Wednesday, January 4, 2012

Mahasiswa Berpolitik, AUKU dan Demonstrasi

Pergh..... masuk je tahun baru.... pecah lagi pintu kaca.... Terrorist ker? Penunjuk perasaan ker? Ermm.... Segan pulak nak jawab.... Sebenarnya mahasiswa yang memecahkan pintu kaca tersebut.... Kenapa? Sebab nak selamatkan rakan yang dipukul pihak polis... Sape betul dan sape salah? Bagi aku NO KOMEN..... Sebab semua yang terlibat ada salah dia.... tak kira kecik atau besar.... Mengamuk dan memukul... Aku tak sokong dua-dua cara!

Aku bukannya nak bagi ulasan pasal kejadian berdarah di salah satu universiti di negara kita nie.... Aku cuma nak bagi pendapat umum pasal mahasiswa, AUKU dan demonstrasi.... Baik..... Salah ker mahasiswa nak berpolitik? Bagi aku tak salah.... Sebab apa? Sebabnya.. apa yang telah berjalan di universiti.... MPP (Majlis Perwakilan Pelajar).... MTM (Majlis tertinggi mahasiswa)... dan berbagai jenis M lagi... Sumernyer tu politik!

Jadi sememangnya tak salah berpolitik.... Takde sekatan.... Cuma berpada-padalah yer..... Jangan sampai taksub dan terikut dengan emosi remaja korang tu.... Kabur dengan dasar perjuangan yang sebelum nie bagus dan menarik.... Tetapi jauh menyimpang setelah tercampur dengan emosi diri dan galakan dari luar.... Hati-hati.... Korang masih belum dapat segulung ijazah... Itu tujuan asal korang masuk Universiti.... Kalau betul la nak berjuang berpolitik tak kira dapat ijazah ke tak.... Kenapa korang masuk universiti?? Tak payah masuk terus kan senang..... Takde la korang bawak nama mahasiswa... Korang bawak nama rakyat Malaysia jer...

Mahasiswa nie tujuan asalnya nak belajar.... tak kisah la nak belajar apa pun.... Belajar sains ker... belajar jadi cikgu ker.. nak jadi engineer ker..... Nak BELAJAR BERPOLITIK ker.... yang penting korang masuk nak melalui proses pembelajaran di Universiti..... Jadi cukup setakat belajar selok belok dan timba pengalaman dulu.... Korang rasa takda kuasa langsung nak bersuara ker? ADA jer.... Melalui undian korang la.... Korang kan diizinkan mengundi..... So...Apa guna?

Ok... Pasal AUKU.... ada yang setuju ada yang tak setuju...Lumrah manusia.... Mesti ada yang sokong dan tak sokong... Yang sokong sudah pasti tak diulas dalam entri aku nie.... Yang tak sokong tu... Salah ker nak bagitau korang tak sokong AUKU? Bagi aku tak salah.....

Tetapi... dengan landasan dan cara yang betul.... Jangan sampai berperangai seperti budak yang tak dapat alat mainan... Mengamuk tak tentu pasal.... Slow talk sudaaa.... Tak jadi sebab kuasa di tangan orang lain?? Tak cukup dengan sekadar slow talk gitu?  So.... penyelesaiannya.... undilah yang korang rasa akan memansuhkan AUKU... apa susah.... Jangan la terjerit-jerit macam monyet tak tentu hala sampai memburukkan nama mahasiswa tu sendiri.... Nak kan perubahan... Korang sendiri la kena berubah... Nak ajak kawan-kawan.... Ajak secara ilmiah dan penuh adab sopan.... Bukannya hoi hoi macam lanun kat Somalia tu...
Aku pun dulu belajar di universiti... duduk di bawah tempurung AUKU.... Tapi aku dapat ijazah dan bebas menyalurkan idea aku.... Apa susah? Takde impak besar macam yang diharapkan? Biarla.... Itula lumrah perjuangan.... nak gubal undang-undang bukannya makan masa sehari dua.... Memang makan masa yang lama... Jadi bersabarla dengan perjuangan tu... Gagal sekali bukan makna gagal selama-lamanya... Lagipun AUKU diwujudkan pada zaman remaja melayu sedikit saje berjaya dalam alam universiti... Kalau rasa sekarang nie korang dah cukup matang nak tangani sendiri.... Korang bolehla mengundi yang mana menyokong mansuhkan AUKU....Bukannya berdemonstrasi...

