Ok.... ramai duk kate Kelantan nie negeri yang paling miskin.... Negeri yang paling mundur... negeri yang tak membangun sejak bertahun-tahun... Pastu ada pulak digembar-gemburkan mengatakan dengan fakta-fakta yang Kelantan nie sememangnya negeri yang paling miskin di Malaysia nie!
Tapi betul ker? Aku tak tau sangat pasal nie...Macam mana pengukuran kemiskinan sesebuah negeri tu diukur... Dari segi projek pembangunan infrastruktur ke? Dari segi pembangunan rumah flat ke? Atau dari segi kemewahan rakyat tu sendiri? Orang yang terlibat je tau ye dak? Tapi aku nie orang Kelantan... Aku selalu balik ke Kelantan...Dan aku tengok dengan mata aku sendiri KEADAAN SEBENAR orang-orang Kelantan.... Nak tau keadaan sebenar penduduk Kelantan? Ni la FAKTA....bukan AUTA!
Kat Kelantan sememangnya masih banyak perkampungan.... Kalau nak banding dengan negeri-negeri lain... Aku rasa Kelantan masih banyak kawasan kampung-kampung... Nampak mundur la di mata orang yang tak tau kan.... Tapi cuba tanya depa sendiri.... Berapa ekar tanah hak milik depa? Rumah yang depa duduk tu... rumah sewa ke rumah sendiri?? Walaupun nampak buruk di luar... cuba masuk dalam tengok.... Siap ada Home Theatre lagi...Lengkap astro dan kipas pakai remote lagi.... Sumernyer bayar cash! Cuba selidik kawasan korang... Umah cantik tersergam indah... tanah cukup-cukup untuk ruangan rumah jer...Umah sewa kaa sendiri??? Tanah berapa butir je hak milik sendiri? Barangan dalaman rumah dah habis bayar belum? Adakah kebanyakannya hasil dari bayaran bulanan? Courts mammoth? he he he...
Ok.... tu pasal rumah.... Skarang tengok dekat wanita-wanita pulak.... Kalau pegi pasar ker....pegi Kota Bharu dekat Pasar Siti Khadijah tu.... Makcik-makcik yang jual sayur tu.... Siap pakai gelang emas tu... Emas pulak bukannya nipis-nipis...tebal dan berat... Agak-agak berapa harga gelang tu? Korang boleh beli tak? Cincin lagi.... tiga empat jari penuh dengan cincin.... Jual sayur jer... bukannya jual insuran ke haper...
Pastu cuba korang pusing-pusing Kelantan sendiri.... Bila nampak rumah banglo... Cuba pegi jap menyamar jadi pembanci rumah.... Cuba tengok sape yang duduk...Melayu ke Cina ke India..... Aku berani cakap... 90% rumah-rumah yang korang serbu tu.... kepunyaan melayu...orang tempatan.... Cuba korang buat dekat negeri korang....:) Agak-agak berapa peratus jer hak milik melayu....10%? 15%?
Bagi yang berpendapatan lebih kurang RM2000..... Cuba hidup kat Kelantan tengok.... Buat eksperimen selama tiga bulan ker... Cuba tengok boleh survive ke tak..... Aku jamin... Korang MEWAH dengan pendapatan RM2000 tu kalau di Kelantan..... Cuba korang compare dengan keadaan korang yang hidup di kotaraya nie.... RM2000 tu cukup tak? Ke kena ikat perut? Makan megi hari-hari? he he he...
Jadi dengan sedikit fakta-fakta depan mata nie..... Korang boleh pikir sendiri la kan..... Kalau la betul Kelantan nie negeri paling miskin... Tapi apa kepentingan kekayaan sesebuah negeri tu untuk RAKYATNYA?? Aku tengok rakyat Kelantan cukup mewah dengan kehidupannya... Kaya dengan tanah (harga tanah makin naik..tak penah turun..maknanya depa makin kaya!!!) Kaya dengan barangan kemas (emas pun tak penah turun harganya..Maknanya makin kaya!!!)... Masyarakat yang hidupnya cukup lengkap dengan kemudahan asas hak milik sendiri (rumah, kebun, barangan asas, dll) Bukan ker tu yang sepatutnya rakyat sesebuah negeri tu dapat?
Aku tak tau pasal negeri mana paling miskin negeri mana yang paling kaya.... Tapi yang aku tau... Orang Kelantan ramai yang dah cukup mewah... Yang miskin pun tetap lebih kaya berbanding dengan kebanyakan masyarakat kita... Depa miskin duit... Tapi kaya... sebab rumah dan tanah depa ada.... Hutang pun takde.... Kita? Duit banyak...Tapi tanah tempat tinggal takde...rumah sewa jer... Segala-galanya bayar loan (HUTANG)... Perlu ke berdabik dada?
