Dalam dunia nie.... ada banyak benda yang dirahsiakan.... Bukan sahaja dunia...Di negara sendiri pun ada banyak perkara yang dirahsiakan.... Dalam diri sendiri pun ada banyak rahsia kan? Perkaranya sama..... ada agenda-agenda yang tersendiri.... nak melindungi sesuatu ada.... nak mengawal sesuatu pun ada.... Nak menutup lubang pun ada... Apa yang korang fikir pasal isu Dajjal? Adakah ianya watak dongeng konspirasi dunia atau sememangnya ia suatu rahsia yang belum dikhabarkan?
Aku ada dengar komen dari sorang budak [panggil budak je la senang walaupun dah berumur disebabkan ketidakmatangannya]... Dia kata Dajjal nie cuma satu watak konspirasi yang diada-adakan... TIDAK WUJUD sama sekali Dajjal nie.... Ia cuma satu sandiwara dunia nak menghidupkan dan menakut-nakutkan manusia.... BETUL KER??
Kepada yang berpendapat sedemikian.... AKU SANGAT TIDAK SETUJU.... Aku bagi satu hujah paling kukuh la kan.... Dari hadis Riwayat Muslim [hadis sahih]:
Sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami
sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah s.a.w kepada kami lalu
bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”
Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.”
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi
sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab
al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari
barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana
di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari
Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar."
Dari hadis nie... terang-terang Rasulullah bercakap pasal Dajjal... Adakah ia satu penipuan? Aku nak citer la serba sedikit pasal rahsia-rahsia dunia nie...walaupun aku pun tak tau sangat disebabkan rahsia..tapi Kita sebagai umat Islam sepatutnya boleh nampak akan tanda-tanda atau ketidak sempurnaan perancangan rahsia tu sendiri...
Cuba kaji sejarah balik... Bermula dari zaman Nabi Musa lagi...Eh.....tak...kalau betul-betul nak tau...kena bermula dari zaman Nabi Adam lagi! Cuba hayati kisah-kisah Nabi...dan cuba bandingkan dengan teori-teori yang digembar-gemburkan..... Korang akan nampak banyak perkara yang cuba diselindungkan dan cuba di "brainwash" kan.... Korang akan nampak betapa pincangnya teori Darwin.... peralihan tiga tamadun...Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik yang mengarut tu...
Cuba tengok soalan-soalan nie.... Siapa yang menghuni bumi sebelum turunnya Nabi Adam a.s? Pernah tertanya ker? Bagaimana hubungan manusia dan jin pada zaman dahulu? Cuba kaji cerita Nabi Sulaiman... Di mana terletak istana kaca Puteri Balqis? Adakah manusia zaman dahulu sama saiznya dengan kita sekarang? Bagaimana teknologi zaman dahulu? Boleh kaji zaman Nabi Nuh dan Nabi Sulaiman... Wujud ke tak kerajaan di langit dan di dasar laut seperti mitos-mitos dulu pada zaman dahulu? Apa kaitannya dengan peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w?
Replika baju Nabi Adam A.S |
Kenapa orang Eropah berebut nak datang ke Nusantara...Sebab rempah? Itu alasan semata-mata... Kenapa dipecahkan Indonesia dan Malaysia... Sebab Perjanjian antara Belanda dan British? Itu yang tersurat sahaja... Kenapa piramid dibina di merata-rata tempat di dunia nie? Kata orang dulu-dulu duk dalam gua je kan...kenapa ada binaan semegah piramid di mana-mana? Di nusantara dikatakan yang tertua binaannya... Kenapa semua mitos-mitos seolah-olah sama je jalan citer secara umumnya? Adakah dari punca yang sama? Kenapa orang sebelum zaman Aristotle sudah mengenali Tanah Melayu? Kenapa kawasan yang dipercayai adanya bahtera Nabi Nuh di Turki dikawal rapi sampai pelancong tak dibenarkan masuk? Kenapa Israel diwujudkan? Kenapa kebanyakan pemimpin dunia ada pertalian darah dari susur galur nenek moyangnya? Kenapa PBB diwujudkan dengan ada kuasa vetto lima negara? Kenapa ada wujud "Void area" dalam susur galur cerita sejarah dunia? Kenapa digembar-gemburkan wujudnya Al-Qaeda sedangkan ianya tidak wujud pun... Siapa dalang di sebalik peperangan World War I dan World War II?
Di Indonesia |
Tu contoh persoalan-persoalan.... Dan soalan cepumas.... Kenapa pertubuhan-pertubuhan seperti The Hidden hand, Free Mason, The Iluminati dan lain-lain sangat kuat pengaruhnya boleh sampai sehingga ke Malaysia? Bukan ke ianya penyembah Syaitan? Kenapa tak dihapuskan sama seperti ajaran sesat yang lain? Adakah sebab tak cukup bukti? Atau depa lebih berkuasa? Kenapa ada binaan berlambangkan "mata" ada di mana-mana? Adakah ianya binaan kejuruteraan terbaik yang mempunyai struktur paling kukuh? Lambang Tuhan yang satu? Tidak sama sekali.... Ia cuma reka bentuk yang sangat rumit..Tapi kenapa dibina seperti itu juger... Kenapa "satu mata" dikaitkan dengan Dajjal? Dan yang lebih menarik...kenapa ada juga binaan seperti tu di Malaysia? Copy dan paste blue print binaan?
