Wednesday, May 2, 2012

[ISU GAMBAR LUCAH] Ini Blog Ker Surat Khabar Nie..


Hari nie kebanyakan surat khabar negara Malaysia yang tercinta nie mengeluarkan satu isu panas dan sangat tidak professional untuk tontonan umum... Kalau blog mungkin boleh diterima sebab status blog nie bukannya macam surat khabar.... diedit dan ditapis dulu sebelum diterbitkan... Tapi hari nie tak.... Sama ajer! Isu Seks dan Gambar Seks disebarkan...

Aku ingat nak letak je muka depan kebanyakan surat khabar hari nie [2 Mei 2012] dekat entri nie.....Tapi rasa macam tak tergamak la pulak nak letak... Sebab gambar yang diletak kat muka depan tu agak tak senonoh sikit... Macam mana la editor paper boleh lepaskan jer gambar gitu.... Kalau nak sebarkan isu panas sekalipun.... sila fikirkan audience pembaca anda.... Silap-silap surat khabar nie dibuat pembungkus nasik...Tak ke hilang selera makan...

Politik punyer pasal...sumer dibolehkan ker? Adoi.... Setakat keluarkan berita cukup la... Lagipun gambar tu masih di tahap meragukan....Orang baca pun dah tau dah....tak perlu gambar besar-besar macam tu.... Kalau betul sekalipun... bukan ker tu dah sampai tahap mengaibkan dan niat memalukan individu tu sendiri? Kan? Kata negara Islam....tapi benda basic nie pun tak nak ikut...

Aku rasa Lembaga Penapisan Negara kena tengok jugak kat surat khabar kot....filem dan drama dah tapis dah... Tapis surat khabar la pulak... Nanti buat bahagian dalam paper tu....Ni untuk 18SG...ni untuk 18PL... ni untuk 18 SX.... Sape yang umur bawah 18 tahun tak boleh baca.... Ala....sama macam kat TV tu... Berkesan ke tidak tu nanti sama jer dengan yang ada kat TV sekarang... 

Dulu surat khabar tabloid jer yang tampilkan isu-isu panas macam nie.... Sekarang semua paper! Mana tak kuatnya pengaruh gejala songsang macam nie kat Malaysia nie.... Surat khabar sendiri yang tolong sebarkan... Dah macam flyers isu songsang dah jadinya....kalau betul...mengaibkan individu..kalau salah... FITNAH... Bukan sorang dua yang baca.... SATU MALAYSIA beb... Rezeki depa yang duk makan hasil dari pembaca kan... Kalau dah sebar FITNAH atau jatuh bab mengaibkan.... rezeki yang halal dah jadi haram... bagi pulak anak isteri makan dengan rezeki haram... Jadilah darah daging dari rezeki yang haram.... Tergamak ek bagi benda haram kat anak bini?

Aku rasa banyak isu lain yang ada kat Malaysia nie... Apa salahnya berita kat surat khabar nie lebihkan dari sudut pembangunan sosial dan ummah... Yang elok dibesarkan berita dan gambarnya.... yang tak elok bagi kecik-kecik jer.... Sekadar memberi informasi terkini...bukannya ada niat lain kan... Ker tak untung jadinya kalau buat macam nie? Business tak jalan ek?

Pihak surat khabar perlu neutral dalam sesuatu isu.... Kerja korang sepatutnya menyebarkan info sahaja tanpa memihak kat sape-sape.... Berikan informasi terkini yang bernas dan matang tanpa ada sedikit pun prasangka buruk... Susah sangat ker? Benda yang tak pasti....jangan dipastikan...Benda yang tak elok...jangan dilebihkan... Bukan nak mengajar...tapi itu yang sepatutnya kan.... Sape sokong sila like...

P/S: Saya bukan penyokong si DIA...Saya cuma seorang rakyat biasa yang sayangkan negara Malaysia..:)

6 comments:

diana said...

betul tu..
nampak gayanya ibu bapa kena sorok suratkabar la lepas baca.tak boleh dah nak tinggal2 atas meja.

Bro Framestone said...

bro sokong :)

rebellion said...

kawalan takde, kalo ada pun buat2 tak nampak, editor surat khabar tu apa pegangan dia ar?

Hermin said...

dulu akhbar selalu letak dekat perpustakaan sekolah...akhbar sekarang dah tak sesuai nak bagi pelajar sekolah baca...lebih banyak benda yang tak berfaedah yang dibincangkan...apa la nak jadi sekarang nie....

Scarlett O'Hara said...

Makin lama makin tak senonoh benda2 keluar kat suratkhabar.

Prince of Noob said...

terbaeklah entry2 bro ni... tapi biasalah tu... melayu dan lucah berpisah tiada... btw done follow - Noob