Biarla orang nak kata kelantan negeri termiskin... Tapi rakyatnya kaya... Buat apa negeri kaya tapi penduduk setempat sebidang tanah pun takde... Macam dianak tirikan jer... Segala-galanya perlu disewa.... segala-galanya perlu berhutang.... nak jadi hak milik...kena bayar berlipat kali ganda mahalnya.... Hanya golongan kaya je mampu.... Golongan kebanyakan ? Yang dapat kecapi kemewahan negeri kebanyakannya orang-orang tertentu jer... Rakyat biasa macam aku nie? So...apa kepentingan skala kaya dan miskin sesebuah negeri? Apa yang lebih penting?? :)
P/S: Aku rasa banyak lagi FAKTA tu...tapi tak terfikir jer... Dan takut entri terlampau panjang... Contoh FAKTA lain.... Produktiviti pekerja...Rakyat negeri mana paling ramai bekerja di ibu kota? :)
23 comments:
setujuuuuuuuuuuuuu
bro wacana : rindu...lama x ketemu...koh koh koh
ambo setuju ngan pernyataan di atas...kemah molek...
saya org kelantan. tak setuju bila org kata kelantan miskin. cuba pegi kelantan sekarang. maju, moden. Pokcik saya antara 50 melayu terkaya di malaysia tau. Siap buat projek dgn Disney lagi.
setuju!!!!! kalo kelantan miskin, takdenya KB Mall, Parkson, Tesco & Billion tu penuh ngan org tiap2 hari ^_^ tanah kt Kelantan juga antara yg trmahal kt Msia.. hehe~
sy bkn org kelantan.
tp mak sy selalu pesan supaya jd mcm org kelantan. sbb org klntan ni mcm cina. pndai.
yg rumah banglo besau2 tu mmg betul..majoriti melayu.
profesor kt Uni pn majoriti kelantanese.
xtau la mcm mne dorg ukur kaya miskin ni...xkn semata2 bdasarkn bangunan tinggi melangit je kot?
Tak tau apa-apa. Dah orang cerita pasal Kelantan baru tau yang dipanggil negeri termiskin. Yang pasti orang Kelantan dengan emas tak boleh dipisahkan. Kaya la tu.
ok, sy mengaku dulu2 mmg sy fikir apa yg digembar-gemburkan oleh media adalah betul, Kelantan ni miskin, mundur tapi sy x ingatlah tahun bila ofis sy (kerajaan negeri) buat rombongan ke ofis kerajaan negeri di sana, rs cam baru terbuka minda, jauh lg cantik, lg moden daripada negeri saya, lepas tu dlm perjalanan dr Kota Bharu ke Bachok, tengok rumah besar2 belaka xde pun yg daif ke apa jd kat situ baru tahu selama ni dikaburi dengan berita yg palsu belaka
Bagi akulah ..penduduk Kelantan antara rakyat yang paling gigih .... byk yg taat agama, antara paling kaya dengan budi, dan paling cantik...
Tentulah dek kerana itu, mereka ini memang ramai yang kaya raya sbb tahu berusaha sendiri tanpa harapkan bantuan kerajaaan.
dari sudut pandangan bukan kelantan tetapi bermastautin barangkali 5 tahun di kelantan, insya Allah.
kelantan majoritinya melayu, yang memonopolinya melayu, jadi tidak hairan jika kebanyakan rumah besar yang ada dan tanah2 yang ada milikannya orang melayu juga.
kelantan majoritinya melayu, jadi tidak hairan semangat kesatuan melayu kelantan amat tinggi. semangat kesatuan melayu negeri lain tak semantap melayu kelantan.
walaubagaimanapun,
ramai kenalan keluarga yang asalnya kelantan memang kalau boleh tidak mahu pulang ke kelantan. kenapa?
katanya,
jika negeri sembilan lambat membangun, maka kelantan juga ketinggalan 10 tahun lalu berbanding negeri lain. maksud membangun saya, dari segi kemudahan2 awam - jalan raya, tandas awam, dll yang awam lah.
pembangunan universiti juga agak terbantut. faktornya banyak, mungkin boleh bincang lain kali.
sistem perparitan, sistem majlis perbandaran - sayang sungguh kelantan merupakan negeri terkotor yang pernah saya lawat. bekalan air tercemar pula di sesetengah tempat.
jadi sebenarnya ukuran kaya atau miskin bukan terletak pada bangsa, tetapi pada pembangunan bangsa tersebut - pembangunan minda, pembangunan rohani.
maaf, saya bukan mengutuk, tapi sekadar menyuarakan pandangan luar setelah hampir setahun di sini. rakyat kelantan peramah, saya akui, tapi bukan pada waktu memandu. maaf, manners pemandu kelantan lebih teruk dari pemandu KL.
sekian, komen panjang saya.
