Sehari dua lagi.....kita akan menyambut hari Maulidur Rasul..... Tanggal 12 Rabiul Awal.... Bersamaan hari Ahad nie....5 Februari 2012.... Ramai jugak yang ingat hari Maulidur Rasul nie....salah satu sebabnya..... dah jadi cuti umum....he he he.... Tapi betul ke cara menyambut yang kita amalkan sekarang nie?
Ok...sebelum tu nak bagitau.... mengikut pendapat beberapa ulamak... atau ustaz yang arif pasal agama.... Sambutan Maulidur Rasul nie adalah suatu bida'ah.... Ops.....jangan salah faham... bida'ah kan bermaksud yang diada-adakan sahaja.... Tak diamalkan pada zaman nabi.... Bida'ah untuk sambutan nie adalah dalam kategori bida'ah hasanah atau bida'ah yang elok...
Cumaa..... pada zaman nabi....tidak ada sambutan sebegini... Nabi tak meraikan hari kelahirannya sebegini meriah.... Nabi Muhammad s.a.w hanya menganggap harijadi beliau sebagai hari biasa... Ada yang mengatakan cukup sekadar membuat solat sunat tanda bersyukur.... Takde perarakan.... takde nyanyian.... takde semuanya....Tapi kenapa diwujudkan sambutan Maulidur Rasul pada zaman kini?
Sebenarnya.... sambutan Maulidur Rasul adalah untuk mengingatkan kita akan satu tarikh penting dalam memori kita semua.... hari Nabi dilahirkan... Mesej utamanya ialah... Ingat dan hayatilah kisah para nabi! Jangan menganggap hari Maulidur Rasul itu suatu perayaan atau hari bersuka ria....Tetapi hari Maulidur rasul sepatutnya dijadikan pencetus kepada yang masih lalai dan langsung tidak menghiraukan kisah-kisah dan sunnah-sunnah Rasulullah..... Mesej simplenya... INGAT RASULULLAH, INGAT SUNNAH, DAN SILA BERAMAL!! Ingat saje takde guna jugak....:)
Siapa yang pertama sekali meraikan Maulidur Rasul nie? Bagaimana sejarah asal maulidur rasul nie? Haaa..... Ia bermula pada tahun awal abad ke-7 Hijriyah oleh Raja Irbil yang terletak di suatu wilayah di Iraq... Nama raja itu ialah Muzhaffarudin al-Kaukabri... Sambutan yang diadakan cukup gilang gemilang... Lebih kepada memberi makanan percuma kepada rakyatnya tanda bersyukur...Menunjukkan pada hari itu, seluruh rakyatnya mendapat keberkatan dan kebahagiaan.... Sesuai dengan hari sambutan kelahiran Nabi....
Masyarakat kita sekarang sambut macam mane? Berarak keliling kawasan sambil berselawat... ada yang bawak sepanduk... Lepas habis berarak... berkumpul di satu kawasan mendengar ceramah agama atau forum agama.... dan disudahi dengan makan-makan.... Itu cara yang aku ingat dulu... Yang lebih moden ada lagi tak? :) Kenapa tak diubah sikit ek.... Contohnya... Memberi bonus khas kepada semua rakyat miskin sempena Maulidur Rasul ke.... Mengagihkan harta si kaya kepada si miskin secara bersama ker... Membuat satu hari tak kira menteri atau pesawah berkumpul bersama-sama membuat gotong-royong sambil berselawat ke.. Kan bagus...hihihi
Bagi aku la kan..... nak sambut....OK... Cuma perlu ingatkan diri.... sambutan Maulidur Rasul bukan seperti sambutan Christmas...BUKAN ok.... Bukan satu perayaan yang boleh mendatangkan gejala maksiat di kalangan umat.... Maulidur Rasul adalah hari untuk kita menemplak diri sendiri... Ingatkah kita kepada ajaran dan sunnah Rasulullah s.a.w? Tahu tak apa sunnah-sunnah beliau? Apa kisah kehidupan rasul kita? Bukan setakat harijadi beliau saje....Tapi keseluruhan kisah sejarah beliau....Patut kita hafal dan ingat....dan diceritakan kembali kepada anak-anak dan jugak generasi muda kita.....:)
Ni tak.... kebanyakan kita menyambut hari Maulidur Rasul sekadar menyambut semata-mata....Takde penghayatan.... Anggapan segelintir pihak hari itu sebagai hari cuti semata-mata....atau sekadar tau itu adalah hari kelahiran Nabi... Tapi segala sunnah beliau langsung tak diamalkan dalam kehidupan seharian.... Yang paling sedih.... generasi muda makin tak tau tentang maksud sebenar hari Maulidur Rasul... Bagi depa.... its time to enjoy! Bila ditanya pasal sirah Nabi.....Tak boleh nak jawab... Bila ditanya apa sunnah nabi.... geleng kepala... bila ditanya nama penghibur.... Ditanya seorang dijawab berpuluh-puluh nama... Salah sape??
P/S: Generasi muda adalah tunjang masa depan... Rosak pemikiran depa...rosak la masa depan..
1 comment:
betol2... jangan time maulud je baru nak berselawat, baru nak kata cinta nabi..
Post a Comment