Saturday, October 1, 2011

Perkahwinan Nabil dan Nazirah Ayub | 2 Oktober 2011

Esok, iaitu 2 Oktober 2011....akan berlangsung Majlis Perkahwinan Nabil dengan Nazirah Ayub.... Majlis kahwin depa akan diadakan di I-City, Shah Alam.... Dengan ini, aku sebagai wakil blogger mengucapkan tahnian buat Nabil dan Nazirah Ayub.... Semoga kekal hingga ke anak cucu cicit ciak ciut.....


Aku tertarik dengan kad kahwin si Nabil nie..... simple jer....tak perlu la nak bertatahkan emas dan perak macam buku ensiklopedia tu kan.... Dan aku sokong sangat la kad-kad simple macam nie... sebab kad kahwin hanya bertujuan nak ajak rakan-rakan dan kenalan je kan..... Jadi.... biarla memadai dengan biasa-biasa jer.... Kad mahal berjuta sekalipun.... Last-last masuk tong sampah juger....:)

Baik bajet untuk kad tu dimasukkan dalam persediaan makan-makan.... Lagi bes dan lagi berkat.... Orang lain dapat makan....dapat menumpang rezeki kita.... Menambah keberkatan majlis kahwin tu nanti.... Anggap la macam rezeki dikongsi bersama atas nama bersyukur dengan perkahwinan yang diberkati tu...

Haaaa...... ni ler kad kahwin si Nabil dan Nazirah Ayub tu.... Macam kulit majalah Ujang jer... he he he... Apa-apa pun... memang sempoi kad nie... 


P/S: Aku tak dapat pegi... sebab tak diajak! ...hahaha

3 comments:

Cik RoSs said...

sangat simple la kad jemputan perkahwinan nabil tuuuu...

i likeeeeeee ( nanti kahwin,nak buat macam ni laaaa..hehehehe )

rozeeta rashid said...

wahh. sempoi. ala2 kad raya pun ada. hehe

aizamia3 said...

nampak simple tapi cantik kadnya..
ai pun tak dijemput.. hikhikhik..