Thursday, October 13, 2011

Kebaikan Yang Ada Pada Siti

Datuk Siti Nurhaliza
Siti yang dimaksudkan nie...bukannya Cik Siti yang aku bagi kat entri NIE (KLIK SINI) ok!... Ini betul-betul punyer Siti.... Siti nie sangat la popular di kalangan masyarakat kita... Cuma bagi yang betul-betul tau je perasan akan kebaikan yang ada pada Siti nie.....

Apa yang aku nak bagitau kat sini... Bukannya saje-saje nak bodek pun... Tapi sememangnya betul dan benar... yang baik..kita jadikan la sebagai teladan kan... yang buruk..dijadikan sempadan... yang tengah-tengah? he he he.... Mane ader... baik dan buruk tu takde tengah-tengah.... Ok... Inila Siti yang boleh dijadikan contoh kita... 

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum...di situlah beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah 
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan sebagai kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Siti-Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Agak-agaknya la kan.... Siti-Siti yang ada sekarang nie...sama tak dengan depa semua nie? Bukan setakat Siti la.... semua wanita yang ada sekarang nie.... Boleh tak mencontohi depa semua nie? 

P/S: Siti-Siti ni ler sepatutnya dibuat role model oleh setiap wanita...:)

12 comments:

Fahmi Jaafar said...

siti nurhaliza plak ape kebaikannye :)

Atiqah Safian said...

Antara semua, wanita yang berada di hati, Siti Khadijah.. ^^

Unknown said...

setuju..siti yang mengoncang dunia

Azzah said...

kalau dapat anak pompuan nanti nak letak nama siti

Unknown said...

bila sebut psal nama "SITI"..teringat apa yg En.Hubby dok kata2...katanya "kalau dpt baby pompuan nk letak nama SITI coz cam yg nama2 SITI yg kt atass tuu...Insyaaallaahhh..

HASNORWANI ... said...

btol ke nama mereka tu semua ada siti? dlm hadis tdk pernh diliht ada ditulis siti pun..

Ku Azhar said...

siti nurhaliza!!!!!! :D

Unknown said...

Kagum dengan 9 Siti yang mulia & hebat.

Browacana said...

@IBU GEBU: Boleh sesangat kak.. Benda baik memang patut dikongsi..:)

aizamia3 said...

nama-nama yang sesuai diambil untuk nama bakal anak.. tapi belum tahu jantinanya lagi.. ;)

HUD AIKARA said...

'siti' tu bukannya nama tapi panggilan hormat untuk wanita. bila sampai kat Malaysia dah jadi nama pulak dah. tapi takpelah sbb dng automatiknya pompuan tu dah di panggil dengan hormat. "siti..."

Misz-ella said...

suka entry ni. Good post.