Sunday, April 29, 2012

Isu Panas BERSIH : Siapa Salah?


Semalam penuh dekat wall FB aku pasal isu BERSIH 3.0.... Dari live streaming yang tak berapa nak streaming kepada gambar-gambar yang di snap semasa kejadian... Semua ada pendapat masing-masing... semua nak menegakkan pihak masing-masing.... Semua nak betulkan kehendak diri masing-masing... Tapi siapa yang salah sebenarnya? dan yang lebih penting... sape yang benar?

Jawapan aku senang.... hanya mereka yang betul-betul terlibat sahaja yang tau siapa yang salah.... Siapa pijak siapa dulu... sape yang start provok dulu... siapa yang tak tahan amarahnya dulu...Sebab kita jangan judge apa-apa hanya sekadar melihat gambar-gambar atau video yang separuh jalan sahaja! Kita tak tau apa-apa pon! Nampak sangat kita nie senang nak dipermainkan..... Jangan jadi puppet la der...

Aku bagi contoh la... aku ingat lagi celoteh si Russel Peter.... Dia bagi satu situasi siaran berita... Pasal terrorism di Al-Jazeera... Dia tunjuk gambar kereta terbakar... dan lepas tu tunjuk orang arab seperti merusuh... Then lepas tu dia tanya...What do you think? Situasi kedua... berita dari blog...dia tunjuk video kereta accident... langgar budak kecik...hancur kepalanya... lepas tu tunjuk gambar lelaki cina yang bengis... Then dia tanya lagi....What do you think?

Maka berbagai versi spekulasi akan timbul hanya dari gambar-gambar tadi kan? Sebelum tu...apa yang sebetulnya korang pikir pasal dua situasi tu... Seriously secara jujur.... Situasi pertama pasal terrorist di tanah arab... Situasi kedua pasal kereta accident langgar budak.... Apa yang korang pikir? 

Sebagai contoh....Ni kisah sebenar di sebalik gambar.... tentera Amerika telah membedil sebuah masjid tapi tersasar terkena kereta... kereta tu terbakar... Dalam kereta ada seorang warga negara arab... Maka marah la orang-orang arab.... mereka cuba menghalau tentera Amerika dari mara ke arah mereka...dan juga ingin membantu menyelamatkan orang arab dalam kereta tu... Siapa terrorist yang sebenarnya... Orang arab [seperti yang ditunjukkan di gambar] atau tentera Amerika [yang langsung tak ditunjukkan] ??

Situasi kedua.... orang cina tu sakit perut... sebab tu muka agak bengis... menahan sakit di perutnya... tengah memandu laju di jalan yang lengang... tetiba seorang budak melintas tanpa melihat kiri kanan jalan.... Maka terlanggar la budak tu.... Siapa yang salah? Orang cina yang sakit perut atau budak tu yang tak tengok dulu sebelum melintas??

Tu contoh perbezaan spekulasi dengan kisah sebenar..... Tidak semestinya gambar yang dipaparkan akan menunjukkan kisah sebenar di sebalik kejadian... Siapa yang tau sebenar-benarnya?? Hanya mereka yang betul-betul terlibat je tau.... Jadi buat apa kita nak berspekulasi benda yang tak pasti? 

Satu lagi masalahnya bila timbul isu macam nie.... Si cerdik pandai negara akan mula memutar belit isu ini dengan kehebatan dan kepetahan berdebat dan berhujah.... Siapa yang pernah join pertandingan debat? Dalam dunia debat... takde benda yang salah dan yang benar.... Siapa yang lebih hebat membentangkan hujah...dialah yang BENAR! Dan itu ler situasi yang berlaku di negara kita nie.... Bagi aku.... ianya sangat SALAH!!

Sebab tu aku ragu-ragu dengan sistem sekarang.... bukan kerana aku tak setuju...aku sokong akan sistem demokrasi... tapi sistem nie bergantung kepada rakyat tu sendiri.... Kerana ia bergantung kepada jumlah majoriti pengundi.... Siapa yang dah nampak maksud aku nie?