Demonstrasi..... Aku setuju jika demonstrasi dilakukan secara aman dan tertib... Tak mengganggu masyarakat sekitar.... Dan tak buat kecoh! Tapi bagi aku la kan.... tak perlu nak berdemonstrasi.... Cukup la sekadar buat satu perhimpunan ilmu... Berhimpun.... buat satu forum... Ajak semua media massa... Polis nak turut serta pun takper... bincang pasal benda yang tak puas hati tu... Dapatkan satu keputusan.... hantar secara rasmi ke pihak kerajaan.... Terima tak terima... Janji benda nie dihebohkan kepada umum... maknanya luahan rakyat telah dihantar ke pihak pemerintah secara penuh intelek dan beradab... Done... Cuma atas pemerintah la kan nak menerima luahan ke tak.... Tak nak terima.... Undilah orang lain!

Mesti ada yang cakap asyik suruh undi orang lain je kan... Ye la... entri ni wujud sebab ada pihak yang tak sukakan AUKU... Maka wujud la demonstrasi jalanan... Makan wujudla pihak golongan kiri...Jadi... Cara yang paling senang nak tunjukkan kuasa korang... adalah pada masa pengundian nanti.... Yang mana dah sokong tu...tak perlukan entri macam nie....kan?

Simple je kan? jangan la terikut dengan gaya politik ekstremis.... Buruk nama negara... buruk la perkembangan ekonomi... buruk jugak la keadaan kita... Selesaikan segala ketidak puasan hati dengan akal dan fikiran... Apa guna belajar tinggi-tinggi kalau akal duk kat kepala lutut... Ini masalah dalaman jer...Jangan bagi PIHAK LUAR MASUK CAMPUR!! Maksud aku bukan bermaksud orang di luar pagar universiti korang tu.... I mean betul-betul PIHAK LUAR... Depa tunggu masa jer nak huru-harakan Malaysia nie... So...beware....

P/S: Taksub berpolitik sampai tinggal kewajipan agama... Haih... Sedarla sebelum terlambat...

Hukum Main Alat Muzik Dalam Islam | Gitar

Tak sangka la pulak.... isu ustaz main gitar menjadi satu isu besar dalam dunia blog.... Dan yang paling pelik... sampai menyentuh isu politik...ha ha ha...Jauh bebenor menyimpang nyer.... Ok...sebelum membuat apa-apa entri berkaitan hukum.... Elok la diselidik secara terperinci... Bukannya search dalam Google...pastu ambik link yang paling atas...jadikan rujukan terus tanpa usul periksa.... SALAH TU!

Sebab apa salah? Sebab Google bukannya susun link tu mengikut kebenaran dan fakta... Depa susun ikut populariti link tu jer... Lagi satu pasal pagerank website tu... Dan lain-lain lagi la yang memeningkan kepala otak orang cam aku nie.... yang penting.... bukan pasal kebenaran dan kesahihan hukum tu... 

Ok.... perkara pertama nak cek hukum nie betul ke tak.... Kena tengok kesahihan hujah yang nak diambil tu... dan benda yang boleh dibuat hujah paling popular ialah Quran dan Hadis.... Dalam quran tak boleh sangkal dah... yang menjadi masalah biasanya dari hadis... Sebab ramai yang tak faham akan hadis yang mana patut dibuat hujah... 

Hadis nie ada jenis-jenisnya.....hadis sahih, hadis makbul, hadis hasan, dan hadis dhaif... Kalau tak tau jenis-jenis nie...JANGAN SUKA-SUKA NAK BUAT HUKUM SENDIRI.... Hadis nie asalnya datang dari kata-kata Rasulullah....bukannya kata-kata orang lain! Jangan pulak korang cakap, Ini hadis dari mak bapak aku!!... Tampor kang....Puuuii!! [Alamak...terikut gaya video POPULAR (link) tu la pulak] He he he

Faham tu dulu baru boleh mengkaji lebih mendalam.... Masuk pasal hukum main alat muzik... dipecahkan banyak kategori pulak.... alat muzik ketukan, alat muzik petik, alat muzik tiupan.... Oleh sebab isu pasal gitar... Kita masuk terus bab alat muzik petikan... 

Kategori alat muzik dipetik nie seperti biola, gambus, gitar, rebab, kecapi dan piano... So...kalau ada orang HARAM kan gitar...maka haramla semua di atas....he he he... Ok..ok...kita kaji dulu... Pendapat ulamak untuk alat muzik bertali amat la rumit dan bercampur baur.... Sangat complicated.... Apa sebabnya? Sebab pemahaman ulamak-ulamak berbeza bagi hadis nie....

Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Malik r.a:"Akan ada dari kalangan umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-maazif (alat nyanyian)".

Status Hadis nie: 
Walaupun ia adalah sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Ahli hadis yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, al Hafeedz azZahabi dan al Hafeedz Ibn Hajar Asqalani. Kalimah al-maazif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai yang dimaksud alat muzik.

Pemahaman yang mengHARAMkannya: 
Sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya.

