Aku rasa mungkin ramai yang tak berapa setuju dengan tajuk nie... Atau ramai yang setuju tapi tak berapa faham akan maksud sebenar tajuk nie.... Carilah suami untuk dijadikan kekasih, bukan mencari kekasih untuk dijadikan suami...
Maksudnya takde la rumit dan komplikated sangat.. Maksudnya senang jer... bercinta selepas kahwin. Mungkin tu ler maksud simple dier... Tapi perlu hati-hati la jugak...jangan la pakai serbu dan terjah jer... Sama jugak macam yang dah kebanyakan buat...carik girlfren/boypren dulu... Mana ada terjah dan serbu je kan... Mesti cari yang terbaik kan?
Cuma satu je ramai yang terlepas pandang... bercinta selepas kahwin tu mengelak diri korang dari terjebak ke arah ZINA... Ok...ramai yang akan bertanya... macam mana nak kenal budi orang tu kalau terus kahwin je kan? Jawapan aku senang jer... Ada jaminan tak perangai pasangan korang masa berkapel dengan dah kahwin tu sama? Jadi..bagi aku....bukan masalah besar pasal nie...
Korang boleh la selidik dulu apa latar belakang dia... Latar belakang keluarga dia....dengan saper dia berkawan... apa bentuk kehidupan dia... kalau rasa nak sahih dan yakin... sila ajak ke rumah korang masa semua ahli keluarga ada di rumah...Bukannya ajak masa rumah tu takde orang!! Ajak pulak khas untuk si dia tu jer.... haa....bagi la test... suruh jadi imam ker... tengok adab makan ker... perokok ke tak... Berkenalan la dan cuba kenalila dia...Cuma tetapkan batas-batas pergaulan dan jarak perhubungan....
Nak bersembang...tak payah kene tunggu berdua-duaan... Sembang je la...apa nak malu? Semua edisi perkenalan tu kenela berteman kan ahli keluarga... barula tak bertemankan SETAN-SETAN.... Contoh macam ni je la...ajak datang rumah... makan bersama keluarga.... Pastu suruh dia jadi imam... Solat maghrib atau isyak lagi bagus... Pastu bersembang la di ruang tamu sambil bukak pintu...BUKAN DI BILIK!!
Semuanya atas kehendak korang la kan... tapi yang paling penting... korang sendiri kene la baik kalau nak pasangan yang baik.... Aku petik ayat Quran la sikit untuk nasihat bersama... Dari Surah An-Nur, ayat 26...
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Nampak tak? Kalau kita sendiri dah cenderung ke arah yang tak baik...contohnya TAK TUTUP AURAT... TAK SOLAT.... TAK PANDAI BACA QURAN.... Maka kalau nak jumpa calon yang baik.... Korang kenela berubah dulu.... Insya Allah korang akan dapat pasangan hidup yang baik.....:)
P/S: Cara yang paling betul kalau nak bernikah...jumpa terus keluarganya... Dan berkenalan la....
8 comments:
Betul tu :). semua orang nak pasangan hidup yang baik2 kan . so kenelah jadi baik . mcm yang dikatakan diatas .
ca suka entry ni..mmg kita jadi yang baik untuk peroleh pasangan yg baik..insyaALLAH akan diperbaiki apa yang kurang.. =)
jika semua orang berfikiran mcm ni, alangkah indahnye dunia...tiada lg zina...
setuju. nak yang baik kena ubah diri sendiri dulu. insyaallah akan dipertemukan dengan orang yang baik jugak. =)
yer...pape punn kita kena nilai diri dulu kaannn
tersedar perkara ni bila sume dah terlambat... bila dh pnah jd jahat, tp kite bertaubat dan cuba jd yg terbaik.. masih kah kita layak utk dpt laki yg baik? seribu penyesalan... ='(
thumbs up. love ur entry. agree
Teorinya calon suami daripada kekasih biasanya didorong oleh nafsu dan keseronokan tanpa pengetahuan latarbelakang calon berkenaan. Tetapi mencari calon suami yang sebenar biasanya didorong dengan pertimbangan2 yg waras umpama kajian a,b,c...z.Cara inilah yg sesuai sekali
Post a Comment