Maksudnya macam nie... Pemilihan pemimpin dibuat berdasarkan majoriti pengundi.... Dan sebelum mengundi.... dibenarkan calon tu berhujah dan berdebat.... Berkempen untuk menjual diri kepada pengundi.... Jadi isu-isu macam nie la nanti yang akan dijadikan hujah nak tembak pesaing depa nanti... Jika takde isu.... isu seperti ini boleh diada-adakan sahaja!! Cuma perlukan pencetus atau trigger.. dan lepas tu akan ada dominos effect yang berlaku.... Maka jadilah isu....Nampak tak ?

Ok.... bila tiba waktu memilih... bergantung kepada diri korang masing-masing.... Adakah hujah sipulan bin sipulan lebih baik dan lebih menyakinkan dari yang sorang lagi? yang mana korang rasa lebih menguntungkan korang.....Itu la nanti korang pilih kan? Maknanya bergantung kepada korang jugak la kan.... 

Sekarang kita pergi lebih mendalam..... Kalau 51% yang mengundi tu menyokong kejahilan [menyokong rasuah, tamak haloba, tak suka agama dan lain-lain].... 49% lagi menyokong kebaikan...Agak-agak sape menang? Simple math nie... Jika nie berlaku.... maka kejahilan la menyelubungi negara.... Walaupun ada yang menyokong kebaikan... Ni sebagai contoh... Dan kalau la kebanyakannya dah jahil...kosong ilmu agamanya.... 90% contohnya.... Disebabkan pengaruh luar dan godaan duniawi yang sangat hebat nie.... Maka berterusan la negara dipimpin manusia pilihan majoriti kejahilan.... maka segala aktiviti yang disusun menjurus ke arah kejahilan.... So... sampai bila kebaikan nak menang? Nampak tak effect dia kalau kita sendiri yang jahil? Memang inilah yang berlaku di seluruh dunia yang mengamalkan demokrasi...

Cantik apa yang dipinta, tapi mampu ker? Hanya kita semua sahaja mampu mengubah dua permintaan yang last tu
Sebab tu aku mencadangkan... kita pakat BERSIHkan diri kita dulu.... Walaupun ada yang kata nanti akan berlaku ketidak adilan dalam sistem pengundian.... Ingat.... kita ada kuasa sebagai satu kesatuan jika semuanya dah BERSIH... Isu ketidakadilan mungkin akan hilang sedikit demi sedikit.... Apa kata kita mencuba...lebih baik dari duk mencarut dan memaki hamun sesama korang kan....

Korang dah nampak apa yang aku cuba sampaikan ? Isu BERSIH 3.0 tuu...hanya mereka yang betul-betul terlibat je tau.... Usah duk percaya sangat gambar-gambar dan video separuh jalan yang ditayangkan di TV...di blog... di mana-mana sahaja.... Ia cuma menimbulkan satu spekulasi yang tak de penghujungnya.... Biarkan isu itu menjadi satu pengajaran.... Iaitu dalam sistem demokrasi yang ada sekarang nie.... Pembersihan sistem takkan terjadi sekiranya korang sendiri yang tak bersih... Lebih-lebih lagi yang memegang kuasa dalam sistem pengundian nanti.... Jika kereta dah ok...kita pulak yang tak reti nak pandu...takde guna jugak kan..


Sememangnya dunia nie memang tak adil... Sebab tu Allah sediakan hari akhirat.... Kerana hanya di akhirat sahajalah yang betul-betul adil.... Selagi manusia dikuasai setan-setan...dikuasai kekayaan harta dunia... Selagi tu ler benda nie akan berlaku.... Berhimpun la sampai BERSIH 150.0 sekali pun... Takkan jadi punyer... Baik diusahakan dari peringkat bawah.... Tanamkan sifat-sifat mahmudah dalam setiap insan... Buangkan sifat mazmumah..... Insya Allah...Allah akan membantu pejuang-pejuang-Nya... Akan ada jalan penyelesaiannya... Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa...Dengan kuasa-Nya... dunia Islam akan kembali mekar di dunia nie....Kita cuma perlu berusaha bersihkan diri sendiri...keluarga...anak-anak...jiran tetangga... sahabat handai... Semoga semuanya menjadi manusia yang beriman... :)

