Sekarang nie [11 April 2012].... Semua pakat bising pasal tsunami....Sebab berlaku satu gegaran di Aceh lagi sekitar jam 4.32 ptg berskalar 8.7 dan 8.9 skala Richter... Semua yang berada di pesisir pantai risau dan panik... Amaran tsunami dikeluarkan takut-takut bencana alam tsunami berlaku lagi seperti sebelum nie yang meragut ramai nyawa...... Tapi selepas sampai jam 8.30 mlm.... Pihak berkuasa menarik balik amaran tsunami.... Alhamdulillah.... Ini menunjukkan tak semua gempa bumi menghasilkan tsunami..... SO.....bagaimana tsunami nie terjadi sebenarnya?
Ok..... Secara asasnya.....tsunami berlaku disebabkan tiga perkara... gempa bumi, letusan gunung berapi, dan tanah runtuh di pesisiran pantai.... Ada satu lagi sebab.... letusan di bawah laut...tapi yang nie sangat jarang berlaku... Tapi tsunami tak semestinya berlaku walaupun tiga perkara tu berlaku..... Ada sebab-sebab nya.....
Yang kebiasaan adalah disebabkan gempa bumi..... Ok.... Sebelum korang kaji pasal tsunami...elok korang kaji pasal gempa bumi.... Sebab dari situ baru korang paham pasal apa gempa bumi nie akan menghasilkan tsunami....
Gempa bumi nie terjadi disebabkan pergerakan plat-plat bumi.... Kalau gerak biasa-biasa nie tak menyebabkan gempa bumi pon.... Tapi pergerakan tetiba yang sangat drastik.... Contoh yang senang korang boleh bayangkan... korang letak botol sos, kicap, sedikit pasir atas meja...... Pastu korang tarik meja tu... Daya tarikan korang tu lebih kurang sama dengan gerakan drastik plat bumi... Cuma yang lainnya... ia berulang-ulang seperti korang tarik dan tolak balik meja tu ke tempat asal secara laju-laju dan berulang banyak kali.... Korang tengok la apa jadi kat atas meja tu.....:)
Kalau yang sebenarnya.... plat-plat bumi bergeser antara satu sama lain semasa berlaku pergerakan plat tu... Geseran tu menyebabkan getaran...Getaran yang sangat tinggi amplitud nyer...sampai korang yang kerdil berbanding saiz bumi nie.... rasa macam bumi sedang digoyang-goyang.... Boleh imagine tak?
So..... kalau nak tau tsunami tu macam mane terjadi...korang taruk air dalam besen... Pastu korang tepuk besen tu.... air berkocak kan? Cuba tepuk banyak kali..... makin banyak kan? Ok....itu asas punca tsunami terjadi..... Kenapa tsunami nie boleh cecah setinggi pokok kelapa? Haaa....tu korang kena tau pasal perubahan tenaga la pulak.... Bagi yang belajar sains....mesti boleh paham.... Tapi entri nie untuk umum.... So senang citer aku bagitau cam nie jer...
Biler berlaku gempa bumi di dasar laut..... air dekat kawasan tu akan naik... Disebabkan air kat situ naik.... Maka air di tempat lain macam disedut....Tu yang jadi air kat pantai kering kejap...macam takde air... Bila air dah naik dekat kawasan gempa tu... Mesti air tu nak turun balik kan... Haaaa..... dari situ la start nyer tsunami....
Masa starting...rendah jer....dalam lebih kurang 10 kaki jer.... pada masa nie....ketinggian tak menjadi isu...tapi kelajuan air tu yang jadi isu.... Tapi ia makin tinggi dan tinggi bila ke tempat yang lebih cetek... Dan kelajuannya berkurang.... Nampak perubahan tenaga kat situ? Disebabkan kawasan daratan atau lebih tepat, pantai...adalah cetek.... So....dari situ la tsunami jadi tinggi....
Tsunami nie bukannya macam dalam movie tu yer... sebenarnya ia lebih kepada air pasang yang berlebihan jer... Tapi kuasa pemusnah nyer sangat tinggi... Sebab tenaga pemusnah yang dibawa tu sekali dengan jisim air tu sendiri dan barang-barang yang dihanyutkan.... Cuba bayangkan korang kena simbah setangki air secara mengejut.... rasa tak impak dia....Ni bukan setangki.... sebanyak air di lautan!
Begitula asas nyer berlaku gempa bumi dan tsunami.... Tapi tak semestinya gempa bumi berlaku...tsunami akan berlaku.... sebab tengok atas cara gempa bumi tu terhasil.... Harap-harap tak berlaku tsunami disebabkan gempa bumi yang ini.... Perlu ambil langkah berjaga-jaga selama 48 jam.... Sebab apa-apa pun boleh berlaku dalam tempoh nie.....
P/S: Bila berlaku macam nie... teringin rasanya nak sedekahkan Al-fatihah bagi yang meninggal dunia di Aceh sebab tsunami dulu.... Semoga tergolong dalam golongan yang beriman.....
