Oppsss....Oppsss.... Kepada yang masih tak kahwin atau di bawah umur... diminta baca entri nie sambil diperhati atau di bawah pemerhatian orang tua ok... Kepada yang sudah faham... Alhamdulillah... Entri nie untuk maklumat berkenaan bagaimana nak menghilangkan stress wanita....Dan salah satu sebab dan caranya.... ialah berkenaan dengan sperma.... Inilah petikan yang aku dapat:
"Tekanan adalah keadaan mental yang boleh mengganggu dan menurunkan kualiti hidup. Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi tekanan. Sebuah kajian mendapat air mani lelaki juga boleh dijadikan ubat anti tekanan.
‘Air mani membuatkan wanita bahagia’. Itulah kesimpulan yang luar biasa dari sebuah penelitian yang membandingkan perasaan wanita yang menggunakan kondom saat berhubungan seks dengan yang tidak menggunakan.
Menurutnya, ternyata kehamilan yang tidak diingini atau penyakit seksual yang menular akan lebih besar kesannyanya daripada mengimbangi kesan psikologi yang menguntungkan dari air mani. Dalam penelitian ini, pasukannya membahagi 293 wanita dalam beberapa kategori.
Kajian menjurus kepada berapa kerap pasangan mereka memakai kondom dan tahap kebahagiaan dinilai dengan menggunakan alat Beck Depression Inventory. Peserta dengan skor rendah adalah yang paling bahagia dan skor lebih dari 17 dianggap cukup tertekan.
Hasilnya, wanita dengan pasangan yang tidak pernah menggunakan kondom mendapat keputusan rata-rata 8, wanita dengan pasangan yang kadang-kadang menggunakan kondom mendapat keputusan 10.5, yang selalu menggunakan kondom 11.5 dan wanita yang tidak pernah membuat perhubungan seks mendapat keputusan 13.5. Dan menurut hasil penelitian yang telah diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior ini, gejala kemurungan dan usaha bunuh diri sering terjadi pada wanita yang menggunakan kondom secara teratur dibandingkan dengan yang tidak.
Hasil penelitian yang akan menimbulkan kontroversi ini menunjukkan bahawa wanita yang secara langsung terkena air mani akan lebih jarang merasa tertekan atau kemurungan. Pengkaji merasakan hal ini kerana adanya perubahan perasaan wanita akibat hormon dalam air mani yang diserap melalui vagina. Hal ini tidak terlalu mengejutkan, kerana air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah perasaan seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berbeza."
Ok... bagi yang BELUM KAHWIN... Jangan nak fikir akan cara nie nak hilangkan stress... Banyak lagi cara nak hilangkan stress... Ini cuma salah satu caranya... Jangan nak gatal-gatal buat alasan sebab info nie korang nak berzina pulak!!
P/S: Entri nie jugak cuma nak kongsi akan info kesihatan yer...bukannya nak berlucah atau nak dapatkan traffic hangat ajer... Blog Wacanaku tak maen publisiti macam tu okay...:)
6 comments:
hehehe..nice n3.
sape yg teringin hilangkan stress tu kena nikah lah yer
eh2 yeke?sy xkawen lg.haha
Assalamualaikum PW
belum pernah dengar lagi....
Wassalam
pon tak kawin gi ekekkeee
hehehe.. tak sabaq nak kawen.. boleh bagi bini ilang stress.. lalala~ ;)
nak tumpang share yerkkk.. boleh ke?
Post a Comment