Akhirnya aku dah selamat pulang ke Selangor.... Semalam baru sampai... sebagai permulaan tanda nak aktif balik..... ni la entri sempena budak-budak baru masuk universiti....semoga menjadi iktibar....Fakta penting perubahan pelajar baru bila dah masuk U...
FAKTA NEGATIF:
- Banyak pelajar bertudung berubah ke tidak bertudung masa di universiti... Mak bapak tak tau sebab bila balik ke kampung...imej bertudung kembali digunakan....
- Ramai kapel start berputik masa di alam universiti.... Kapel saje ok lagi....tapi kebanyakan menuju ke arah kemaksiatan.... Check-in hotel sana sini.. Sebab utama: Terpengaruh kehidupan barat kot.....
- Anak luar nikah jugak banyak terjadi kepada pelajar universiti.... Penyebaran berita dikurangkan demi menjaga maruah si mangsa... Penyelesaian: Sila jaga diri anda...bukan salah universiti
- Ramai pelajar mula tinggal solat subuh semasa di universiti... Akibat berjaga malam....subuh habis tertinggal....
- Perkataan mencarut semakin menjadi perkara biasa dalam percakapan...... Pengaruh kawan sekolej...
- CD lucah makin menjadi kegemaran.... tak kira lelaki atau perempuan... Mungkin terbawak-bawak dari alam persekolahan kot...
- Kebanyakan ilmu agama pelajar berkurangan kerana semakin diabaikan...yang dikejar hanyalah ilmu dalam silibus pengajian..
- Sesetengah pelajar mula meningkatkan soft skill nyer... Lebih-lebih lagi dari segi pembentangan kertas kerja dan leadership skill.....
- Pertuturan bahasa inggeris meningkat..Daya pemahaman pun meningkat...
- Belajar berdikari dalam mencari penyelesaian masalah hidup....
- Bagi yang aktif, dapat memanfaatkan kelebihan sebagai pelajar dengan menjoinkan diri dalam aktiviti kelab atau persatuan dengan benefit yang lebih..
- Menambah kawan dan mematangkan diri...
Itu la sebahagian fakta-fakta menarik yang boleh dijadikan rujukan dan panduan buat semua pelajar universiti.... Fakta ni aku kupas berdasarkan pengalaman dan pemerhatian..... Kenapa banyak yang negatif? Erm...itula maknanya ramai yang takleh nak menyesuaikan diri di alam universiti.... Ramai yang terkandas dari segi pembentukan rohani dan keutuhan iman walaupun semuanya berjaya grad!!
Sila jadikan fakta positif sebagai target korang bila nak grad.... dan cuba elakkan fakta negatif tu.... sebab aku tak nak nama korang terpahat di dalam list orang-orang yang GAGAL adapt untuk kehidupan baru di universiti... Rosak akhlak korang... rosak la generasi masa depan.... Dan negara pun akan semakin menuju ke arah kebinasaan...Sila aware benda nie...
P/S: Nak selesaikan masalah rasuah, sogokan, anak luar nikah.... semuanya berpunca dari awal.. DIRI ANDA SENDIRI
8 comments:
Real fact ni !..tp zaman persekolahan sy dah lepas..rasuah ni bermula dr keluarga juga! nak dpt keputusan cemerlang kena ada habuan...mcm mn nak hapuskan bro?
kita x smpat nk msuk u..dah keje dah dkpon..hihi
yang negative mmg byak..
x kurang yang laki prmpuan melayu islam tinggal satu rumah kat kawasan perumahan cina.. mmg ramai.. itu juga fakta.
aku setuju sgt dgn fakta2 tu semua... Aku yg sedang belajar di Univ pun dh jumpa perkara2 mcm tu... ada yg solat subuh lewat.
Mungkin sbb diorang igt bila dh masuk U, masa depan diorang cerah kot sebb tu bleh buat ikut suka...
Lagi tinggi kita belajar, lagi besar tanggungjawab kita....
:D
saya setuju dengan fakta2 tersebut..hehe..student upm baru dah start daftar harini..huhu..kesesakan lalu lintad di kolej serumpun pasti akan berlaku..adeehh..
fakta positif n negatif tu memang benar2 terjadi di U....bkn nak kata U aku jek macam tu..U len2 pon sama.. Apa yg aku dpt simpulkan. masuk U tu otak dah pandai...tp belum tentu tahap pertimbangan dan pemikiran dah bijak.
To dearie adik-adik: jaga diri..hiasi peribadi
penambahan..
http://farra-laiyin5606.blogspot.com/2011/09/aku-semakin-berlagak-demandkakak.html
byk lg positif dr negatif...
Post a Comment