Pemahaman yang mengHARUSkannya: 
  1. Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan dan Kharijah bin Zaid.
  2. Said bin Musayyab, Ata’ , Sya’bi, Az-Zuhri dan kebanyakan fuqaha’ Madinah.
  3. Ibnu Thahir menyatakan, “...ia adalah ijmak Ahli Madinah” (dakwaan ijmak ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ibnu Hajar Al- Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’.
  4. Sebahagian fuqaha’ Maliki, tetapi mereka menghadkan pengharusan tersebut untuk upacara perkahwinan sahaja.
  5. Al-Mawardi meriwayatkan keharusan penggunaan kecapi (Al-Aud) di sisi sebahagian ulamak Syafie.
  6. Ibnu Hazm, Abdul Ghani An-Nablusi, As-Syazili At-Tunisi dan Idfawi mengharuskannya dengan syarat-syarat berikut: 
  • Niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’
  • Tujuan yang tidak melanggar batas-batas syara’.
Sumber dari SINI (link dalam pdf) 


Apa yang aku nak bagitau.... hukum main gitar nie masih samar-samar.... Segala hujah mereka kebanyakannya datang dari hadis yang sama....  kalau mengikut hujah mereka.... pengHARAMan tu berlaku sebab dikaitkan dengan LALAI.... Dan pengHARUSan tu disebabkan dalil TUJUAN...

Aku sokong kedua-duanya..HARAM dan HARUS.... kenapa? Bagi aku MENGIKUT KEADAAN ALAT MUZIK TU DIGUNAKAN UNTUK APA.... Ulamak mengatakan HARAM kerana alat muzik tu akan buat kita cenderung ke arah LALAI.... bukan sebab bunyi atau gitar tu sendiri...Dan HARUS atas sebab berhibur dengan tujuan membina... bukan juga sebab bunyi atau gitar tu sendiri... Korang boleh baca sumber lain pasal alat muzik nie di SINI (link)

Sekarang nie...isu yang timbul kerana seorang ustaz telah bermain gitar di satu majlis ilmu...Dan sorang blogger telah menuduh ustaz nie agen iblis (melampau kan ) kerana dia main gitar tu... Korang boleh tengok videonya di SINI (link). Kalau nak tau lebih lanjut pasal majlis tu....korang boleh tengok di SINI (link) dan di SINI (link).... Ok...dah bukak blum link tu? Kena bukak dulu baru tau kisah sebenar.... Baru boleh buat keputusan yang ADIL.... Bukan sebab baca tajuk jer dah nak komen pompang pompang! :D

Sekarang.... korang rasa lebih ke arah HARAM ke HARUS bagi kes ustaz tu? Bagi aku HARUS.... Sebab time tu bukannya termasuk dalam kes LALAI.... Betul tak? Lain la kalau majlis tu sendiri cenderung ke arah maksiat a.k.a LALAI.... Seriusly sila mengadili secara adil dan saksama... Bukannya mengadili kerana PARTI POLITIK dan EMOSI.... Bagi aku PAS dan UMNO takde kaitan dalam kes nie.... Ini hal agama.... Jangan dibuat main-main... 

Yang menjadi persoalan besar ialah.... Kenapa isu kecik nie jadi besar ek? Adakah kerana berlainan parti? Adakah kerana jealous sebab ustaz nie semakin mendapat nama oleh masyarakat Malaysia? Atau kerana asyik kene atas batang hidung dia setiap kali ustaz tu cakap "BODO" kepada golongan tertentu? He he he.... Tepuk dada tanya iman masing-masing la kan.... Kalau yer pun nak ludah...Jangan la ludah ke langit... Nanti sendiri kena ludah tu...:) 

P/S: Kalau ilmu panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga...:)

Tuesday, January 3, 2012

Pelajar Cemerlang SPM Rosak Akhlak Selepas Sambung Luar Negara

Sekarang nie duk gege (bising) pasal budak kita yang terer giler masa SPM aritu dah rosak pekejadah di luar negara lepas sambung pengajian.... Ok... sebelum tu.... GEGE tu bacaannya macam memey dalam citer KL Gangster tu... he  he...Iklan bahasa kelate der....:D Sambung pasal budak terer exam nie.... Bagi aku la kan... Tak heran la kalau dia tiba-tiba berubah gitu..... Sebab apa? nanti aku citer dalam entri nie....