Assalamualaikum.
Saaaaangatlah setuju, ore hok xtau sumo oyat klatey miskin, ado sapa papan tando banding negeri klatey nga melaka, tahap kemajuan, memey tahap melampau doh tu
@tira azhar: Cuba dekati dengan lebih dekat lagi.... Insya ALlah selama mana anda enetap di Kelantan... fikiran sedari akan makin terbuka... saya tau apa yang sedari perhatikan cuma dari segi pembangunan kemudahan dan insfrastruktur.... Tapi cuba anda bayangkan jika diberi rm5 dan diberi rm2000, kemudian disuruh membina pembangunan.... Saya tau ada faham...
Berkenaan ramai yang tak nak balik.. Bukan kerana maju tak maju kaya tak kaya... Tapi orang tua sudah tiada... Dan kerana sistem sekarang yang tak pentingkan ukhwah setempat.. Golongan yang tak pulang tu ada dua... golongan yang lupa diri dan golongan yang kahwin dengan orang negeri lain... Bila orang tua suda tiada.. Maka negeri satu lagi la menjadi kampung untuk pulang...:)
logiknya, tak ada dana yang diberi serendah rm5, setahu saya banyak dah dilaburkan terutamanya untuk medan belajar saya, namun dek kelembapan kontraktor kelantan yang telah diamanahkan untuk menyiapkan sebelum deadline berbekalkan duit dari kerajaan, alkisahnya yang menjadi topik adalah medan belajar yang tak sempurna menjelang deadline tersebut.
oh, hanya statement. tak mengapa.
perbandingannya lagi, sedang baru 3 bulan di kelantan, pulang ke kg asal, kg asal yang berubah lebih banyak berbanding kelantan. jadi, kekurangan dana kah? atau tamak mahu jadi lagi kaya?
by the way,
kami tak beli pun barang kat courts mammoth tu. dan yang duduk di rumah sewa kebanyakannya orang luar yang datang. ramai orang luar tu, orang kelantan. maaf lah kalau menyinggung perasaan. ceriteranya, ramai tak pulang kerana tidak tahan duduk di kelantan dan sudah selesa duduk di negeri lain.
kaya atau miskin bukan ukuran,
cuma, bila dah terang bersuluh kelantan memang tak setanding kg asal, dan negeri lain hatta sarawak dan sabah, maka logiknya kelantan ni miskin, miskin dari segi mentaliti untuk berubah dan menjadi maju seiring dengan pembangunan jiwa.
ayuh kelantan. tok guru suruh keluar negeri untuk belajar dari negeri lain, dan membawa pulang ilmu yang dipelajari untuk dibaktikan di negeri sendiri, bukannya masih menegakkan kelantan itulah segala-galanya. jangan kasi malu tok guru. :)
@tira azhar: :) hanya orang kelantan sahaja yang betul-betul tau apa yang berlaku di kelantan... mengapa dan kenapa... bagus pendapat sedari... Tapi agak jauh menyimpang dengan realiti asal... its ok... itula pendapat umum...
P/S: Rm5 dan RM2000 itu hanya perumpamaan...*sigh*..
salam wbt...terima kasih kpd pembawa wacana yg mengeluarkan fakta ringkas ni..walaupun ringkas tapi padat...
saya tertarik dgn kata-kata @tira azhar :)isu berhubung dana..saya kontraktor biasa..dan saya selalu membuat kerja berkaitan dengan kerajaan..kebanyakan projek-projek mempunyai dana yang sudah disebut harga oleh kerajaan..bertahun-tahun saya menender..kebanyakkannya mesti berpunca dari dana-dana yang lambat sampai ke kontraktor..mungking awak pun tau sebabnya..ini kerana kelantan dikuasai pembangkang..rakyat kelantan seperti di anak tirikan dari kerajaan..kontraktor-kontraktor ini semuanya bumiputera dan mempunyai pengalaman dan kepakaran masing-masing..kalo dilihat diluar negeri kelantan..kebanyakkannya projek-projek dimonopoli oleh cina..
kelantan merupakan negeri yang ke 2 banyak membuat loan bisnes selepas kuala lumpur..mungking awak dapat menilai banyaknya projek-projek dan bisnes-bisnes yang dijalankan dinegeri kelantan..
