Exabyte

Tuesday, May 8, 2012

Masjid Pertama Di Dalam Air


Inilah yang dimaksudkan solat wajib ditunaikan walau dimana saja anda berada.... Tidak ada alasan untuk tidak melakukan solat... Pernah ke korang bertanya kenapa diwajibkan sampai sebegitu rupa? Apa rahsia di sebalik solat? :) Dari sebab kewajipan tu....maka terbina la masjid pertama di dalam air..

Di Jeddah, Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berjaya membina sebuah masjid baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.... Ia dikatakan masjid pertama dibina di dalam air... Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang berisi pasir untuk dijadikan masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.

Sumber : Berita Harian
Ia dikatakan sebagai simbolik kepada semua manusia di dunia ini tidak kira yang muslim atau non-muslim iaitu solat wajib dilakukan walau di mana saja anda berada... Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu zohor dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zohor berjemaah - Agensi


P/S: Kalau ikutkan cerita-cerita lama... Mungkin pada zaman Nabi Sulaiman kot... Masjid memang ada dibina di dalam air... Kaum Jin yang binakan.... Wallahualam....:)


No comments:

Ping your blog