik... pasukan yang paling perform dan paling konsisten...Tapi player yang dipanggil untuk wakil negara...dua orang je...Aik?? 

Aku memang serang bahagian tengah je... Walaupun ada yang salahkan defend... Tapi aku rasa kesalahan defend dapat dikurangkan kalau tengah tu hidup.... Nie tengah hancur..banyak serang guna kelebihan individu Norshahrul dengan Gunalan... Safee Sali penat duk tunggu hantaran cantik dari kawan... Tapi tak datang-datang... Camne nak menang? Ibarat kata coach aku... Kalau tengah mati...korang macam bawak kereta tanpa enjin...Camne nak menang race??

Bagi aku...rombak balik tengah....ataupun bagi kata-kata perangsang kat pemain tengah nie...Tampar sikit bagi tersedar dari tidur tu... Nampak sangat kekurangan.... Lepas nie lawan Laos...Sepatutnya kita boleh menang... Singapura mungkin on-par dengan kita...Tapi Laos....Takde alasan nak kalah game nie... Sebab kalau kalah....Kita OUT dari kempen Piala AFF nie....dan Pasukan Harimau Malaya kena buat rombakan besar-besaran dah... 

Player tambatan Datuk Raja sudah mula berpijak di awangan... Selesa berada di bangku pemain Harimau Malaya...Sedangkan ramai yang tidak layak...Ada yang lebih layak dari mereka....Cuma mungkin atas faktor-faktor tertentu yang sepatutnya tidak ada dalam konteks pemilihan pemain kebangsaan..... jangan pilih bulu weh....pilih yang betul-betul perform dan layak...Baru Malaysia terus maju ke hadapan...Kalau tak...camni la jadinya...

P/S: Sekadar pendapat peribadi.. Sayangkan Harimau Malaya...

5 comments:

afifudinsohaini said...

sedih tengok malaysia main malam tadi..

dee said...

penat aku sorak kat stadium. hampeh.
papepun, kipitup harimau malaya. Aum!

nik ros said...

setuju..pasukan perform paling konsisten tapi player nya 2 org jea. tu pun soran di bangku simpanan.

tgh mmg hancur so mcm mana penyerang nak serang kan :)
tapi pelik naper jurulatih tak nampak. padahal semua org bercakap pasal tu :)

thenunu said...

cik nunu ni tak la pandai pasai bola.tapi masa tgk kat tv malaysia lwn spore tu memangla rasa frust gila sebab kalah.dh la kalah, takde gol langsung plak..aduii aapa pun tak boleh

Berita Melayu said...

kita sama2 lihat kebangkitan kembali pasukan kita besok menentang Laos.

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785