Sunday, September 1, 2013

Keropok Lekor Yang Sangat Sedap | Seri Keropok Lekor


Besar, sedap dan murah..
Kalau di Terengganu... Keropok lekor Losong la yang best kan... Kat Kuala Besut pun dah kirenye boleh tahan dah.... Tapi di Kelantan, ada satu tempat yang sama level sedapnya... Silalah mencuba keropok lekor home made (buatan sendiri) nie di Bachok, Kelantan... Namanya... SERI KEROPOK LEKOR !! Sangat best dan murah!

Sedap bai... rasa dia unik... penuh dengan rasa ikan dan kepejalan yang membuatkan korang rasa nak lagi dan lagi... Beli sikit komfem patah balik nak beli lagi.. he he he.. Macam ter over la pulak kan.. Tapi tu ler gambaran kalau dah rasa...komfem nak lagi... Semestinye di Seri Keropok Lekor.. keropok lekor asli..

Banner Seri Keropok Lekor
Harganya berpatutan...seringgit sebatang.. sebatang bukannya kecik..besar bai.. Memang murah dan sedap.. Lokasi kedainya pulak.. berdekatan dengan Pantai Irama, Bachok, Kelantan... Berdekatan dengan masjid besar warna kuning tu.. Nak pin point kan kedainya kat mana tu agak susah kan.... Takpe...nanti ada diberi nombor telefon..korang boleh contact si pemilik kedai tu kalau nak cari kedainya kat mana....

Dijual terus selepas direbus...fresh dan panas-panas lagi!

Beli keropok kat sini...pastu makan kat Pantai Irama sambil berkelah.... Pergh...memang masyuk dan menceriakan suasana... Rasa keasliannya tu menggambarkan keaslian keropok lekor Kelantan yang ala-ala terengganu... Macam mana tu? Haaa....kenelah rasa...baru tau kan..:)

Ok.... Kepada yang berminat, boleh la mencuba dan menghubungi no ini....Nama tuan miliknya... SERI.. Nombornya.... 017-3297789. Boleh contact kalau ada pergi ke Bachok atau nak buat tempahan penghantaran ke mana-mana... Cubalah berbincang kalau nak... =)

Signboard tepi jalan..

Seri Keropok Lekor nie masih baru... kedai dia pun rilek-rilek je lagi... cuma rasa keropok lekornya tu melebihi kebaharuan dan kerilekan kedainya tu.... Cubalah dan rasailah sendiri... Buat santapan sendiri dan pemberian kepada kawan-kawan nanti...Komfem berbaloi-baloi....:)

Kedai dia cam nie je baru.. akan ada pembaharuannya nanti..
Kat sini bukan saja ada jual keropok lekor...ada jugak keropok sira, keropok keping yang di order khas dari Terengganu.... keropok segera dan segala jenis keropok la kan... Dengar cerita.. nanti akan ada jualan-jualan produk ikan yang lain.... Mesti ada yang tertanya...macam mana aku boleh terjumpa kedai keropok lekor yang best nie kan.... Sebabnya... Aku suka lepak-lepak bersantai bersama wife dan anak di Pantai Irama nie... Banyak kedai dah dicuba...dan kedai nie yang paling best keropok lekornya... Cuba lah..;)

P/S: Aku dah rasa.. dah beli.. dah habis dan nak lagi!!

3 comments:

Dkna Abza said...

terliur lak tengok kepok lekor nie..nyumm nyumm

アヌム said...

aaa rase nk makan kopok lekor pg2 ni.tapi pose..saba japp huhuuuu

Lydia Miza said...

Sedap! LM sgt suka keropok lekor. X pernah tolak

Ping your blog