Monday, November 21, 2011

Malaysia dan Indonesia GAGAL dalam Sukan SEA !!


Sukan SEA dah nak melabuhkan tirainya... Dengan jumlah kutipan pingat sebagai perbezaan prestasi negara yang bertanding... Sudah pastilah Indonesia akan menjadi johan keseluruhan kejohanan sukan SEA tahun nie... Syabas diucapkan kepada negara tuan rumah nie...

Sepanjang kejohanan berlangsung... banyak benda dah berlaku.... Yang menang komfem balik dengan kegembiraan...yang kalah sudah pasti sukar nak melupakan detik-detik duka sepanjang di sana.... Mungkin kalah hanya perbezaan satu mata... mungkin kerana kesihatan mengganggu prestasi persembahan.... Banyak kemungkinannya....

Cuma.... aku agak terkilan dengan apa yang boleh disimpulkan dari kejohanan sukan besar di Asia Tenggara nie... Kesimpulan yang boleh aku buat... KITA GAGAL.... Bukan Malaysia....Tapi semua negara GAGAL.... Hmm.... apa yang gagal nyer... Indonesia dapat banyak emas.... Vietnam dan Thailand cemerlang macam biasa... Malaysia pun mencapai sasaran pingat.... Apa yang GAGAL nyer???


Ok....apa sebenarnya tujuan bersukan? Untuk apa sukan nie sebenarnya.... Cuba korang yang bace entri aku yang tak seberapa nie fikir sejenak.... Untuk apa sebenarnya sukan nie.... Mesti banyak yang fikir...untuk bagi badan sihat... Otak cergas...badan sihat... Yup.... tu salah satu tujuan bersukan... Tapi ada yang lagi penting....

Untuk mencipta nama di mata dunia? Waah...menarik idea tu... Tapi bagi aku itu bukan yang utama.... Ia cuma satu bonus bagi sesebuah negara yang mempunyai atlet yang hebat dan terbaik.... Bonus untuk memperkenalkan nama negara.... Tapi itu bukan tujuan yang utama.... APA YANG UTAMANYA?

Berbalik kepada sejarah...(boooooriiiiinggg) Hahaha..... boring tak boring... apa yang kita buat sekarang...sebenarnya banyak mengulangi sejarah... Kalau mengikut apa yang aku tau... pertandingan sukan nie untuk MERAPATKAN HUBUNGAN ANTARA NEGERI-NEGERI (atau negara) YANG BERTANDING... Itu tujuan kejohanan sukan diadakan... Menang kalah hanyalah bonus bagi yang betul-betul berbakat... Tapi bukan itu matlamat utama.... Matlamat utama...PERSAUDARAAN...

Kalau dilihat sukan SEA di Jakarta-Palembang nie.... Matlamat utama jauh tersasar.... Bukti.... Banyak page-page dalam Facebook memprovokasi Malaysia dan Indonesia... Bendera dibakar sebab kalah dalam sesuatu acara.... Atlet diprovok dan dipersenda secara melampau.... APA BENDA SEMUA NIE??? 


Yang paling sedih... kebanyakan kes berlaku antara Malaysia dengan Indonesia.... Padahal.... Kedua-dua negara nie serumpun.... Sejarah sudah membuktikan.... Indonesia dan Malaysia nie adalah satu bangsa atas satu nama.....BANGSA MELAYU. Tapi kenapa nak gaduh-gaduh sampai berpecah-belah? Nampak sangat taktik penjajah dulu berjaya sampai sekarang.... DIVIDE AND CONQUER!


Aku, seorang rakyat Malaysia yang sedar akan kepentingan kesatuan nie... Cuba nak menyedarkan semua yang membaca entri nie... Tak kire...Indonesia ker...Malaysia ker... Cuba fikir dan muhasabah diri.... ADAKAH FIKIRAN KORANG MASIH DIJAJAH??? Kalau asyik nak cari gaduh macam sekarang nie.... Maknanya korang masih ditakuk lama....masih dalam golongan orang yang masih dijajah!! 

Ingat.... dulu tidak wujud INDONESIA....dulu tidak wujud MALAYSIA..... Dulu hanya wujud satu negara yang besar dan hebat.... dikenali seluruh dunia di bawah satu kerajaan yang amat besar pengaruhnya....terkenal dengan ilmu pelayarannya yang hebat... Sehingga kerajaan Mesir datang ke negara tersebut mempelajari pelbagai ilmu... Sehingga dikenali dan disebut sampai ke negara China... Sehingga tertulis dalam rekod pelayaran bangsa Arab dahulu kala.... Sehingga tercatit dalam rekod sejarah Greek dan Rome... Negara itu terletak di KEPULAUAN NUSANTARA.... Sangat gah dan hebat di persada dunia.... BUKAN INDONESIA...BUKAN MALAYSIA... TAPI GABUNGAN KEDUA-DUA NEGARA INI... Namanya ialah......Hanya golongan yang mengkaji je tau...:)


P/S: Ala....bagi terus pun bukannya korang ambik tau kan.... Nak tau...carik sendiri!

Kalau rasa nak share, boleh ambik link dari page FB: WACANAKU

6 comments:

Unknown said...

semua nak menang.x de semangat kesukanan

iemah said...
This comment has been removed by the author.
iemah said...
This comment has been removed by the author.
iemah said...
This comment has been removed by the author.
Misz-ella said...

Hakikatnya Malaysia dn Indonesia itu serumpun. Sbnrnya, bkn semua Indonesian itu begitu.

Yg menjadi punca, media di Indonesia yg suka gembar gembur kan sesuatu isu. Rakyat miskin dan tak berpelajaran terpedaya dengan media, iaitu TV dn suratkabar.

Sebab tu, pelajaran tu penting. Dgn pelajaran, kita boleh berfkir dgn wajar. Dgn fikiran yg wajar, tak akan wujudlah sentimen benci membenci, bakar membakar, pijak memijak Jalur Gemilang kesayangan kita itu.

Apa2pun, syabas rakyat malaysia sebab tak bersikap seperti mereka2 itu.

aizamia3 said...

memang nampak..
tiada langsung semangat kesukanan.. yang ada hanya kacau bilau..