Aku tak sokong perhimpunan macam nie.. Aku cuma sokong keadilan mengikut panduan kitab Al-Quran dan hadis... Alangkah indahnya jika kepimpinan Islam sekarang mencontohi cara pemerintahan Islam ketika zaman kegemilangannya....:)

P/S: Sebarkan jika setuju.... semoga takde perbalahan berterusan..

7 comments:

rebellion said...

Bila agaknya zaman kegemilangan Islam dulu?

Eera Shera said...

pendapat yg paling bernas di antara byk pendapat yg sy baca. pendapat yg lain terlalu emosi ;)

ikram168 said...

as'kum dan salam sejahtera saya bersetuju dengan pendapat encik,tapi masalah sekarang daripa mula perhimpunan bersih kita dh tahu ini adalah agenda berpolitik,sama dengan TIBAi yang dilancarkan oleh pihak umno itu sendiri penuh dengan agenda masing2,sebenarnya yang paling saya tidak setuju pasal bersih ini adalah cara pengurusan itu sebenarnya,bukan cara yang ditonjolkan sebelum ini adalah duduk..awat dok merusuh balik barang kat pihak polis,ini saya boleh buktikan dengan pihak encik boleh tengok dlm youtube dan analisa ini sendiri..selain itu ini adalah satu cara untuk memperbelahkan orang melayu,secara peribadi saya tinggal di P.P saya dapati undi cina 90% akan pergi ke DAP manakala undi melayu akan berpecah..saya risaukan bangsa melayu sebanarnya..saya hormati pendapat encik yang tidak terlalu beremosi membuat blog tahniah..waktu mengundi nanti pakat2 lah undi yang terbaik,pasai pengundian yang teruk dan tidak saksama mcm mana pengbangkan leh menang kerusi banyak piliharaya dulu..ok terima kasih

Browacana said...

@ikram168 : sebab tu saya ada komen pasal dominos effect....:)

6803man sarawak said...

Saya sokong bersih 3.0
Xbermakna sy sokong PR sepenuhnya.
Sy xsuke umno bn yg sering memainkn isu agama seperti hal yg lepas.sebagai seorang kristian,sy merasa sgt sakit hati pasal isu agama yg di mainkn puak2 umno.PAS juga sebuah parti islam seperti umno.tidak pernah menyentuh hal agama kristian.jadi ternyata parti umno sengaja membakar hati rakyat dan mengasut agama lain bergaduh.walaupun terbukti umno bersalah,xseorang pun wakil umno tampil memohon maaf kepada penganut kristian.heran..
I hate umno coz isu agama..
I hate BN coz membiarkn taib mahmud berkuasa.

Unknown said...

Ni lah topik terhangat kat Malaysia. Mana2 blog akak terjah.. rata2 mangulas pasal BESIH 3.0. Namun bagi akak,semua ni mainan politik. Yang kena taiknya, ialah kita si orang awam. Sapa benar sapa salah..., lu pikir lah sendiri.

Unknown said...

Tahniah dan syabas idea yg bernas, rasional lagi waras.. sy suka pendapat anda.

saudara ikram168, mohon pembetulan pd kenyataan anda pertubuhan TIBAI itu bukan d lancarkan oleh umno melainkn oleh mereka2 yg pernah 'kenal' & mengenali dgn rapat dsai suatu msa dlu, sprti dr zulkifli nordin dll.

saudara 6803man sarawak, dlm isu taib mahmud sapa yg perlu d persalahkan? taib mahmud ka brsalah? bn kah bersalah atau rakyat ka brslh kerana memilih pemimpin sedemikian? jgn benci, kuasa d tgn rakyat, tiada apa yg prlu d takutkan kecuali anda mmg menjangka kekalahan d pihak anda! renung2kn