3 comments:
salam..bagusnya tulisan anda,menarik berfakta dan elok.terima kasih kerana menyediakan maklumat berguna itu. Saya ingin berkongsi sesuatu yang dirasakan anda telah tercicir atau terlupa untuk memaparkannya di dalam tulisan anda. Begini, semua yang anda coretkan tentang sebab-akibat gempa @ tsunami itu dirasakan tergantung perinciannya. Ada suatu yang kurang disebalik menyatakan 'sebab' dan 'akibat' tercetusnya gempa yang berlaku beberapa jam yang lalu. Saya ingin bertanya anda pastikah yang bumi ini mengandungi plat/kerak yang dikatakan akan bergeser sesama sendiri? Kalau boleh sila nyatakan nama manusia yang pernah melihat kerak/plat tersebut.Ataupun ia sekadar andaian/teori sains yang kadang-kala bukanlah benar dan semertinya tepat. Menurut penulisan anda, saya dapati anda telah berpegang bahawa 'sebab' yakni plat itulah yang meng'akibat'kan berlakunya gempa. Boleh saya tahu,siapakah yang mencipta bumi ini (alam) dan juga mengawal bumi serta pla/kerak (kalaupun benar plat/kerak itu benar2 wujud di dalam perut bumi sana)tersebut?. Anda secara sembaarangan menghukum bahawa sebab terjadinya gempa/gegaran adalah mutlak daripada pergeseran plat dalam perut bumi. Hujah anda nampaknya tergantung di situ. Mungkin anda terlupa nak kaitkan kejadian tsunami/gempa/gegaran sebenarnya adalah disebabkan oleh kehendak Allah swt. Dia yakni Allah tuhan yang mengawal alam ini dan plat,kerak (kalau pun benar ada) ombak,laut semuanya dikawal oleh Allah. Jika Allah berkehendak,tanpa pergeseran plat/kerak (kalau pun bena2 ada) tanpa ombak,tanpa angin,tanpa sebab-tanpa apa pun jua..maka tsunami,gegar,gempa pasti akan berlaku..PASTI. Anda mungkin terlupa hendak meletakkan segala kejadian ini di bawah pengurusan Allah swt (benarkah terlupa atau memang anda hanya melihat plat/kerak itu semata-mata). Satu lagi yang ingin saya nyatakan ialah, berlakunya gempa,gegar dan segala kejadian yang berbentuk bala,musibah bukannya disebabkan ALAM (sepertimana yg difahami umum, so called bencana alam, fitrah alam, alam marah kat kite..) itu semua hujah yg miskin. Sebenarnya bencana, bala, musibah yg turun disebabkan oleh PENYEBAB YG MEMBERI AKIBAT iaitu ALLAH swt. Dia lah ALLAH yang maha berkuasa. Akibat dari perbuatan zina, minum arak, judi maka Allah yg maha kuasa menurunkan bala,gempa,tsunami tanpa perlu plat/kerak (kalau pun benar ada) bergeser sesama sendiri. Saya bagi contoh pada anda, http://abangraja.blogspot.com/2009/10/disebalik-kejadian-gempa-bumi-di-padang.html. Kesah di Padang Di Padang juga serupa. Ada 3 kampung yang sama sekali musnah kerana gempa tersebut. Mengikut penyiasatan FPI, mereka mendapati di tiga kampong tersebut, segala maksiat telah menjadi perkara biasa dan lumrah di sana. Arak, zina, meninggalkan solat menjadi lumrah di ketiga-tiga kampong tersebut. Cuba anda lihat betapa utamanya sebab yg mencetuskan gempa bumi yg telah terjadi di Padang lewat beberapa masa yg lalu. Tinggal solat, zina, minum arak. Simple je sebabnya. Tak payah pergi dalam sangat sampai dalam perut bumi utk buktikan sebab, punca, cause effect, scientific reason dll. So..saya rasa cukup mudah nak faham ttg sistem alam ini yakni dunia khususnya. Bila ada maksiat,adalah gempa bumi,tsunami dll. Sebab-maksiat and then akibatnya-gempa bumi,tsunami dll. Moga-moga tulisan saya yg teruk ini dapat anda fahami. Dan jangan lupa untuk letakkan ALLAH sebagai the controller and panner of all these situation.Ok bro.Salam
memang bagus komen anda... sy setuju. tapi apa yg sy ceritakan lebih kepada konsep berdasarkan pendapat scholar umum.. yess semuanya dari Allah Taala..tapi kita sebagai hamba-Nya harus mengkaji bukan sekadar menerima seadanya.. apa yg sy ceritakan adalah dari maklumat semasa..memang ada kajian lain mengatakan kerak bumi tidak wujud.. tapi masih belum cukup buktinya dari segi peringkat scholars.. kajian harus dipertingkatkan lagi supaya segala kebenaran dapat dibuktikan... so, buat masa sekarang..hanya itu pendapat bertulis dapat dicapai.. Allah yang melakukan segala-galanya... tapi sangat tidak cerdik jika kita tidak mendalami iman kita hanya sekadar menerima tanpa cuba mengkaji sebab dan akibat .. mungkin anda boleh mengkajinya dgn lebih lanjut... sy hanya menyatakan apa yang tertulis..:)
Saya cuma nak tambah sikit...walaupun amaran tsunami telah ditarik balik slps 48jam dari hari kejadian gempa tu...tp potensi terjadi tsunami tetap ada.Sbg hamba Allah,kejadian gempa tersebut adalah amaran awal dari Allah supaya kita semua bertaubat dan memang ramai yg kembali insaf semasa dan slps gempa tu...tp apabila amaran tsunami ditarik balik..maka kembali pula mrk kpd perangai lama.Mungkinkah Allah akan mendatangkn terus tsunami slps ini setelah amaran gempa yg prtama xdihiraukn?malah brdasarkan kejadian tsunami 2004 dulu ada persamaannya dgn skrg iaitu air laut kian surut di Pantai Phuket dan Pantai Batu Ferengghi..saya mengandaikan(maaf jika andaian sy salah),apabila air laut kian surut slps gempa brlaku..dan proses ini mengambil masa yg lama(melebihi tempoh amaran tsunami dikeluarkan)..adakah pada masa ini tsunami "seakan sdg membina kekuatan" yg lebih utk mendatangkn tsunami yg dahsyat?yg xdpt dilangkau oleh akal fikiran manusia?sy tinggalkan tulisan ini dgn banyakkn taubat dan serulah "amar makruf nahi mungkar"!
Post a Comment