mungking negeri kelantan ini terkotor dari segi kebersihannya..tapi biar la tidak terkotor dari segi bisnesnya..seperti industri arak dan kedai-kedai nombor ekornya..
kebanyakkan dana-dana projek dikelantan adalah hasil kerajaan negeri sendiri..negeri yang paling kaya sekali cuba kita fikirkan hasil apa dikeluarkan..seperti terengganu sebab hasil minyaknya..negeri selangor industri perkilangannya..dan negeri-negeri lain apa yang dihasilkan? sumber mana yang menentukan negeri itu miskin dan negeri itu kaya..? kalo saya nak cerita pasal hasil bumi kelantan seperti gas asli di pantai geting dan emas di pendalaman tanah merah..panjang lagi..
ini adalah fakta dan bukan rekaan atau pun auta sebaliknya..@tira azhar trima kasih kerana pendapat awak..tapi yang saya tahu fakta awak berdasarkan dari media dan mulut orang ramai..pembawa_wacana terima kasih kerana fakta yang ringkas dan padat kamu ini dapat menonjolkan kehidupan negeri kelantan di mata negeri-negeri yang lain..
apa yang saya katakan ini tiada bersangkut paut dengan mana-mana politik dan tidak bersangkut paut dengan duit..Assalamualaikum...
logik juga fakta tuan tanah dan rakan2 yg lain...mungkin akan datang tulis fakta ttg t.guru yg mengubah Malaysia..mcm Bro.Dinmans buat tu..
assalamualaikum.
isu psl kelantan negeri miskin ni, bagi saya isu ni sbenarnye berkaitan dgn ayat tak habis ni.
ayat yg sbena ialah, "kelantan negeri miskin, TAPI rakyatnya kaya"
by logik lah kan, saye rase faktor yg buat rmai rakyat kelantan boleh beli tanah berekar2 kt Kelantan tu sbb tanah kt sana tak semahal tanah kt negeri lain.
knape? sb negeri lain lebih pesat pembangunan nya brbanding di Kelantan.
sbb tu lah ramai rakyat negeri kelantan pergi kerja kt negeri lain + beli harta di negeri sendiri.
tp org negeri lain tak boleh nk buat mcm tu...terutamanya org negeri selangor + penang + johor bahru .
tp mcm saya, saya suka negeri saya, wlaupun harga tanah + rumah mahal, saya tak perlu merantau jauh dr famili utk cari kerja.. kemudahan semua pun cukup, moden + selesa =)
- anak malaysia -
tira baru sampai kelate je tu..rasanya2 mcm student umk la dok?sbab projek umk mmg problem...try tgk sape kontraktor dio...anak beranak sape...kaya atau miskin adalah tanggapan berdasarkan apa yg kita paham mengenai kaya dan miskin tu sendiri..tp yang penting jangan ada rakyat yang tak dapat keperluan asas sperti elektrik,air, dan sbagainya...masalahnya di sabah dan sarawak masih byk yg x dpt bekalan..mungkin kadar per kapita dorang lg tinggi drpd kelantan tp hanya sesetengah je dpt kaut byk..jd la jurang yg amat jauh di sana...tp di kelate..jurang antara tycoon dn rakyat sederhana x jauh sgt..jdnya taraf hidup pun seimbang dan selesa buat kebanyakan orang...
Apa yang miskinnya????? Miskin berdarkan apa?Pemilikkan hata?Simpanan tunai?Tempat kediaman?Pendapatan bulanan?Walau sebesar dunia sekalaipun pembangunn, nilinya tidak setanding dengan mentaati agama dan mengharapkan redha Ilahi. Miskin kaya bukan orang lain yang jahil tentukan tetapi ditentukan oleh akal yang berangkai dengan ilmu kebenaran. Misalnya orang yang mati syahid akan beruntung/kaya dunia akhirat disisi Allah tetapi dinilai bodoh dan pengganas oleh kafir harbi. Kemunduran yang ketara dikelantan hanyalah jalanraya yang kecik dan sempit kerana sengaja dirancang oleh penguasa kerajaan pusat yang bengong dan dengki.Ingat orang kelantan tak bayar cukai ke?Takkanlah orang kelantan nak cangkul buat jalanraya sendiri??Negeri mana penguasaan ekonomi bumiputera melebihi 70%? Negeri mana yang mempunyai reserve gas asli terbesar di Asia tenggara? Negeri mana yang mempunyai banyak bijih besi,emas dan uranium? Bangsa Melayu mana yang tertua didunia(lebih 6000 tahun) telah wujud?Pakar nuklear malaysia orang mana? Ulama melayu tersohor orang mana?Geraduan universiti dan profesor teramai orang mana?Sultan negeri mana yang menukarkan "daulat tuanku"(kalimah sesat) kepada membesarkan Allah(Allahhuakbar)?Orang kelantan,.... buat bom sama peluru berpandu pun dia orang tahu. Kelantanese is among the most gunies in the world. Kelantan mundur hanya retorik jahat lagi pendusta.
