Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda!! | Analisis Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

Syabas dan tahniah buat pasukan negara kita kerana berjaya mempertahankan kejuaraan dalam sukan bola sepak di Sukan SEA 2011 dengan mengalahkan pasukan tuan rumah, Indonesia dengan sepakan penalti 5-4 selepas perlawanan berkesudahan seri 1-1. Sekali lagi lagu Negaraku berkumandang....TAHNIAH!!

Perlawanan akhir tahun ni cukup sengit... Sebagai permulaan analisis aku... Aku boleh katakan.... SYABAS ONG KIM SWEE!! Mungkin ramai yang tak perasan atau tidak tahu.... yang pasukan Harimau Muda yang diturunkan dalam perlawanan akhir nie bukan dibarisi skuad utama kita... Boleh dikatakan, coach kita memerah segala sel-sel otaknya untuk memikirkan strategi terbaik nak lawan Indonesia nie kerana ramai pemain utama mengalami kecederaan....

Kepincangan skuad kita langsung tidak kelihatan walaupun ditekan dan diserang bertubi-tubi oleh pasukan Indonesia... Pasukan Indonesia dibarisi skuad utama mereka.... Manakala skuad kita dibarisi hampir separuh dari skuad simpanan... Ini menunjukkan skuad bola sepak kita sudah cukup matang dan ada pelapis yang sangat boleh diharapkan...

Permainan dimulakan dengan Indonesia terus melancarkan serangan bertali arus.... Pada minit ke-5, mereka terus berjaya mendapatkan gol hasil dari sepakan sudut.... Gol itu tak patahkan semangat pasukan kita... Pasukan kita menunjukkan kematangan dan ketenangan dengan mengatur secara teratur dan bersahaja... Dan akhirnya...selepas mencuba dua tiga kali...akhirnya kita berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil dari tandukan lemah Asrarudin....

Pada masa kedua... Pasukan kita banyak bertahan... Dan sememangnya inilah yang aku ramal di entri INI (link) .. Pemain Indonesia yang terkenal dengan skill individu yang tinggi cuba merobek benteng pertahanan kita tetapi pasukan kita tetap berdisiplin bertahan dan mengekang asakan Indonesia....

Perlawanan tamat dengan berkesudahan 1-1... Masuk je masa tambahan... sudah nampak pasukan kita sangat kepenatan akibat asakan Indonesia...hanya ada satu je cara yang mungkin sudah difikirkan Ong Kim Swee... bertahan hingga ke sepakan penalti.... Dan akhirnya pasukan kita berjaya bertahan.....Khairul Fahmi sangat cemerlang menepis segala cubaan dari Indonesia... Patut diberi pemain terbaik untuk perlawanan akhir nie...

Mungkin ramai yang kata...kalau la si Fakri Saarani tidak tamak...mesti pasukan kita dah menang awal... Tapi itu la bola sepak... tekanan dan pengalaman mungkin membataskan si Fakri Saarani.... Lagipun.. hanya dia saje yang available untuk game final nie.... Terpaksa la kot...hehehe

Apa-apa pun....TAHNIAH dan SYABAS untuk pasukan Harimau Muda..... Nice game! Buat pasukan Indonesia..... Semangat juang anda sangat tinggi dan perlawanan akhir ini sangat hebat dan menarik.... 

P/S: Rasanya Khairul Fahmi sekarang nie goalkeeper terbaik Asia Tenggara kot...

6 comments:

Udin said...

Khairul Fahmi (Apek) mmg terbaek bro.. antara goalkeeper terbaek Asia Tenggara.. fuhhh! puas tengok bola malam ni.. boleh tidoq lena.. hahaha!

whitecappuccino said...

puashati malam ni!Syabas Malaysia!

farhan said...

khairul fahmi memang terbaik..mesti N0 1 di asia tenggara..dan tak lama lagi asia kot.hehe

syawalsimpsons said...

tahniah...analisis yang baik...boleh la jadi pengulas bola pulak lepas ni...

Anonymous said...

Fakri xde ong smlm...tp jgn mudah lupa..dia yg membawa kita ke pentas final.

aizamia3 said...

bukan rezeki Fakri tapi tanpa semuanya Malaysia takkan berjaya..