Ok.... Katalah budak cemerlang SPM tu....dapat 25A1.... Sekarang kan dah makin banyak subjek kecik-kecik..atau lebih tepat subjek sub-sub jer.... Kirenyer taraf 25A1 tu macam 9A1 zaman dulu je kot... Bukannya terer sangat...... Sebab depa sumer hafal!! Bukannya faham..... kan? :)

Maksud aku.... terer depa tu... tak semestinyer terer seterer-terernya..... Kena tengok silibus pengajian jugak... Memang ada yang betul-betul hebat.... genius... tapi tak sumer... Aku dah penah ajar tuisyen budak-budak SPM... tau la sehebat mana tahap pengajian SPM sekarang nie... Banyak dah dikurangkan dan dimudahkan ajer berbanding dulu-dulu.... Kalau tak cayer.... cuba bagi depa soalan dulu-dulu... Lagi-lagi matematik tambahan....Aku rasa menggaru jugak la sebelum dapat jawab...he he he

Apa yang nak disampaikan bukan pasal mudah ke senang nak dapatkan A tu.... Tu sampingan jer... Tapi pasal tahap agamanya....Dapat 25A1 kan..... Komfem ker agama A1? Maksud aku bukannya Pendidikan Islam dalam silibus pengajian kita tu... Tu tahap tadika je kalau nak banding agama sekolah pondok.... Kalau bagi budak-budak pondok subjek Pendidikan Islam kita sekarang nie.... Segelintir je dapat B... Yang lain komfem dapat A1 tanpa mengharapkan pujian...sebab senang! 

Masalah yang berlaku pada student kita yang rosak akidah tu bukannya berpunca dari A banyak ke sikit..... Tapi sebab kurangnya pendedahan agama di peringkat sekolah lagi.... Pendidikan Islam kita tu terlampau asas nak dipakai dan diamalkan oleh anak-anak muda kita kalau nak dijadikan batu asas iman nak melawan godaan duniawi di luar sana..... Tak cukup.... Sebab tu berlaku kes gini...

Peringkat Universiti pun sama..... Pointer bukan main gempak lagi la kan... Student melayu ada jugak yang dapat hampir 4.00 flet... Yang dapat pun ada.... Tapi komfem ker tahap agama dan imannya dapat 4.00 flet? Padahal ilmu agama sangat penting nak bentuk asas jatidiri masyarakat yang bertamadun dan berakhlak tinggi? Takkan benda nie selalu terlepas pandang?? 

Bagi aku...kisah student kita yang rosak akhlak selepas berjaya di zaman SPM nyer.....tu tak pelik.... Selagi ilmu agama tak diterap dari awal.... Kemungkinan besar benda nie akan terjadi.... Secara teori senang jer.... Kukuhkan rukun islam dan rukun imannya.... Pastikan solat budak tu tak tinggal.... Dan sentiasa memberi nasihat agama kepadanya..... Tapi ramai ke yang buat macam tu?? Dan yang lagi penting.....mak bapak tu sendiri ada ilmu agama tak???

Semua nak tengok anak-anaknye berjaya dalam pelajaran.... Tapi banyak yang lupa tentang agama.... Padahal Itu yang paling penting!! lagi-lagi kalau nak hantar anak ke luar negara..... Kukuhkan agama dia dulu sebelum bagi fly ke luar negara!! Dapat 25A1 pun.... Tak menjamin iman dalam diri dia tu sehebat pencapaian SPM dia.... Bukan tudung labuh dijadikan ukuran... bukan A atas slip tu dijadikan ukuran.... Tapi iman yang diterapkan sejak dari kecil itu menjadi keutamaan.... kalau pergi dengan iman sebesar guli... Memang senang la terjebak ke dunia sosialis barat yang sememangnya senang tergoda...
Ramai jer yang rosak akhlak macam yang dihebohkan nie.... Bukan budak yang diceritakan tu ajer...[we know who] Kat dalam negara berlambak jer... Cuma tak dihebohkan sebab depa sumer nie tak dapat banyak A.... depa nie yang dapat 12A1 2A2 1B3....Dapat 13A1, 1B3....Dapat 9A1 1A2..... Tapi depa nie takda la sepopular yang dapat sumer A1 kan.... Tapi masalahnya sama jer..... Ilmu agama tahap tadika dari kecik sampai la besor... Ilmu dunia bertambah....ilmu agama main berkurang!

Jadi....dari kisah malang seorang pelajar cemerlang nie....kita pakat ambik iktibar.... Didikla anak-anak kita sejak dari kecil bukan mata pelajaran sekolah semata-mata.... Sila la ajar pasal ilmu agama... Jangan nak harapkan sekolah fardhu ain ajer.... Tak cukup weh.... Mak bapak yang paling penting... Segala-galanya bermula dari rumah..... Nie pun nasihat untuk diri aku jugak yang bakal nak dapat anak... Kita sama-sama besarkan anak-anak kita dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat dengan sebaik mungkin sejak dari rumah lagi.... kepada pelajar-pelajar.... Jangan tinggal ilmu agama....WAJIB tu!

P/S: Sebarkan jika sayangkan masyarakat kita.... Share ajer.... Penulis blog izinkan...janji letak sumber...:)