Assalamualaikum...sahabat semua...
kepada mereka yang mengatakan & btanya knpa org kelate ni ada yg tak mahu balik ke kelate tapi menetap di satu satu negeri lain....maknanya mereka belum kenal lagi secara dekat n mdalam perangai n fe'el org kelantan ni...
utk pgetahuan mereka tersebut...begitulah perangai org kelantan yg suka berhijrah,...n suka buat harta di luar negeri kelantan...coba korang tengok n perhatikan org mana yg paling banyak di mana2 tempat di ceruk rantau malaysia ni melainkan org kelantan...sebab apa...mereka suka berhijrah...(bukan sebab negeri kelantan miskin) tapi cari rezeki n cari harta...
ada yg dah ada tanah di kelantan (samaada beli sendiri atau milik pusaka keluarga)...FAKTA KELANTAN -SATU2NYA NEGERI YG XBENARKAN ORG LUAR BELI TANAH DI KELANTAN...maknanya org kelantan bebas memiliki tanahya sediri...dan setahu aku yg membesar di kelantan....sebelum besar n bekerja dah ada harta yg ditinggalkan oleh ayahndaku utk adik beradiku ni...alhamdulillah...selepas aku boleh tambah beli lagi...n sekarang nak cari tanh di lain2 negeri...
korang ada ke?hehehehe...jangan marah sebab ini fakta....
Saya pernah ke Kelantan, orang Kelantan memang pandai berniaga. Tengok sahaja seluruh negara, mana-mana sahaja mesti ada orang Kelantan yang berniaga baik dari segi makanan, kain baju dan sebagainya. Kalau di ukur dengan kemajuan dari segi bandaraya tentulah di sebelah barat, tetapi cuba fikirkan seketika. Adakah kedai-kedai di sebelah barat terutamanya di KL merupakan hak milik orang Melayu. Kalau semua kedai-kedai di negeri-negeri yang maju tiada kedai bangsa lain, selain bangsa Melayu, pastinya negeri Kelantan paling maju. Ingat!!! Jangan fikir negeri maju sahaja, adakah bangsa Melayu kita sudah maju selaras dengan agama Islam. Fikirkanlah wahai umat bangsaku. Sekian
Tira masih lagi tenggelam dgn fakta ya menutup kebenaran sebenarnya... Knp ramai jugak org dari negeri lain, bila pencen lebih suka bermastautin di kelantan? Contoh abg ipaq saya kawin dgn kakak saya. Abg ipaq saya lebih suka tinggal di kelantan dari nak balik ke negeri asal dia... N ramai juga cikgu2 dari negeri lain, bila dah lama menetap disana, lastly nak pencen n ikut pasangan dia duk di kelantan... Pasal air, ahh... Bosan nak dgr, sbb nya kamu pun patut tahu... Merantau di negeri org lain adalah kerana ingin timba ilmu, arwah baba saya merantau dulu... Utk ilmu, sama dgn saya... Apa pun, jgn judge org kelantan mundur tanpa kamu selidiki dgn ' hati yg ikhlas' nak tau... Pemandu kelantan paling teruk??? Ye ke???
Saya pergi ke Kota Bharu tahun lepas. Saya lihat keadaannya lain daripada tempat tinggal saya. Barangan harganya semua murah2. Yang saya paling suka adalah papan iklan dengan papan tanda kedai semuanya bertulisan Jawi. Lagi satu yang paling saya kagum dan paling bangga sangat2 adalah orang Melayu dengan Cina kat sana bergaul rapat. X mcm kat tempat saya di Penang. Paling best, orang Cina di Kelantan fasih sngt2 cakap Melayu, x kiralah ckp standard Melayu ataupun loghat Kelate. Begitu juga dengan pembangunan kat Kota Bharu. Lebih maju drpd sangkaan org lain. Rumah flat pula bagi saya special sngt2. Nape? Because bwah rumah flat ada shopping mall. Rata2 saya tengok rumah flat kat sana mesti macam tu... Apapun, negeri Kelantan "I THE BEST!!!!!"
Yang fakta lain sy x nak komen. Dua fakta saja paling ketara bila sy tinggal di kelantan. 1. Orang kelantan x miskin. 2. Sikap pemandu kelantan antara yang paling teruk di jalan raya. Bahaya dan bongkak. Maaf lah.. itu realiti.
Post a Comment