Kebetulan ek? |
Untuk makluman.... Islam dan Kristian ada kisah yang sama berkenaan Dajjal.... Dalam Islam dipanggil Dajjal...Dalam Kristian dipanggil The Antichrist... Kedua-duanya adalah watak yang sama.... Pemimpin yang "bermata satu" yang akan membawa dunia nie ke arah kegelapan.... Syurga dan neraka dunia berada dalam tangannya.... Syurga dijadikan neraka...neraka dijadikan syurga.... Dan dia akan diangkat menjadi pemimpin yang disanjung sampai suatu masa tibanya Nabi Isa dan Imam Mahdi.... Adakah ini satu kisah dongeng? Tidaakk..... Ia sudah berlaku di sekeliling korang sumer.... Hanya mereka yang sedar dan beriman sahaja yang tau... Yang lain...hanyut mengikut jejaknya....
Wujud ke Imam Mahdi dan logik ker nanti akan ada zaman Islam kembali? Ok.... Pada bulan Disember 2004 lalu, National Intelelligence Council’s (NIC) telah menerbitkan sebuah laporan yang bertajuk, “Mapping the Global Future”. Mengikut laporan ini hasil analisa mendapati bahawa akan terdapat empat senario dunia pada tahun 2020.
1. Davod World: Digambarkan bahwa 15 tahun ke depan Cina dan India akan menjadi watak penting dalam ekonomi dan politik dunia.
2. Pax Americana: Dunia masih dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan Pax Americana-nya.
3. A New Chaliphate: Berdirinya kembali Khilafah Islam, sebuah
pemerintahan Islam global yang mampu memberikan tentangan pada
norma-norma dan nilai-nilai global Barat.
4. Cycle of Fear (Munculnya lingkaran ketakutan).
Jadi kepada yang anggap Dajjal tu cuma watak dongeng.... Sila perhati ler sekeliling korang tu sendiri... Tak payah nak tengok sampai peringkat dunia....Tengok je di sekeliling korang.... Yang salah diangkat..yang benar dipijak... Fitnah sana-sini... Rasuah sana-sini... Walaupun kecil-kecilan...tapi padan la dengan standard bawahan depa tu... tu belum masuk ke dunia korporat...dunia artis...dunia fesyen...dunia politik... yang semuanya ada percikan kotoran degil nie.... Cuba perhati...renungkan....dan tafsirkan..
Dan yang lebih baik...cuba renung diri sendiri... dimana korang sekarang.... Bagaimana prestasi solat korang... prestasi menutup aurat korang... prestasi tahap kepercayaan [iman] korang terhadap ajaran agama..... Jika di tahap yang rendah... korang sebenarnya dah dikuasai Dajjal... Secara tak langsung korang sudah menjadi pengikutnya.... Korang sudah mula "menyembah" si Dajjal Laknatullah.... Dah mula menjilat kaki busuk Dajjal Laknatullah.... Korang dah jadi HAMBA ABDI DAJJAL... Itu ler kenyataan....Sorry to say.... :)
P/S: Dia belum menonjolkan diri...Sekarang hanya konco-konconya sahaja... BEWARE!
7 comments:
Post yang menarik dan memberi pengajaran :)
setiap hujah awak ada satu cerita lain kan...saya dah baca semuanya...susah nak percaya...akhirnya saya faham juga knp semua itu berlaku...just one thing...hancurkan islam...sembah dajjal..dats it...dlm malaysia pun ada juga...itu yg cuba dihalang oleh pemimpin islam di malaysia...tp dikatakan ajaran songsang dan sebagainya...just wait n see...prepare our self for our iman...
Assalamualaikum PW
terima kasih
Dajjal tu wujud, tetapi mungkin bukan dalam bentuk yang diceritak Teori Konspirasi, aku tak kata tak, tapi aku kate mungkin :D
wah.kupasan yg panjang..dajjal memang ada.tapi tak tau la teori konsporasi tu mcm mana..memeningkan mcm hitler tu..adakah dia agen freemason atau adakah perang dunia 1 dan 2 dah dirancang..entah la..kalau nak tau pasal konspirasi baca blog mistisfile tapi dah takleh access dah
kebetulan ek.. tapi aku punya ringkas.. tapi berkesan dan meninggalkan kesan.. haha..
Sana dajal situ dajal ini dajal itu dajal. Wow.... hebat fitnah dajal sampai fitnah pon ader nme best... konspirasi.....sampai luper nk hafal rukun iman n islam....kekeke sekadar ingat mengingat
Post a Comment